BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRKKAJANG !!! #ANWARIBRAHIM PERLUKAN MAT TYSON UNTUK PUJUK #PAS DAN #ISTANASELANGOR ???

Posted: 15 Feb 2014 07:30 AM PST


Mesti pembaca Badut Rakyat tertanya-tanya,apa muslihat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan membawa bekas Menteri Besar Selangor,Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor.Dia yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras,di Kajang baru-baru ini,mengatakan Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Tyson itu mempunyai kepakaran dalam program desa dan ia amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.Mat Tyson ketika diminta mengulas pelawaan tersebut mengatakan dia sedia membantu sekiranya Anwar memerlukan khidmatnya.Menjelang pilihanraya umum yang lalu,dia juga pernah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pas   

"Politik itu adalah the 'art of possible'.Tiada apa yang mustahil dalam politik," katanya.Muhammad adalah menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Hassan Omar.Dia melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskannya bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.Ia sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan pemerhati politik yang merasakan ia sebagai satu muslihat Anwar untuk memujuk para penyokong,ahli dan pimpinan Pas yang sebelum ini membantah keras sebarang cadangan untuk menukar kepimpinan Selangor.Umum mengetahui antara sebab utama berlakunya pilihanraya kecil Kajang adalah bertujuan untuk membolehkan Anwar bertanding sekali gus membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.Ia ekoran dari masalah dalaman dan perebutan kuasa antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang saling menyerang antara satu sama lain.Atas alasan itu,PKR mendakwa Anwar diperlukan untuk menyelesaikan kemelut tersebut.   

Persoalannya, sekiranya benar Mat Tyson diperlukan atas kepakarannya,mengapakah perkara itu tidak diumumkan oleh Khalid ??? Sedangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang masih menyandang jawatan tersebut,sudah pasti Khalid mempunyai 'locus standi' untuk menjemput Mat Tyson berbanding Anwar atau sememangnya Mat Tyson sebenarnya diperlukan untuk memujuk pimpinan Pas agar menerima Anwar sebagai Menteri Besar yang baru atau Anwar sebenarnya mengharapkan sokongan dan pengaruh istana Mat Tyson yang pernah menjadi ipar kepada Sultan Selangor.Ini kerana walau apa pun strategi yang digunakan oleh Anwar,ia tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor.Ini kerana keputusan terakhir untuk melantik menteri besar yang baru terletak atas budi bicara Sultan Selangor,sekiranya Tuanku tidak memperkenankan perlantikan Anwar nanti,semua kemelut di dalam 'Gerak Kajang' ini merupakan satu kerja yang sia-sia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! CERITA SEBENAR #PKNS,#KHALIDIBRAHIM DAN #AZMINALI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 15 Feb 2014 04:00 AM PST


Bermacam-macam teori dikemukakan dalam memperkatakan kemelut dalam kerajaan Selangor,khasnya dan PKNS serta anak syarikatnya,PKNS Holdings Sdn Bhd.Pemecatan Azmin Ali dari Lembaga Pengarah PKNS dikatakan menjadi punca segala rahsia dan kotoran di dalam PKNS kini terbarai apabila kedua pihak yang diketahui umum sebagai 'berseteru',iaitu Azmin dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim,cuba membela diri masing-masing dari pandangan buruk rakyat.    Selain pertelingkahan mereka,keseluruhan parti PKR dan juga gabungan Pakatan Rakyat juga terpaksa berhadapan dengan kecaman rakyat apabila seramai 22 pegawai PKNS dipecat tanpa sebab berikutan kemelut Azmin-Khalid.Walaupun pada dasarnya Azmin dan Khalid tidak mengakui yang mereka mempunyai sebarang masalah,namun semuanya semakin jelas apabila kelemahan dan keburukan masing-masing terdedah berikutan kemelut di dalam PKNS.

Pendedahan 'eksklusif' sebegitu pastinya dilakukan gerak-kerja para tentera siber masing-masing untuk menjaga air muka Tuan-tuan mereka sekali gus membuktikan yang mereka benar- benar sedang bertelingkah.Sebelum ini kita difahamkan bahawa pemecatan Azmin adalah berpunca dari tekanan dari DAP.Menurut sumber,Azmin telah membawa masuk orang-orangnya sendiri bagi mengekang amalan kronisme DAP di dalam PKNS di mana hampir semua projek diberikan kepada kontraktor DAP.Justeru,Khalid telah diarahkan oleh DAP agar memecat Azmin dan semua staff yang 'tidak boleh dipercayai oleh DAP' bagi membolehkan parti chauvinis Cina itu meneruskan agendanya untuk menghalau Melayu dari kawasan bandar melalui projek-projek hartanah mewah.Pemecatan Azmin tidaklah begitu mengejutkan dan disambut selamba oleh rakyat.Namun begitu,pemecatan 22 orang kakitangan PKNS menyebabkan Khalid dikecam keras sebagai penindas dan tidak berhati perut. 

Khalid terdesak untuk membersihkan namanya.Khalid akhirnya melihat peluang untuk mengenakan Azmin melalui laporan kewangan PKNS yang memperlihatkan ketirisan yang teruk.Beliau kemudiannya mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas yang dilantiknya sendiri untuk memantau perbelanjaan PKNS dan PKNS Holdings.Jawatankuasa itu bertanggungjawab memantau peruntukan untuk bola sepak RM9 juta setahun,pembangunan usahawan RM5 juta setahun dan tanggungjawab social korporat (CSR) RM30 juta setahun.Pada 31hb Julai 2013,iaitu ulangtahun ke 49 PKNS, Pengurus Besarnya, Othman Omarmengumumkan bahawa perbadanan itu telah membelanjakan RM240.6 juta sejak 2008 sehingga 2012 bagi memenuhi CSR.Oleh kerana PKNS membeli tanah pada harga pasaran seperti pemaju swasta lain, perbadanan itu telah menggunakan peruntukan CSR untuk membina rumah mampu milik di sekitar Selangor.  Menurut sumber lain termasuk laporan akhbar, PKNS telah membelanjakan sejumlah RM1.1 billion dalam bentuk subsidi untuk memenuhi tuntutan CSR bagi membina lebih kurang 12,000 rumah mampu milik tersebut.Dalam satu laporan lain pula, iaitu pada Mac 29,2013 PKNS mengumumkan pembinaan 31,000 unit rumah mampu milik di sekitar Selangor.Pada November 2013, hanya 1,682 dilaporkan siap dibina.  Tidak dapat dipastikan apakah projek ini juga diperolehi oleh 'kroni DAP' seperti yang dispekulasikan ramai dan tidak dapat dipastikan juga jumlah mana dari laporan yang berbeza-beza di atas yang betul, dan apakah keseluruhan peruntukan CSR digunakan untuk projek perumahan semata-mata. 

Jika ya,tentulah ia satu kerugian bagi rakyat Selangor kerana dana tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk program-program lain juga dan jika tidak pula,apakah butiran terperinci perbelanjaan CSR dan juga projek perumahan ???  Jika PR ingin dilihat telus,maka dua perkara inilah yang perlu diberi penekanan.Selain peruntukan CSR,PKNS juga dikatakan telah membelanjakan sehingga RM40 juta untuk bola sepak sahaja.Perbelanjaan untuk bola sepak Selangor dikatakan terus meningkat sejak PR mengambil-alih kerajaan sehinggakan pada hari ini, jumlah itu telah mencecah sehingga RM10 juta untuk setahun walaupun peruntukan yang diberikan hanyalah RM9 juta setahun.Untuk pengetahuan,peruntukan bagi bola sepak di era pemerintahan BN hanya berjumlah RM2.5 juta sahaja.Peruntukan untuk pembangunan usahawan sebanyak RM5 juta setahun dilihat sebagai terlalu  lebih kecil berbanding bola sepak.Rakyat juga tertanya-tanya,apakah membentuk pasukan bola yang handal adalah lebih bermanfaat dari membentuk usahawan berjaya bagi membantu ekonomi bumiputera ??? dan berapa ramaikah usahawan telah dibantu melalui peruntukan ini? Semua persoalan ini membuktikan bahawa PR tidak mampu menguruskan walaupun sebuah syarikat biarpun ia merupakan syarikat di bawah kerajaan negeri yang paling kaya.Mungkin wang yang begitu banyak sehingga tidak dapat 'dikesan' inilah yang membuatkan Anwar Ibrahim begitu teruja untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #ANWARIBRAHIM GUNA LAGI TAKTIK BARU LENGAHKAN PERBICARAAN RAYUAN LIWAT II !!!

Posted: 14 Feb 2014 09:00 PM PST


Perbicaraan rayuan kes liwat II terhadap Ketua Pembangkang berlangsung Rabu lalu dalam keadaan sokongan yang semakin menurun bagi Anwar Ibrahim.Indikasinya tidak ada kumpulan penyokong PKR atau dari pembangkang yang hadir untuk menyambut beliau di kaki tangga Mahkamah Rayuan di Putrajaya seperti masa-masa lalu.Walaupun nampaknya Anwar berusaha melalui tweet untuk mengajak penyokong yang seringkali boleh dipengaruhinya untuk melaung 'Hidup Anwar' semasa perbicaraan kes yang sama sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 tetapi suasana kali ini sudah berbeza.Beliau hanya dilihat tiba berseorangan dengan diiringi isteri,pemandu yang setia dan seorang pengawal peribadi.Di mana pengawal peribadi Filipina yang pernah mengerumunni beliau satu ketika beliau seolah-olah begitu hebat tahap keselamatannya diperlu di jaga ??? Di mana penyokong-penyokong tegar dari kalangan reformis yang tidak pernah gagal untuk hadir pada setiap perbicaraan saban hari sambil membaca sajak reformasi memuji beliau ??? Apa jadi dengan penyokong Pas dan Dap yang dahulunya nampaknya juga kelibat mereka seorang dua tapi kini terus menyepi ??? Apa jadi dengan anggota AMK yang menjadi teras kepada kumpulan baris hadapan setiap kali Anwar muncul di mahkamah Jalan Duta ??? Adakah penyokong pembangkang sudah muak dengan hikayat Anwar selama ini dan sudah mula mengasingkan diri daripadanya ??? Atau mungkin juga kali ini mereka yakin Anwar tidak akan mempunyai peluang untuk lepas dari hukuman meliwat Saiful Bukhari Adnan ??? 

Bayangan perkara ini berlaku sudah kelihatan tetapi apapun hana pihak mahkamah yang boleh menjatuh hukuman berlandaskan kepada fakta-fakta serta hujah kukuh ang bakal dikemukakan oleh pasukan pendakwaan.Manakala pihak pembelaan akan cuba untuk memutar belit supaya kes liwat itu bukan tertumpu kepada Anwar tetapi perhatian akan diberi kepada perkara-perkara ranting yang membuang masa.Jika pasukan peguam yang membela Anwar mampu menangguhkan perbicaraan liwat 2 dahulu sebanyak 60 kali, kemungkinan besar mereka juga akan menggunakan taktik yang masa untuk memanjangkan tempoh perbicaraan atau 'to buy time'.Ini strategi biasa di mana-mana perbicaraan tetapi Anwar mengeksploitasi kaedah ini sepenuhnya atas bermacam-macam alasan dari cuti sakit, program ke luar negara,rayuan menolak hakim hingga kes-kes mempertikaikan procedur mahkamah. Pasukan peguam Anwar akan berhujah sehingga hakim terpaksa berlakunya keadaan perbicaraan di dalam perbicaraan.Ini semua dilakukan supaya fokus rakyat bukan kepada fakta dan hujah pihak pendakwaan untuk membuktikan Abwar bersalah tetapi dihalakan kepada perkara teknikal dan titik bengit.Taktik ini sudah pun bermula sebelum perbicaraan bermula lagi di mana Anwar mengemukakan permohonan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan prejudis. Akhirnya Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk mengenepikan Muhammad Shafee.Di sini masa sudah terbuang beberapa bulan.




Kemudian pada hari pertama perbicaraan rayuan,Anwar pula membuat permohonan untuk memanggil semula saksi Supt. Jude Blacious Peirera yang menjadi pegawai penyiasat polis pada perbicaraan lalu.Kali ini juga mahkamah menolak permohonan tersebut dengan alasan ia tidak mempunyai asas serta membuang masa mahkamah.Satu lagi taktik 'diversion' di mana Anwar mengemukakan permohonan itu supaya mahkamah dapat memutuskan sama ada keterangan Jude dalam perbicaraan kes liwat boleh dipertahankan dan dipercayai setelah permohonan bekas pegawai polis itu untuk menjadi peguam bela dan peguam cara ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu. Selepas permohonan ditolak,Anwar akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan ini juga akan memakan masa.Jika setiap prosedur atau tindakan Anwar ditolak oleh mahkamah atau pihak pendakwaan juga berbuat demikian,sudah tentunya perbicaraan akan berpanjangan untuk tempoh yang lama.Taktik Anwar adalah untuk mempertikaikan kewibawaan mana-mana individu yang boleh mengancam peluangnya untuk membebaskan diri sepanjang tempoh perbicaraan.Sudah tentunya pasukan pembelaan tidak akan berputus asa dan akan terus mencari apa-apa jua jalan selepas ini untuk melengah-lengahkan perbicaraan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PKNS BELANJA RM40 JUTA UNTUK BIAYA #PKNSFC !!!

Posted: 14 Feb 2014 06:00 PM PST


Penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin mendakwa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membelanjakan sebanyak RM40 juta bagi pasukan bola sepak Football Club PKNS (PKNS FC) itu sejak 2008.Raja Petra berkata demikian selepas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan kewangan di PKNS. Raja Petra mendakwa peruntukan itu dibelanjakan oleh badan kerajaan negeri untuk membiayai PKNS FC sejak PR mengambil alih kerajaan negeri.Beliau menambah bahawa sebelum tahun 2008,kos membiayai kelab bola sepak itu adalah kurang daripada RM2.5 juta setahun. 

"Kemudian ia mula meningkat, dan dalam tempoh tiga tahun yang lalu ia telah meningkat kepada setinggi RM10 juta setahun hari ini," katanya yang dipetik laman blognya Malaysia-Today.Raja Petra turut mendedahkan bahawa wang untuk membiayai PKNS FC itu datang daripada dua anak syarikat iaitu SIC dan Selaman."Masalah yang PKNS kini hadapi adalah bahawa akaun tersebut dalam keadaan kucar-kacir dan tiada siapa boleh memikirkan bagaimana wang telah dibelanjakan atau apa yang telah berlaku kepadanyaKebanyakan perbelanjaan yang tidak disokong dengan bukti dokumentasi," katanya.  

Dakwaan tersebut muncul sehari selepas Khalid dimaklumkan media bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini sedang menyiasat dakwaan bahawa dana untuk PKNS FC telah disalahgunakan.

UNTUK MENGETAHUI LAGI KISAH SEBENAR 


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...