Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TERKINI! Pantauan Pentagon Tiada Letupan Pesawat di Laut China Selatan! #PrayForMH370

Posted: 09 Mar 2014 08:04 AM PDT

Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal
tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di
kawasan perairan itu.

Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari
14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat
Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual
mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat
kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya
kepada pusat kawalan trafik di Subang.

HOT! Tragedi Pesawat Bukan Gurauan, Tolong Hormati Ahli Keluarga Penumpang! #PrayforMH370

Posted: 09 Mar 2014 06:12 AM PDT


Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.


Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.

Sumber ni Mc ambil dari blog Kamera Kupang



Pesanan pada bijak pandai di facebook dan media sosial lain.

Tahukah kamu-kamu yang sekarang sedang berlagak sebagai pakar penerbangan dan menyebut kerajaan bertindak lembab, Pesawat Air France 447 hanya dapat disahkan terhempas pada 6 Jun 2009 selepas pasukan mencari menjumpai serpihan ekor pesawat dan dua mayat, sedangkan pesawat itu dilaporkan hilang pada 1 Jun 2009. Usaha mencari dihentikan pada 27 Jun 2009 dengan hanya menemui 51 mayat daripada keseluruhan 273 keseluruhan penumpang dan anak kapal. Kotak Hitam pesawat hanya ditemui pada Mei 2011. Dua tahun selepas tragedi. Termasuk bangkai besar pesawat juga dijumpai pada 2011. Lihatlah betapa sulit dan sukarnya kerja-kerja berkaitan tragedi penerbangan. Pesawat tidak boleh diumumkan sebagai terhempas selagi bukti tidak ditemui. Jadi jangan jadi pakar di Facebook dan sedap bercakap semata-mata. Ini kerja rumit! Faham?!

Sungguh menyayatkan hati.



Manusia ada akal untuk berfikir, tolong guna dengan sebaik mungkin. Jangan buat cerita bukan-bukan. Cuba bayangkan kalau semua ini menimpa ahli keluarga kita. Tentu sedih kann?

McTheory:
Semua orang cuba melakukan yang terbaik.. doa tu paling penting.

HOT! Syaitan Internet Sudah Mula Cucuk Rakyat Malaysia Salahkan MAS! #RBA

Posted: 09 Mar 2014 01:12 AM PST



Sebuah akaun di laman facebook mungkin juga dimiliki oleh tentera cyber upahan DAP yang akan menyalahkan kerajaan dalam semua bentuk.



Cerita mengenai Red Bean Army yang sudah mula membuat porak peranda. Sumber Mc ambil dari SangkakalaJari9.

Akaun yang dimiliki oleh Mary Anne ini rasanya milik Red Bean Army kerana posting beliau yang seolah olah menyalahkan MAS dengan mengatakan bahawa perkhidmatan MAS tidak bagus dan selamat.

Bukan itu sahaja, si BANGANG ni juga dah mengatakan bahawa biarkan mereka yang ada dalam pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dari radar semalam mati.

Biadap sungguh puak puak ni kan? Sebaik baiknya kalau Mary Anne ni sendiri atau kaum keluarga dia ada dalam pesawat tersebut barulah dia tahu apa perasaan ahli keluarga mereka.

Untuk makluman si bingai ni, MAS adalah salah satu sistem penerbangan yang paling selamat di dunia dan pesawat Boeng 777-200 tersebut adalah yang paling canggih dalam sistem pesawat yang pernah dikeluarkan oleh syarikat Boeng.

Jadi tidak boleh nak dikatakan bahawa kesalahan ini adalah berpunca dari MAS kerana juruterbang yang menerbangkan pesawat tersebut juga mempunyai pengalaman yang agak lama dalam menerbangkan pesawat.

Tapi macam biasa, tugas mereka (RBA) ni memang untuk mencari salah kerajaan dan kalau boleh setiap perkara atau musibah yang melanda, akan mereka kaitkan dengan kerajaan secara total.

Apa apa pun kita haruslah berdoa agar semua penumpang dan anak kapal dalam pesawat tersebut selamat ditemui.

Untuk mengetahui fakta mengenai Pesawat terhempas atau hilang boleh baca kat SINI

HOT! Pesawat China Jumpa Serpihan Pesawat MH370? #PrayforMH370

Posted: 08 Mar 2014 11:40 PM PST


Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

"Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi," ujarnya di dalam satu laporan berita.

"Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat," kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas," tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih diteruskan. Astro awani

INFO! Dua Penumpang MH370 DiSyaki Menyamar! #PrayforMH370

Posted: 08 Mar 2014 09:12 PM PST


Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut.

Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.

Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun lalu.

Menurut sebuah akhbar Itali, La Repubblica, Maraldi pulang ke negaranya selepas pasportnya dicuri dan telah dikeluarkan pasport yang baharu.

Sebaik sahaja mendapat berita mengenai pesawat yang hilang, pegawai kementerian pergi ke rumah ibu bapa Maraldi untuk memaklumkan mengenai perkara itu tetapi sebaliknya diberitahu bahawa anak lelaki mereka masih hidup dan berada di Thailand, dan telah menghubungi ibu bapanya bagi memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik.

"Saya baik, saya tidak menaiki penerbangan itu," kata Maraldi kepada ibu bapanya.

Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.

Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel "selamat dan berada dalam keadaan baik. "

Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.

Bagaimanapun masih tidak jelas mengenai siapa yang menggunakan dua nama tersebut untuk menaiki pesawat MH370

Rujuk senarai nama penumpang, klik di sini.



Klik di sini untuk membaca laporan penuh akhbar terbitan United Kingdom itu.

Siapakah sebenarnya 2 individu misteri menumpang pesawat MAS terbang dari KLIA ke Beijing, China itu? Apakah motif mereka menggunakan pasport curi?

Setakat ini pesawat dilaporkan hilang dari radar pada awal pagi semalam, masih belum ditemui. Pada masa sama, tiada pihak menafikan kebarangkalian pembabitan pengganas dalam kes ini.


McTheory:
Bukan untuk merumitkan keadaan.. cuma kenalpasti bentuk keraguan. hurmm..

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

INFO! Ryan Giggs pun doakan pesawat yang hilang supaya selamat! #PrayforMH370

Posted: 08 Mar 2014 05:12 PM PST


Jika seorang pemain bola antarabangsa pun boleh mendoakan penumpang dan krew MH370 supaya selamat. Bagaimana pula dengan pemimpin tempatan kita?

Contoh paling bodoh tengok bawah ni,


Bawah ni rasanya orang gila.. soo kita abaikanlah apa yang dia kata.



Kalau orang luar boleh doakan yang baik-baik. Kenapa orang Malaysia sendiri buta perut takdak akai dok tuduh dan sebut yang bukan-bukan ni?

Selamatlah masih ada pemimpin yang mengambil berat tentang keadaan keluarga penumpang pesawat.



Sorang lagi ni abaikanlah.. dia hidup cuma untuk berpolitik. Selagi tak tutup mata, dia akan berpolitik 24jam. Soo.. faham-faham saja la dengan orang macam ni ya.


McTheory:
Waktu rakyat Malaysia bersedihlah pemimpin patut main peranan menjadi peneman, bukan jadi syaitannn!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...