Kedah Ke KL - MctHeory |
- KASI PANAS!! CONTOH TERBAIK AHLI PARLIMEN PKR YANG BEBAL!!
- GEMPAR!! KOLEJ UNIVERSITI DAN INSANIAH MASIH HUTANG BANK BERJUTA-JUTA??
- PANAS!! PKR DIBANTU RM100 JUTA OLEH CIA??
- LAAAA EHH!! PAS KEDAH SAPU KAYU BAKAU LA PULAK!!
- TERPANAS!! KISAH ANAK ORANG PAS DITANGKAP KETIKA HISAP BATANG!
KASI PANAS!! CONTOH TERBAIK AHLI PARLIMEN PKR YANG BEBAL!! Posted: 13 Dec 2011 04:51 AM PST
Cerita ni Mc ambil dari blog CTS. Melihat pada gambar ni. Tak tahulah sama ada tak tahu etika, kurang pengetahuan tentang protokol majlis atau memang dari kecil Mak Bapak tak ajar cara duduk dan adab di dalam majlis. MP Gombak, Azmin Ali dan MP Balik Pulau, Yusmadi Yusuf kelihatan duduk dan tidak berdiri ketika Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada perbarisan hormat Angkatan Tentera DiRaja Malaysia, yang diadakan bersempena dengan Majlis Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen pagi semalam. Jenis kurang ajar, ajarlah macam mana pun. Dok serupa tu la jugak! McTheory: Tengok la siapa sifu depa.. siapa lagi Al-Juburi laa.. | ||
GEMPAR!! KOLEJ UNIVERSITI DAN INSANIAH MASIH HUTANG BANK BERJUTA-JUTA?? Posted: 13 Dec 2011 02:11 AM PST Kolej Universiti Insaniah salah satu projek kebanggaan Pas Kedah. Walaupun asalnya projek ni dimulakan oleh kerajaan BN Kedah yang dahulu. Namun kerja menaik tarafkan kolej ini adalah kerja kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pas. Bab ni Mc ucap tahniah, sebab dari satu kolej biasa, Pas dah buat jadi Kolej Universiti Antarabangsa. Semua bangsa ada disitu semua kaum pun boleh belajar. Hinggakan Somalia pun ada kat sana. Bukan itu yang jadi persoalan Mc. Mc nak tanya, ada sumber memberitahu bahawa KUIN masih lagi berhutang berjuta-juta dengan bank akibat projek naik taraf, dan pembayaran baliknya masih lagi ditangguh oleh kerajaan negeri? Orang yang memberitahu Mc mengenai hal ini bukan calang-calang orangnya. Andaikata Mc taip namanya disini, ramai orang kenal. Andaikata pembaca ada maklumat yang detail mengenai perkara ini boleh emailkan kepada Mc (McTheory@yahoo.com) McTheory: Antara satu hutang Pas yang bakal diwarisi UMNO.. | ||
PANAS!! PKR DIBANTU RM100 JUTA OLEH CIA?? Posted: 12 Dec 2011 09:21 PM PST APA agaknya reaksi penduduk Amerika Syarikat jika mendapati pusat pengundian dan parti politik tertentu keseluruhannya dipengaruhi wang pemerhati dan calon disokong China yang mempromosikan kepentingan negara itu dalam proses pemilihan Presiden? Pasti banyak jawapan diterima. Mungkin ada orang akan dipenjarakan seumur hidup atau dihukum mati atas dakwaan mengkhianati negara. Malah perang antara kedua-dua negara juga mungkin berlaku. Cubaan menggulingkan pemimpin negara asing atau masuk campur dalam pilihan raya adalah tindakan biasa dilakukan kerajaan Amerika menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selama berdekad-dekad di seluruh dunia. Malah, kebangkitan dunia Arab dilaporkan turut didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat. Akhbar New York Times dalam rencana bertajuk 'Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab' jelas menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti Institut Republikan Antarabangsa, Institut Demokratik Kebangsaan dan Dewan Kebebasan, pertubuhan hak asasi manusia tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington. Ia juga menunjukkan kedua-dua institut itu mempunyai hubungan dengan parti Republikan dan Demokratik. Ia dicetuskan Kongres dan dibiaya menerusi Pembiayaan Kebangsaan bagi Demokrasi, yang ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menyalurkan geran bertujuan mempromosikan de-mokrasi di negara membangun. Ia menerima AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres. Dewan Kebebasan turut menerima sejumlah wang daripada kerajaan Amerika, kebanyakannya daripada Jabatan Negara. NGO sama juga memainkan peranannya di Myanmar, menghalang pembinaan empangan mega baru un-tuk memulakan pembangunan di kawasan pedalaman negara itu dan menyediakan bekalan elektrik bagi penggunaan eksport dan domestik, serta membantu mengairi tanah pertanian. Ada bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di negara jiran Russia dan juga sekutunya, Belarus, NGO yang dibiayai Amerika cuba memulakan 'Kebangkitan Belarus' untuk menumbangkan pemimpin negara itu, Alexander Lukashenko, yang membantah keras kehadiran tentera NATO di sempadannya dan Russia. Kini, Russia sendiri sudah membongkar plot NGO yang cuba campur tangan dalam institusi politik negara itu, dalam cubaan menggulingkan dan menggantikan pemimpinnya. Ini bukan kali pertama Russia berdepan dengan campur tangan luar. Selepas kejatuhan Soviet Union, ada usaha di kalangan rakyat asing memulakan usaha mencipta undang-undang sendiri di sebalik kekacauan itu. Individu yang menerajuinya ialah hartawan Mikhail Khodorkovsky yang menjadi penaung Yayasan Russia Terbuka malah memiliki pakar kewangan korporat seperti Jacob Rothschild dan Henry Kissinger mempengerusikan lembaga pengarahnya –bharian Pendedahan Berita Harian membuktikan bahawa memang wujud pihak pakatan terutamanya menerima bantuan daripada pihak CIA Artikel ini disertakan bukti video kaitan dan peranan CIA didalam pakatan rakyat. Kelmarin 24/5/2011 bertempat di Hotel Sunway,Seberang Jaya satu latihan dianjurkan oleh The International Republican Institute atau lebih dikenali sebagai IRI.Ramai kalangan ahli PKR yang hadir kononnya berasa teruja mendapat latihan mengenai pilihanraya daripada Amerika.Namun Pisau percaya mereka tidak sedar bahawa mereka menjadi perkakas dan alat Anwar bersama CIA dan Yahudi . | ||
LAAAA EHH!! PAS KEDAH SAPU KAYU BAKAU LA PULAK!! Posted: 12 Dec 2011 06:11 PM PST Kesian dengan rakyat kedah sekarang,tak habis2 hasil bumi di sini kena tarah oleh pihak yang tidak bertanggungjawap..Alasannya projek pembersihan bagi membuat kolam udang.tapi mana p pokok2 bakau tu..?tak kan jadi bakau ANUGERAH? mana p wakil rakyat pantai merdeka??rakyat bersuara minta pertolongan tapi kemana wakil rakyat tersebut?? Patut lah MTK dapat berita yang ramai AHLI PAS KOTA KUALA MUDA DAH MASUK UMNO..rupanya dah macam2 hal terjadi di kawasan tersebut.. MTK masa kempen laju ja hampa turun..bila dah menang camni lah jadinya.. | ||
TERPANAS!! KISAH ANAK ORANG PAS DITANGKAP KETIKA HISAP BATANG! Posted: 12 Dec 2011 03:11 PM PST Siapa tahu mengenai Kolej Islam Madrasah Darul Ulum (MDU) Pokok Sena yang di miliki sepenuhnya oleh PAS Kedah? Apa yang memeranjatkan Mc, pada 10 Disember lepas lebih kurang pada pukul 11 malam, pihak Tentera telah menahan 2 orang pelajar semester ke 2 Kolej tersebut yang sedang asyik melakukan aksi Blowjob (mengisap batang) di ladang getah berhampiran sempadan Malaysia -Thailand Kota Shah Putra. Pasangan pelajar Pas melakukan aksi terkutuk ketika berada di dalam kereta. Pasangan tersebut telah di serahkan kepada Pejabat Agama Padang Terap untuk tindakan..sungguh memalukan. Tentera memerhatikan pergerakan kereta terbabit kerana ingat ada jenayah penyeludupan. Rupanya bukan seludup, tapi jenayah mengisap. hehe.. Berjayakah PAS Kedah mendidik akhlak orang muda, tambahan pulak di pusat pendidikan PAS Kedah Sekiranya bersangkutan dengan kes keruntuhan Akhlak, pasti Cybertrooper PAS akan menuding jari pada BN, nah sekarang apa yang berlaku apa yang PAS ajar? berjayakah PAS? Kalau bab nak hentam orang cukup hebat la Cybertrooper PAS ni,,ayat punya la putaq belit nak lindungkan kesalahan. Kredit to: Aktivis Umno Pekan Naka di atas info anda |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment