Kedah Ke KL - MctHeory |
- LAA EHH!! Anwar tu sebenarnya Hamba IMF??
- PANASS!! Imam Pas baling kasut kat Hakim dalam Mahkamah!!
- GEMPAR!! Penyanyi lagu 'UMNO MAMPUS' bakal di penjara!!
- Panas!! Video Pelajar Uitm 'Benci' @DatoSahol !!
- PANASS!! Lagi Kuil India di ROBOHkan di Selangor!!
- GEMPAR!! Si Najwa Latiff tu buat dengan Pas??
- AIIYOO!! Sentimen Anti Anwar semakin menular!!
LAA EHH!! Anwar tu sebenarnya Hamba IMF?? Posted: 23 Feb 2012 07:38 AM PST |
PANASS!! Imam Pas baling kasut kat Hakim dalam Mahkamah!! Posted: 23 Feb 2012 05:37 AM PST Kisah ini boleh kita jadikan tauladan pada semua pembaca. Kat sini pun kita dah nampak, setakat mana moral seorang pengikut Pas. malahan orang Pas tegar ni seorang Imam, namun moral yang ditunjukkan sangatlah teruk, apabila kelakuan yang beliau buat bagaikan seorang budak tadika. Sumber asal Mc ambil dari SINI.. Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini. Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan. Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan. Imam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu. Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang. Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka. Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari. Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau. Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu. Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu dalam setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu. Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lepas, katanya, khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut. Sebaik mendengar khutbah tersebut, Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya. McTheory: Maknanya otak si Imam ni dah rosak teruk, kritikal dah tu.. |
GEMPAR!! Penyanyi lagu 'UMNO MAMPUS' bakal di penjara!! Posted: 23 Feb 2012 02:39 AM PST Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi (gambar) adalah diantara 11 orang individu yang dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didapati bersalah menyertai perhimpinan haram Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009. Kalau rakan-rakan pembaca sekalian masih ingat, Aiman Athirah ini adalah individu yang mengepalai sekumpulan wanita PAS dan PKR yang meroyan dan menggila terpekik terlolong apabila Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari dulu. Harap jika dipenjara nanti, tiada mana-mana warden lelaki yang cuba-cuba buat kerja bodoh dengan mengancam mahu merogol beliau. Bukan apa, dulu Aiman Athirah pernah membuat kenyataan yang dia pernah diancam untuk dirogol oleh anggota polis semasa ditahan didalam lokap. Cerita ni Mc cilok dari blog Anak Seberang. Jangan pulak ada puak Pas kata, muslimut ni kena tangkap disebabkan konspirasi UMNO. Biasa la puak Pas ni, kalau anjing berak depan rumah dia pun, agaknya dia tuduh UMNO yang suruh. McTheory: Sedangkan dia tak sedar, dia dengan anjing pun lebih kurang ja..heh.. |
Panas!! Video Pelajar Uitm 'Benci' @DatoSahol !! Posted: 23 Feb 2012 01:19 AM PST Apa agaknya yang menjadi masalah utama di Uitm sekarang ni? VC nya? atau ada orang dalam yang hendak menjatuhkan VC nya? Itulah melayu, tak pernah berubah, tak boleh tengok melayu lain senang. Pasti akan ada yang cuba nak jatuhkan. Blogger pun sama, nama dah otai, popular satu Malaysia, tapi perangai kebudak-budakkan. Nak kata tak cukup bulu lagi, rasanya dah terlampau cukup. Namun tak dak otak nak fikir cara matang. Ingat wahai saudara, dunia ni bulat, ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah. Kalau Allah tak mengizinkan, anytime kita boleh jatuh. Rezeki masing-masing bro.. tak payah bising la, lu makan banyak pun, orang tengok saja. Kenapa orang lain punya makanan lu nak kacau? Wa tak suka masuk campur, tapi bila nama wa dah naik sekali. Maknanya, wa pun terlibat sama.. sudah la bro.. rasa nak marah sangat, pergi la ambil air sembahyang tu. Kalau tak reti, belajar tengok buku. McTheory: Wa bukan budak2 yang nak melenting tak tentu pasal.. |
PANASS!! Lagi Kuil India di ROBOHkan di Selangor!! Posted: 22 Feb 2012 11:12 PM PST Nampaknya kerajaan Selangor terus membiarkan rumah ibadat di robohkan. Kalau dulu, hanya masjid dan surau. Kini kuil hindu pun akan di robohkan oleh kerajaan negeri Selangor. Lagi isu kuil berusia 60 tahun dirobohkan oleh pemaju dibawah pengetahuan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Kali ini sebuah kuil di Dengkil Selangor dirobohkan atas arahan pihak atasan Kerajaan Negeri Selangor. Pihak Kerajaan tempatan juga dikatakan gagal memberi kata jelas dan tidak memberi waktu yang lama untuk Ahli Jawatankuasa Kuil tersebut untuk mengurus dokumentasi kuil tersebut. Juga dikatakan Beberapa penganut dipercayai cedera semasa menghalang pegawai daripada merobohkan kuil tersebut. Tetapi rintihan mereka tidak dilayan oleh pegawai. Juga dikatakan beberapa pegawai tersebut hanya berkata 'cakap dengan pegawai atasan' beberapa kali kepada masyarakat setempat yang hadir sewaktu robohan tersebut. Tindakan merobohkan kuil tersebut dikatakan tidak menghormati sentimen kepercayaan penganut hindu. Sambung baca di SINI |
GEMPAR!! Si Najwa Latiff tu buat dengan Pas?? Posted: 22 Feb 2012 07:12 PM PST Apa si Najwa penyanyi remaja yang popular dengan cinta muka buku tu buat dengan puak Pas ni? Nak menyanyi dalam masjid ke? Tengok pulak ada si Sham kamekaze duduk di meja sebelah. Takkan kot si Sham, ajak si Najwa ni kempen untuk Pas? Agak-agak la.. umur baru berapa bro. Mc di maklumkan, bahawa Najwa hanya artis jemputan di dalam majlis ini. Biasa la cara baru Pas nak tarik kehadiran di majlisnya. Kalau Pok Nik pun dah pandai guna-guna artis di Kelantan, apa la sangat kalau Pas Selangor panggil artis untuk programnya. Cuma jangan dok menyanyi dalam masjid sudah la.. kalau menyanyi juga, namanya tu dah benar-benar nak ikut kristian tu. Kepada puak Pas, tak payah dok seronok sangat. Budak Najwa tu bukannya masuk Pas pun. Hanya di jemput.. McTheory: puak tu dok gedik kata, budak ni masuk Pas dah.. |
AIIYOO!! Sentimen Anti Anwar semakin menular!! Posted: 22 Feb 2012 04:37 PM PST Gambar ni Mc ambil dari blog Keris7Lok Poster-poster ini dijumpai ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur menuju ke Klang, seiring dengan jadual geng Jinggay 13 turun ke Selangor esok. Sekali lagi menjadi tanda tanya apakah kempen ABU yang dibawa oleh Chegubard membawa sentimen ABAI (Asal Bukan Anwar Ibrahim) sekali bersama mereka? Punya la nak anti UMNO, akhirnya orang lebih anti Anwar. he he he.. McTheory: Asalkan bukan Anwar Ibrahim (ABAI) |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment