UMNO Online - “Surat Tunjuk Sebab Kepada Yammy Samat Dihantar Kali Kedua Kerana Salah Alamat” plus 9 more

UMNO Online - “Surat Tunjuk Sebab Kepada Yammy Samat Dihantar Kali Kedua Kerana Salah Alamat” plus 9 more

Link to UMNO Online

Surat Tunjuk Sebab Kepada Yammy Samat Dihantar Kali Kedua Kerana Salah Alamat

Posted: 19 Jun 2014 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – UMNO menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofia Mohd Daud, selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan itu, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.

“Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah.

“Jadi, kita dapat alamat yang baharu…kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy),” katanya selepas merasmikan pembukaan pusat beli-belah Avenue K di sini, Khamis.

Turut hadir Pengerusi Avenue K Tan Sri Yap Yong Seong.

Pada 3 Jun lepas, UMNO  telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.

Pada PRK itu, Dyana Sofia, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi.

Isu MP Padang Serai Digantung Paksa Dewan Rakyat Ditangguh Awal

Posted: 19 Jun 2014 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Isu penggantungan Anggota Parlimen Padang Serai PKR N.Surendran selama enam bulan yang menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pembangkang di Dewan Rakyat, menyebabkan persidangan hari terakhir ditangguhkan pada 12.45 tengah hari.

Pada mulanya Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee membenarkan usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menggantung Surendran selama enam bulan.

Usul itu yang diluluskan selepas undian suara bagaimanapun dibantah barisan anggota Parlimen pembangkang yang mempertikaikan tindakan Kiandee tidak membenarkan usul dibahas mahupun memberi peluang kepada anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin (PAS) untuk membuat penjelasan.

Hanipa sebelum ini membantah usul itu kerana menurutnya ia tidak memenuhi kehendak Peraturan Mesyuarat 27 (3) dan tidak membawa kepentingan rakyat.

Ini kali kedua Surendran yang juga Naib Presiden PKR digantung selama enam bulan atas kesalahan menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Kali pertama pada November tahun lepas.

Memandangkan keadaan semakin kecoh Kiandee kemudian memutuskan untuk menangguh Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 16 Jun lepas ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Keputusan itu dibuat selepas Shahidan membuat usul persidangan itu ditangguh mengikut Peraturan Mesyuarat 16 (3).

Sebelum kekecohan itu, Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 yang dijadual untuk dibacakan kali kedua pada hari ini ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang.

Sepanjang persidangan lapan hari itu, lima rang undang-undang dibentangkan dan dibahaskan, iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014, Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014, Rang  Undang-Undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014.

Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan 2014).

Sementara itu, Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2014 yang dijadual dibacakan kali kedua ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Kiandee berkata beliau bagi pihak Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota Parlimen yang memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan mesyuarat itu dapat disempurnakan.

Saya Akan Terus Berkhidmat Sebagai Timbalan Kepada Perdana Menteri – Muhyiddin

Posted: 19 Jun 2014 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selagi khidmatnya diperlukan.

“Setakat hari ini, tak ada apa-apa pun perkara yang dibangkit melibatkan kedudukan saya,” kata beliau.

Semalam, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan UMNO.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan.

“Rombakan Kabinet adalah hak perdana menteri. Kemungkinan akan berlaku sebab beliau dah nyatakan akan bawa masuk beberapa pemimpin parti politik dari MCA dan Gerakan,” katanya selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UUMNO berkata khabar angin itu mungkin timbul berikutan hubungan baik beliau dalam kerajaan khususnya dengan Perdana Menteri, selain tidak menolak ekploitasi sesetengah pihak terhadap kedudukan kerajaan yang bertambah kukuh selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas.

“Kedudukan saya terserah kepada beliau (perdana menteri), tapi selama masa saya berada dalam Kabinet, beliau dah biasa berbincang dengan saya,”katanya.

Menurutnya hubungan baik antara beliau dan Perdana Menteri juga membolehkan apa-apa perbincangan dilakukan dari hati ke hati.

“Kalau ada apa-apa berkaitan masa depan saya pun, saya akan bincang dengan Perdana Menteri juga,” katanya.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak mengenai pentingnya kestabilan parti dan kerajaan yang akan menjurus kepada kestabilan negara.

“Kestabilan negara bergantung kepada keupayaan kita untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh, dan apa juga spekulasi tidak boleh membawa kesan buruk kepada mana-mana pihak.

“Bagi saya keutuhan kerajaan dan kekukuhan UMNO dan BN itu yang utama. Jangan mereka salah baca, kononnya boleh berjaya cetuskan keadaan tidak menentu untuk eksploitasi keadaan,” katanya.

Justeru, Muhyiddin meminta semua pihak khususnya anggota UMNO dan BN untuk memahami tujuan sebenar di sebalik khabar angin yang ditimbulkan itu.

“Mungkin sebab sengaja nak timbulkan spekulasi supaya wujud satu keadaan ketidakstabilan atau pertembungan puak-puak dalam parti atau kerajaan saya dengan sesiapa yang lain supaya boleh menangguk di air keruh dan dapat faedah daripadanya,” katanya.

Beliau juga yakin anggota parti yang mahir dan bijak membaca keadaan politik negara tidak akan mudah dipengaruhi khabar angin yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab.

Soal Perlembagaan Pun Tak Faham, Usah Mimpi Tadbir Negara

Posted: 19 Jun 2014 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Bagaimana mungkin untuk Pas menjadi pemimpin dan merealitikan mimpi untuk berkerajaan sendiri jika dalam soal Perlembagaan pusat dan negeri yang diwakilinya pun gagal difahami, kata Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Ujarnya, apabila ada dikalangan wakil rakyat Pas yang mempertikaikan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan mencadangkan agar kuasa eksekutif yang terkandung di dalamnya dikurangkan maka ini secara tidak langsung memperlihatkan tahap pemikiran dan mentaliti dari parti terbabit.

"Lebih mengelirukan apabila kenyataan yang dibuat kemudiannya berbeza dengan pendapat daripada Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor yang kononnya bukan mewakili pendirian parti terbabit sedangkan realitinya yang berkata adalah pemimpin kepada masyarakat," katanya kepada UMNO-Online.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Siti Mariah Mahmud (Kota Raja); Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) berpendapat kerajaan negeri Selangor perlu mengkaji semula enakmen berkaitan peruntukan kuasa eksekutif MAIS walhal dalam satu kenyataan lain, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad menganggapnya sebagai pandangan peribadi dan bukan pandangan rasmi Pas Selangor.

"Sebagai pemimpin seharusnya mereka faham apa-apa yang terkandung dalam Perlembagaan agar setiap kenyataan yang dikeluarkan tidak menimbulkan kekliruan tetapi dengan apa yang berlaku ternyata pemimpin pembangkang perlu belajar lagi, buat kajian dan fahami dahulu.

"Macam mana mereka nak buat kerja kalau perkara-perkara yang berkait dengan perundangan, soal tanggungjawab dan amanah pun mereka tidak faham malah sebaliknya mahu meminta tuntutan yang bertentangan dengan kuasa mereka sendiri."

Tegas beliau, sepatutnya adalah amat elok sekiranya sebelum apa-apa kenyataan dibuat termasuklah desakan untuk meminta MAIS dikurangkan kuasa eksekutifnya, para pemimpin pembangkang ini menghayati dan menyelami kandungan dalam Perlembagaan pusat dan Perlembagaan Negeri Selangor.

"MAIS tertaktuk di bawah kuasa Sultan Selangor dan mengikut Perlembagaan, kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di Selangor terletak pada Sultan dan inilah yang seharusnya difahami oleh mana-mana pemimpin tidak kira berkerajaan atau pembangkang sekalipun.

"Dengan apa yang berlaku, ternyata cadangan yang dibawa oleh wakil rakyat kepimpinan pakatan pembangkang Selangor seakan-akan secara mudah pula mahu menukar kuasa yang ada sedangkan untuk melaksanakannya akan menimbulkan banyak masalah."

Tambahnya lagi, selama ini telah terbukti bahawa kepentingan dan keluhuran agama Islam terpelihara berdasarkan kepada peruntukan perundangan yang ada di di Negeri Selangor sehinggakan sensitiviti antara agama turut terpelihara dan saling menghormati. - MediaUMNO

Tiada Kebarangkalian Tutup MAS Buat Masa Sekarang – Najib

Posted: 19 Jun 2014 03:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak timbul isu kebarangkalian kerajaan akan menutup syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS), buat masa ini.

Beliau berkata walaupun MAS mencatat kerugian, hala tuju syarikat itu masih belum diputuskan, dan implikasi kewangan kepada kerajaan adalah berdasarkan keputusan yang akan ditentukan hasil kajian Khazanah Nasional Bhd, sebagai pemegang saham terbesar.

“Pihak Kerajaan telah membincangkan isu kerugian MAS dan telah memutuskan Khazanah segera menjalankan kajian mendalam bagi mengenal pasti punca kerugian MAS dan opsyen penyelesaian terbaik.

“Khazanah, selaku pemegang saham terbesar MAS, telah pun memulakan kajian berkaitan prestasi masa lampau dan prestasi semasa syarikat penerbangan itu.

“Hasil kajian akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Khazanah sebaik sahaja ia dimuktamadkan bagi membolehkan hala tuju MAS ditentukan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Najib, selaku Menteri Kewangan, menyatakan sama ada syor menutup MAS merupakan pelan pemulihan kewangan MAS, yang mengalami kerugian RM4.1 bilion, sejak tiga tahun lalu.

Beliau juga meminta Najib memberi butiran kerugian sepanjang tempoh ini, kesan negatif penutupan MAS kepada pekerja, pemilik saham serta kerugian yang akan ditanggung Kerajaan daripada aspek geran dan jaminan kewangan yang diberikan.

Perdana Menteri berkata MAS mencatatkan kerugian pada 2011, dengan kerugian bersih sebanyak RM2.52 bilion ekoran kelembapan pasaran industry penerbangan, terutama bagi perkhidmatan kargo.

Selain itu, peningkatan kos operasi merangkumi kos bahan api dan kos bukan bahan seperti peruntukan pemulangan pesawat, peruntukan susut nilai pesawat kargo, dan peruntukan usang, turut menjadi faktor kerugian.

Namun, Najib berkata melalui pelaksanaan langkah-langkah strategik dalam pelan perniagaannya yang komprehensif, MAS berjaya memulihkan prestasi kewangan syarikat dan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM431 juta pada 2012,  berbanding RM2.52 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013, Najib berkata MAS mencatat peningkatan hasil sebanyak 10 peratus kepada RM15.1 bilion berbanding RM13.8 bilion pada tahun sebelumnya, berikutan peningkatan jumlah trafik penumpang.

“Bagaimanapun, MAS masih mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM1.174 bilion.

“Kerugian ini disebabkan peningkatan kos bahan api, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding dolar US dan kos pemulangan pesawat,” katanya.

Bagi tempoh suku pertama tahun ini pula, Najib berkata MAS mencatat kerugian sebanyak RM443 juta berbanding kerugian RM279 juta pada tahun sebelumnya.

“Lebihan kapasiti pasaran menyebabkan tekanan kepada struktur kadar tambang dan mengurangkan hasil syarikat,” kata Perdana Menteri.

Pembangkang Cemburu Keupayaan BN Tadbir Negara – Shahrizat

Posted: 19 Jun 2014 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa kesal dengan cara pembangkang berpolitik.

Jelasnya, sejak dulu lagi malah ianya semakin ketara akhir-akhir ini apabila pembangkang sering menggunakan isu agama dan perkauman untuk berpolitik.

"Saya nampak sejak kebelakangan ini pembangkang memainkan isu agama dan kaum untuk berpolitik dan mempengaruhi rakyat. Mereka telah menggunakan isu-isu ini sebagai satu isu untuk membawa kepada keresahan dan juga kehancuran. Ini sangat sensitif dan merbahaya.

"Kita Wanita UMNO amat kesal dengan cara pembangkang. Saya raka mereka amat cemburu dengan kestabilan yang ada pada hari ini," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah Shahrizat, beliau menaruh harapan yang tinggi bahawa rakyat Malaysia pada akhirnya tidak akan mempercayai apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang.

Jelasnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia pada hari ini terdiri daripada salah satu negara yang aman, makmur dan kepimpinan kerajaan berjalan dengan baik.

"Walaupun kita tidak sempurna tetapi di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kerajaan menjalankan tugas pentadbiran dan lain-lain dengan baik sekali untuk kebaikan dan pembangunan rakyat.

"Akhirnya, saya mahu minta kepada kebijaksanaan rakyat Melaysia untuk menggunakan akal dan fikiran apabila membaca pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan tanpa tangunggjawab oleh pihak pembangkang. Jangan terus mempercayai apa yang diperkatakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini demi kestabilan dan keharmonian negara," ujarnya lagi.

Sebelum itu, Shahrizat terlebih  merasmikan bengkel resolusi ibu pembantu rumah asing di PWTC, hari ini.

Dalam ucapannya, Shahrizat menjelaskan segala cadangan dan idea berkenaan permasalahan isu pembantu rumah ini akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri agar ada jalan untuk menanganinya.

"Ini adalah bengkel kedua. Kita akan gabungkan cadangan dari bengkel pertama dan kedua agar ianya menguatkan lagi memorandum yang bakal dihantar kelak," ujarnya lagi. - MediaUMNO

IRB Bill Postponed To Exclude BNM Governor From Investment Panel – Husni

Posted: 19 Jun 2014 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 19 – The government’s decision to withdraw the Inland Revenue Board (IRB) of Malaysia (Amendment) Bill 2014 is to exclude the governor of Bank Negara Malaysia (BNM) from the investment panel, said Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

It was reported earlier that the government has postponed the tabling of the Bill with proposed amendments to the Inland Revenue Board of Malaysia Act, 1995 [Act 533] to enable it to be reviewed.

"At the last minute, we realised that the Bank Negara governor shouldn't be there as she is in charge of the financial sector.

"If the IRB were to invest and she is part of it, that will not be right and it was too late for us to submit the amendment as you need to present the notice within a period of time," he said.

Husni was speaking to reporters on the sidelines after delivering his keynote address at the 18th Malaysian Banking Summit organised by Asian Strategy and Leadership Institute here today.

He also denied outright allegations that money collected from taxpayers would be used for investments by the IRB, under the proposed amendments.

“The IRB investment is not utilising taxpayers' money, but surplus from its own account. I'm ashamed that some Members of Parliament just simply made certain statements,” said Ahmad Husni.

The finance of the government is governed by the Financial Procedure Act whereby revenue is part of the consolidated account.

"If the government wants to utilise that, it has to obtain Parliament's approval,” he added.

Usul Rujuk Jamil Khir Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Ditolak

Posted: 19 Jun 2014 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Dewan Rakyat hari ini menolak usul untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berikutan kenyataan beliau bahawa Malaysia bukan negara sekular.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata permohonan usul yang dibentangkan oleh Oscar Ling (DAP-Sibu) tidak memenuhi syarat-syarat kerana beliau tidak mendapati prima facie terhadap kenyataan Jamil Khir.

Beliau berkata seseorang menteri yang ingin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen perlu mematuhi tiga kriteria seperti termaktub mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), iaitu kenyataan dibuat adalah salah, tidak berusaha memperbetulkan kenyataan itu dan mempunyai niat tidak baik.

“Apabila saya meneliti fakta di hadapan saya, saya mendapati tiada kes prima facie. Ini adalah pandangan saya dan mendapati beliau tidak berniat untuk mengelirukan Dewan. Jadi tiada sebab untuk merujuk beliau kepada jawatankuasa,” jelas Pandikar.

Mengambil contoh kes Che Omar bin Che Soh lawan Pendakwaraya (1988), Pandikar berkata Mahkamah Agung tidak pernah memutuskan atau mengisytihar Negara ini sebagai negara sekular.

“Apabila saya rujuk kepada kamus Oxford mengenai maksud sekular, ia bermaksud ‘sekular tidak berkaitan dengan perkara agama dan kerohanian’.

“Oleh itu, kedudukan Malaysia adalah berbeza dengan negara sekular seperti Amerika Syarikat, India atau Turki yang jelas memperuntukkan elemen sekular di dalam Perlembagaan mereka,” katanya.

Berdasarkan fakta-fakta itu, Pandikar berkata Malaysia bukan negara secular kerana Islam termaktub sebagai agama rasmi Persekutuan, dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Menurutnya perkara itu hanyalah tafsirannya dan bukan pandangannya yang rasmi.

Kepada cadangan Anggota Parlimen pembangkang M.Kulasegaran (Ipoh Barat) untuk membawa isu sama ada Malaysia adalah negara sekular atau tidak ke Mahkamah Persekutuan, Pandikar menyambut baik perkara itu.

Govt Saves RM55.73 Million Through MAMPU’s High-Impact Projects – Joseph Entulu

Posted: 19 Jun 2014 02:51 AM PDT

PUTRAJAYA, June 19 – The implementation of 285 high-impact projects executed internally by the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) for the past five years saved the government RM55.73 million in funds.

Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Joseph Entulu Belaun said the projects were carried out by MAMPU’s Information Communication and Technology (ICT) Consultant team which provided ICT consultancy services to the public sector.

“We hope more projects will be developed or implemented internally in the government agencies with the help of MAMPU’s ICT Consultant team,” he said at the launch of the MAMPU Intranet Portal and signing of the MAMPU-Bernama ICT Consultancy Project Charter, here, today.

Present were MAMPU director-general Datuk Omar Kaseh, Bernama chairman Datuk Abdul Rahman Sulaiman and Bernama general manager Datuk Yong Soo Heong.

Meanwhile, Entulu said the 11th Malaysia Plan (11MP) would be a critical period for the government in efforts to achieve high-income developed nation status.

Therefore, he said, improvement in government service delivery needed to be doubled to support the public sector’s overall transformation.

“The greatest challenge in terms of ICT is to move in tandem with technological development which continues to change.

“It involves a high cost and MAMPU needs to ensure that it is not left behind in the development and changes in technology, as well as ensure  interoperatibility between existing facilities and technology,” he said.

MAMPU’s Integrated Intranet Portal is a gateway for information sharing and access to internal applications and applications frequently accessed by MAMPU staff, which was developed internally by MAMPU’s ICT Consultancy Division.

It uses expert sources and existing infrastructure in MAMPU and took four months to develop, with the use of open source technology which contributes to cost savings.

Kerajaan Akan Terus Beri Bantuan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah

Posted: 19 Jun 2014 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Kerajaan bimbang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan sedang mengambil pelbagai langkah untuk member bantuan kepada golongan berpendapatan rendah, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, langkah itu termasuk mengecualikan cukai atau cukai berkadar sifar ke atas barangan dan perkhidmatan asas yang merupakan peratusan terbesar perbelanjaan golongan berpendapatan rendah.

“Kami sedang memuktamadkan senarai barangan dan perkhidmatan terbabit, katanya dalam ucaptama Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-18, di sini hari ini.

Menurutnya, ketika negara terus bergerak untuk mencapai matlamat Negara berpendapatan tinggi, tidak diragukan lagi akan wujud jurang yang lebih besar di antara golongan yang berpendidikan, berkemahiran dan bermodal berbanding mereka yang tidak memilikinya.

husni“Kita boleh melihat pola ini di negara maju dan ketika pola ini tidak kelihatan ketika ekonomi sedang berkembang, ia akan jelas kelihatan ketika pertumbuhan ekonomi menjadi lembab,” katanya.

Husni berkata, kerajaan percaya kedudukan kewangan Perbendaharaan Negara mesti kukuh terlebih dulu.

“Sehubungan itu, kerajaan sedang mengurangkan defisit dalam belanjawannya. Untuk tahun ini kami mengurangkannya daripada 3.9 peratus kepada 3.5 peratus,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga sedang merubah rejim percukaian dengan melebarkan asas pendapatan Perbendaharaan dan mengurangkan secara beransur-ansur pergantungan kepada cukai langsung.

Husni berkata, ada ketikanya apabila kerajaan memperkenalkan beberapa dasar dan langkah, ia dilihat tidak menyebelahi sebahagian tertentu masyarakat.

“Bagaimanapun lebih baik kita lakukan sesuatu yang baik daripada menjadi popular. Kita mesti menjaga kepentingan jangka panjang, kita tidak boleh mengorbankan jangka panjang untuk kesesuaian jangka pendek,” katanya.

Husni juga berkata, kerajaan telah dan akan terus menyediakan akses kepada sumber penting bagi memastikan terdapat peluang untuk semua rakyat Malaysia.

Ketika Malaysia berjaya dalam usaha membasmi kemiskinan dan akan terus mengurangkannya ke tahap seminimum mungkin, kerajaan juga memastikan terdapat lebih kesaksamaan di dalam kekayaan negara, katanya.

“Kerajaan tidak pernah mengabaikan sesuatu golongan demi kepentingan golongan lain,” kata Husni.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...