Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Bloggers PRO-BN 1Malaysia Desak Ibu Dyana Dap Di Pecat Parti!! #BonekaDap #PRKTelukIntan

Posted: 01 Jun 2014 12:19 AM PDT

Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.

Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.

Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.

Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat .

Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini.

1. Rezqeen Hill
2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eye Of Segambut Princess
7. Mallaccra
8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Haria
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Siber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat
37. 1Peluru
38. Sir Zapa
39. MyMassa
40. Malay Rights
41. Ramadhan Ramli
42. Celapak Mantah
43. Aboudiabydoo

Esok pasti jumlah sokongan ini akan bertambah bukan saja dari kalangan bloggers malahan ahli-ahli UMNO di luar sana juga.

Sama-sama kita desak agar kepimpinan parti membuat keputusan mengutamakan ahli dan perjuangan parti tanpa pengkhianat.


Sent from Samsung Mobile

HOT!! Punca Gadis Tabung Uji Dap @Dyanasmd Kalah di #TelukIntan #PRKTELUKINTAN

Posted: 31 May 2014 08:18 PM PDT


KEMENANGAN Calon BN di Teluk Intan merupakan satu kemenangan yang sangat mendebarkan kem BN, tetapi ianya satu kemenangan yang sangat bermaruah kerana ianya diperolehi dengan kerja keras, bukannya melalui kemenangan silap mata, blackout ataupun pengundi Bangla sebagaimana tuduhan-tuduhan yang biasa dibuat.

Terdapat pelbagai faktor mengapa BN berjaya mengambilalih kerusi Parlimen Teluk Intan:-

1. Calon DAP telah mengguris perasaan umat Islam khususnya pengundi Islam di Teluk Intan apabila awal-awal menolak Hukum Hudud dengan tanpa berlapik malah berterus-terang. Akibatnya, kepimpinan PAS tidak dapat mempertahankan Calon DAP itu, sebaliknya kepimpinan PAS berada dalam situasi sukar.

2. Calon DAP juga mempunyai penglibatan yang lama dengan pertubuhan PERKASA yang tidak disukai oleh pengundi Cina sama ada dalam DAP ataupun di luar DAP. Calon DAP gagal meyakinkan mereka bahawa dia benar-benar sudah putus hubungan dengan PERKASA.



Semasa Hari Pengundian, Jentera PAS Sangat Minima

3. Peristiwa sepanjang hari pengundian menunjukkan dengan jelas bahawa jentera PAS tidak bergerak sebagaimana biasa. Ramai pemerhati melihat ahli-ahli PAS di Teluk Intan memboikot calon DAP kali ini. Kenyataan kepimpinan PAS sehari dua sebelum hari pengundian yang hanya mengharapkan dapat mengekalkan undi lama PAS jelas menunjukkan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan pasukan PAS.

4. Sebaliknya pasukan BN kelihatan bersatu hati. Baik daripada mana parti pun UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lainnya tidak ada membantah calon BN sebaliknya bekerja bersama-sama bersungguh-sungguh untuk memenangi PRK Teluk Intan. Tidak ada timbul cerita memboikot calon, malah perpaduan pasukan BN di Teluk Intan terserlah dengan jelas. Calon BN di Teluk Intan lebih berkaliber jika dilihat daripada aspek pengalaman dalam kerajaan, parti dan umur. Ianya lebih meyakinkan penduduk Teluk Intan berbanding Calon DAP.

5. Sebaliknya dalam kem DAP, diketahui dari awal adanya perasaan tidak puashati oleh pemimpin DAP tempatan yang tidak dipilih. Begitu juga komponen PR khususnya PAS berada dalam keadaan sangat sukar untuk membantu Calon DAP, malah PKR juga tidak nampak kesungguhan mereka membantu calon DAP ini. Saya melihat Calon DAP ini kelihatannya lebih bersendirian yang hanya dibantu oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng anak-beranak.

6. Lim Kit Siang terlalu yakin (over confident) akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dengan membawa orang luar Teluk Intan sebaliknya pemimpin DAP Teluk Intan dinafikan. Nampaknya taktik mengumpul orang ramai di hari-hari terakhir ceramah (grand final) bukan lagi petunjuk untuk bermegah-megah. Ternyata kehadiran ramai orang adalah dari penyokong luar Teluk Intan, bukannya pengundi Teluk Intan. Sebaliknya pasukan BN memberi fokus kepada pengundi-pengundi dalam kumpulan yang kecil, bertemu walaupun satu orang pengundi, nampaknya ianya lebih berkesan.

7. BN harus berterimakasih kepada kepimpinan Ulama dalam PAS seperti TG Hj. Hadi Awang, TG Dr. Harun Din, Menteri Besar Kelantan kerana kenyataan-kenyataan mereka mengenai Hukum Hudud, semasa kempen PRK Teluk Intan banyak memberi advantage kepada BN. Pengundi-pengundi PAS di Teluk Intan nampaknya memahami signal ucapan pemimpin-pemimpin ulama mereka dan menterjemahkannya semasa hari pengundian. Walaupun PAS berada di dalam PR, ianya tidak menghalang mereka untuk menolak DAP. PAS semakin bijak, dan BN harus berterimakasih kepada kepimpinan PAS. Saya yakin, jika jentera PAS seperti Unit Amal turun bersungguh-sungguh, kemungkinan untuk BN menang adalah sukar.

Kesimpulannya,
Tahniah BN kerana berjaya menambah sebuah lagi kerusi di Parlimen. DAP mempunyai pasukan petugas pilihanraya yang terlatih dan mahir khususnya dalam pengurusan di Pusat Daerah Mengundi (PDM). DAP melatih dan memberi kursus yang lebih baik kepada ahlinya dalam urusan-urusan pilihanraya (PACA) berbanding parti-parti dalam BN.

Pernahkah anda mendengar parti-parti dalam BN memberi kursus kepada ahlinya tentang pengurusan-pengurusan Pilihanraya seperti PACA oleh DAP?

Maka sudah pasti dalam keputusan ini DAP tidak ada sebab untuk menimbulkan isu Blackout, Bangladesh dan Dakwat Kekal. Yang jelas Lim Kit Siang bukan Anwar Ibrahim yang suka memberi 1001 macam alasan. Bagi saya, kekalahan DAP juga adalah kekalahan yang bermaruah.

Cuba lagi semasa PRU ke-14.


Dipetik daripada sini

HOT!! @NajibRazak Komen Tentang Kemenangan BN di #PRKTELUKINTAN

Posted: 31 May 2014 06:39 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melahirkan rasa syukur atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, hari ini.

Najib, selaku pengerusi BN, berkata berita tersebut merupakan sesuatu yang manis pada malam terakhir program lawatan enam hari beliau ke China.

"Saya amat bersyukur sekali kepada Allah s.w.t...saya rasa gembira yang amat sangat apabila mendapat tahu BN menang. Walaupun majoritinya nipis tetapi dalam sistem demokrasi, satu undi pun dikira menang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatannya ke China sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu.

Berita kemenangan BN itu diterima Najib semasa menghadiri majlis Makan Malam Persahabatan Malaysia-China di sebuah hotel di Beijing.

Sebaik sahaja menerima khabar itu, beliau terus menelefon Mah untuk mengucapkan tahniah.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kempen PRK itu serta seluruh jentera BN yang telah berkerja keras untuk merampas semula kerusi itu daripada DAP.

Dalam pertandingan satu lawan satu, Mah, yang juga presiden Gerakan, mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Najib berkata kemenangan itu juga bermakna kerana BN tewas dengan majoriti lebih 7,000 pada pilihan raya umum 2013 dan mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di Teluk Intan yang memilih parti kerajaan BN kali ini.

"Ini bererti faktor peralihan sokongan yang besar sekali pada BN. Kita akan kaji punca-punca positif yang menyebabkan faktor peralihan sokongan kepada BN...terlalu awal untuk buat kesimpulan," katanya lagi.

Ditanya sama ada Mah akan diberi jawatan dalam Kabinet seperti yang diumumkan beliau di sini dua hari lepas, Najib berkata ia akan ditunaikan kerana BN memegang pada slogan 'Janji Ditepati'.

Apabila seorang wartawan menyatakan akan ada tambahan dua presiden parti komponen lagi dalam Kabinet nanti sambil merujuk kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Najib secara berseloroh berkata: "Mereka tidak boleh melupakan
presiden MCA."

"Tidak boleh lupa presiden MCA...beliau turut menyumbang atas kemenangan ini. Sekiranya BN bersatu padu dan melakukan kerja-kerja secara bersatu di peringkat akar umbi, anda boleh melihat kesan dan hasil yang lebih kukuh bagi calon BN," katanya.



Pada macai PR yang tak puashati dengan kiraan undi semalam, boleh mai rujuk kat SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...