Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Dengar CD Ceramah Pas, boleh masuk Syurga!!

Posted: 06 Mar 2012 07:36 AM PST



Surat ini telahpun diedarkan kepada premis kedai dan pasaraya yang mempunyai konti bagi memberitahu sebarang kenyataan. samada benar atau tidak palsu atau tidak surat ini telah diedarkan dengan menggunakan kepala surat Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Yang paling menarik adalah kenyataan di para 3 iaitu "Mendengar CD Ceramah Pas sahaja akan menjamin tuan masuk syurga"

Sambung baca cerita best kat sini


McTheory:
Gila Babis dah Pas Oink Oink nih..

PANASS!! Cabaran Buat Fuziah Rektor!

Posted: 06 Mar 2012 04:37 AM PST


Nampaknya Fuziah di cabar lagi.. ada berani?

TUDIAA!! Mahfuz Omar LETAK JAWATAN??

Posted: 06 Mar 2012 01:12 AM PST



Mahfuz ni MP ka penyiasat persendirian? Main tuduh sesuka hati ja pun. Baik letak jawatan dari Mp. Buka syarikat siasatan Mahput Omaq. hehe..

Selepas membuat tuduhan kepada Dr Hasan Ali dan KBS pasal sponsor RM 30juta untuk siri jelajah Dr Hasan Ali..hari ni matpuz dengan gelabah bewaknya terpaksa meletakkan tanda tanya kepada KBS bagi memohon penjelasan tentang pekara itu setelah Dr Hasan Ali mahu menyamannya kerana kebodohan tahap SRP membuat tuduhan melulu kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Dr Hasan Ali.


Sebelum ni Dr Hasan Ali dan Menteri KBS Datuk Ahmad Shabery membuat penafian yang KBS terlibat terlibat dalam penganjuran diri jelajah JATI.

baca kenyataan Dr hasan Ali kat bawah

"Hasan Ali hari ini berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar, kerana memfitnah beliau menerima tajaan kementerian belia dan sukan.Sambil menafikan dakwaan Mahfuz, Hasan memberitahu saman tersebut akan difailkan dalam waktu terdekat dan peguamnya sedang meneliti perkara itu kerana menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin politik, NGO serta pakar motivasi.

Mahfuz sebelum ini dalam satu sidang media menuduh NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) yang diterajui Hasan Ali menerima tajaan RM30 juta dari kementerian belia dan sukan untuk membiayai 2,000 program latihan.

Dakwaan itu turut dikecam oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery yang menganggap Mahfuz berbohong dan kebudak-budakan.Suatu yang menarik bila Hasan Ali menyifatkan Mahfuz adalah "kuda tunggangan kumpulan parasit dalam PAS". Perkara tersebut seolah dibuktikan sendiri oleh Mahfuz berdasarkan beberapa kenyataan sebelum ini."

Kenyataan Matput selepas mahu di saman oleh Dr Hasan Ali

"Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun." Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam, mengumumkan mahu menyaman beliau berhubung dakwaan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.

"Saya bukan tuduh dia (Hasan), saya hanya minta KBS beri penjelasan dan mahu kes ini disiasat dan diaudit, kenapa dia pula yang nak melatah. Kalau yang nak saman pun bukan dia, dia tak ada hak nak saman sebab bukan saya cakap dia terima duit, tetapi program dia ditaja.

"Jika terniat nak saman pun KBS, bukan dia," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Semalam, Hasan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Mahfuz berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramahnya.Mahfuz berkata, Hasan hanya salah faham dan oleh itu, diminta jangan berperangai seperti orang yang mengalami histeria."Orang bukan tuduh dia ambil duit atau apa, kami minta penjelasan Kementerian Belia dan Sukan saja, kenapa perlu dia melatah sampai nak saman," katanya.



McTheory:
mahfuz dah kecut teloq ka? ha ha ha..

TUDIAA!! Perempuan Melayu Bertudung Masuk Gereja??

Posted: 05 Mar 2012 10:12 PM PST

Khalid Samad dan PAS Selangor kata Dr. Hasan Ali menuduh tanpa bukti.

Khalid Samad dan PAS Selangor kata gerakan kristianisasi hanya ciptaan Dr. Hasan Ali dari JATI.

Khalid Samad dan PAS Selangor juga mempertahankan DUMC.




Khalid Samad dan PAS Selangor secara terang-terangan cuba menyembunyikan gerakan Kristianisasi.

Habis tu GAMBAR INI BUKAN BUKTI?


MyMassa harapkan rakan blogger sebarkan gambar ini terutamanya kepada facebook penyokong PAS yang masih menidakkan gerakan Kristianisasi dan percaya kepada tuduhan Khalid Samad terhadap Dr. Hasan Ali.

Akhir kata dari MyMassa, hayati doa Dr. Hasan Ali pada HIMPUN. Marilah kita sama-sama menyokong perjuangan HIMPUN dan JATI.



*Khalid Samad dan kumpulan parasit sudah checkmate. Jangan lupa sebarkan gambar ini.

Sumber Mc ambil dari SINI

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

TERPANASS!! Keadaan Ostat Azizan umpama telur di hujung tanduk!!

Posted: 05 Mar 2012 07:12 PM PST



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan mentadbir negeri ini tanpa sebarang kuasa mutlak kerana keputusan berkaitan kerajaan negeri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat.

Langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Kedah itu menyaksikan Menteri Besar kehilangan sebahagian kuasanya apabila pihak luar boleh campur tangan dalam membuat keputusan melalui jawatankuasa tersebut.


Lebih serius, sumber memberitahu, langkah itu dikhuatiri boleh menyebabkan Menteri Besar dilihat seolah-olah boneka dalam keputusan tertentu jika tidak dipersetujui oleh Exco-exco.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah salah satu daripada tiga keputusan Pas Pusat hari ini bagi menyelesaikan kemelut Pas Kedah ekoran dua Exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan menerima semula jawatan tersebut.

Segalanya terjadi apabila keputusan mesyuarat pergelutan Pas Kedah dicapai semalam.

Dibawah adalah perkara yang terjadi ketika mesyuarat!

Ketika mesyuarat yang bermula pukul 8 malam itu, salah seorang yang terlibat dalam perbalahan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan membentangkan hujah dengan nada yang tinggi sehingga menimbulkan perasaan tidak senang pemimpin yang hadir.

Berikutan itu, mesyuarat kali kedua selepas ia diadakan kali pertama di Kuala Lumpur yang bertujuan menyelesaikan perbalahan antara Azizan dengan dua Exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh gagal mencapai penyelesaian muktamad.

Pas Pusat akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mengumumkan hasil mesyuarat berkenaan.

Sumber memberitahu, keadaan itu berlaku kerana Pas Pusat dikatakan tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak-pihak yang bertelagah, antaranya mahu Phahrolrazi dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah dan Azizan diminta berehat atau tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sebagai timbal balas, kata sumber itu, Phahrolrazi dan Ismail perlu akur menerima semula pelantikan Exco yang sebelum ini ditolak oleh mereka.

"Tetapi persoalannya, adakah Azizan boleh bekerja dengan dua pemimpin yang dikatakan berpatah arang dengannya sebelum ini," kata sumber itu di sini hari ini.

Semasa mesyuarat berlangsung, kata sumber tersebut, Phahrolrazi 'menghamburkan' semua perkara yang terbuku di hatinya termasuk mempertikaikan kemampuan dan kewibawaan Azizan dari segi kesihatan, sokongan akar umbi serta kelemahan mengatur strategi pilihan raya.

"Azizan bagaimanapun memberi penjelasan dengan tenang tetapi dalam mesyuarat itu, ada pihak tertentu yang mahukan kuasa dengan mendesak beliau berundur segera sebelum pilihan raya, namun beberapa pemimpin Pas Pusat kelihatan tidak dapat menerima cadangan itu," kata sumber tersebut.

Berikutan itu, kata sumber berkenaan, Pas Pusat terlebih dahulu terpaksa memperhalusi beberapa perkara sebelum boleh membuat pengumuman rasmi.

''Ketika ini, beberapa kawasan Pas seperti Kuala Kedah menjadi kawasan hitam bagi Azizan dan begitu juga sebaliknya iaitu di beberapa kawasan yang menentang Phahrolrazi," kata sumber itu.

Sumber tersebut juga berkata, Azizan kemungkinan akan mengambil langkah tertentu ekoran 'diserang' oleh orang kepercayaan sendiri, antaranya melantik Exco tertentu sebagai pelapis kepimpinan Pas Kedah jika berlaku sesuatu. Ada sumber dan rujukan yang Mc ambil dari Utusan Malaysia.

Akibat dari itulah, sebuah jawatankuasa Pemandu untuk Azizan mentadbir Kedah.

Azizan mentadbir kerajaan Kedah dibawah 'pemanduan' Pas Pusat. Ini bermakna, Azizan tidak berkuasa dan untuk menentukan segala keputusan negeri. Kerana ia ditentukan dan di pandu oleh jawatankuasa pemandu Pas pusat.

Namun bagi Mc, kerajaan Kedah sekarang keadaannya amat rapuh dan hanya retak menanti belah. Jika ada tercuit dan tersadung, pasti akan berperang semula.

Apakah dalam situasi seperti ini pun, UMNO masih tidak mempunyai idea untuk melancarkan perang psikologi? tunggu apa lagi?


McTheory:
Benda nak runtuh, tolak pun jatuh!!

SOSIAL!! Pengalaman Pertama Amat Bermakna Bagi Seorang Gadis!!

Posted: 05 Mar 2012 04:34 PM PST



Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul.


Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.

Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa.

Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar anda pun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.


McTheory:
Cerita kasi ringan sikit kepala.. jangan fikir lain..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...