Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


KEZALIMAN PAKATAN SELANGOR - MASALAH SAMPAH PUNCA BANJIR DI KLANG!!

Posted: 13 Apr 2012 09:36 PM PDT




Penduduk sekitar kawasan Klang, kini fobia apabila tiba musim hujan kerana kediaman mereka akan ditenggelami air disebabkan jumlah sampah yang banyak dan tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran, Datuk Dr Ching Eu Boon berkata, jumlah kerugian dialami oleh 2,448 penduduk bernilai RM15.4 juta.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu membantu meringankan beban penduduk yang terjejas teruk akibat musibah banjir dengan memberi pampasan setimpal.

"Jika kita lihat, dari kawasan Kampung Raja Uda dan kawasan sekitarnya, air mengalir mengikut kunci air secara automatik mengikut air pasang surut.

"Banjir ini berlaku kerana masalah perparitan yang tidak baik akibat sampah tidak dibersihkan dengan sempurna," katanya kepada media ketika ditemui, kelmarin.

Beliau sebelum itu menghantar memorandum kepada wakil Pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK, di sini bersama lebih 50 penduduk yang terjejas.

Menurutnya, masalah banjir itu berlaku bukan kerana bencana alam sebaliknya kelalaian pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan.






Sementara itu, Penduduk Taman Tengku Bendahara Azman, Shamsuri Mehat, 35 berkata, sebelum ini masalah banjir tidak pernah berlaku, ia terjadi sejak kebelakangan ini, dipercayai akibat jumlah sampah yang banyak.

Katanya, jumlah sampah itu menutup saliran longkang di kawasan tersebut dan menghalang air dari mengalir dengan baik ketika musim hujan.

"Sekarang kami semua fobia jika hujan, rumah kami akan dinaiki air sehingga menjadi seperi kolam renang.

"Keluarga saya duduk di kawasan ini lebih 40 tahun, namun perkara ini tidak pernah berlaku, berbeza dengan keadaan sekarang," katanya.





Penduduk Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, K Krisnan, 40 pula berkata, masalah banjir tidak pernah berlaku sejak dia menetap di kawasan tersebut lebih 23 tahun.

Menurutnya, kerugian dialaminya sekitar RM15,000 melibatkan kerosakan dua buah kenderaan dan peralatan elektrik.

"Kejadian banjir ini berpunca dari longkang tersumbat dengan jumlah sampah yang banyak dan sehingga kini ia masih belum dibersihkan," katanya.


ANNUAR MUSA LANYAK FAM BAWA KES KE MAHKAMAH TRIBUNAL ANTARABANGSA!!

Posted: 13 Apr 2012 07:16 PM PDT





Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.
 
Sumber Sinar Harian melaporkan, Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun.

Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan.

"Saya akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, saya akan ke Tribunal Timbang Tara, seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal," kata beliau pada sidang media  selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.

Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal yang dibentuk untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan sukan, terletak di Lausanne, Switzerland manakala mahkamahnya juga terdapat di New York dan Sydney. Ia dibentuk sebahagian daripada sayap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1984 untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sukan.

Annuar berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin gabungan FAM yang akan mengadakan kongres pada 30 Julai ini jika ketiga-tiga cara tersebut juga masih gagal.

FAM kata beliau, boleh mengizinkan kongres untuk mengadakan kongres luar biasa jika mendapat persetujuan daripada lima ahli gabungan dalam badan induk itu.

"Saya bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM)," katanya.

Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju.

"Selain itu, saya turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri serta daerah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau tidak boleh membuat rayuan.

Kata Annuar, meskipun digantung, beliau akan terus berjuang untuk memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...