Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Perkara AJAIB Paling Indah yang Berlaku di Kedah Sekarang!! #HanyaDiKedah

Posted: 07 Apr 2014 06:12 AM PDT


Pada rakyat Kedah sekarang rasanya dah lama takjub dengan suasana ni, tapi orang luar Kedah jangan pelik, ini memang benar-benar di Kedah.




Kalau sekali pandang nampak macam di Jepun atau korea, tapi sebenarnya ianya hanya di Kedah. Disebabkan permandangan yang indah dan sedap mata memandang ni, Exco pelancongan pun dah bercadang nak buat 'musim bunga' ni jadi salah satu tarikan pelancongan di Kedah.

ALOR SETAR - Keindahan 'musim bunga' bunga pohon hiasan di sepanjang jalan di bandaraya ini bakal dijadikan produk pelancongan Negeri Kedah, tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato' Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, keindahan pohon Tabebuia atau nama jolokannya pohon Sakura Malaysia itu mampu dijadikan daya tarikan pelancong ke negeri ini.

Beliau berkata, satu usul akan dibawa kepada Menteri Besar untuk perhebatkan penanaman pohon tersebut di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Saya akan kemukakan perkara ini kepada Menteri Besar dengan kadar segera kerana ia berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong ke negeri ini.

"Kita akan usulkan kepada Menteri Besar supaya pohon ini ditanam di sepanjang jalan ke lapangan terbang dan juga sepanjang Sungai Anak Bukit di sekitar Alor Setar.

"Saya bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) lain pun sangat teruja dengan keindahannya yang mengeluarkan bunga merah jambu dan putih itu setelah empat atau lima tahun sekarang, ia berbunga," katanya.



McTheory:
Tanam pokok angsana ni banyak-banyak buat macam taman. Kalau sekali dua keluar.. pehh.. cantik!

INFO!! Syed Saifullah Di Tahan Ada Kaitan Dengan Red Bean Army? #RBA

Posted: 07 Apr 2014 01:12 AM PDT



Emak Saifullah terkejut apabila didatangi pihak polis dan memberitahu anaknya, Syed Saifullah pergi makan dengan ayahnya di luar. Emaknya menelefon anak dan suaminya suruh balik. 20 minit kemudian Syed Saifullah datang dengan wajah ketakutan.

Alatan yang dirampas mengikut blog Mymassa,

1. Kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
2. Set speker jenama vinnfier warna hitam
3. Empat kabel komputer warna hitan
4. Penyambung soket warna putih
5. Multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
6. Thumb drive jenama kongston warna hitam
7. Mesin cetak jenama canon warna hitam
8. Kabel internet warna putih
9. Satu Handphone jenama Sony X Peria
10. Moniter komputer jenama Acer warna hitam
11. CPU jenama power logic warna hitam
12. Key board jenama power logic warna hitam
13. Tetikus jenama power logic warna hitam
14. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
15. Thumb drive tp-link warna putih/hitam
16. Broadband jenama celcom

inilah punca Syed Saifullah di tahan

Suspek, berusia 25 tahun ditangkap mengikut Seksyen 233 Akta Komuikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam.

Kini, suspek dilaporkan ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan direman hari ini sehingga Selesa.

Sebelum ini ramai pengendali blog mendedahkan kes dianggap amat biadab itu dan memohon pihak polis berindak. Biarpun menyedari statusnya itu dikecam oleh pelbagai pihak, suspek didapati masih terus mengemaskini status di facebook.

Barangkali, pekerja kedai dobi itu sama sekali tidak menduga, pintu rumahnya bakal diketuk dek pihak berkuasa.

Tahniah Pasukan Polis Diraja Malaysia!

Sebelum ini, Syed mencatatkan dia ahli Red Bean Army, RBA. Mungkin kita berpeluang memperolehi fakta sebenar. Lazimnya, RBA menyembunyikan identiti tetapi dia kelihatan terlalu berani tampil, menggunakan butiran diri asli.

Samaada dia terlalu cerdik atau terlalu bodoh!




McTheory:
Semoga selamatlah si Syed Saifullah disana ya?

HOT!! Siapa di Belakang Tian Chua Untuk Cabar Azmin Bagi Timbalan Presiden PKR?

Posted: 06 Apr 2014 10:12 PM PDT


Nampakya pemilihan parti PKR semakin meriah, sudah la ianya mencatit sejarah dunia apabila suami lawan isteri untuk tanding presiden parti, timbalan presiden juga ada cerita menarik!

Mengikut blog Yuseri Yusoff,  pertembungan tiga penjuru melibatkan penyandang iaitu Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Tian Chua untuk jawatan Timbalan Presiden PKR juga dilihat bakal menghangatkan bahang pemilihan PKR 2014.

Menurut sumber dalaman PKR, perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR lebih panas selepas Tian Chua turut menawarkan diri untuk bertanding kerana Tian Chua dikatakan bakal mendapat bantuan sepenuhnya dari SUARAM.


SUARAM mahu Tian Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana keupayaan yang dimiliki oleh Tian Chua dalam menghasut dan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat.

Tian Chua antara peranan penting yang membantu SUARAM dalam memfitnah kerajaan konon terdapat perbicaraan di Mahkamah Perancis berkaitan pembelian Scorpene.


Malah SUARAM dikatakan akan membantu dan membiayai sepenuhnya kempen Tian Chua sepanjang pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April hingga 11 Mei 2014.

Nampaknya selain perlu melepasi halangan yang dibina dari kem Khalid Ibrahim, Azmin Ali terpaksa berhempas pulas merobohkan tembok yang dibina oleh Tian Chua dengan bantuan SUARAM yang dibiayai oleh Open Society Institute (OSI) yang diasaskan oleh Soros.


Sambung baca Double Y

McTheory:
Mampu ka Azmin nak harungi semua halangan ni?
he he..

PANASS!! Kerajaan Pusat dan UMNO Kelantan Sokong Pas Kelantan Laksanakan #Hudud!!

Posted: 06 Apr 2014 07:39 PM PDT


Selepas Menteri Besar Kelantan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Kelantan akan laksanakan Hudud, keadaan agak tegang apabila pelbagai peringkat parti politik memberi pendapat masing-masing mengenai hudud di Kelantan.

Semuanya bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir mengizinkan negeri Kelantan melaksanakan undang-undang hudud dinegeri itu dan kerajaan pusat akan cuba membantu untuk Kelantan mampu melaksanakannya.

Ini kerana, hukum hudud yang sering dijadikan modal PAS berkempen menjelang PRU atau PRK. Namun akhir tahun lepas menjadi panas semula apabila Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.

Katanya, ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.

"InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 November lalu.

Selalunya PAS akan sentiasa menyalahkan UMNO dalam kes hudud ini. PAS suka menuduh UMNO menolak hudud bermakna UMNO juga tolak Islam, UMNO tidak Islamik, hudud tidak dapat dilaksanakan kerana UMNO tolak usul hudud.

Tetapi kini kerajaan pusat juga menyokong dan membenarkan Pas Kelantan laksanakan hudud, malah berjanji akan membantu. Malah Tok Pa selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan juga sokong usul hudud Kelantan.


Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," kata beliau.

Mc juga selaku orang Islam, tak sabar menantikan Kelantan melaksanakan hukum hudud, kerana ianya akan menjadi contoh kepada semua negeri di Malaysia, bahawa Pas Kelantan bukan cakap kosong, mereka mampu melaksanakannya.

Insyallah jika semua berjalan lancar, mungkin hukum hudud akan dilaksanakan ke negeri-negeri.

McTheory:
Harap tiada alasan lagi dari Pas selepas ini..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...