UMNO Online - “Persefahaman Malaysia, Australia Dan China Sangat Baik Dalam Pencarian MH370” plus 9 more

UMNO Online - “Persefahaman Malaysia, Australia Dan China Sangat Baik Dalam Pencarian MH370” plus 9 more

Link to UMNO Online

Persefahaman Malaysia, Australia Dan China Sangat Baik Dalam Pencarian MH370

Posted: 07 Jul 2014 01:48 AM PDT

HULU TERENGGANU, 7 Julai – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menafikan dakwaan dalam laman sosial kononnya tidak wujud persefahaman antara tiga negara – Malaysia, China dan Australia – dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Beliau berkata spekulasi negatif yang tersebar dalam media sosial itu adalah sangat tidak tepat kerana kerjasama yang terjalin antara ketiga-tiga negara ketika ini berjalan dengan lancar dan saling memahami.

“Malah empat jawatankuasa kecil yang tubuhkan kerajaan iaitu Jawatankuasa Penugasan Aset, Jawatankuasa Teknikal dan Logistik, Jawatankuasa Waris dan Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media itu sendiri bertujuan untuk menyalurkan semua maklumat berkaitan dengan tersusun dan tepat.

“Saya baru sahaja mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawat dari China di Beijing, minggu lalu dan pada asasnya mereka menerima bahawa Malaysia sangat komited dengan usaha pencarian ini tanpa menyembunyikan sebarang maklumat dan fakta,” katanya.

Jailani yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas   kejatuhan harga getah RM500 seorang kepada 300 pekebun kecil di sini hari ini.

Berhubung dakwaan terbaru kononnya pesawat itu masih selamat di sebuah lokasi rahsia, Jailani berkata ia dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu menjadi popular dengan berita sensasi seumpama itu.

“Bagaimana Malaysia mahu menyembunyikan fakta seperti itu sedangkan sebanyak 26 buah negara terlibat dalam operasi dan menyelamat MH370 selama ini, malah dalam setiap perbincangan sama ada di Canberra atau Beijing, kerajaan Australia dan kerajaan China turut hadir untuk mengetahui perkembangan terbaharu pesawat itu.

“Saya sekali lagi menegaskan rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan media sosial ini, sebaliknya rujuklah media arus perdana untuk maklumat yang terkini dan tepat,” katanya.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sebagai media utama kerajaan juga akan terus melaporkan tentang usaha mencari pesawat itu, katanya.

MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Misi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum pasukan mencari beralih tumpuan ke kawasan perairan di barat Australia di selatan Lautan Hindi.

Felda Bankrap…. Sekarang Siapa Sebenarnya Yang Bankrap??

Posted: 07 Jul 2014 01:42 AM PDT

KUALA LUMPUR,  7 Julai  – Durian runtuh untuk peneroka Felda yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja melenyapkan pelbagai tuduhan oleh pembangkang terhadap agensi berkenaan malah telah memalukan diri mereka sendiri  dengan tohmahan yang tidak masuk akal.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO,  Jamawi Jaafar berkata walaupun Felda dilanyak dengan pelbagai berita pembohongan khususnya berhubung penyenaraian FGVH di bursa saham, akhirnya perkara tersebut memakan diri mereka.

Malah menurut beliau pernah satu ketika Felda dihentam kononnya hampir-hampir bankrap tetapi ternyata Felda terus kukuh dan terus memberi manfaat kepada warga peneroka.

"Sekarang siapa yang sebenarnya yang bankrap? Dalam mereka asyik menghentam  Felda, ternyata peneroka terus  mendapat keuntungan dan terbaru mereka mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran dividen akhir Felda Global Ventures Berhad (FGV) berjumlah RM72.9 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

"Malah pengumuman pemberian duit raya berjumlah RM30.5 juta kepada kesemua warga peneroka dengan setiap seorang menerima RM300 yang difahamkan mula dibayar minggu depan merupakan satu lagi kejayaan agensi tersebut.

"Inilah bukti dan inilah tanda bahawa kerajaan yang ada pada hari ini bukanlah menipu malah jauh sekali untuk menekan rakyat  tambahan pula masyarakat luar bandar. Ternyata apa yang didakwa pembangkang selama hanyalah fitnah semata-mata," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya percaya pembangkang tidak akan berputus asa untuk melemparkan pembagai berita dan dakyah mereka terhadap agensi berkenaan.

"Kita menyerulah agar pembangkang melihat perkara tersebut dengan hati yang ikhlas dan bukannya dengan penuh perasaan dengki dan sebagainya. Sekali sekala apa salahnya iktiraf kejayaan Felda dalam menguruskan tanggungjawab termasuklah merencana pelbagai program pelaburan yang bermanfaat untuk warga Felda. Jangan hanya berpolitik sepanjang masa," ujarnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pembayaran dividen akhir Felda Global Ventures Berhad (FGV) berjumlah RM72.9 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, pembayaran dividen itu membolehkan setiap peneroka menerima imbuhan RM647.78 seorang membabitkan jumlah 10 sen sesaham yang akan dibayar menerusi Tabung Amanah bermula 11 Julai ini.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM30.5 juta kepada kesemua warga peneroka dengan setiap seorang menerima RM300 yang difahamkan mula dibayar minggu depan. -MediaUMNO

Guan Eng Pakar Putar Belit, Beri Gambaran Ancaman Kepada Bukan Melayu

Posted: 07 Jul 2014 01:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai –  Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menempelak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak faham maksud sebenar kenyataan 'peristiwa berdarah' dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini.

"Lim Guan Eng sengaja putarbelit kenyataan Muhyddin, cuba beri gambaran seolah-olah kenyataan tersebut berupa ancaman kepada bukan Melayu," tegasnya.

Beliau berkata, perbuatan Lim Guan Eng itu sebenarnya amat berbahaya kerana ia berbau hasutan.

“Dia sengaja mengeksploitasikan peringatan Muhyiddin untuk agenda DAP,” ujarnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, kenyataan 'peristiwa berdarah' dibuat Muhyiddin merujuk kepada tragedi 1969 merupakan  ingatan dan iktibar kepada rakyat supaya mengekalkan perpaduan sedia ada.

Muhyiddin kata beliau, hanya melahirkan kebimbangan mungkin tragedi seumpama itu akan berulang jika tiada usaha mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini.

Kerana tidak faham maksud itu kata Syed Ali, Lim Guan Eng secara angkuh menyerang Muhyiddin sebagai perkauman, pelampau dan tidak layak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Mengapa Lim Guan Eng tiba-tiba melatah dan curiga dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri?, soal beliau.

Sebaliknya kata Syed Ali, jika Lim Guan Eng seorang pemimpin yang ikhlas dan bertanggungjawab beliau sepatutnya turut berkongsi pandangan dengan Muhyiddin berhubung masalah perpaduan kaum.

"Lim Guan Eng kena lihat kepada realiti bahawa tolenrasi antara kaum merupakan kunci perpaduan rakyat dan ianya perlu dikekalkan," tegasnya.

Lagipun kata beliau, pemimin DAP sengaja cuba untuk memesongkan fakta sebenar yang membawa kepada tragedi berdarah 1969.

"Mereka cuba padamkan fakta sejarah, mengapa dan apa yang terjadi kepada orang Melayu di sebalik peristiwa tersebut," tegasnya.

"Kita mahu lupakan tragedi pahit itu, kita mahu ianya dijadikan teladan dan iktibar oleh generasi akan datang betapa isu perkauman perlu ditangani secara bijaksana.

Oleh sebab itu katanya, Muhyiddin memberi peringatan supaya perpaduan dan tolenrasi antara kaum perlu dikekalkan supaya perpadaun rakyat berkekalan.

Ini bermakna Lim Guan Eng kata beliau, amat bimbang amalan politik rasis yang manjadi pegangan DAP selama ini akhirnya akan dtolak rakyat.

Oleh sebab itu kata beliau, pemimpin DAP bersuaha untuk memecahkan tembok perpaduan rakyat bagi mencapai agenda dan kepentingan politik mereka.

Sebenarnya jelas beliau, Lim Guan Eng yang juga ketua Menteri Pulau Pinang lebih berbahaya kerana mengamalkan politik perkauman.

"DAP sebenarnya lebih suka rakyat berpecah belah kerana dengan cara itu akan memberi keuntungan politik kepada mereka," tegasnya.

Menerusi portal berita themalaysianinsider semalam, Lim Guang Eng mencabar lapan menteri kabinet bukan Melayu termasuk MCA dan MIC mendesak Muhyiddin melatakkan jawatan ekoran kenyataan tesrebut.

Lim Guan Eng  membidas kenyataan Muhyiddidn sebagai tidak jauh bezanya dengan kumpulan ekstrimis Melayu yang menggunakan perkauman sebagai modal politik.

Ministry To Study Views On Measures To Eradicate Vagrancy

Posted: 07 Jul 2014 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 7 – The Women, Family and Community Development Ministry will scrutinise views from all quarters on ways to address the problem of homeless people and beggars in the capital.

Its deputy minister, Datuk Azizah Mohd Dun said the measures involved would not entail punishing vagrants or alms givers.

“We have to listen to views expressed by various quarters before brainstorming them to find the right solution.

“We will also learn from other countries experience and the merits and demerits of measures taken by them in eradicating vagrancy,” she told reporters after the launch of the World Islamic Economic Forum Social Entrepreneurship Challenge 2014 by Second Finance Minister Datuk Seri Idris Jusoh here today.

Azizah said the assistance rendered to homeless people and beggars was done through proper channels and methods.

“We will not stop people from giving aid to homeless people and beggars as it is a good thing to do, but its has to be done through a win-win principle so that all parties can benefit from it,” she said.

Azizah’s remarks comes in the wake of controversial statements by Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor on the government's bid to combat vagrancy in the capital.

Tengku Adnan has previously said soup kitchens would be barred from operating within a two km zone in the city centre as it has marred the image of the capital and proposed to impose a RM150 fine on those who give out alms to beggars.

A number of government agencies met in Putrajaya last Friday to find ways to rid the capital of beggars and homeless people.

Ghazali Sworn In As Finance Minister’s Political Secretary

Posted: 07 Jul 2014 12:10 AM PDT

PUTRAJAYA, July 7  - Political Secretary to the Finance Minister Datuk Paduka Ghazali Ibrahim today took his oath of office in front of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak at the Perdana Putra building here.

Prior to his current appointment, he was the Special Officer to the Prime Minister.

The swearing-in ceremony was witnessed by Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ghazali, 60, was Kedah state exco (1995-1999) and Padang Terap Member of Parliament (2004-2008).

Melaka Aims 75 Percent Broadband Penetration Next Year – CM

Posted: 06 Jul 2014 11:59 PM PDT

MELAKA, July 7 – Melaka is projecting a broadband penetration of 75 percent by the end of next year from 65 percent currently, said Chief Minister Datuk Seri Idris Haron.

He was confident the target could be achieved based on the rapid development in the information technology sector in the state.

“My wish is that a mother in her kichen can monitor her child’s movement in school besides interacting directly with the teachers as a result of the technological advancement enjoyed by the people in the state,” he told reporters after attending the Melaka state government monthly gathering here today.

He said all government departments and institutes of higher learning in the state had been directed to widen their wireless internet (wifi) coverage and not limit it within their respective huildings.

Idris also hoped that all wifi and broadband facilities in the state could be utilised fully by the people and not being abused for negative purposes.

JPN Nafi Keluar Arahan Tukar MyKad Baharu Untuk Beli Petrol Subsidi

Posted: 06 Jul 2014 11:51 PM PDT

PUTRAJAYA, 7 Julai  - Orang ramai dinasihati agar tidak mempercayai penyebaran maklumat palsu mengenai arahan penukaran MyKad baharu untuk melayakkan pembelian petrol dengan harga subsidi.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Sulaiman Keling berkata JPN menafikan ada mengeluarkan arahan berkenaan.

“Kenyataan palsu itu yang meminta orang ramai menukar MyKad baharu telah disebarkan kepada orang ramai sejak akhir-akhir ini menerusi khidmat pesanan ringkas (sms), aplikasi WhatsApp dan Facebook,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dan mendapatkan maklumat yang betul dengan menghubungi JPN di talian 03-80008000 atau melayari laman web JPN di http://www.jpn.gov.my/.

KPWKM Teliti Pandangan Pelbagai Pihak Selesai Isu Pengemis

Posted: 06 Jul 2014 11:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi jaminan untuk meneliti setiap pandangan sebelum memuktamadkan keputusan mengenai kaedah menangani isu golongan gelandangan dan pengemis di ibu negara.

Timbalan Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun berkata keputusan itu juga tidak akan bersifat semata-mata menghukum golongan peminta dan pemberi sedekah.

“Kita perlu mendengar pandangan daripada pelbagai pihak seterusnya bincangkan sama ada ini merupakan langkah betul yang akan dilakukan.

“Contohnya, mungkin kita akan tengok sama ada terdapat negara lain yang pernah ambil langkah seperti ini dan jika ada kita akan lihat dari segi hasil dan keberkesanannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian World Islamic Economi Forum Social Entrepreneurship Challenge 2014 di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Azizah berkata pihak yang berhasrat membantu golongan berkenaan perlu melakukannya mengikut saluran dan kaedah yang betul.

“Kita tidak mahu sekat orang yang mahu memberi bantuan kerana itu adalah sesuatu yang baik, namun perlu ada keputusan ikut prinsip ‘win-win situation’ agar semua pihak dapat manfaat,” jelasnya.

Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.

Tengku Adnan berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
Jumaat lepas satu mesyuarat antara KPWKM bersama agensi-agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diadakan di Putrajaya bagi membincangkan langkah mengatasi masalah peminta sedekah.

Perbuatan Dedah Maklumat Kerajaan Boleh Mengundang Bahaya – MB Perlis

Posted: 06 Jul 2014 11:21 PM PDT

KANGAR, 7 Julai – Menteri Besar Perlis Azlan Man memberi amaran perbuatan penjawat awam mendedahkan maklumat dan rahsia kerajaan sama ada secara sengaja atau tidak, akan hanya mengundang bahaya dan meresahkan rakyat.

Menurutnya perbuatan membocorkan maklumat terperingkat kerajaan melalui pelbagai aplikasi seperti WhatsApp dan media sosial bukan lagi menjadi rahsia dalam kalangan orang ramai.

“Saya ingin mengingatkan semua penjawat awam di Perlis supaya berhati-hati mengendalikan maklumat walaupun dengan niat untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan.

“Kita perlu mematuhi peraturan supaya tidak terperangkap dengan umpan pihak-pihak tertentu yang berniat jahat,” katanya ketika berucap pada perhimpunan kakitangan kerajaan peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Hamdan Bahari, barisan Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri Ramli Dai dan ketua-ketua jabatan persekutuan serta negeri.

Dalam hubungan itu Azlan menegaskan kebebasan bersuara melampau hanya mengundang lebih banyak keburukan sama ada bagi negara maju, membangunan atau mundur.

“Tidak ada satupun negara di dunia ini memberi kebebasan bersuara secara mutlak, semuanya ada peraturan. Jadi, jangan salah guna kebebasan yang diberi sebaliknya gunalah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara,” katanya.

Azlan berkata pemerhatiannya mendapati terdapat jurang antara pembuat keputusan atau dasar dengan peringkat pelaksana.

Jurang ini menjadi penghalang kepada pelaksanaan keputusan tersebut dan dibuat mengikut pertimbangan sendiri atau tidak mengikut prosedur yang akhirnya memberi kesan terhadap prestasi kerajaan, katanya.

Justeru beliau mencadangkan satu mekanisme perundingan dan koordinasi bagi menjamin setiap keputusan pembuat dasar dilaksanakan dengan penuh rasa bertanggungjawab.

“Kita di Perlis mengalami masalah ini dalam menyiapkan infrastruktur untuk Sukan Malaysia 2014 (Sukma Perlis). Budaya menangguh kerja, buat pada saat akhir dan tidak pantas hendaklah dikikis.

“Perlis akan memasuki era wawasan Perlis Maju 2015 tahun depan dan perjalanan serta sikap kita juga haruslah berlandaskan wawasan negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,” tambahnya.

Beliau juga meminta ketua-ketua jabatan memastikan setiap keputusan dan dasar kerajaan dilaksanakan sebaik mungkin kerana kejayaan negeri turut menyumbang kepada daya saing negara di peringkat global.

Palanivel Minta MIC Johor Tingkat Keanggotaan Menjelang PRU-14

Posted: 06 Jul 2014 11:18 PM PDT

JOHOR BAHARU, 7 Julai – MIC Johor diminta untuk meningkatkan jumlah keanggotaan parti di 541 cawangannya dalam tempoh dua tahun, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata ini bagi memastikan sokongan yang kuat oleh masyarakat India di negeri itu terhadap Barisan Nasional.

“MIC Johor perlu meningkatkan keanggotaan parti khasnya dalam kalangan wanita dan pemuda di 541 cawangan di Johor,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Badan Perhubungan MIC Johor malam tadi.

Beliau mahu MIC Johor di bawah pimpinan pengerusinya Datuk S. Balakrisnan dan pemimpin di setiap bahagian agar turun ke akar umbi untuk memberikan penerangan mengenai dasar kerajaan persekutuan dan juga negeri.

Palanivel turut meminta agar MIC Johor berusaha meningkatkan penyertaan masyarakat India di dalam perkhidmatan awam di negeri tersebut.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam sidang media selepas konvensyen itu berkata enam resolusi dibentangkan pada konvensyen tersebut termasuk pelantikan wakil MIC sebagai anggota Dewan Negara dan anggota lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Negeri Johor katanya diperuntukkan dua kerusi dalam Dewan Negara yang diwakili Umno dan MCA manakala MIC belum lagi diberi peluang.

“MIC Johor meminta Menteri Besar supaya memberi peluang secara giliran kepada wakil MIC untuk kerusi Anggota Dewan Negara,” katanya yang menambah parti itu juga meminta agar wakil kaum India dilantik sebagai anggota lembaga pengarah anak syarikat negeri Johor.

Beliau berkata MIC Johor yang menyokong penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor baru-baru ini meminta masyarakat India diberikan lebih banyak kuota untuk membeli rumah kos rendah serta kedai dan rumah kos sederhana.

Selain itu, MIC Johor meminta agar kontraktor dalam kalangan masyarakat itu diberi peluang untuk melaksanakan projek kerajaan.

Resolusi yang dibentangkan turut memberikan sokongan yang padu kepada presiden parti dan juga Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...