House PK |
PANAS BERAPI! SINDIKET PUSAT TAHFIZ SUDAH KEMBALI??? Posted: 15 Apr 2014 06:23 AM PDT Tahniah Perak Today kerana anda telah mengutarakan satu isu yang sudah lama menghantui kita semua selama ini, Aku nak cerita pasal Pusat Tahfiz yang telah diexpose oleh Mazidul dan beberapa akhbar lain. Dah lama senyap kan? Ingatkan dah habis. Oh tidak, aku letak artikel Mazidul kat sini untuk ingatkan kembali sindiket ini: Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia telah mengetahui maklumat tepat mengenai SM Amin. Sila baca kenyataan di bawah. Andai diabaikan semual 'gelaran', nama sebenarnya, AZHAR WAHAB. Dia bekas ketua ajaran difaktwakan sesat pada Oktober 2004 kerana ajarannya didapati bercanggah dengan aqidah, syariat serta akhlak Islam. Selain menjadi pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd juga, Azhar, pembekal produk dipasarkan oleh pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah. Kini, dia hidup terlalu mewah. Tafsirkan gambar di bawah. Azhar juga taksub merakamkan klip video muzik bersama 'artis' wanita. Konsert dianjurkan setiap kali album terbaharunya dilancarkan. Tonton video berikut dan nilaikan samada dia penyanyi berkualiti atau sekadar syok sendiri. Di bawah antara produk keluaran syarikat Azhar, dipasarkan oleh kanak-kanak, remaja dan warga emas di restoran, stesyen minyak, kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya serta di sekitar bank. PTA tidak pernah melahirkan penghafaz Al-Quran sejak mula beroperasi lebih 10 tahun lalu. [ Klik di sini ] Perhatikan kelas di PTA dirakamkan oleh sumber saya, kosong dan berhabuk. [ Klik di sini ] Majoriti pelajar, bukan anak yatim, diperkudakan untuk menjual produk dibekalkan oleh syarikat Azhar. Antara mereka, gadis berusia 13 tahun, berasal dari Selangor, saya temui di Kota Bharu, Kelantan pada Ogos 2012. Dia terpaksa berdiri selama 8 jam sehari untuk menjual produk Azhar. Bukan sahaja remaja diperhambakan, kanak-kanak tidak terkecuali. Wanita warga emas, 60 tahun, di bawah saya temui sewaktu menjual madu keluaran syarikat SM Amin di restoran mamak pada Jun 2011. [ Klik di sini ] Puluhan pelajar PTA saya temui sejak lebih 4 tahun lalu berkata, mereka harus membuat jualan minima RM150 sehari sebelum pulang ke rumah transit. Baca rakaman perbualan di antara rakan saya dan gadis dieksploitasi. Gambarnya dirakamkan di stesyen minyak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada November 2013. Klik di sini. 1 Disember 2013, Kerajaan Negeri Kedah di bawah dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan tindakan tegas terhadap pengurusan PTA. Laporan polis kemudian dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Kota Setar juga tidak menampakkan sebarang hasil. [ Klik di sini ] Terkini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, telah mengarahkan PTA ditutup bermula 10 Februari lalu. Alhamdulillah sekali lagi. Andai arahan itu antara hasil usaha Mukhriz, secara peribadi, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau. Apapun, arahan itu tidak semestinya akan dipatuhi oleh PTA. Jika masih terserempak dengan pelajar PTA, jangan sesekali membeli produk keluaran syarikat bekas ketua ajaran sesat itu. Andai bersimpati melihat kanak-kanak dan remaja kelesuan akibat terpaksa berdiri dan berjalan selama 8 jam sehari, huliurkan mereka wang sekadar cukup untuk membeli makanan serta minuman. Jika pembaca mempunyai sebarang komen ingin dikongsikan, sila catatkan di sini. Khabarnya ada beberapa blog lain pun dah dedahkan pasal jutawan yang mempergunakan anak-anak yatim dan orang miskin serta orang-orang tua ni. Mereka kini masih aktif lagi di seluruh negara. Pandai tauke dia ni, Senyap sekejap sekarang dia start balik. Ok macam ni aku nak mintak tolong korang, kalau sekiranya korang tengah makan kat mana-mana dan terjumpa bebudak ini aku mintak korang email kan kepada editor@peraktoday.com.my dengan lokasinya sekali. Bukan apa, kita tak mau anak-anak yang tidak berdosa ini diperguna oleh manusia yang tidak bertanggungjawab! Ayuh rakyat Malaysia kita bantu Perak Today untuk basmi kerja jahat yang merosakkan nama Islam ini. |
PANAS WEI! KHALID RELA DISAMAN KERANA KEBODOHAN DIA MENGURUS AIR Posted: 15 Apr 2014 05:20 AM PDT Betul Khalid aku setuju kau buat demi kebaikan rakyat! Tang mana air takdak ni baik kepada rakyat pun aku tak tau. Tak cukup dengan tu nampaknya isu air ni nampaknya tiada kesudahan dan ianya akan berlanjutan untuk jangka masa yang lama. Kalau la ya, kalau Khalid tak degil dan dah setuju dengan Langat 2 beberapa tahun yang lepas tak payah la sesiapa pun nak saman kerajaan negeri. Sekarang rakyat Selangor semua dalam kesusahan. Walau hujan berhari-hari air takungan masih kurang. Kenapa? Why? Bangkitlah rakyat selangor dan gesa Khalid mana pergi idea-idea brilliant dia sebelum ini. Jangan biarkan Khalid terlepas. kalau perlu saman dia saman je. Takde pun rakyat Selangor semua ramai-ramai ke rumah Khalid dan ambik air dari kediaman rasmi dia. Amacam? |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment