Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Pasangan Sweden Yang Di Tangkap Bengis dan Sombong?

Posted: 13 Feb 2014 05:12 AM PST


Tentu ramai orang Malaysia nak tahu cerita sebenarnya mengenai pasangan Sweden yang ditangkap kerana pukul anak tu. Khabarnya mereka pukul anak disebabkan anaknya malas sembahyang. Tapi dibawah ni lain pulak bunyinya.

hmm.. gunalah akal untuk pertimbangan,


KES penahanan pasangan suami isteri warga Malaysia di Sweden mendapat liputan meluas hingga ke peringkat antarabangsa.

Rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib pasangan ini apatah lagi mereka dikatakan memukul anak-anak hanya kerana tidak solat.

Begitu pun, kini tersebar pula satu print screen status Facebook yang dikatakan dimuat naik oleh bekas jiran pasangan berkenaan ketika mereka tinggal berdekatan di Sweden.

Tidak pasti sejauh mana kebenarannya namun ia mungkin memberikan dimensi baru bagaimana kes ini boleh menjadi sebesar ini hingga melibatkan tindakan undang-undang.

Status tersebut berbunyi:



"Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She's so biadap.

Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum.

Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer.

Menurut 'jiran' berkenaan, pihak sekolah sudah memanggil kaunseling selama dua kali bagi menjernihkan keadaan namun si ibu dikatakan sering memberikan alasan ia adalah 'cara Islam'.



Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say, "this is muslim way"

School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids.

Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman."

Apa pun, marilah kita sama-sama doakan semoga kebenaran akan berada di pihak yang betul dan kanak-kanak tidak berdosa tidak menjadi mangsa keadaan.

Hanya Allah dan keluarga itu tahu apa sebenarnya yang berlaku…Wallahualam. -Mynewshub.my

HOT! Pemuda UMNO Kedah KIRIM BUAH TANGAN Sama Mahfuz Omar dan Pas Kedah!! #HanyaDiKedah

Posted: 13 Feb 2014 12:12 AM PST


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Dato Shaiful Hazizy Abidin bersama AJK Pergerakan Pemuda UMNO negeri yang lain, menghantar memorandum kepada SPRM supaya lebih pantas menjalankan siasatan keatas kes penyelewengan yang dilakukan oleh Kedah Corp anak syarikat PMBKed (Perbadanan Menteri Besar Kedah) di zaman Pas dahulu.

Bayangkanlah, dah 4 tahun SPRM siasat, masih tak tahu punca. Belum lagi dakwa dimahkamah! Kalau masuk mahkamah, mau 10 tahun kes ni dok tangguh-tangguh.

Isu Papua New Guinea ni ia melibatkan kerugian rm13.49 juta! Bukan kes kecik ni..

Untuk keterangan lebih jelas, baca memo yang dihantar.


Baca desakan dari Pemuda UMNO Kedah

Untuk info pada tahun 2010 Pemuda Gerakan juga pernah membuat laporan SPRM terhadap kes ini.

Disini Mc nak beritahu la ya, Pemuda UMNO Kedah sebenarnya menyambut cabaran Mahfuz Omar Pesuruhjaya Pas Kedah yang mahu UMNO atau Kerajaan negeri Kedah membuat laporan polis atau SPRM jika ada penyelewengan.

Soo.. tu kami dah lapor. Kalau tak cukup, ada banyak lagi. Hangpa tunggu sat na.. kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa!

Pendedahan ini tidak habis disini.. tunggu pendedahan bersiri yg akan dilakukan oleh Pemuda UMNO Kedah!


McTheory:
Orang jemput.. kita masuk oii..

HOT! Pas Mampu Jadi Menteri Besar Selangor! - Ayahanda Tun Mahathir

Posted: 12 Feb 2014 10:12 PM PST



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas.

Beliau berkata, PKR bukan menguasai keseluruhan PR seperti Umno dalam BN.

"Pas berhak untuk kerusi itu (menteri besar). Tidak bolelah dikuasai satu parti sahaja bukan macam BN, jumlah terbesar Umno sebab itu pemimpin Umno diangkat jadi perdana menteri.

"Tetapi dalam Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar, jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai menteri Besar Selangor yang baru.

Menurut Mahathir dalam perkiraan sama juga Anwar juga bukan calon yang paling berhak untuk jadi perdana menteri.

"Anwar tiada hak untuk meletakkan syarat itu kepada parti dibawah PR," katanya.

Ditanya mengenai siapakah calon BN yang layak menyaingi Anwar dalam pilihan raya kecil ( PRK ) Dun Kajang.

Mahathir berkata, siapa calonnya tidak penting, tetapi parti yang mampu memberi khidmat terbaik itu perlu dipilih rakyat.


"Saya berpendapat kerajaan PR tidak mungkin mampu beri khidmat yang baik pada rakyat.

" Oleh itu rakyat perlu utamakan nasib mereka sendiri, kalau mereka salah pilih, dengan hanya kerana marah dan percaya dengan tuduhan palsu terhadap kerajaan dan pilih parti lawan saya rasa ini rugi," katanya.

Tambah beliau, dalam demokrasi rakyat perlu berpegang pada bilangan kerusi terbesar jangan hanya terpengaruh dengan dakwaan dan menggadai nasib mereka.

Mengulas mengenai kegagalan Anwar menyingkir peguam kanan kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kes rayuan Liwat II itu.

Mahathir berkata, Ketua Pembangkang itu menggunakan segala cara bagi melewatkan perjalanan kes beliau.

"Anwar mahu lewatkan selama mungkin sebab itu dia bawa usul untuk singkir Shafee, kerana dia takut dibicara sebab dia buat salah.

"Tetapi saya juga percaya dia takut pada shafee, sebab Shafee menang banyak kes yang rumit. Sebab itu Anwar gentar jugalah," katanya.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan anugerah Buku Negara 2014 turut mengajak orang ramai menzahirkan catatan harian dan pengalaman melalui tulisan.

Menurut beliau, tulisan itu bukan hanya dengan melalui penghasilkan buku sahaja tetapi dengan adanya kemudahan Internet, oranga ramai boleh menulis di ruang-ruang siber.

Bagaimanapun katanya, informasi di internet tidak kekal, jadi penting untuk dibukukan hasil tulisan itu agar maklumat yang ingin dikongsikan kekal menjadi panduan di masa hadapan. - SH


Kata-kata Tun Mahathir, Pakatan tak mampu nak bela rakyat!


HOT! Bila Penyanyi Veteran CABAR Peliwat Tua!! #PrkKajang #Kajang

Posted: 12 Feb 2014 05:42 PM PST


Mula-mula Mc ingat ini gurauan, bila ada sahabat memaklumkan Herman Tina mahu bertanding di Kajang. Kemudian bila check Twitter si Herman Tino ni, sememangnya dia nak bertanding melawan Anwar. he he he..
Penyanyi veteran Herman Tino sekali lagi mencuba nasib dalam arena politik berikutan berhasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi meminta supaya rakyat Kajang memberi peluang kepadanya untuk mewakili kawasan tersebut selepas gagal mendapat tempat di Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


"Kajang yang budiman! Aku minta izin bertanding. Mohon jangan tamatkan riwayat wang taruhanku! Aku hanya penyanyi yang hampir luput," katanya menerusi laman sosial twitter @Herman4Kajang baru-baru ini.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pesona palsu berikutan Ketua Pembangkang itu tetap dipercayai ramai penyokong sungguhpun berbohong.

"Anwar itu makin palsu tapi masih punya pesona. Dalam puluhan juta hanya dia seorang tapi belum tentu dia terpilih," katanya lagi.

Pada PRU13 lalu, Herman kalah untuk merebut kerusi Parlimen Tajung Karang sehingga kehilangan wang depositnya.

McTheory:
Kasi ajar sama peliwat tu pak hermann.. he he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...