BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#FAKTA !!! LESEN NIAGA DI #SELANGOR NAIK KAW-KAW !!! APA CERITA NI ???

Posted: 14 Feb 2014 07:30 AM PST


tu diaa !!! lain kali jangan cakap kalau dah tadbir Malaysia,boleh kurangkan beban rakyat,semua harga boleh turun !!! yang gambar di atas tu apa benda ??? bukan kerr ni tanggungjawab negeri selangor untuk turun kan harga lesen perniagaan bagi membantu rakyat ??? lain kali jangan berjanji bukan-bukan !!! at least kerajaan ada juiga bantu untuk kurangkan beban rakyat.PR ??? yang best tu,macai ni pulak pandai putar belit.time PR sesukahati bagi naik,macai PR kata ohh,itu perlu kerana keadaan sekarang memang kena naikkan,naik sampai 300%,ohh itu dianggap kecil kenaikannya,sambil sengeh kera menjawab hal ini dan paling best,macai kerang siap berdansa,alah naik pun peduli apa,

UMNO jerr tak boleh naik,kami jerr boleh,ada faham ka semua pembaca badut rakyat ??? ada macai menjawab,kita perlu lihat dulu perjanjian dalam lesen tersebut,adakah ia berkait dengan perjanjian kerajaan yang terdahulu,iaitu kerajaan BN masa era 2004-2008 !! apa gila ker macai ??? ni tahun berapa ??? PR yang memerintah dah penggal ke berapa ??? memang bahlol gila nak salahkan BN juga bila mereka naikkan lesen niaga.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

TAHNIAH DS #ROSMAHMANSOR SANGGUP BERSUMPAH KERANA ANAK !!! #ANWARIBRAHIM ???

Posted: 14 Feb 2014 04:00 AM PST


Tahniah Datin Seri Rosmah Mansor.ini membuktikan Datin Seri seorang yang jujur dan memberitahu perkara sebenar.memang betul,Alquran dan sumpah tak boleh dipermainkan.sekurang-kurang nya Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu kebenaran sebenar.puak PR ni memang alergi dengan SUMPAH..takut sangat dengan perkataan tu.bimbang nanti Anwar pun kena bersumpah.Kalau kita berani kerana benar apa nak takut !!! betul tak pembaca Badut rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH SIAPA #ANWARIBRAHIM DIDEDAHKAN !!! WAJIB TONTON !!!

Posted: 14 Feb 2014 01:00 AM PST


video di bawah akan menerangkan siapa anwar ibrahim yang sebenar.video ini panjang.sila tonton sampai habis kalau nak tahu siapa anwar ibrahim.ini adalah cerita sebenar,bukan pembohongan semata-mata.buktikan saya video ini bohong.jom lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM AKAN SERTAI PAS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 13 Feb 2014 10:00 PM PST


Pasti ramai di kalangan penyokong pembangkang khususnya PKR yang akan merasa pelik dengan kenyataan terbaru Menteri Besar,Abdul Khalid Ibrahim berhubung khabar angin yang mengatakan dia telah 'dipinang' untuk menyertai Pas.Ini kerana,ketika diminta mengulas mengenainya Khalid seakan terkejut dan enggan memberikan jawapan yang pasti.  

"Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu.Beri peluang kepada rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco.   

Persoalannya ialah,mengapa Khalid perlu bermain teka-teki berhubung perkara ini ??? Sekiranya dia merasakan perkara tersebut hanyalah merupakan 'khabar angin' mengapa dia perlu berdolak-dalih ??? Ini kerana,jawapan Khalid itu telah menimbulkan spekulasi baru,iaitu dia ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat.Sekiranya Anwar benar-benar ingin 'menggunakan' kemenangan Kajang untuk 'memaksanya' meletakkan jawatan,'pinangan' untuk menyertai Pas mungkin akan diterima.Dengan cara itu Pas akan mempunyai kerusi tambahan sekali gus membolehkannya untuk terus kekal menerajui kepimpinan negeri Selangor.Isu ini kembali hangat diperkatakan,apabila Anwar membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut.Ketika diwawancara oleh Australia's Newsline,ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model sebelum melangkah ke Putrajaya.   

Seterusnya ketika ditemu bual baru-baru ini,Anwar sekali lagi membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama."Kemungkinan itu ada.Kita kena bincang ikut proses Pakatan" katanya.Anwar sebelum ini berulang kali menafikan malah mengatakan dakwaan untuk mengambil alih jawatan tersebut hanyalah spekulasi. Malah disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah 'pengambilalihan kuasa' itu.Malah Dewan Ulama Pas sebelum ini turut tidak bersetuju sekiranya PRK Kajang ini dijadikan alasan untuk menukarkan jawatan Menteri Besar.   

"kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada," menurut Ketua Penerangannya,Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan sebelum ini.Kesimpulannya,Khalid sebenarnya ingin menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa dia bukanlah seorang yang mudah diperkotakan-katikkanMungkin ada beberapa 'permintaan' yang perlu Anwar tunaikan dulu sekiranya ingin memintanya berundur, antaranya memastikan 'musuh politiknya' turut dihapuskan.Kegagalan Anwar untuk memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan itu, mungkin akan menyebabkan Khalid menggunakan 'ace card' yang ada di tangannya untuk berhijrah kepada Pas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #DONGZONG SUDAH MELAMPAUI BATAS !!! APA CERITA NI ???

Posted: 13 Feb 2014 06:00 PM PST


Jika kita berada di negara lain,NGO seperti Dong Zong sudah pastinya telah dikuburkan atau tidak akan lahir sama sekali.Namun,atas dasar keterbukaan,Dong Zong wujud di negara ini dan hidup segar dan aktif pula.Hari ini,kewujudan Dong Zong untuk memperjuangkan pendidikan Cina telah melampaui objektifnya.Apa yang dapat kita lihat kini,Dong Zong bukan sebuah platform perjuangan pendidikan Cina seperti yang dilaungkan mereka,tetapi sebuah platform membina semangat perkauman Cina yang kuat.Pendidikan Cina yang diperjuangkan Dong Zong bukan sekadar berpaksikan bahasa ibunda mereka,bukan juga mempelajari budaya dan sastera secara mendalam tetapi menggunakan acuan yang berbeza dari pendidikan nasional dan hampir keseluruhannya berkiblatkan pendidikan Taiwan.   

Sekali gus,pendidikan Cina Dong Zong menolak sejarah negara serta meremehkan bahasa kebangsaan.Apa yang lebih dikesalkan ialah perjuangan Dong Zong yang bertentangan dengan aspirasi negara ini turut mendapat bantuan kerajaan dari berbagai segi.Maka tidak hairanlah apabila perjuangan Dong Zong semakin hari semakin keras dan melampau sehinggakan pertubuhan itu kini dirujuk sebagai kumpulan ekstremis Cina.Amatlah malang apabila para ekstremis ini menjadi peneraju kepada sekolah Cina, sekali gus merupakan pengaruh paling besar bagi generasi muda Cina.Hasil perjuangan Dong Zong dapat dilihat pada hari ini di mana,semakin ekstrem sifat Dong Zong,semakin biadaplah sikap anak-anak Cina terhadap negara.Dong Zong berjuang dengan mengambil pendekatan 'samseng'.Ugut mengugut merupakan strategi utama untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.  Buktinya, setiap kali pilihanraya tidak kira PRK atau PRU,Dong Zong akan muncul melaungkan tuntutan demi tuntutan yang bukan-bukan.  

Bagi Dong Zong,pilihanraya adalah sebuah perniagaan di mana mereka perlu menjadi pihak yang untung sentiasa.Justeru,sebaik PRK Kajang diumumkan,Dong Zong pun menyalak lagi menuntut kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu atau Unified Examination Certificate (UEC).Sebenarnya sudah tiga dekad Dong Zong mendesak supaya kerajaan mengiktiraf UEC sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Pengiktirafan UEC bermakna pemisahan sepenuhnya pendidikan Cina dari dasar pendidikan kebangsaan dan anak-anak Cina tidak perlu lagi menduduki SPM.Sebagai 'samseng',Dong Zong tidak boleh dibawa berbincang.Dong Zong tidak mampu memahami soal 'aspirasi negara' atau 'arus pendidikan nasional' atau apa-apa jua fakta.Dong Zong hanya tahu menuntut dan mengugut, pentingkan diri, rasis dan enggan mendengar sebarang penjelasan.Dong Zong tidak peduli jika anak-anak Cina tidak fasih berbahasa kebangsaan, tidak patriotik serta menolak sejarah negara sendiri,kerana sememangnya itulah yang mereka mahukan.Secara ringkasnya,Dong Zong tidak mahu ada kena mengena dengan semangat kebangsaan dan hala tuju negara tetapi hanya berfikir mengenai soal untung dan menang bagi masyarakat Cina semata- mata.Berdasarkan hakikat ini,inilah disarankan agar kerajaan turut berhujah dengan Dong Zong atas dasar untung rugi juga.   

Bayangkan kos yang perlu ditanggung kerajaan akibat terpaksa menubuhkan sekolah Cina atau India sedangkan di kawasan itu hanya terdapat 4 orang murid.Sudah sampai masanya kerajaan meletakkan syarat di mana sekiranya jumlah murid Cina atau India di kawasan itu masing-masing tidak sampai 100 orang,maka sekolah jenis kebangsaan tidak boleh dibina.Kita melihat tidak ada untungnya kerajaan terus melayan Dong Zong mahupun meneruskan sekolah vernakular di negara ini.Seharusnya kerajaan menghadkan kalau pun tidak menghapuskan terus sekolah jenis kebangsaan.Bayangkan betapa banyak penjimatan yang boleh dibuat oleh kerajaan dari segi kos bangunan, penyelenggaraan, gaji guru dan kakitangan, utility dan berbagai-bagai lagi jika langkah ini diambil.Lagipun,bukankah orang-orang Cina juga yang sering merungut mengenai perbelanjaan yang tidak perlu oleh kerajaan ??? Bukankah sekolah vernakular itu tidak perlu ???      

Jika sekadar ingin belajar Mandarin,anak-anak Cina boleh sahaja mengambil kelas tambahan sepertimana anak-anak Melayu mengambil kelas tambahan agama lepas waktu persekolahan.Jika alasan ingin belajar budaya atau sastera Cina, maka ia tidak pernah menjadi sebahagian dari syllabus sekolah vernakular pun.Satu-satunya objektif utama Dong Zong untuk memperjuangkan sekolah vernakular adalah untuk memisahkan anak-anak Cina dari kaum lain dan dari arus pendidikan nasional.Objektif seperti ini amatlah 'gelap' iaitu jahat,rasis,kiasu,sombong,angkuh dan biadap.Tidak ada negara di dunia yang membenarkan sekolah vernakular selain Malaysia.Sudah lebih 50 tahun kita Merdeka, sekolah vernakular sudah tidak relevan lagi kerana ia tidak lagi menepati objektif asal penubuhannya.Justeru,kerajaan wajar menghapuskan sekolah vernakular kerana ia merugikan negara dari segi ekonomi dan juga sosial.Dalam pada itu,kerajaan juga wajar mengharamkan Dong Zong kerana bersifat ektremis dan bertentangan dengan slogan 'kesederhanaan' (moderate) yang dilaungkan Perdana Menteri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PENIPUAN #PEMBANGKANG UNTUK HASUT RAKYAT BERKENAAN KEDUDUKAN MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 13 Feb 2014 04:00 PM PST


Apabila pihak luar memuji Malaysia dan memberi penilaian baik terhadap negara,pembangkang langsung tidak berkongsi kebanggaan dengan seluruh rakyat.Namun,apabila terdapat kritikan atau laporan dan penilaian yang agak negatif,pembangkang begitu teruja dan dengan pantas sekali memetik serta mewar-warkannya.Contohnya,apabila agensi penarafan Moody memberi penilaian positif kepada Malaysia,tiada apa- apa komen langsung yang didengari dari pembangkang.Namun,apabila saja kedudukan Malaysia jatuh dalam carta World Press Freedom 2014,riuh rendahlah pembangkang 'meraikannya'.Jelas,pembangkang tidak punya sifat patriotik dan sayangkan negara.Mereka lebih suka jika masyarakat antarabangsa melihat Malaysia sebagai tempat paling teruk di dunia.Justeru,mereka sanggup ke hulu ke hilir memburukkan negara sendiri cuba mengakibatkan ekonomi negara merudum agar dapat menyalahkan kerajaan.  

Tanpa mereka sedari,mereka sebenarnya memburukkan diri mereka sendiri juga,apatah lagi dengan hakikat bahawa mereka turut menjadi pemerintah di beberapa buah negeri dalam negara ini.Ini bermakna, pembangkang turut menyumbang kepada apa jua penilaian yang diberikan oleh pihak luar.Dalam memperkatakan mengenai kebebasan media,di mana World Press Freedom telah meletakkan Malaysia di tangga ke 147 berbanding 145 pada tahun lalu dan 122 pada tahun 2011/2012, pembangkang tidak seharusnya mengelak dari turut memikul tanggungjawab.Sejarah merekodkan bahawa pemimpin pembangkanglah yang paling gemar menyaman media,memboikot,malah membakar akhbar yang membuat laporan negatif terhadap mereka,walaupun laporan tersebut benar.Sebaliknya,tidak ada dalam sejarah pemimpin kerajaan BN menyeru penyokong agar jangan membaca Harakah atau Roketkini atau Malaysiakini.Malah,syarikat yang ada kaitan dengan BN juga diketahui membeli ruang iklan dalam media pro- pembangkang.Jika ini bukan bukti keterbukaan BN,maka apakah ia ???    

Jika bukan kerana sikap terbuka BN terhadap media,maka kita tidak akan berhadapan dengan isu Kalimah Allah mahupun isu penghinaan melampau dari pihak bukan Islam terhadap Melayu/Islam.Lebih dahsyat,mereka dari kalangan bukan Islam juga kini begitu berani mengutuk Sultan dan Raja-raja Melayu.Namewee,Alvivi,Josephine Mary,malah penyanyi terkenal Francisca Peter bebas mengutuk dan menghasut orang ramai agar membenci atau prejudis terhadap kerajaan,Melayu dan Islam melalui laman sosial mereka.Jika ini bukan kebebasan media,maka apakah ia ??? Tidak cukup dengan itu,saya juga mengesan beberapa media Kristian yang terang- terangan mengajak kepada 'peperangan' terhadap Islam seperti yang dilakukan oleh Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) dan bukan kita tidak tahu bagaimana media Kristian yang menjadi kontroversi, iaitu The Herald juga secara terbuka memainkan isu Kalimah Allah sebelum dan selepas isu itu diputuskan oleh mahkamah.Bayangkan jika semua ini berlaku di negara lain,apakah ada harapan yang orang seperti Namewee atau Josephine Mary lepas bebas ???  Jika berlaku di negara lain, apakah penerbit atau pemilik akhbar The Herald boleh terus memanaskan isu di akhbarnya ???    

Tidak perlu berfikir terlalu jauh, cukup dengan membayangkan mereka ini sebagai bangsa Melayu yang melakukan perkara yang sama di Singapura dengan sasarannya ialah orang-orang Cina dan agama Kristian.  Kita percaya nasib yang akan diterima mereka adalah sama dengan apa yang akan diterima sekiranya mereka melakukan perkara yang sama di Amerika Syarikat.Seluruh dunia tahu dan mereka yang di belakang World Press Freedom juga tentu lebih tahu bahawa tiada negara di dunia yang akan melepaskan orang-orang yang menghasut ke arah perpecahan,perkauman dan melanggar undang-undang negara.Satu-satunya sebab mengapa mereka-mereka ini masih lepas bebas, masih hidup senang lenang dan masih terus mengutuk dan menghina Melayu,Islam,kerajaan dan Sultan adalah kerana mereka berada di Malaysia dan bukan negara lain.Hanya Malaysia yang membenarkan akhbar berbahasa ibunda kaum minoriti diedarkan.Hanya di Malaysia di mana akhbar-akhbar berbahasa ibunda kaum minoriti itu boleh mencetak bahan-bahan yang berbentuk hasutan agar membenci dan meragui kerajaan,serta memperjuangkan perpecahan total  masyarakat melalui sekolah berasingan antara kaum.     

Hanya di Malaysia kaum minoriti ini dibenarkan berbuat apa saja dan berkata apa saja di dalam apa jua bentuk media massa dan masih diberi tempat di dalam kabinet.ironi sekali,dalam keterbukaan kerajaan Malaysia terhadap media,pemimpin pembangkang pula mengugut untuk menyaman akhbar, hanya kerana wartawannya bertanya.Siapa yang boleh lupa dengan fenomena "You ulang I saman" Anwar Ibrahim di mana Anwar mengugut wartawan hanya kerana bertanya.Apa jenis kebebasan media yang dibobrokkan pembangkang jika bertanya pun boleh kena saman ???    

Kesimpulannya,Malaysia tidak perlu begitu mengambil pusing dengan penilaian yang diberi oleh agensi-agensi asing.Kemajuan Malaysia tidak pernah bergantung kepada penilaian pihak luar.Malah,pada suatu ketika,Malaysia pernah berada di puncak walaupun pihak luar menghentam negara ini dari segenap arah.Penilaian yang diberikan pihak luar berkemungkinan mempunyai agenda tertentu dan tidak semestinya tepat.Baik atau buruk prestasi Malaysia dalam apa jua bidang adalah bergantung kepada kebijaksanaan kerajaan,bukan kepada penilaian orang asing.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...