Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Ketika Pemimpin UMNO Dekati Masjid, Anwar Ibrahim Lebih Kepada GEREJA!! #PrkKajang

Posted: 18 Feb 2014 05:12 AM PST



Dengan bangganya Anwar Ibrahim berhujah di dalam gereja berlatar lambang Jesus untuk menarik sokongan pengundi Kristian di Kajang supaya menyokongnya. Anwar tidak lagi peduli perasaan Ulama Islam sama ada dari PAS, Anwar tidak lagi peduli sensitiviti anak-anak Islam dan orang kampung yang beragama Islam.

Marah, benci dan air mata orang Islam jatuh berderai melihat ada orang Islam sanggup menjual agama Islam semata-mata mahu undi. Bagaimana perasaan kamu melihat gambar atas dan gambar bawah. Sumber di petik dari SINI





Manakala, DS Najib yang dihina dan difitnah kiri kanan atas bawah depan belakang setiap saat setiap detik tanpa sempat bernafas lega, di masa yang sama beliau tawadduk dan merendahkan dirinya kepada Allah SWT.


Pemimpin UMNO semakin rajin ke masjid dan mendekati diri dengan Allah SWT. tetapi Anwar sedang mendekati dirinya lebih ke gereja dari ke masjid!

Apakah makna semua itu? Tepuk dada tanya akal!

McTheory:
Menuju kearah lebih baik, bukan jadi lebih mungkar..

HOT! Kerajaan Kedah HABISKAN Jutaan Ringgit Untuk Beli Kereta Baru? #HanyaDiKedah

Posted: 18 Feb 2014 12:15 AM PST

Kenai dak dia ni?

Tu la gambar bekas SETPOL Allahyarham Ustaz Azizan. Nama dia Sanusi, dulu masa zaman Pas Kedah jadi kerajaan negeri, Sanusi ni memang 'buat duit' dengan jawatannya. Pernah juga sampai bersepak terajang dalam pejabat Menteri Besar akibat berebut BALAK!

Tapi baru-baru ni dia ada tegur kerajaan negeri, sebab nak beli kereta perdana.

Baca kat bawah,


Untuk pengetahuan pembaca, memang kerajaan negeri Kedah nak beli Proton Perdana baru. Tu pun selepas desakan bekas exco Kedah dulu yang mahu membeli kembali kereta yang pernah mereka naik dulu.

Kononnya kereta exco (Toyota Camry) ada unsur-unsur peribadi dengan bekas-bekas exco kerajaan terdahulu. Nak tergelak juga Mc dengar unsur peribadi tu, sebab ada kerata exco tu, baru jalan hanya 98,000 km saja. Bayangkan selama 3 tahun jadi Exco baru 98,000KM .. ha ha ha.. nampak sangat tak buat kerja! Tu pun dok sibuk kononnya ada unsur peribadi. Unsur peribadi apa kalau naik kereta pun jarang! ha ha ha.. kelakar laa..

Alaa.. kalau nak bandingkan harga Proton Perdana edisi baharu dengan Toyota Camry tu, rasanya Toyota Camry yang Pas beli dulu, jauh lebih mahal! Kerajaan negeri Kedah sudah tentu beli kereta Proton Perdana dengan tawaran harga murah dan tanpa dikenakan cukai tambahan.

Harus di ingat Semasa pentadbiran PAS di Kedah sebelum PRU13 (2010) .. PAS telah menggunakan duit kerajaan Negeri dengan membeli 10 biji kenderaan mewah untuk kegunaan wakil rakyat PAS serta pegawai kanan ketika itu.

Kenderaan mewah tersebut terdiri dari sebuah kereta mewah Mercedez Benz S350 untuk kegunaan MB, 5 buah kereta jenis Toyota Camry untuk kegunaan EXCO serta 4 buah kenderaan SUV Toyota Fortuner untuk kegunaan pegawai kanan MB.

Kalau dulu PAS enggan dedahkan kos pembelian kesemua 10 buah kenderaan mewah yang dibeli, kenapa sekarang PAS hendak desak kerajaan dedahkan pulak kos yang digunakan untuk membeli Proton Perdana Baharu?

Kos yang digunakan PAS untuk membeli sebuah Merc S350 sahaja (tidak termasuk 9 buah yang lain) sudah mampu membeli lebih dari 5 buah kereta Proton Perdana model Baharu. Sekiranya ketika ini dijual kesemua 10 buah kenderaan yang dibeli zaman PAS dengan harga SECOND HAND sekali pun. Kesemua duit tersebut mampu digunakan membeli 10 buah Proton Perdana Baharu tanpa perlu Kerajaan Negeri mengeluarkan kos tambahan.

Ada faham?

McTheory:
Kalau tak faham, sila makan kismis cerdik.. semoga menjadi lebih cerdik dari biasa.. wahai penganut Pas!

HOT! Kes Fail Cerai! Suami Nurul Izzah Hadir Ke Mahkamah Syariah!

Posted: 17 Feb 2014 08:07 PM PST


Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi menghadiri sebutan kes tuntutan fasakh isterinya, Nurul Izzah Anwar (gambar) untuk berpisah.

Hari ini adalah sebutan semula kes tuntutan fasakh Nurul Izzah, 34, ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35, di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.

Anak perempuan sulung ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir yang dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Jan, meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, di Bukit Damansara.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun. – newshub

HOT! Bila Adun Pas Kata Kapal Terbang Air Asia TERHEMPAS di Putrajaya? #FITNAH

Posted: 17 Feb 2014 05:24 PM PST

Muka dah macam selipar je tengok..

Cuba baca kebebalan seorang ADUN Pas yang juga seorang Penolong Setiausaha Agung Pas ni. Benda macam ni dia boleh pulak dibuat main-main.
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, 'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.

Nak bergurau pun agak-agak la, hinggakan kapal terbang terhempas pun dia buat nak gurau. Nanti kalau ada orang bergurau kasar main menyumpah kata dia dah mati, apa perasaan anak, bini dan saudaranya kelak? Takdak otak ka nak bergurau bab ni?

Macam ni ka perangai seorang Penolong Setiausaha Agung Pas? Tapi tak hairanlah, sebab Setiausaha Agung Pas pun bukanlah cerdik mana, kann? Kalau cerdik, taklah kantoi dengan spendar besar tu.

Cuma Mustapha Ali tak menyusahkan orang, sebab dia buat jahat sendiri-sendiri.

Tapi orang macam Syed Azman ni memang menyusahkan orang. Dia dah menyusah pihak airport untuk penjelasan, menyusahkan Air Asia nak menjawab panggilan dan jelaskan pada ahli keluarga penumpang, menyusahkan wartawan, menyusahkan bloggers macam kami ni, malah menyusahkan rakyat Putrajaya yang terkejut tergempar sebab ada kapal terbang terhempas. Pendek kata, tweet yang mangkuk ni buat, memang menyusahkan orang.

Soo.. lepas ni kalau jumpa dengan Syed Azman, baling je telur busuk ke mukanya! Bila dia marah, cakap kat dia, kalau dia boleh bergurau bab nyawa manusia, kita cuma bergurau baling telur busuk saja pun. Apa ada hal? betul tak?

Orang macam ni kena ajar sikit.. bagi dia sedar!



P/s: Alaa.. baling telur saja pun.. bukan main dengan nyawa. Tak mati pun..


McTheory:
Lepas ni sila simpan telur busuk dalam beg masing-masing, jumpa muka macam selipar tu.. terus BALING!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...