House PK |
UPDATES TERKINI #prayforMH370! RAKIT KESELAMATAN YANG DIJUMPAI BUKANLAH MILIK PESAWAT MH370 Posted: 12 Mar 2014 03:08 AM PDT NST 12/03: The life raft found 10 nautical miles from PD town is not from the missing MH370 aircraft: Kuala Linggi MMEA enforcement chief Ini berita terbaru yang diterima melalui NST! Sebelum ini ada berita tentang penemuan sebuah raft atau rakit keselamatan yang ada tertulis perkataan "boarding" Klik sini Sekarang ni sedang berlangsung Sidang Media di KLIA yang diketuai oleh DS Hisham. Dari pengamatan aku, nampaknya pengamal media antarabangsa ni dah melampau dan tanya soalan yang memang susah nak jawab sebabnya pesawat tak jumpa lagi. Ada wartawan kata kenapa Malaysia susah sangat nak kongsi maklumat, lepas tu banyak statement yang berubah-ubah. Tapi Hisham dengan tenang jawab ianya hanyalah pendapat wartawan tersebut sebab mereka hanya berkongsi maklumat yang disahihkan akan kebenarnanya. Inilah masalahnya dengan wartawan antarabangsa ni. Kita rakyat malaysia pun nak tau jugak apa yang sedang berlaku tapi tak perlu la tuduh bukan-bukan. Daripada menuduh dan cakap bukan-bukan baik bantu mencari MH370 tu. Pasal raft yang dijumpai tu pulak sudah sah ianya bukan milik MH 370 dan hingga kini memang tiada apa-apa kesan MH370. Lagi memilukan ada rakaman suara minah mana tah, kata dah jumpa la MH370 dan semua penumpangnya dah mati la, pastu ada penyebaran whatsapp yang menyatakan semua dah mati dan pesawat terhempas di Pulau Perak. Apa benda ni wei? TLDM dah pun menaifkan perkara tersebut. Tolong la rakyat Malaysia jangan memandai ok, kalau takleh tolong jangan buat cerita yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya hormati la keluarga mereka yang terlibat dalam MH370. Lgi satu Pnglima Angkatan Tentera membuat penjelasan yang sangat baik tentang radar yang yang mengatakan dikesan ada pesawat yang berpatah balik. Menurut beliau belum sah lagi pesawat yang patah balik tu adalah MH370. Kata beliau lagi, ianya disyaki MH370 kerana pada saat pesawat tersebut hlang dari radar komersial, kebetulan radar kedua dimiliki oleh Tentera mengesan ada sebuah pesawat yang berpatah balik. Ianya belum dapat disahkan lagi. But seriously, Hisham memang hebat dalam mengendalikan sidang Media yang panas ni. Ini aku kena puji sebab aku tengok sendiri cara dia handle memang proffesional. Ini penting sebab sidang media ni ditonton oleh seluruh dunia. Nanti aku update lagi..rasa macam wartawan tak bertauliah pulak rasanya..teruskan berdoa ya rakyat Malaysia dan bukannya reka cerita ok. |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment