Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Anwar Sokong Israel, Nik Aziz Sokong Anwar?
- PANASS!! Pesawat Israel mendarat di Kedah?
- KASI PANAS!! Ketua Pemuda UMNO Seputeh SOKONG Terasa Kok?
- EKSKLUSIF!! Kaum India dan cina Kedah mengamuk TOLAK DS Najib!!
- KASI PANAS!! Bukti Nyata Anwar Ibrahim TOLAK negara Islam!!
- KASI PANAS!! Benarkah Kapal Israel memasuki Malaysia? Penjelasannya..
PANASS!! Anwar Sokong Israel, Nik Aziz Sokong Anwar? Posted: 21 Feb 2012 07:36 AM PST "Kenapa saya nak saman WSJ? Mereka letak perkataan 'contingent' yang tidak disebut (oleh media UMNO). Mereka (media Umno) hanya melapor fitnah," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan Mstar, memetik kata-kata Ketua Umum PKR itu yang tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan mengenai sokongannya terhadap Israel yang disiarkan akhbar itu bulan lepas. Bernama melaporkan Anwar bertegas tidak mahu menyaman WSJ, kerana akhbar itu telah meletakkan perkataan 'contingent'yakni syarat-syarat perlu bagi pembebasan Palestin dan laporan yang dikeluarkan WSJ itu adalah tepat seperti mana yang beliau maksudkan. Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians" Maksudnya; "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin". Kemudian, Anwar menjelaskan lagi maksud wawancaranya dengan WSJ dengan satu lagi kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, iaitu beliau bersetuju dengan cadangan 'two state solution'. Ketika ditanya tentang pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar berkata Mursyidul Am Pas itu faham pendiriannya dan beliau pun memahami pendirian PAS. "Tok guru terima dan faham pendirian saya. Saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dalam soal Israel. "Saya jelaskan jangan ada salah tafsir tentang pengiktirafan Israel. Ia tidak berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipenuhi," katanya. Katanya syarat itu ialah pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, iktiraf Baitulmaqdis. "Tok Guru mendengar…Pendirian PAS berbeza..mereka tidak menerima sebarang syarat perundingan dengan Israel", kata Anwar seperti dilaporkan Malaysian Insider. Anwar mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz kira-kira sejam di PNB Darby Park, Kuala Lumpur bagi menjelaskan pendiriannya berhubung dengan isu sokongan kepada Israel seperti yang dilaporkan WSJ. Hadir sama dalam pertemuan itu adalah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Minggu lalu, Nik Aziz membacakan kenyataan Majlis Syura Ulama PAS yang menggesa Anwar agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel yang disiarkan dalam akhbar WSJ. Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu disalah lapor atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman akhbar tersebut bagi membersihkan namanya. Artikel asal yang Mc ambil dari AIDC ni menunjukkan pendirian Pas sememangnya tak tegas mengenai nasib umat Islam Palestin. Betul juga apa yang Pas buat ni. Dari Pas fikirkan umat Islam Palestine. Baik fikir Anwar naik jadi perdana menteri. Betul tak? McTheory: kiranya..umat Islam Palestine, takdak kena mengenai dengan Pas dan Nik Aziz.. betul tak? |
PANASS!! Pesawat Israel mendarat di Kedah? Posted: 21 Feb 2012 05:12 AM PST Baru-baru ini ada satu pesawat Israel telah mendarat di bumi Kedah kerana membawa satu peralatan yang telah dibeli oleh Menteri Besar Kedah iaitu salah satu komponen untuk pembaikian di Empangan Pedu. Peralatan tersebut hanya boleh didapati dengan kemahiran dari tenaga jurutera Israel sahaja. Dikhabarnya pesawat tersebut telah mendarat pada waktu malam untuk mengelakkan fitnah. Arahan yang dikeluarkan untuk menyembunyikan kemunculan pesawat tersebut dari pengetahuan pihak media. Sambung baca SINI Dok sibuk tuduh kerajaan Malaysia terima kapal dagangan dari Israel, kali ni bila kena kat muka depa, kita nak tengok puak ni nak mengelupuq macam mana pulak. Pada yang belum baca mengenai penjelasan kapal dagang yang dikatakan kapal Israel tu, boleh klik kat SINI. McTheory: Hanya Anwar yang kawan dengan Israel.. orang lain mana ada. |
KASI PANAS!! Ketua Pemuda UMNO Seputeh SOKONG Terasa Kok? Posted: 21 Feb 2012 02:34 AM PST Biaq betui ni Bang Lan.. takkan kot? Apa cerita pun dengar dulu bro.. |
EKSKLUSIF!! Kaum India dan cina Kedah mengamuk TOLAK DS Najib!! Posted: 21 Feb 2012 12:12 AM PST Himpunan ini diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada DS Najib mengenai isu Thaipusam. Puak Pakatan mengatakan bahawa DS Najib telah 'sesat' kerana menghadiri upacara keagamaan Thaipusan kaum India. Namun sebenarnya, DS Najib menunaikan tugasnya sebagai pemimpin dengan melawat dan mengikuti sebarang perayaan kaum lain di Malaysia, berpandukan garis-garis keagamaan tertentu. Lebih dari 20 NGO masyarakat Indian dan Cina terdiri dari 250 orang, telah membuat bantahan secara aman terhadap Pakatan Haram yang cuba mempolitikkan Agama untuk menimbulkan permasalahan perkauman. Bantahan yang diadakan di perkarangan Kedah Lodge lebih kurang jarak 150 meter dari kuil Vinayagar Jalan Sekerat Sungai Petani. Bertujuan menyatakan bantahan terhadap yang mempertikaikan pemakaian pakaian Adat di masa Perdana Menteri menghadiri majlis sambutan Thaiphusam. Kaum India menyatakan pakaian Kurta yang di pakai itu merupakan pakaian Adat, bukannya pakaian Agama. Boleh baca asal usul pakaian kurta iaitu pakaian tradisional kaum, dan bukannya pakaian keagamaan. Kurta (Persia/Urdu: کُرتا, Hindi: कुरता, dibaca [ˈkʊrta]; atau kurti untuk versi yang lebih pendek) adalah pakaian tradisional yang dipakai di Afghanistan,Bangladesh, India, Pakistan, Nepal, dan Sri Lanka. Kurta adalah pakaian yang longgar yang bagian bawahnya bisa mencapai lutut. Kurta dipakai oleh pria dan wanita. Kurta biasanya dipakai bersama dengan paijama (kurta-paijama), salwar, churidar, atau dhotis;[1] namun pada masa modern, kurta juga sering dipakai bersama jins.[2] Kurta dipakai dalam kegiatan sehari-hari maupun dalam acara formal. McTheory: Benda macam ni pun depa nak politik.. akai takdak la.. |
KASI PANAS!! Bukti Nyata Anwar Ibrahim TOLAK negara Islam!! Posted: 20 Feb 2012 08:12 PM PST Kita patut sentiasa panaskan balik video-video Anwar yang menganggap semua agama adalah sama dan video yang menunjukkan Anwar menolak negara Islam. Sudah la ketuanan Melayu di tolak mentah-mentah, Islam pula di pinggirkan. Nanti apa lagi yang tinggal untuk kita dan anak cucu kita kelak? Orang macam ni yang mahu kita jadikan perdana menteri? McTheory: Anwar Ibrahim, penyokong yahudi.. |
KASI PANAS!! Benarkah Kapal Israel memasuki Malaysia? Penjelasannya.. Posted: 20 Feb 2012 05:00 PM PST Beberapa blog pro pembangkang termasuk malaysiakini.com hari ini melaporkan berita tentang kemasukan dua buah kapal israel di Pelabuhan Barat , Pelabuhan Klang. Berikut adalah sebahagian petikan laporan dari malaysiakini.com
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia sekalian, untuk entry kali ini kami akan jawab terlebih dahulu pembohongan paling utama pencacai-pencacai PKR sepertimana tulisan yang kami merahkan diatas, iaitu kapal tersebut adalah kapal israel. Kemudian kami akan susuli dengan penjelasan mengenai kehadiran kapal tersebut di Pelabuhan Klang dalam entry seterusnya. Kapal Zim USA dan Zim Atlantic BUKAN nya kapal israel seperti yang didakwa oleh pendekar-pendekar tempang PKR. Pendekar-pendekar tempang PKR tidak buat homework terlebih dahulu sebelum menabur fitnah. Mereka tidak belajar bagaimana untuk mengetahui sesuatu kapal dari negara mana. Itu perkara asas yang perlu diketahui terlebih dahulu. Boleh diibaratkan seperti orang solat. Apa guna solat berpuluh rakaat sampai lutut lemah longlai dan dahi sampai lekuk, tetapi tidak berwudhu terlebih dahulu sebelum solat ? Sama halnya yang dilakukan oleh pendekar-pendekar tempang pembangkang berhubung isu kapal israel. Mereka sepatutnya belajar terlebih dahulu bagaimana untuk mengenali sesebuah kapal dari negara mana sebelum merakam video dan panggil pemberita datang ke sidang media mereka dan bercakap sampai berbuih mulut. Jangan tipu pemberita hanya semata-mata kerana hendak kejarkan glamor. Untuk mengetahui sesebuah kapal dari negara mana bukannya perkara susah. Lihat sahaja kapal anda sudah boleh tahu tetapi dengan syarat anda seorang yang tahu ilmu pengetahuan am. Setiap kapal akan mengibarkan bendera negara dimana kapal tersebut berdaftar sepanjang hayat kapal berkenaan. Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge. Jika seseorang itu seorang yang lemah pengetahuan amnya dan tidak mengenali bendera negara-negara asing, orang itu boleh pergi ke bahagian buritan kapal dan lihat nama tempat kapal itu didaftarkan. Dalam hal ini terang-terangan kelihatan pendekar-pendekar tempang PKR sangat lemah ilmu pengetahuan amnya sehingga nama tempat pun tak tahu. Sekarang kami di selangordaily.com akan jelaskan kepada rakyat Malaysia tentang dua kapal berkenaan. ZIM USAZIM USA Maklumat kapal yang dipetik dari http://www.marinetraffic.com Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel. ZIM USA MONROVIA Gambar atas secara jelas di bahagian buritan kapal menunjukkan kapal Zim USA berdaftar di Monrovia. Untuk pengetahuan pak pandir-pak pandir jingga 13, Monrovia adalah sebuah bandar pelabuhan di Liberia. Setakat ini Monrovia tidak pernah wujud di israel. Lagi gambar-gambar berkenaan kapal Zim USA boleh dilihat di sini. ZIM ATLANTIC ZIM ATLANTIC Maklumat kapal yang dipetik dari http://www.marinetraffic.com Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel. Sama seperti Zim USA ,gambar atas menunjukkan di bahagian buritan kapal menunjukkan kapal Zim Atlantic berdaftar di Monrovia iaitu sebuah bandar pelabuhan di Liberia. Lagi gambar-gambar berkenaan kapal Zim Atlantic boleh dilihat di sini. Semuanya telah terjawab. Dengan bukti-bukti yang kami kemukakan, sekarang kami pulangkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai siapa yang berbohong ? selangordaily.com atau kumpulan pak pandir jingga 13? Sampai bilakah pemberita-pemberita akan ditipu oleh pendekar-pendekar tempang PKR yang menggunakan maklumat-maklumat palsu hanya semata-mata untuk menunjukkan mereka hero ? McTheory: Sesungguhnya.. mangkuk-mangkuk ayun Pakatan ni bukan tau apa.. menipu saja lebih!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment