tun faisal dot com

tun faisal dot com


Selangor ada RIZAB 2.28b, tapi Majlis Bandaran tiada DUIT urus jalan, sampah, denggi! #PRKKajang

Posted: 13 Feb 2014 04:00 PM PST


+

"Yang pasti dulu perkara sampah dan denggi tidak seserius sekarang. Punca utama nyamuk banyak ialah longkang yg tidak lagi dijaga menakung air .Itu kerja mpkj sebab sebelum ni kontraktor yg cuci sekarang tak ada. Ramai yg menderita dan yg mati kerana denggi. Mereka yg bertanggong jawap , nanti akan ditanya, kat manusia boleh lah klentong! " - Ab Rafik Ahmad, rakyat Kajang



Daripada 115 Hotspot - 107 dari Negeri Selangor, bukti kerajaan PR Selangor memang tidak boleh diharap dalam menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat!




Ini keadaan di kawasan gugusan Tanjung, Kota Damansara. Rupanya di Kajang pun serupa...




Majlis Perbandaran Kajang Beri Alasan Tiada Duit Urus Sampah
by AIDC on Feb 13th, 2014 · No Comments


AIDCNews – 13/2/14 – Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) memberi alasan tiada duit yang mencukupi untuk menguruskan masalah sampah sarap di sekitar Kajang dan Bangi.

Perkara itu dibangkitkan oleh Shahrul Azmi dari komuniti Bandar Baru Bangi yang turut menghadiri perjumpaan dengan YB PAS Bangi, Ustaz Shafie Ngah bersama MPKJ pada 9 Februari lalu.

"Semuanya memberi alasan berkaitan kewangan yang tidak cukup dan bidang kuasa. Jelasnya mereka tiada penyelesaian buat masa ini, dan meminta kita bersabar. Jadi haruskah kita telan?

"Harapan saya, kita harus terus bertanya dan bertanya tentang hak kita. Gaji dan tanggungjawab yang mereka pilih untuk terima bukan dipaksa oleh sesiapa.

"Berhentilah memberi alasan dan teruskan dengan tuntutan kita untuk penyelesaian,"lapornya.

Laporan Shahrul Azmi turut mendapat respon daripada ahli komuniti yang lain :

Faizz Mccoy : Jalan repair dulu oiiiiiii. Tayar kereta rosak. Suspention. Kata Bangi maju la,bandar ilmu la. Jalan hampir 90% rosak.

Anak Bt Karim : kewangan tak cukup, tapi Selangor ada surplus budget… hmmm…

Azmanab Chew : boikot bayar bayar cukai pintu…

Dindang Dong : Keburukan org dilihat dan diingt.. tapi kebaikan sekelip mata je hilang.. ttp support yb syafie.. melihat pemimpin yg bole memimpin dunia akhirat.. suka tgk yb syafie bc khutbah dan imam solat jumaat..

LuLu Zayn Hakimi : sebaik die xckp klo xsuke duk bangi jgn duk bangi…

Wan Faizul Bakar : Tak banyak pon pemintaan keperluan dari penduduk BBB kepada pihak MPKJ rasanya.

Segala keperluan pembangunan dan kelengkapan sudah sedia ada.

Perkara ASAS lain seperti air, letrik, jalan raya, telekomunikasi, klinik dll dah pon disediakan oleh kerajaan malaysia.

Rasanya peruntukan lebihan budget MPKJ utk perkara yang ASAS iaitu KUTIPAN SAMPAH pon takkan tak mampu diberi.

harap YDP dan ahli MPKJ yang dilantik oleh kerajaan negeri selangor dapat meletakkan isu sampah ini sebagai perlu tindakan serta merta. Bukan masih didalam perbincangan sampai bila bila….

Abdul Rahim Mohd Yusoff : tanya dia bayaran cukai pintu untuk apa?, dan suruh dia beri penjelasan dari segi undang2

Farid Jesse Firdaus : mpkj ….zzzz

Mohamad Rozlan : Alasan sama je YB sekarang dgn YB dulu, pe bnda alasan asyik xde duit? RM3bilion tu pergi mana? Kami xnak dgr dah alasan 'mudah'..ini salah UMNO dan BN la, kroni BN bla bla bla…kami bukan mengadu kat UMNO atau nak UMNO setelkan masalah 'remeh' ni tapi YB ADUN YANG DIPILIH RAKYAT!!!hal sampah makin kronik YB asyik nak lepaskan diri salahkan org lain…nak salahkan penduduk pulak? Camtu xpayah ada ADUN, kita xpayah bayar cukai pintu kutip sampah…bagi je peruntukkan tu kat persatuan2 penduduk/taman masing2..so kalau sampah xkutip kita salahkan penduduk senang…inila masalah org politik kalau 'pandai bercakap, ceramah, berjanji, mainkan emosi' esp bila xde kuasa…hakikat bila dh dpt kuasa jadi lain..satu cdgn baik dah masa PRU ari tu kalau BN menang Bangi ada Pihak Berkuasa Tempatan sendiri tp sebab YAKIN DENGAN YB boleh beri khidmat terbaik majoriti kami ni pilih YB untuk bantu selesaikan masalah ni…berenti la bagi alasan….

Noor Lida Habi : zaman PR memerintah selangor ni .. rasanya makin worse .. bangi semakin hutan .. sampah semakin berspah .. sampai tong ampai depan rumah dan penuh melimpah ….. bukanmakinbagus dari zaman BN .. makin worse (utk kes bangi) … kita kita ni bayar cukai pintu segala abagi tu …bukankah utk bayaran2 pengurusan bersihkan kawasan.. amiksampah bagai tu? apa yangtak cukupnya …
9 February at 17:20 · Like · 8

Mohd Khalid Abu Bakar : Setelah membaca panjang lebar…aku belum nampak mcm mana isu ini di selesaikan dalam masa panjang….penyelesaian jangka pendek hanya dengan meluahkan perasaan aje disini….

Tengku Adly : Jalan di Bangi memang daif, yg tak tahu atau hanya guna jalan besar, try la masuk semua seksyen, baru2 ni ada turapan baru tapi nampaknya byk lagi tempat yg perlu dibuat tapi x de pun di turap …. Isu sampah senang je, nanti kalau melarat sampai hari ke-7 x kutip akan ku transfer ke office adun, kalau rajin terus ke pintu MPKJ pun ok gak

Azlin Ad Bazir : masa jer wat aduan ke aduan mpkj…keje x jalan tapi bila semak blk jawapan aduan telh diselesaikan..nampak sngat kontraktor yg Dilantik x buat keje
9 February at 18:27 · Like · 2

Iqbal Miq : sbb tu malas nak dtg. jawapan standard jer.

Athan Kna : Kahkahkah…jawapan klise…sepanjang masa penduduk bayar cukai pintu, boleh lak kata xde duit, rezab kerajaan negeri berbilion-bilion boleh kata xde duit, haish…basah kuyup kena 'kencing' ni…hahaha…yg lagi dramatik tu siap ada yg menyalahkan pim…See More

Norzuriati Zainol Rashid : Aduan mpkj saya melalui Star: dalam siasatan. Selepas dua bulan.

Abd Manaf Ainon: Sebelum apa2 – penduduk BBB ni terpelajar, sebelum komen cari info, i.e. Rezab Selangor memang banyak – apa yg boleh? gunakan dana ini? Jalan, bawah siapa JKR? roadtax yg kita bayar siapa yg pegang duitnya? Masalah pelupusan sampah, pengurusan hendaklah bersepadu diperingkat negeri hingga majlis perbandaran, termasuk kita pengeluar sampah, pendidikan disiplin tiada koordinasi, 3R, keperluan incinerator, masalah berantai ni tak diselesaikan, sampah boleh kutip kemana nak di lupus? Beri pendapat yg bernas dan apa pula yg boleh kita sumbang, saya akan rasa malu jika didenda dlm longkang depan rumah ada jejentik dengan mudah pula beri alasan mpkj tak bersihkan longkang.

Abdul Rahman Sadik Ali : Yang kami bayar cukai pintu buat apa?

Nur Fadilla Abdul Hamid :Ni bukan pasal buang smph merata. Kat tong smph la buang smph tp mpkj x kutip

Hussaini Bangi : Mpkj kene keje keras… Itu tanggung jawap dia….

Mohamad Rozlan : Alasan demi alasan nak lari dari tggjwb..mcm tu xboleh la jugak nak terima alasan harga barang naik sebab salah PM, jenayah naik salah BN kalau mcm tu..semua yg ada kuasa DIPILIH MELALUI UNDI nak lari dari tggjwb bg alasan itu ini lepas dapat title YB…ni baju hijau la tu baju biru la tahapa2 alasan…

Abd Manaf Ainon Saya setuju mpkj kena usahakan secara bertanggung jawab, dan telus, kutipan cukai pintu kemana dibelanjakan? Bayaran cukai pintu tak dapat menampung kos? Bangunan mpkj bukan main gah lagi,
9 February at 21:55 · Edited · Like · 1

Tengku Daryll Tengku Darius : rakyat bayar cukai pintu, rakyat hanya mahu sampah dikutip. sbrg alasan kita taknak dengar

Ab Rafik Ahmad : Yang pasti dulu perkara sampah dan denggi tidak seserius sekarang. Punca utama nyamuk banyak ialah longkang yg tidak lagi dijaga menakung air .Itu kerja mpkj sebab sebelum ni kontraktor yg cuci sekarang tak ada. Ramai yg menderita dan yg mati kerana denggi. Mereka yg bertanggong jawap , nanti akan ditanya, kat manusia boleh lah klentong!

Zakaria Yusoff : Teringat saya pada lagu lama masa zaman budak budak dulu :" Bangau ooh bangau…."!!

Amran Suman : Itu nama nya penjimatan..selangor duit tabung bnyak..tp rakyat menderita..sampah pon xboleh settle…hidup pkr….

Shamsinor Zaman : Rasanya isu ini penduduk jugalah kena berkorban lagi, beli lagi dua tiga tong sampah supaya muat semuanya tertutup dan tidak dirobek anjing walaupun pihak yg dipertanggungjawabkan culas dalam menjalankan tugas.

Biarlah bersusun tong sampah pelbagai warna di hadapan rumah kita. Agaknya bila bahu jalan dah beratur cantik tong-tong sampah berwarna merah, biru, hijau dan hitam, bolehlah nanti dijadikan hiasan jalan pula. untung-untung boleh masuk pertandingan kampung cantik.

kalau pihak bertanggungjawab ikhlas nak selesaikan masalah ni, mungkin la diberi pelepasan cukai pintu sbg kos penduduk beli tong sampah banyak-banyak!

Ahmad Shah Abu Samah : Patutlah kantung selangor membesar bagai johan. PR begitu bangga dgn dana yg besar. Duit tidak digunakan sebenarnya. Anwar is coming….

Ahmad Tarmizi Idris : Penat aku duk baca dan duk dengar.. bila sampah tak dikutip, bakar sendiri kena marah pulak.. duit yuran tu ini duk bayar, tak bayar kenaa denda.. aku tak kira la sapa pegang jawatan, PKR ker BN ke, tolong buat kerja yg telah dipertanggungjawabkan klu tak mampu nak jawab kat akhirat nanti…

Zdk Zainal Din K'ramat : Dorang kumpul duit tuuuu….nanti senang nakk bayo GAJI MB baru …..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...