PAPA GOMO |
- "Noh Omar Jangan Kacau Sama Abang Khalid" - Elizebeth Wong
- "Rosnah Mu Jangan Gedebe Dengan Kawe"- Nik Aziz
- Anwar Ibrahim Hilang Akal Bila Cabar KJ Sertai Misi Ke Palestin
- Kalau Berani Jom Kita Ke Bicara Minda Bersama Ayahnda Tun Mahathir
- Video Inside - Pengakuan Anak Kapal Israel Yang Berlabuh Di Malaysia
"Noh Omar Jangan Kacau Sama Abang Khalid" - Elizebeth Wong Posted: 22 Feb 2012 06:00 PM PST SELCAT bermaksud Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memantau sebarang salah laku ataupun penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang melibatkan kerajaan negeri Selangor. Anggota Selcat ini terdiri daripada Azmin Ali, Haniza Talha, Saari Sungib, Edward Lee Poh Lin, Sulaiman Razak dan Ismail Sani keduanya daripada BN Selcat juga pernah digunakan oleh kerajaan Selangor untuk mengadili kes BALKIS yang melibatkan perbelanjaan yang mencecah ratusan ribu ringgit yang diadakwa sebagai penyelewengan.Selcat juga pernah dikatakan akan menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional. Kelmarin Faekah Husin mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri menjemput Noh Omar untuk hadir memberi keterangan ketika prosiding berkenaan isu pasir dijalankan oleh Selcat. Agaknya Selcat dah lupa beberapa perkara. Pertama Selcat harus menjemput 9 orang kakitangan yang dipecat kerana merekalah first level yang patut dipanggil kerana dipecat selepas mengadu berlakunya penyelewengan di dalam KSSB. Betul kata Suhaimie Kota Raja bahawa mereka dipecat atas alasan disiplin tetapi itu semua hanya satu strategi untuk membuatkan mereka terkeluar daripada KSSB. Kedua adalah krebiliti SELCAT itu sendiri, Hasan Ali ketika menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pernah mempertikaikan kreabiliti SELCAT. KLIK SINI Ketiga apakah yang mampu dibuat oleh SELCAT sekiranya terbukti ada penyelewengan berlaku? Selcat ini wujud hanya untuk menjaga kepentingan kerajaan negeri Selangor dan juga mencari kesilapan orang lain. Natijahnya mereka sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap sebarang dakwaan. Keempat adalah Khalid Gagap masih belum menjawap apa bentuk tindakan yang akan diambil oleh beliau andai terbukti wujud penyelewengan di dalam KSSB. Noh Omar memberi 3 tindakan yang perlu diambil.Pertama MB akan letak jawatan, Keduanya memecat Exco dan Adun yang terlibat dan ketiga membubarkan dun Selangor. Aku yakin Noh Omar tidak takut untuk memberi kenyataan tetapi apa yang penting adalah kreabiliti badan induk tersebut untuk menjatuhkan hukuman. Noh Omar mahu Selcat diteruskan bukan bermakna dia mengakui kreabiliti Selcat tetapi mahu supaya rakyat tahu bahawa Selcat hanyalah satu jawatankuasa menjaga kepentingan kerajaan PKR Selangor. Walaupun ada 2 wakil BN didalam Selcat tetapi sebarang keputusan akan dibincang terlebih dahulu sebelum di bentangkan ketika prosiding Selcat. Apa yang lebih afdal adalah penubuhan satu jawatankuasa diraja supaya semua pihak boleh memberi keterangan dan sebarang hukuman diakui oleh semua pihak, Andai Selcat membuat keputusan ianya akan dipertikaikan kerana penubuhan Selcat jelas menunjukkan mereka akan mempertahankan kerajaan Selangor. Satu soalan yang mash belum terjawap- Kenapa MB tak beri kenyataan. Kenapa perlu Yaakob Sapari dan juga Faekah yang bagi kenyataan. MB Gagap dah takut nak keluar kenyataan ke atau dah kene sound dengan DAP? Sumber Kita Gempur Lihat video dibawah pada minit ke 11 hingga ke 14 tentang apa tindakan yang MB Gagap kena ambil. Kenapa Khalid Ibrahim MB Selangor Takut Nak Tubuh SURUHANJAYA DIRAJA Menyiasat Penyelewengan Pasir Selangor? Psssttt.... Kata Kerajaan Rakyat, so apa tunggu lagi? Teoh Beng Hock mati boleh tubuh suruhanjaya takkan isu rakyat ni tak Boleh? DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
"Rosnah Mu Jangan Gedebe Dengan Kawe"- Nik Aziz Posted: 22 Feb 2012 11:51 AM PST Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pemimpin Pas dilihat lemah setelah tidak mampu berbuat apa-apa termasuk mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel, yang bertentangan dengan pendirian parti itu. Beliau berkata, tidak ada gunanya jika Pas terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel. Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata keengganan Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika beliau benar-benar menghormati pendirian Pas. "Kenyataan Anwar kononnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya berhubung isu itu juga membuktikan betapa pandangan Mursyidul Am Pas dipandang remeh oleh Ketua Pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini. Beliau mengulas pertemuan antara Anwar dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, di sini semalam berhubung kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang menyokong keselamatan Israel seperti dilaporkan WSJ. Selepas pertemuan itu, Anwar berkata Nik Aziz memahami penjelasan beliau berhubung kenyataannya itu namun, Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata Pas tetap tidak mengiktiraf "negara haram" Israel. Rosnah berkata Puteri Umno percaya keengganan Anwar menyaman WSJ adalah kerana beliau sememangnya memberi sokongan kepada Israel dan secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan rejim Zionis yang secara terang-terangan menindas rakyat Palestin. GOMO: Jangan kita lupa bahawa Anwar Ibrahim pernah satu tika lalu menyatakan kepada pemimpin PKR Nik Aziz ini hanyalah "WALI TEROMPAH". Jadi tidak hairanlah Nik Aziz dan pemimpin PAS diperbodohkan oleh ANwar Ibrahim. Puak PAS tunggu apa lagi? Pi le Demo depan rumah Anwar Ibrahim macam hangpa selalu duk buat tu. Takkan tu pun nak jadi TONGGONG jugak? Hua hua hua.... Psssttt... PAS makin hebat sekarang, dah berkawan dengan Israel pulak demi nak duduk Kerusi empuk di Putrajaya DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Anwar Ibrahim Hilang Akal Bila Cabar KJ Sertai Misi Ke Palestin Posted: 22 Feb 2012 05:30 AM PST Misi Gaza Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tidak bersikap hipokrit dengan berpura-pura seolah-olah beliau tidak mengetahui mengenai wujudnya hubungan perdagangan antara syarikat antarabangsa di Malaysia dengan di Israel. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pindaan terhadap Akta Kastam yang memberi kelonggaran kepada syarikat di Malaysia berdagang dengan syarikat di Israel diluluskan oleh Kabinet pada 1996 ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. "Saya hendak dedahkan di sini, kawalan terhadap perdagangan dengan Israel adalah di bawah Akta Kastam di bawah Kementerian Kewangan dan kelonggaran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat lain di Israel dibuat pada 1996 oleh Jemaah Menteri. "Pada 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan? Tidak lain tidak bukan Datuk Seri Anwar. Jadi, kalau dia kata hari ini kerajaan Malaysia buat perdagangan dengan Israel, dia buat-buat tidak tahu, dia sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini," katanya. Sambil menegaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan politik dengan Israel, Khairy berkata, hubungan dagangan antara dua negara itu hanya antara syarikat antarabangsa dan ia dibuat atas keperluan globalisasi. Katanya, sebagai contoh syarikat Intel atau pengilang di Malaysia terpaksa mengimport bahan membuat mikrocip atau semikonduktor dari syarikat Intel yang berpangkalan di Israel kerana bahan tersebut tidak boleh diperolehi dari negara lain. Menurut Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) itu, kebenaran perdagangan itu jauh berbeza daripada sokongan politik seperti kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong segala usaha memastikan keselamatan negara Israel. "Kalau Israel, negara itu akan memberikan justifikasi mempertahankan keselamatan mereka dengan apa jua cara termasuk pembunuhan rakyat Palestin," ujar beliau. Khairy juga berkata, Pemuda UMNO menyanggah apa jua alasan yang diberikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk menyalahkan media arus perdana memutar-belit laporan WSJ berhubung kenyataannya dalam isu Israel. "Sekarang dia beri penjelasan itu (sokongan) bergantung kepada kebebasan, kemerdekaan dan penubuhan negara Palestin yang berdaulat, tetapi dalam kenyataan itu dia menyokong segala tindakan untuk mempertahankan Israel. Itu kenyataan umum yang menunjukkan Anwar menyokong Israel," katanya. Beliau berkata, ekoran isu tersebut, sokongan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang semakin luntur dan sebab itu mereka kelam-kabut untuk memberi penjelasan bagi menarik semula sokongan kaum tersebut. -- UTUSAN MALAYSIA Anwar Ibrahim pernah melakukan misi kemanusian ke Gaza Palestin? Emmm Gomo tak pernah dengan satu apa pun misi yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam membantu rakyat palestin dari penindasan Israel. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang membidas Anwar Ibrahim sepertimana dalam kenyataan diatas pernah pada tahun lalu bersama sama aktivis kemanusian dalam misi pelayaran bersama kapal Flotilla ke Gaza. Misi bantuan kemanusian dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel yang mana mendapat sokongan dari Anwar Ibrahim. Sekarang Anwar Ibrahim menyokong Keselamatan Israel dan ini jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim adalah REGIM CHANGE yang digerakkan oleh Amerika dan Israel demi menggangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia perlu menolak Anwar Ibrahim ini, Bagaimana caranya? Pada PRU 13 Kelak usah mengundi PAS, PKR mahupun DAP. Kerana dengan mengundi ketiga tiga parti ini maka memberikan kuasa dan mandaat kepada Boneka Israel iaitu Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sama sama kita Tentang Anwar Ibrahim dan pakatan PAS,DAP,PKR yang bersekongkol mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan menjamin Keselamatan Israel dan menafikan Keselamatan Palestin. Psssttt... Aku harap Lepas ni kalau ada misi ke Gaza aku dapat pi hulurkan bantuan Kemanusian..... Amin DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Kalau Berani Jom Kita Ke Bicara Minda Bersama Ayahnda Tun Mahathir Posted: 22 Feb 2012 03:02 AM PST
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
i. Pemimpin belia yang berumur 18 hingga 40 tahun. ii. Pemimpin yang memegang jawatan dalam pertubuhan belia di pelbagai peringkat.
PROGRAM BICARA MINDA BERSAMA YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat) Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh. Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
8:00 pg4 Pendaftaran Peserta & Sarapan 9:00 pg Ketibaan Tetamu Jemputan 9:20 pg Ketibaan YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan I & II 9.25 pg Ketibaan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia 9.30 pg Ketibaan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana 9.40 pg Nyanyian Lagu Negaraku 9.45 pg Bacaan Doa 9:50 pg Aluan oleh: YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia 10:00 pg Program Bicara Minda oleh: YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana "Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020" 11:00 pg Sesi Soal Jawab 12:00 tghari Sidang Akhbar Jamuan Tengah Hari Bersurai >Psssttt... Jom anak anak muda kita kesana....... DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Video Inside - Pengakuan Anak Kapal Israel Yang Berlabuh Di Malaysia Posted: 21 Feb 2012 10:59 PM PST Syarikat ZIM dimiliki orang Israel? Bagaimana Mac Donald, Starbucks, Levis dan lain lain di Malaysia? Nik Aziz pernah membanggakan Tesco apabila terbinanya Tesco di Kelantan walhalkan pemilik Tesco adalah rakyat Israel. Cer Cite... Pada peringkat awal blogger pembangkang mendakwa kapal israel memasuki Pelabuhan Klang. Setelah berjaya dibuktikan bahawa ianya bukan kapal israel sebaliknya kapal Liberia, puak pembangkang pusing cerita pula kata syarikat Zim milik Israel. Penjelasan didalam video diatas jelas buat kita rakyat Malaysia memahami berhubung isu yang direkayasan oleh puak Pembangkang mengenai kapal Israel. Undang-undang Malaysia telah menetapkan bahawa kapal-kapal yang berdaftar di Israel (kapal Israel) tidak dibenarkan berlabuh dimana-mana pelabuhan dalam Malaysia kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Jauh sama sekali lagi untuk melindungi negara israel. Read More Sebarang urusniaga juga tidak terus melibatkan negara Malaysia dan juga Israel kerana kita menjual kepada pembeli dan seterusnya pembeli tersebut menjual kepada pihak lain bukanlah diatas keputusan Kerajaan Malaysia untuk menyekat dari menjual kepada mana mana negara yang ingin membeli. Gomo harap rakyat jelas mengenai apa yang dinyatakan oleh Pegawai Perkapalan didalam video diatas. Pihak pembangkang boleh menampilkan bukti bukti jika benar kapal Israel yang berlabuh di Malaysia dan kami semua menunggu jawapan balas anda. Pekara pokok yang sebenarnya rakyat Malaysia perlu sedar adalah sokongan Anwar Ibrahim keatas Israel yang dinyatakan secara jelas dan terang sama sekali. Anwar Ibrahim menyokong KESELAMATAN Israel dan menafikan hak rakyat Palestin ditanah air mereka. Sehingga kehari ini Anwar Ibrahim belum MENYAMAN Akhbar Wall Street Jurnal yang menyiarkan berita sokongannya kepada Israel. Malah Anwar Ibrahim terus mendapat sokongan Israel sehinggakan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong Israel dipaparkan akhbar Israel. Jika benar Anwar Ibrahim tidak menyokong Israel maka adalah elok jika kita minta Anwar Ibrahim menemplak Israel dan menyatakan kepada dunia bahawa Israel telah merampas dan membunuh rakyat Palestin sepertimana yang pernah Tun Mahathir nyatakan dulu. Amacam Anwar Ibrahim dan gerombolan puak puak Pakatan? Ada berani ke tidak ni? Ataupun masih lagi berfikir apa lagi yang nak diFitnah keatas kerajaan BN demi menyelamatkan Kote Bengkok Anwar Ibrahim ni? Lagi Menarik Blogger Pembangkang Dimalukan KLIK DISINI Psssttt.... Anwar Ibrahim sokong Keselamtan Israel, Bagaimana rakyat Palestin yang dibunuh Israel? DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment