Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Ketua PKR Baling Keluar Parti!! #HanyaDiKedah

Posted: 09 Feb 2014 06:40 AM PST


Hangat ehhh... sehangat ayaq Hangat Ulu Legong, Terbaru

menjelang Proses PRK Kajang Parti Keadilan Rakyat atau

lebih dikenali Parti Kencig Rakyat (PKR) menerima

tanparan hebat dan akan berkubur di Daerah Baling.

Ketua PKR Cabang Baling, Telah mengumumkan keluar parti

padang Sidang media yang di lakukan di kediamanya Taman Sri

Puteri, Kuala Ketil Baling Kedah, Pada 09/2/2014 LIM CHONG ANN

berbuat demikian kerana setelah sekian lama, dia tidak dapat

menyembunyikan kekecewaannya. Menurutnya, PKR Pusat

langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang-Cabang di

seluruh negara ketika Ketua Cabang masing-masing cuba

menghidupkan parti.

Pimpinan Pusat hanya mengutamakan KRONI dansangat angkuh

tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-

Ketua Cabang yang telah bersusah payah berhabis wang ringgit

semasa PRU 13, tenaga serta mencari sokongan namun

dipinggirkan malahan tiada peruntukan yang diberikan oleh PKR Pusat.

Lim Chong Ann juga turut mendehdahkan bahawa PKR

mengamalkan kroni dalam Pembahagian anugerahan pingat

kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pemimpin

tertinggi dan kroni-kroni yang tidak membantu kepada parti mahupun rakyat.

Pada Sidang akhbar tersebut Lim Chong Ann hanya keseorangan

tanpa ditemani oleh mana ahli parti Cabang Baling. Beliau

memaklumkan telah menyerahkan surat perletakkan jawatan

sebagai Ketua PKR Cabang Baling dan keluar dari Parti

berkuatkuasa pada 3/2/2014 dan turut menghantar pimpinan PKR Negeri Kedah pada 5/2/2014.

NEGARA BERKEBAJIKAN tajaan pakatan ternyata satu

PENIPUAN TERANCANG RAKYAT RUPANYA YANG

DIPAKSA BERKEBAJIKAN !!

INFO! Video Penuh Mahabbatur Rasul - Kedah Berselawat! Yahannanana.. #HanyaDiKedah

Posted: 09 Feb 2014 05:12 AM PST


Pada yang terlepas nak tengok secara langsung di TV semalam. Anda tentu rugi namun, jangan risau, kerana video dibawah menganti segala kerugian anda.

Kedah berselawat..

HOT! Fitnah Terbaru Pas Kedah, Datuk Mufti Kedah Bersubahat Dengan Syarikat JUDI? #HanyaDiKedah

Posted: 09 Feb 2014 01:13 AM PST



Tak sudah-sudah puak syaitan hijau ni menabur fitnah keatas program Mahabbatur Rasul semalam. Awat la puak ni tak senang hati bila kerajaan negeri buat program keagamaan?

Mungkin Pas Kedah rasa tercabar bila kerajaan negeri Kedah sekarang lebih kearah Islamik. Dulu Pas wayang saja Islam , tapi program yang berkaitan dengan Islam semua depa selit politik.

Mungkin sebab tu kali ni bila kerajaan negeri buat program yang betul-betul merapatkan persaudaraan sesama Islam. Pas jadi marah, panas, serupa syaitan yang mendengar laungan azan!!

Terbaru puak Pas menuduh Program Mahabbatur Rasul tu ditaja oleh syarikat perjudian,

Baca kat bawah yang Mc ambil dari Medan Tempur


Kerana sakit hati melihat puluhan ribu rakyat Kedah membanjiri Stadium Darul Aman semalam sempena majlis Mahabattur Rasul Kedah Berselawat, semalam Pas menyebarkan fitnah mengatakan majlis berkenaan disponsor syarikat Judi pula..


Sebelum majlis berlangsung mereka menyebarkan fitnah bahawa program berkenaan bertujuan politik dan mereka melarang sekolah sekolah pondok pro Pas hadir ke majlis berkenaan.

Dalam masa yang sama mereka menyebarkan poster palsu yang telah di edit untuk memfitnah DS MB dan isteri..



Untuk makluman Pas Kedah, Majlis Mahabattur Rasul dianjurkan sepenuhnya oleh Yayasan Islam Kedah dan Pejabat Menteri Besar. Yayasan Islam Kedah, turut bersama Datuk Mufti Kedah sendiri. Kalau Pas tuduh program Mahabbatur Rasul guna duit syarikat judi, bermakna Pas tuduh Datuk Mufti Kedah bersubahat dengan syarikat judi terbabit.

 
Subhanallah.. berat tuduhan tu. Moga Allah ampunkan si penuduh keatas fitnah yang dia lakukan.


McTheory:
Lihatlah rakyat Kedah, hinggakan program keagamaan macam ni pun PAS DOK BUAT FITNAH malah sanggup FITNAH Datuk Mufti Kedah guna duit judi! 

HOT! Balai Polis Di Serang Mercun?

Posted: 08 Feb 2014 08:34 PM PST


BUKIT MERTAJAM: Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun, awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh, berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.

"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Katanya, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.

"Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.

Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir.
Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terbabit," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Deputi Superintendan Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...