BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! ANAK SAUDARA #KARPALSINGH #ANILJS KATA KEMALANGAN TELAH DIRANCANG !!!

Posted: 18 Apr 2014 08:00 AM PDT


nak tak saya sebut 1 perkataan ??? KEPALA OTAK KO LAHHH !!! rancang ??? oooh kalau macam tu semua accident yang berlaku kat lebuhraya dirancang lahhh Anil JS ??? anda tak baca dan tak tengok berita kerr yang pemandu lori tu tak kenal siapa yang langgar dia dan pemandu lori tu juga di bawah pengaruh dadah ??? anda dapat bayangkan tak kalau di bawah pengaruh dadah macam mana ??? lagi pun bukan kerr banyak saman ??? ayat bodoh digunakan oleh anil JS nak bagi orang panas lahh tu


Kita memahami saat ini ahli keluarga mendiang pastinya sedih dengan berita yang mengejutkan ini.Tetapi apabila membuat tuduhan memba-bi buta seperti ini,ia adalah satu tindakan yang melampau.Apa yang dilaporkan oleh media,kemalangan berlaku disebabkan kereta mendiang Karpal dipandu laju dan tambahan pula kenderaan itu memiliki rekod kesalahan trafik yang banyak masih belum dibayar.Kenapa kaitkan dengan politik ??? Jelas sekali,Anil JS mencabar pihak berkuasa untuk melakukan tangkapan ke atas dirinya.Kalau dah siap memfitnah kononnya kemalangan dirancang,memang sesuatu tindakan yang agak berani dan Anil JS perlu ditahan untuk siasatan lanjut.Lebih-lebih lagi kes ini melibatkan individu yang berprofil tinggi.Tindakan mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah dia mengetahui apa yang berlaku sehingga terjadinya kemalangan tersebut.

FAKTA DI BAWAH MEMBUKTIKAN PERKARA SEBENAR !!!

TOLONG BACA SAMPAI HABIS !!!

Kawasan Gua Tempurung yang menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Bekas Pengerusi DAP,Karpal Singh merupakan antara kawasan panas yang sering berlakunya kemalangan maut.Bukan itu sahaja,kawasan tersebut juga pernah mengalami tanah runtuh pada Oktober 2004.

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga pernah mencadangkan kepada pengurusan Lebuhraya Utara Selatan supaya kawasan tersebut ditambah baik dari segi pencahayaan bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan itu. 

Berikut merupakan antara beberapa tragedi kemalangan ngeri yang pernah berlaku di kawasan tersebut.  
10 Ogos 1998 : Empat pekerja penyelenggara lebuh raya terbunuh dan tiga lagi rakan mereka cedera termasuk dua parah, setelah dirempuh oleh sebuah kereta di kilometer 300.

27 April 2007 : Tiga beranak maut apabila kereta yang mereka dinaiki terlibat dalam kemalangan semasa hujan lebat di kilometer 309. 

07 Oktober 2009 : Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lapan penumpang cedera termasuk seorang parah apabila bas berkenaan merempuh belakang sebuah treler di kilometer 305.

22 Julai 2010 : Tiga terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di kilometer 301. 

25 Disember 2013 : Dua pemandu lori maut dalam kemalangan di kilometer 300.4 Lebuhraya Utara Selatan. 

17 Mac 2014 : Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah Bas Ekspres Konsortium yang jatuh terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter di kilometer 301.5 Lebuhraya Utara Selatan.

Justeru,orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu mengikut halaju yang telah ditetapkan selain sentiasa berhati-hati di kawasan.

ADAKAH SEMUA FAKTA DI ATAS DI RANCANG ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! AKIBAT SUKA BUAT FITNAH #RAFIZIRAMLI TERSASUL !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 18 Apr 2014 05:00 AM PDT



akibat selalu buat fitnah,Mulut busuk A.K.A Longkang si Rafizi dah tersasul.tu lahh buat fitnah sangat kan ??? Akibat selalu sangat membohongi rakyat,selalu membuat tohmahan,selalu membuat fitnah,maka tersasul-sasul apabila hendak menyebut nama YAB Datuk Seri Najib.lihat video di atas,semoga terhibur

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #TIANCHUA DI HALANG MASUK #SABAH !!!

Posted: 18 Apr 2014 02:00 AM PDT


gambar diatas adalah notis penolakan tian chua masuk ke sabah.kenapa tian chua tak boleh masuk ke sabah ??? jangan tanya saya,tanya tian chua sendiri.lain kali jangan buat hal.kan dah kena.confirm nanti tian chua kata ini semua salah UMNO,muahahahaha

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN #SUHAIZANKAYAT DIDEDAHKAN !!!

Posted: 17 Apr 2014 11:29 PM PDT


muahaha,sendiri buat lepas tu kata tak buat.Siapa nak mengakukan ??? betul tak pembaca Badut rakyat ??? Memang itu budaya pembangkang ni.mereka berani buat,tapi bila dah kena tembak,mereka cepat-cepat buat laporan Polis.Nak cover semua yang mereka buat.berani buat berani tanggung lahhh.Tak ada telur ker ??? apa cerita ni ??? dah sebar tak mengaku.Begitulah dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Suhaizan Kayat.Beliau menafikan menghantar arahan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp yang mengajak ahli dan pemuda parti itu ke upacara 'melangkah mayat' Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Hospital Ipoh, Perak. 

Katanya,arahan yang disebarkan itu dengan menggunakan namanya adalah tidak benar malah beliau turut mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab itu.Kononya,ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan SMS dan WhatsApp kononnya ini merupakan arahan daripada beliau.Katanya Mesej ini berniat jahat dan cuba mencemar nama baik beliau sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.Beliau membalas dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman fanpage Facebook Suhaizan Kayat.Arahan tersebut disebarkan selepas berita kematian Karpal Singh yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini dilaporkan di portal berita dalam talian.Sehubungan itu,Setiausaha Pemuda Pas Malaysia,Mohd. Nasaie Ismail membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam,Selangor berhubung penyebaran SMS dan WhatsApp yang disebarkan atas nama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu kerana Suhaizan difahamkan berada di Madinah.

saya hairan dengan sikap Pemuda Pas ni.Perangai mereka sebiji macam pemimpin-pemimpin atasan. Buat hal dan mengeluarkan sesuatu kenyataan,bila dihentam balik,tak nak mengaku,cepat-cepat pusing balik dan menyalahkan orang lain.Begitu jugalah si Suhaizan ni.Tak ada pengikut-pengikutnya nak sabatoj beliau.Dengar khabar semasa SMS itu di muat-naikkan di dalam Facebbook,kononnya beliau berada di Madinah.betul ke ??? Jangan nak menipu le Suhaizan.Ingatkan orang-orang Pas ni tak pandai menipu.Maklumlah ahli syurgalah dikatakan.Apapun,berbalik pada SMS tu,mengaku sajalah.Jangan nak putar-belitkan lagi isu ini.Terimalah kenyataan.Hari ini hari Jumaat.Tak baik menipu tau !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #USTAZDON MEMBELASAH #WARDINASAFIYYAH KAW-KAW !!!

Posted: 17 Apr 2014 07:06 PM PDT


sebelum ini,Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot,menggunakan media sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.semalam,Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang melalui media sosial tetapi beliau sendiri yang melakukannya. 

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya,adakah bertujuan baik atau sebaliknya,kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle,facebook atau twitter.Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.Ustaz Don saran supaya Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan sampaikan itupun jika beliau ikhlas.

"Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni,apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda,jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.Saya Redha dan saya buat dengan penuh ikhlas". 

Ustaz Don juga hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya,apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.

"Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu,tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya.Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.''

Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak senang apabila ustaz Don mendapat surat jemputan ke United Kingdom dan staf tersebut mungkin ada sedikit sakit hati,kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut...Wallahualam... 

Ustaz Don Daniyal juga menasihati "kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya,saya sentiasa menerima sesiapa sahaja dan pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang"

Selepas ini jika ada lagi orang mempertikai ceramahnya Ustaz Don tidak akan menjawab lagi kerana ini akan mengundang pelbagai persepsi negatif.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SINDIKET PENIPUAN #KADKREDIT !!! SILA BACA KALAU NAK SELAMAT !!!

Posted: 17 Apr 2014 05:00 PM PDT


SCAM ALERT : Mensasarkan pengguna baru kad kredit/kad debit yang kurang arif mengenai transaksi kad kredit.Sindiket akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan CVV2 (Card Verification Value) iaitu tiga digit nombor terakhir di belakang kad kredit/kad debit mangsa. 

1. Sindiket akan membuat panggilan telefon kepada pemegang kad kredit atau debit dengan memaklumkan bahawa panggilan tersebut adalah daripada pusat khidmat pelanggan bank yang dilanggani. 

2. Sindiket memberitahu mangsa bahawa mereka merupakan pemegang kad bertuah dan atas sebab tersebut, terdapat tawaran menarik seperti pakej pelancongan, insurans sedang menanti. 

3. Untuk menerima tawaran tersebut,mangsa perlu membuat pengesahan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tarikh luput kad. 

4. Pihak sindiket kemudiannya akan meminta mangsa membacakan nombor kad kredit/debit mangsa berserta tiga digit nombor terakhir di belakang kad berkenaan. 

5. Setelah semua maklumat tersebut diperolehi, sindiket berjanji tawaran yang dimaksudkan akan dimaklum dalam tempoh terdekat. 

6. Mangsa menyedari mereka tertipu apabila tawaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba dan mendapati terdapat transaksi pengeluaran wang tanpa pengetahuan ketika menyemak penyata akaun bank. 

Nasihat polis 

1. JANGAN SESEKALI memberikan nombor kad kredit/ debit termasuk tiga digit nombor terakhir yang terdapat di belakang kad berkenaan. 

2. Segera menghubungi pihak bank sekiranya akaun anda digunakan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran anda. 

3. Jangan dedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda kepada orang yang tidak dikenali. 3. Hanya berurusan menerusi laman yang diperakui selamat. 

4. Kemaskini maklumat terbaru berkenaan nombor telefon dan alamat terkini untuk memudahkan pihak bank menghubungi sekiranya berlaku transaksi yang luar biasa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...