UMNO Online - “UMNO Veterans Disappointed With OIC’s Failure To Stop Israeli Attacks On Gaza” plus 9 more

UMNO Online - “UMNO Veterans Disappointed With OIC’s Failure To Stop Israeli Attacks On Gaza” plus 9 more

Link to UMNO Online

UMNO Veterans Disappointed With OIC’s Failure To Stop Israeli Attacks On Gaza

Posted: 21 Jul 2014 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 21 – Umno veterans have expressed regret and disappointment over the failure of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to take any effective action to stop Israeli attacks on the Palestinians in Gaza.

Umno Veterans Club secretary, Datuk Mustapha Yaakub in a statement today said it was as if the OIC had allowed hundreds of Palestinians to be killed and thousands more injured.

“The OIC is no longer relevant, hence the organisation should be disbanded or restructured. Umno veterans feel that for as long as the OIC is led by Saudi Arabia, it will just be ceremonial in nature,” he said.

Mustapha said it was also shameful that OIC which comprised many rich Islamic nations due to the oil money could not use their God-given wealth to protect the Palestinians who continued to be oppressed by Israel’s Zionist regime.

“Almost half of the United Nation member states make up the OIC. But it is clear that they fail to influence the Zionist Jewish lobby at the UN.

“They are rich financially but poor in fighting spirit to assist the Palestinians,” he said.

Mustapha said the financial aid to Palestine each time the Israelis attacked and killed the Palestinians was meaningful as each day, the Palestinians lost more land to Israel.

He said it was a matter of time for the Arab Palestinians to disappear from their own land.

“Where is the Gulf Cooperation Council and the Arab League at this time?” he asked.

Mustapha said Umno veterans felt that for as long as the Arab nations were disunited, the Palestinians would continue to be the victim’s of Zionist Israel’s greed and brutality.

The international community has condemned Israeli attacks on Gaza launched since the 10th day of the month of Ramadan.

According to media reports, the Palestinian death toll in the attacks until yesterday had reached 425 people.

Siaran Langsung Sidang Parlimen Tergempar MH17 Di TV1 Rabu Ini – Ahmad Shabery

Posted: 21 Jul 2014 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan disiarkan secara langsung di TV1, Rabu ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata siaran langsung sidang Parlimen tergempar berkenaan akan bermula pada 10 pagi Rabu, 23 Julai.

“Mari saksikan bersama-sama siaran langsung sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas MH17 pada 23 julai 2014 bermula jam 10 pagi di TV1 atau layari http://m.rtm.gov.my/,” katanya di laman facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas nahas MH17 Khamis lepas berkata beliau memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat tersebut.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Hubungan Baik Dengan Kuasa Besar Bantu Siasat Tragedi MH17

Posted: 21 Jul 2014 05:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Sudah empat hari nahas tragis pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine berlaku, dan sehingga kini Pasukan Siasatan Khas Malaysia yang berada di Kiev sejak Sabtu masih belum dapat memasuki lokasi tragedi.

Sejak dimaklumkan dengan nahas yang tidak diduga pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus-putus berhubung dengan pemimpin-pemimpin dunia termasuk kuasa besar seperti Russia dan Amerika Syarikat, tidak ketinggalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Malaysia, yang selama ini tidak memihak dan menjadi negara sahabat kepada negara lain, kini bersandarkan kepada hubungan baik antarabangsa dengan negara terlibat khususnya Ukraine dan Russia untuk membantu pasukan siasatan khas Malaysia memasuki lokasi nahas menjalankan prosedur forensik khususnya proses pengenalan identiti mangsa bencana.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika ini berada di Kiev untuk merundingkan akses bagi pasukan penyiasat khas dari Malaysia, yang terdiri daripada 133 pegawai dan pakar teknikal serta perubatan, memasuki kawasan nahas di Donetsk, yang dikuasai kumpulan pro-Russia.

Berjayakah Malaysia memperoleh sokongan berkenaan khususnya bagi memastikan pemimpin kumpulan pro-Russia dan Ukraine menyediakan langkah-langkah keselamatan dan koridor kemanusiaan untuk membolehkan pasukan siasatan khas segera melaksanakan tugas-tugasnya?

Pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed yakin hubungan baik dan dasar luar Malaysia selama ini akan dapat membantu kerajaan menangani tragedi ini.

“Sudah tentu Malaysia tidak boleh melakukan tindakan secara langsung kerana MH17 terhempas di kawasan yang sensitif dan terletak di bawah kuasa militant pro-Russia. Memang kita tidak mempunyai peluang dan ruang untuk berada dan meneliti apa yang telah berlaku kepada pesawat itu.

“Kita (Malaysia) juga boleh mendapatkan bantuan daripada kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, menerusi bantuan antarabangsa yang mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Rusia atau di kalangan pemimpin militan di Ukraine itu sendiri,” katanya kepada Bernama di sini.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lepas.

Penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu.

Tugas dan tanggungjawab Pasukan Siasatan Khas Malaysia kelihatan sukar kerana lokasi nahas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia.

Hal ini diakui sendiri oleh Kerajaan Ukraine.

Dr Ahmad Martadha berkata tanpa sebab Malaysia kini berada di tengah-tengah konflik antara Rusia dan militan Ukraine dan nasib Malaysia jelas sekali kurang baik, dan secara tidak langsung terheret dalam konflik geopolitik pihak bertelagah.

Beliau menjelaskan tragedi MH17 memang memberi kesan kepada seluruh dunia tetapi tragedi itu dilihat memberi ‘peluang dan kelebihan’ kepada puak militant Ukraine untuk meraih perhatian dunia dalam perjuangan mereka.

“Pejuang-pejuang militan Ukraine kini berjaya mendapatkan publisiti secara besar-besaran. Kita tidak tahu adakah tembakan itu sengaja dibuat untuk menarik perhatian dunia?

“Amat malang bagi negara yang terpaksa berhadapan dengan tragedi MH17 dianggap sebagai satu tragedi besar terutamanya selepas kehilangan MH370, yang sehingga kini pun masih belum selesai,” katanya.

Pada 8 Mac lepas, pesawat MAS MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Rusia Akan Bantu Kerajaan Malaysia Berhubung Kes Mh17, Kata Duta

Posted: 21 Jul 2014 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Rusia akan bekerjasama dengan apa cara yang mungkin untuk membantu kerajaan Malaysia menangani kes pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di timur Ukraine.

Duta Rusia di Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva berkata negaranya menghargai hasrat kerajaan Malaysia untuk mengetahui bagaimana tragedi dahsyat itu berlaku dan tidak semata-mata menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Di Rusia, kami berasa amat simpati dengan Malaysia, keluarga mangsa dan mereka yang kehilangan saudara-mara dan orang tersayang. Kami juga amat menghargai pendirian kerajaan Malaysia yang tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menuding jari dan cuba untuk mencari fakta.

“Oleh itu, Rusia akan memberi kerjasama kepada kerajaan Malaysia dan kami akan melakukan semua yang yang termampu untuk membantu kerajaan dalam keadaan yang sukar ini,” kata beliau kepada Bernama selepas temuramah eksklusif dengan BernamaTV dalam program ‘Bernama Today’.

Vorobyeva ditemu bual mengenai insiden pesawat Boeing 777-200ER MAS terhempas di kawasan Donetsk di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur Khamis lepas.

Tiada Pembatalan Pakej Pelancongan Diterima Daripada Pelancong

Posted: 21 Jul 2014 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Tourism Malaysia tidak menerima maklumat mengenai sebarang pembatalan segera pakej pelancongan dari Eropah, Rusia serta negara-negara Scandinavia dan Benelux.

Bagaimanapun Tourism Malaysia akan memantau reaksi pasaran secara dekat memandangkan pelancong dari negara yang disebutkan itu terbang ke Asia Tenggara, Australia dan New Zealand menggunakan Malaysia Airlines (MAS) yang juga berkongsi kod dengan Royal Dutch Airlines (KLM).

“Ini adalah tempoh puncak kerana banyak pelancong dari pasaran sini sedang bercuti musim panas yang panjang dan lazimnya mereka menggunakan MAS untuk terbang bukan sahaja ke Kuala Lumpur tetapi juga ke destinasi pelancongan lain di rantau Asean,” kata Tourism Malaysia dalam kenyataan.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, Malaysia menerima 31,945 pelancong dari Belanda, peningkatan sebanyak 13.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2013.

Tempoh yang sama juga menyaksikan peningkatan ketibaan pelancong dari Eropah Timur sebanyak 55,771 (25.1 peratus), Eropah Utara 227,545 (8.9 peratus), Eropah Selatan 46,043 (29.9 peratus) dan Eropah Barat 179,574 (15.9 peratus) hasil daripada usaha promosi sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 427,995 pelancong dari Eropah Barat dengan 83,955 pelancong dari Belanda, 107,541 dari Eropah Timur, 548,729 (Eropah Utara) dan 109,447 (Eropah Selatan).

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Tourism Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris 298 penumpang dan anak kapal MH17.

“Bagi pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tourism Malaysia dan warga Malaysia, simpati kami, ingatan ikhlas, doa dan ucapan takziah adalah kepada setiap mangsa yang terlibat dalam tragedi malang ini,” katanya.

Wan Azizah Disebut Bakal Ganti Khalid…Anwar Pula Penasihat Ekonomi: Selangor Bakal Catat Sejarah!

Posted: 21 Jul 2014 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Seandainya benar telahan bahawa Presiden PKR yang juga ADUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal dinobatkan pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, percayalah negeri itu mempunyai sejarah yang tersendiri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bergelar Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang bergaji RM1.00.

"Memanglah tidak menjadi kesalahan sekiranya senario tersebut benar-benar berlaku dan benar-benar wujud dalam masa terdekat selepas ini. Atas kertas, secara fizikalnya ADUN Kajang itu dilihat layak apatah lagi jika mendapat sokongan padu daripada suami sendiri yang merupakan Ketua Umum PKR,” kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Beliau berkata demikian ketika diajukan persoalan mengenai desas-desus yang tersebar bahawa Wan Azizah bakal menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Sememangnya bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya Tan Sri Khalid berjaya disingkirkan dengan cara terhormat dan Azizah dinobatkan sebagai Menteri Besar yang baru dengan mengenepikan calon-calon lain seperti mana yang disebut-sebut sebelum ini.

"Mungkin yang nampak janggalnya adalah kita dan masyarakat diluar sana. Bagi mereka di dalam PKR dan bagi mereka yang menjadi pengikut setia pakatan pembangkang perkara berkenaan mungkin sesuatu yang normal kerana itulah retoriknya mereka," katanya.

Namun begitu dikatakan juga ADUN Hulu Klang Azmin Ali disebut-sebut bakal menggantikan Khalid walaupun beberapa hari lalu Menteri Besar Selangor itu dilaporkan akan terus menyandang jawatan tersebut hingga akhir penggal.

Mengulas lebih lanjut Shahril seterusnya menambah jika perkara berkenaan berlaku maka bakal terjadilah 'kerajaan laki bini' di Selangor kelak.

"Macam-macam hal dan macam-macam perkara boleh berlaku, tetapi bukanlah sesuatu yang pelik di dalam PKR hari ini kerana sebelum ini pun kita sudah dapat melihat bagaimana peliknya pemilihan parti mereka.

"Pelbagai cerita dan pelbagai kisah yang dapat kita dengar dalam pemilihan lalu malah bukankah hanya dalam PKR sendiri yang Ketua Umumnya bapa, isterinya Presiden manakala anaknya Naib Presiden. Semuanya ada hanya dalam PKR.

"Sebab itulah saya sebutkan tadi seandainya Khalid berjaya disingkirkan dan Wan Azizah antara yang disebut-sebut bakal menggantikannya, maka kita boleh lihat drama yang cukup menarik di Selangor nanti," katanya. – MediaUMNO

Malaysian Rep Offices In Washington, New York Deluged With Flowers, Cards For MH17

Posted: 20 Jul 2014 11:08 PM PDT

NEW YORK, July 21 – The two Malaysian representative offices in New York and Washington DC have been deluged with flowers, cards, hand-written notes of condolences and sympathy on notice boards, as well as candles, for the passengers and crew of the downed Malaysia Airlines (MAS) flight MH17.

The Office of Malaysian Permanent Mission to the United Nations (UN) here also received numerous flowers, cards and notes of condolences from city dwellers who sympathised with Malaysia in the downing of the flight MH17 in eastern Ukraine last Thursday.

Malaysian Permanent Representative to the UN Datuk Hussein Hanif said he had also received numerous telephone calls from his counterparts and friends who extended their condolences and sympathies over the incident.

He said this to Bernama when met at a breaking of fast event, which was followed by Yasin and Tahlil recitation for passengers and crew of MH17, at his office on Sunday.

Hussein said the office had also prepared a condolence book, which could be signed by its guests over the next three days, while flying the Malaysian flag, Jalur Gemilang, at half mast.

At the UN Security Council emergency meeting last Friday, Hussein conveyed Malaysia’s disappointment over the incident and strongly condemned the perpetrators who clearly violated international law.

He also urged for an international investigation team comprising international authorities, including the International Civil Aviation Organisation (ICAO) to carry out a comprehensive, independent and transparent investigation into the tragic incident involving the MAS jetliner.

In the incident which occurred in Donetsk, eastern Ukraine, last Thursday, all 298 people, including 15 crew onboard the Boeing 777-200ER were killed.

Meanwhile, Malaysian Ambassador to the United States, Datuk Dr Awang Adek Hussin, when contacted in Washington DC said the embassy had also been deluged with calls from US Congressmen, US State Department and other embassies in Washington, extending their condolences and sympathies over the incident since Friday.

“Some of them whom I met at official events also extended their sympathies and expressed their disappointment over the tragic incident that had befallen the Malaysian national airline. We have also received so many flowers and cards for MH17,” he said.

Awang Adek said the embassy was working closely with State Department, as well as the Dutch and Australian embassies here, as the two countries had also lost many of its citizens in the downing of the aircraft, to disseminate latest information concerning the incident.

The information would then be channeled to Wisma Putra in a bid to bring back the victims to Malaysia, he said.

He said Malaysian consulate offices in Los Angeles and New York would also prepare a condolence book to be signed by their guests from Monday.

Meantime, a group of Malaysians in New York are scheduled to hold a Vigil For MH17 at the Washington Square Park near the New York University here on Monday night.

PBB Digesa Keluar Resolusi Akses Bebas, Selamat Di Tapak MH17 Terhempas

Posted: 20 Jul 2014 11:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengeluarkan resolusi bagi akses bebas, terbuka dan selamat di kawasan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Geostrategis Prof Dr Azmi Hassan berkata Majlis Keselamatan hanya membuat kenyataan yang disifatkannya longgar dan tidak spesifik tentang perkara berkenaan pada satu mesyuarat tergempar baru-baru ini.

“Kenyataan itu antara lain menyeru supaya badan penyiasat antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat, tetapi setakat ini tidak memberi penekanan supaya Rusia mengawal pihak pemisah pro negara itu yang menguasai wilayah berkenaan.

“Jadi Majlis Keselamatan harus mengeluarkan resolusi secara spesifik untuk memaksa pihak pemisah membuka laluan di kawasan terhempas yang terletak dekat sempadan Rusia,” katanya.

Beliau berkata sukar bagi Majlis Keselamatan mengeluarkan resolusi yang lebih tegas kerana khuatir pihak yang berkepentingan seperti Rusia dan Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa veto mereka.

Azmi berkata mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kerajaan di negara kemalangan itu berlaku mempunyai bidang kuasa ke atas bangkai pesawat dan akan mengetuai siasatan.

“Tetapi, Ukraine adalah pihak yang berkepentingan kerana mereka mempunyai agenda politik dalam krisis ini, jadi saya risau Ukraine tidak boleh jadi ketua penyiasat yang tidak ‘bias’ (berat sebelah).

“Kita perlukan ketua penyiasat yang berkecuali, dalam hal ini jika Ukraine dibiarkan menjadi ketua penyiasat, negara lain perlu turut serta untuk mengimbangi pengaruh Ukraine,” katanya.

MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.

Setakat ini, pasukan siasatan khas Malaysia belum diberi laluan untuk memasuki kawasan pesawat terhempas.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata Majlis Keselamatan perlu menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk membolehkan pasukan penyiasat terutamanya dari Malaysia untuk masuk ke kawasan terlibat, bukan sahaja untuk mengumpul bahan bukti, tetapi untuk menguruskan mayat mangsa.

“Kita minta Rusia mendesak kepada pihak yang pro kepadanya di Donetsk itu menghormati Malaysia sebagai pemilik MH17,” tegasnya.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM Mohamad Faisol Keling pula berkata Malaysia harus mengetuai siasatan sambil dibantu oleh badan-badan antarabangsa yang diiktiraf dan berkecuali bagi mengelak siasatan berat sebelah dan masalah kehilangan bukti nahas.

“Kita hendak elak dari berlakunya bias (berat sebalah), sembunyikan fakta dan bukti kerana Malaysia perlukan keadilan, dalam konteks ini Malaysia dan negara lain menjadi mangsa,” katanya.

Mohamad Faisol berkata Ukraine dan Rusia mempunyai kepentingan terhadap insiden ini kerana mereka saling tidak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian yang dikatakan pesawat itu ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak.

"PBB mungkin boleh arahkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk memberi jaminan keselamatan terhadap pasukan penyiasat berbanding menunggu kata putus dari kedua-dua negara yang main tarik tali, dalam masa yang sama bahan bukti semakin terhapus,” katanya.

Mengenai impak hubungan dua hala antara Malaysia dengan Ukraine dan Rusia, beliau berkata Malaysia boleh mengguna pakai konsep ‘balance of power’ yang diperkenalkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 90-an.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar pula berkata laluan masuk yang digunakan pasukan siasatan melalui Kiev, Ukraine adalah sukar kerana pemberontak proRusia melihat mereka seperti musuh.

Katanya sekiranya PBB mengenakan tekanan kepada semua pihak termasuk Rusia untuk memberi kerjasama kepada pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia dan Belanda, mungkin kerumitan menjalankan siasatan dapat dipermudahkan.

“Mereka ini (puak pemisah) sensitif, pertama kerana mereka ingin menjelaskan kepada dunia bahawa kawasan itu kepunyaan mereka dan mahu diiktiraf.

“Kedua, mereka juga sensitif seandainya kawasan mereka dimasuki, mungkin kehadiran mereka dengan kelengkapan pertahanan diketahui pihak lain dan pada masa yang sama mereka juga ingin mempopularkan perjuangan mereka,” kata Mohamad.

Sementara itu, Felo Kanan S.Rajaratnam School of International Studies di Singapura, Dr Oh Ei Sun berkata untuk pergi ke tapak nahas dan mengumpulkan bukti, Malaysia tidak boleh melakukannya secara sendirian tetapi perlu bekerjasama dengan negara yang turut terjejas seperti Belanda dan badan berkecuali.

“Jika terbukti bahawa ada antara pihak atau negara yang disyaki itu sebenarnya terlibat dalam menembak jatuh MH17, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, sudah tentu hubungan Malaysia dengan negara terbabit akan terjejas, mungkin ke tahap memanggil balik dutanya,” kata Dr Oh yang merupakan warga Malaysia.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia menimbangkan semula dasar berkecualinya dalam hal ehwal global.

“Kita (Malaysia) telah cuba menjadi rakan kepada semua orang, tetapi apabila insiden seperti ini berlaku, kita tidak dapat mengelak bahawa ada kalanya kita perlu bijak menilai siapa rakan kita dan siapa yang kita boleh harapkan,” katanya.

Rakyat Ukraine Hulur Takziah Di Kedutaan Malaysia

Posted: 20 Jul 2014 10:56 PM PDT

KIEV, 21 Julai – Rakyat Ukraine menyampaikan ucapan takziah di pejabat Kedutaan Malaysia di sini berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas pada Khamis.

Mereka bertali-arus meletak jambangan bunga, kad, lilin malah patung anak beruang sejak dari pagi hingga ke malam di dinding kedutaan.

Kad ucapan kebanyakannya ditulis dalam bahasa Ukraine. Ada yang ditulis ‘Ukraine is praying with you’.

Duta Malaysia di Ukraine, Chuah Teong Ban memberitahu Bernama orang ramai datang seawal 7 pagi di kedutaan yang terletak di Buslivska Street.

“Sesetenghnya berdiri bertafakur selama setengah jam sementara sesetengah yang lain membaca doa,” katanya.

Jalur Gemilang di kedutaan turut dikibar separuh tiang.

Pesawat Boeing 777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Media asing melaporkan pesawat telah ditembak tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Rakyat Perlu Tunjuk Semangat Patriotisme Di Kala Negara Dilanda Musibah

Posted: 20 Jul 2014 10:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, inilah masa yang sesuai untuk semua rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama menunjukkan semangat patriotisme.

Jelasnya, sebagai rakyat negara ini, susah senang haruslah ditanggung bersama apatah lagi di kala negara sedang dilanda ujian seperti MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

"Semua rakyat negara ini perlu ada semangat patriotisme, mesti menunjukkan kekuatan kita bersama-sama dalam satu negara tanpa mengira bangsa dan agama. Kita susah senang bersama. Jangan semasa negara menghadapi pelbagai cubaan, kita pula melarikan diri atau membawa kepada kehancuran negara seperti memburuk-burukkan lagi negara ini.

"Kita diuji masa kita susah dan inilah masanya sebagai rakyat Malaysia kita bersama-sama bertaut perpaduan memberi kekuatan kepada Perdana Menteri supaya semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya selepas menghadiri program Jalinan Ramadhan 2014 bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia, Polis di-Raja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam ucapannya, Shahrizat turut melahirkan rasa penghargaan terhadap pengorbanan dan perjuangan pasukan beruniform dalam mempertahankan negara dan memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan harmoni.

"Walaupun pasukan beruniform sering dilabel kejam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tetapi mereka ini tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Apa yang penting, seluruh rakyat negara ini dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

"Maka sebab itulah Pergerakan Wanita UMNO sentiasa menghargai mereka ini. Program yang kita jalankan ini juga merupakan kali keenam diadakan sebagai tanda betapa kita sangat berterima kasih kepada pasukan beruniform ini," ujarnya lagi.- MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...