UMNO Online - “Terus Yakin Dengan Formula Kongsi Kuasa BN – Tengku Adnan” plus 8 more

UMNO Online - “Terus Yakin Dengan Formula Kongsi Kuasa BN – Tengku Adnan” plus 8 more

Link to UMNO Online

Terus Yakin Dengan Formula Kongsi Kuasa BN – Tengku Adnan

Posted: 25 May 2014 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Semua anggota parti komponen Barisan Nasional perlu terus yakin kepada formula pengkongsian kuasa yang BN amalkan semenjak sekian lama, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menyebut UMNO sebagai contoh, Setiausaha Agung BN itu berkata, parti komponen terbesar BN itu tidak pernah teragak-agak memberi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, yang mereka sendiri yakini boleh menang, kepada parti komponen, kerana UMNO berpegang teguh kepada konsep konsensus BN.

semangat-barisan-bn-perak-penamaan-calon-perarakan-rombongan-penyokong-siew-keong-teluk-intan

“BN konsepnya bukan cucuk hidung (parti komponen yang lebih kecil)…segalanya konsensus, semua keputusan konsensus, semua parti mesti terima.

“Kalau ingatkan apa yang berlaku pada PRU (Pilihan Raya Umum) lepas, kerusi kita beri kepada kawan-kawan kita walaupun hampir semuanya merudum, padahal itu kerusi UMNO boleh menang, tapi kerana Umno percaya pada konsep toleransi dan kongsi kuasa,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Turut hadir ialah presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas, naib presiden kanan PPP Datuk Maglin Dennis D’Cruz, pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan dan kepimpinan tertinggi parti yang lain.

Di samping itu, Tengku Adnan, yang juga pengerusi BN Wilayah Persekutuan, turut menyeru anggota PPP agar lebih agresif mendekatkan diri kepada rakyat dan menerangkan dasar-dasar kerajaan pimpinan BN yang sering pembangkang putar belitkan.

Beliau berkata, dasar-dasar ini seringkali dimanipulasi oleh pihak pembangkang semata-mata untuk mengabui mata rakyat, dan menyebabkan sokongan terhadap BN semakin berkurangan.

“Dekatkan diri dengan masyarakat kerana parti kita ditubuhkan untuk perjuangkan kepentingan masyarakat tak kira parti apa,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa agar parti komponen itu menguatkan kembali sokongan di peringkat akar umbi sebagai langkah persediaan menghadapi PRU akan datang.

Calon DAP Dibidas Dakwa Kononnya Cawangan Khas PDRM Lindungan Ahli Politik

Posted: 25 May 2014 07:15 AM PDT

TELUK INTAN, 25 Mei – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kononnya tugas pegawai dan anggota Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah untuk melindungi ahli politik.

Beliau berkata PDRM adalah pasukan keselamatan yang profesional dalam menjalankan tugas mencegah dan membanteras jenayah.

zahid-menteri-kdn-majlis-rela-teluk-intan-perak

“Jangan selewengkan gambaran kepada rakyat bahawa Cawangan Khas hanya bertugas di dalam soal politik. Semua pegawai dan anggota PDRM ditugaskan secara langsung atau tidak langsung untuk mencegah serta membanteras jenayah.

“Jangan anggap hanya mereka yang bertugas di jabatan siasatan jenayah dianggap sebagai mencegah dan membanteras jenayah. Walaupun mereka ditugas di bahagian pengurusan, trafik dan bidang lain, tugas mereka adalah untuk mencegah jenayah,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra petugas polis bersama Menteri Dalam Negeri di Markas Taktikal (Martek) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Dyana Sofya bahawa walaupun terdapat lebih 120,000 anggota polis, hanya kira-kira 10,000 yang mengatasi masalah jenayah dan kebanyakan mereka ditugaskan untuk melindungi anggota politik seperti Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid turut mengingatkan calon DAP itu agar tidak mempertikai tanggungjawab PDRM semata-mata untuk meraih kemenangan pada PRK Teluk Intan.

“Saya harap betulkan balik persepsi ini kerana saya tidak mahu isu mengenai PDRM dibangkitkan pada PRK Teluk Intan kerana PDRM selama ini menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya,” katanya.

DAP Menang Tetapi Majoriti Menurun

Posted: 25 May 2014 07:09 AM PDT

GEORGE TOWN, 25 Mei – DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini, namun dengan majority berkurangan iaitu 37,659 undi.

Calon DAP Ramkarpal Singh Deo, 38, yang merupakan anak ketiga mendiang Karpal Singh, memperoleh 41,242 undi, menewaskan tiga lagi calon iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan yang mendapat 3,583 undi dan dua calon BEBAS iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799 undi) dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan (225 undi).

Sebanyak 539 kertas undi ditolak.

Keputusan itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kapten (B) Anuar Yahya di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Pinang di sini.

Huan, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek hilang wang deposit.

Anuar berkata daripada 82,431 pengundi berdaftar, hanya 56.04 peratus atau 46,099 pengundi yang keluar mengundi.

Jumlah majoriti undi yang diperoleh Ramkarpal Singh berkurangan sebanyak 5,047 undi atau 11.8 peratus berbanding jumlah yang diperoleh mendiang ayahnya.

Pada pilihan raya umum lepas, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam, yang  memperoleh 13,597 undi.

Pilihan raya kecil itu, yang menyaksikan pertembungan empat penjuru, diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam nahas jalan raya pada 17 April lepas.

Syarikat Pengeluar Makanan Perlu Lebih Bertanggungjawab Sebelum Keluar Produk – Dr Hilmi

Posted: 25 May 2014 04:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Syarikat pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab sebelum memasarkan produk mereka di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata sekiranya sesuatu produk itu sudah mendapat logo halal, maka isi kandungannya juga perlulah sentiasa bebas dari sebarang unsur tidak halal.

“Janganlah pula ada logo halal tetapi letak barang tidak halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Pharmaniaga Berhad di pusat beli belah eCurve di sini, hari ini.

hilmi-yahya-pulau-pinang-balik-pulau-menteri-umno-bn

Beliau berkata mengulas mengenai pendedahan Kementerian Kesihatan yang mendapati dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).

Dr Hilmi berkata syarikat pengeluar produk berkenaan perlu menarik balik produk mereka di pasaran.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen derma darah, Dr Hilmi berkata kini dengan adanya teknologi Apheresis yang digunakan Pusat Darah Negara (PDN), penderma mempunyai pilihan untuk menderma hanya komponen darah seperti plasma, platlet atau sel darah merah.

“Dengan teknologi ini, darah penderma tidak diambil sepenuhnya tetapi, komponen diperlukan sahaja diambil seperti platlet dan teknologi ini selamat serta tidak mempunyai kesan sampingan kepada penderma.

“Jadi masyarakat tidak perlu risau, kerana menderma darah sememangnya tidak mendatangkan kesan negatif kepada pendermanya,” katanya.
Seorang penderma darah warga emas, Ong Lim Chuen, 59, berkata beliau berasa bangga kerana dapat melakukan sumbangan kecil kepada pesakit yang memerlukan darah.

“Kempen kesedaran mengenai kepentingan menderma darah perlu ditingkatkan lagi dan masyarakat tidak perlu risau kerana tiada sebarang masalah akan timbul sekiranya individu yang sihat tubuh badan menjalani pendermaan darah,” katanya yang sudah menderma sebanyak 39 kali setakat ini.

Kempen derma darah selama dua hari bermula hari ini anjuran syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad dengan kerjasama PDN berlangsung di pusat beli belah eCurve bertujuan memberi peluang kepada pengunjung menderma darah tanpa perlu hadir ke hospital pada hujung minggu ini.

KPDNKK To Ensure Chocolate With Porcine DNA Removed From Shelves

Posted: 25 May 2014 04:38 AM PDT

LANGKAWI, May 25 – The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry (KPDNKK) will conduct immediate check to ensure the chocolate products found to contain porcine DNA manufacturer have been removed from the shelves by the manufacturers.

Its deputy minister, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah said the ministry’s enforcement division would conduct checks at premises and outlets selling imported chocolates, including Langkawi, as well as airports, to ensure the two chocolate products found to contain the porcine DNA were no longer being sold.

“We will check and act accordingly as provided under the Trade Descriptions Act 2011 and the Food Act,” he told reporters after attending a corporate social responsibility programme of Perbadanan Nasional Berhad (PNS) at Nur Kasih Orphanage, Ulu Melaka, here today.

The Health Ministry yesterday revealed that two samples of Cadbury chocolate, namely the Cadbury Dairy Milk Hazelnut and Cadbury Dairy Milk Roast Almond, were found containing porcine DNA.

Ahmad Bashah said the ministry had warned the company concerned to remove the products from the shelves.

“One of the chocolate products has an expiry date of January 2015 while the expiry date for another product is at the end of the year,” he said.

BN Lali Dengan Pelbagai Tuduhan Pancing Undi Pembangkang

Posted: 25 May 2014 04:31 AM PDT

TELUK INTAN, 25 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata menjadi kebiasaan dan lumrah pada musim pilihan raya kecil sebagaimana di Teluk Intan, Barisan Nasional (BN) ditohmah dengan pelbagai dakwaan.

Ini kerana jelas beliau pembangkang tidak mempunyai perancangan jelas untuk pembangunan dan pembelaan rakyat melainkan menabur dakyah untuk memancing undi.

Justeru katanya jentera parti perlu turun padang berjumpa rakyat khususnya pengundi untuk memberikan penerangan mengapa mereka harus mengundi calon BN, Datuk Mah SIew Keong pada hari mengundi kelak.

“Kita harus memberi penerangan dan penjelasan mengapa kita harus mengundi BN. Apa manfaat, apa baiknya bila mengundi BN. Ini harus kita terangkan kerana rakyat sudah bijak untuk membuat penilaian sebenar.

“BN Boleh membawa pembangunan, boleh membawa perubahan, itulah yang kita mahu. Jadi macammana kita nak bela kalau Teluk Intan ini di dalam pembangkang. Jadi apa salahnya kita memberikan peluang kepada BN untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen Teluk Intan agar rakyat di sini akan mendapat pembelaan yang sebaiknya,” katanya.

Beliau seterusnya merayu agar pengundi memberikan peluang kepada calon BN, Datuk Mah SIew Keong pada pilihan raya kecil berkenaan.

“Jadi, saya merayu kepada rakyat dan pengundi Teluk Intan untuk memberikan peluang sekali lagi kepada Datuk Mah untuk beliau menyambung usaha-usaha beliau dan saya percaya beliau mempunyai perancangan yang baik agar Teluk Intan ini akan terus maju,” ujarnya.

Tambahnya lagi, rakyat harus faham bahawa BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mempunyai dasar-dasar dan program-program yang baik yang semuanya berdasarkan ke arah untuk menolong dan membela rakyat. -MediaUMNO

Sokongan Pengundi India DI Teluk Intan Semakin Meningkat – Mah

Posted: 25 May 2014 12:55 AM PDT

TELUK INTAN, 25 Mei – “Ini kali jangan bagi saya kalah,” itulah harapan dan permintaan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong kepada masyarakat India yang dianggap mampu menentukan kemenangannya.

Mah yang juga Presiden Gerakan, sibuk berkempen siang dan malam bagi merampas semula kerusi itu berkata, beliau tidak pernah melupakan kepentingan masyarakat India walaupun hilang kerusi berkenaan kepada calon DAP M. Manogaran pada 2008 dan Seah Leong Peng, pada 2013.

calon-bn-teluk-intan-mah-siew-keong-lawat-masyarakat-rakyat-pengundi-kaum-india-ladang-nova-scotia-kempen

“Pemimpin DAP kata mereka hero. Hero apa… menang pun lari. Saya kalah pun di sini juga. Saya cuba buat yang terbaik untuk anda semua,” katanya sambil menyifatkan sokongan dan sambutan pengundi India semakin menggalakkan ketika menghadiri ceramah di Batu 6, Taman Desa Aman, di sini malam tadi.

Pengundi India berjumlah 11,468 atau 19 peratus daripada 60,349 pengundi dikatakan memainkan peranan penting menentukan kemenangan calon yang bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan.

Pengundian awal PRK Teluk Intan ialah pada 27 Mei dan hari pengundian 31 Mei.

Menurut Mah, setiap kali pilihan raya diadakan, DAP mengambil keputusan untuk meletakkan calon baharu setelah menyedari pengundi kecewa tidak mendapat perkhidmatan yang diharapkan.

“Mereka kata isu nasional lebih penting, tetapi tidak dapat selesaikan masalah penduduk di sini. Selesaikan masalah penduduk sebelum cakap pasal isu nasional.

“Sekarang pula mereka kata muda lawan tua. Saya belum tua, belum bersara, baru 57. Bukan itu sahaja mereka memburuk-burukkan saya dalam Internet dan ruang siber. Buat ‘photoshop’ yang bukan-bukan, lepas itu menghantar sms palsu,” katanya.

Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang, Mah juga meminta kedua-dua pihak agar menghentikan kempen kotor yang tidak mendatangkan kebaikkan kepada pengundi Teluk Intan.

Semalam, DAP membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar seorang wanita berbikini yang didakwa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang disebarkan di sekitar kawasan Changkat Jong.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mah dengan calon DAP Dyana yang diadakan berikutan wakil rakyatnya dari DAP Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.

hishammuddin-naik-motosikal-calon-bn-teluk-intan-mah-siew-keong-kempen-kampung

Teluk Intan Boleh Dijadikan Pusat Ekonomi

Posted: 25 May 2014 12:47 AM PDT

TELUK INTAN, 25 Mei – Teluk Intan mempunyai potensi untuk dijadikan pusat ekonomi berikutan lokasinya yang dekat dengan pelabuhan Lumut kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, walaupun industri peladangan kelapa sawit merupakan ekonomi utama Teluk Intan, kawasan itu dapat dikembangkan kepada industri pembuatan produk akhir.

Husni-Hanadzlah-Menteri-HASIL-LHDN-Cukai-GST-Ekonomi-Malaysia

“Faktor untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat ekonomi memang ada, kerana terdapat tanah, sumber dan rangkaian eksport kerana ia dekat dengan Lumut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, di sini malam tadi.

Ahmad Husni berkata potensi membangunkan Teluk Intan boleh dicungkil calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kerajaan kini membangunkan industri kreatif untuk melatih golonga belia dan Teluk Intan harus menjadi sebahagian daripada arus perdana untuk masa depan dan tidak boleh terasing bagi menerajui pembangunan di bandar kecil ini, katanya.

Ditanya mengenai tindakan pembangkang yang sering menjadikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan kos hidup meningkat sebagai isu, Ahmad Husni berkata sikap pembangkang memang sentiasa memburukkan usaha kerajaan.

“Masa kerajaan hendak membina Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar KLCC dan Putrajaya, mereka membangkang.

“Sekarang kita lihat projek-projek yang dilaksanakan dan kita lihat perkembangan dunia…kita lihat kejayaan membangunkan negara sesuai dengan rancangan pembangunan kerajaan laksanakan selama ini,” katanya.

Ahmad Husni berkata CBP adalah kesinambungan daripada usaha dan inisiatif kerajaan untuk melaksanakan transformasi ekonomi negara dan menegaskan CBP bukan cukai baharu tetapi penggantian cukai jualan.

Katanya, usaha dari segi penerangan, penjelasan dan pertemuan dengan rakyat akan diteruskan sebelum CBP dilaksanakan April 2015 supaya ia difahami setiap orang.

aktivis-kempen-bn-teluk-intan-perak-sokong-calon-barisan-nasional

BN Tidak Guna Taktik Kotor, Cemar Nama Calon – Muhyiddin

Posted: 25 May 2014 12:38 AM PDT

TELUK INTAN, 25 Mei – Barisan Nasional (BN) tidak guna taktik kotor dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, termasuk mencemar nama calon, kata Timbalan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sudah sebut awal dulu (perkara itu) semasa penamaan calon (yang BN tidak akan terlibat dalam taktik sedemikian),” tegas Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan DAP membuat laporan polis semalam berhubung gambar perempuan berbikini yang mirip calonnya Dyana Sofya Mohd Daud yang didakwa disebarkan di masjid baru-baru ini..

Muhyiddin turut menegaskan penyebaran gambar itu tiada kaitan dengan BN.

muhyiddin-zambry-kit-siang-calon-bn-mah-siew-keong-dap-dyana-sofya-kempen-restoran-pak-ya-teluk-intan

“Jangan buat tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas melainkan ada bukti. Dia (DAP)ada bukti? Tanya dia balik apa buktinya. Kalau dia (DAP) nak buat laporan kepada polis mesti ada data dan fakta yang betul,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata tindakan pembangkang yang sering menyalahkan BN dilihat sebagai kehabisan modal untuk berkempen pada PRK Teluk Intan.

“Apapun terserah kepada dia (pembangkang). Tapi jangan sesekali apabila dia berhadapan dengan tentangan daripada kita, dia akan tuduh kita (sanggup) berbuat apa sahaja terhadap dia,” katanya.

Ditanya tentang kempen pembangkang dari rumah ke rumah yang didakwa mengelirukan pengundi dengan menggunakan helah kononnya calon DAP Dyana Sofya akan menyertai Umno jika menang PRK itu, Muhyiddin berkata: “Dia bertanding atas tiket DAP, maknanya dia calon DAP.”

Beliau berharap pengundi tidak terpedaya dengan helah pembangkang yang cuba mengelirukan mereka.

Mengulas tentang kempen pada PRK itu yang telah memasuki hari ketujuh, Muhyiddin berkata jentera BN bergerak lancar dan mereka telah menjelaskan kepada pengundi isu-isu yang dibangkitkan pembangkang.

“Kita (BN) tidak boleh ambil mudah dan perlu bekerja sehingga hari terakhir untuk menentukan kita mendapat setiap satu undi di setiap tempat,” katanya.

Muhyiddin berkata penglibatan semua jentera parti komponen BN perlu ditingkatkan bagi memberikan kerjasama dan sokongan kepada calon BN.

“Semua pihak telah diberitahu supaya bekerja keras dan jangan memandang rendah kekuatan pembangkang,” katanya.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

muhyiddin-ucapan-rasmi-purple-walk-sambutan-hari-wanita-kementerian-menara-condong-teluk-intan-perak-zambry

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...