Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


#HOT! Bloggers PRO #UMNO Dalam Bahaya?

Posted: 11 Jan 2014 05:12 AM PST


 Mc ada baca cerita yang agak mengemparkan di blog Unspinners semalam..

MB Selangor telah arahkan ditubuh Biro Strategi dan Komunikasi Kerajaan Selangor.

Difahankan ianya terdiri dari lima orang bloger dan pakar IT. Taklah macam kita yang bawak orang tak tahu apa pasal media atau blog atau sosial media.

Mereka beroperasi di satu pejabat di Shah Alam. Fokus tugas mereka adalah untuk lancar propaganda bagi PKR dan pertahan kerajaan Selangor.

Ia dianggotai oleh blogger, grafik artis, strategis komunikasi dan lain-lain.

Tujuannya adalah supaya ada data sebaik saja ada apa-apa yang boleh disaman. Jika perlu, mereka tidak keberatan untuk hantar gangster untuk ugut dan cederakan blogger kita

Itu cerita Selangor.. di Kedah pun ada cerita jugak, tak banyak bezanya dengan Selangor pun walaupun menang!

Di Kedah, Pas Kedah sudah mula mengerakkan jentera troopersnya untuk membuat fitnah terhadap Kerajaan negeri dan mula menyerang peribadi Menteri Besar dan pegawai menteri besar.

Sejak masuk 2014, tak putus-putus isu baru dibangkitkan, malah isu lama yang dah nak basi pun depa dok main lagi. Namun apa yang menyedihkan, sehingga kini tak nampak lagi usaha Kerajaan Kedah untuk mengekang semua itu.

Hanya Dato Mukhriz yang bersilat keseorangan dalam menepis tuduhan pembangkang kepada Kerajaan negeri Kedah.

Dimana agaknya jentera media sosial Kedah sekarang ni? Atau mereka sudah dibuang ketepi? he he he.. abaikanlah tentang tu.. nanti orang kata Mc syok sendiri!

Namun ada cerita lebih menarik sebenarnya..

Buat masa ini, pengkhususan peringkat awal mereka mencari maklumat berkaitan tentera maya UMNO. Lain dari pihak kita yang ada tukang sauk tengah jalan untuk ambil bajet, mereka akan diberi bajet yang cukup untuk beroperasi.
Ini yang menyedihkan sekarang, apabila bajet yang diberikan, tidak sampai, malah ada yang hanya digunakan untuk kroni semata-mata. Bangkai sungguh! Kalau nak jaga, jagalah semua. Kenapa perlu berpilih dan kroni saja.

Apakah kemenangan BN pada PRU ke 13 yang lepas hanya jentera kroni puak ni saja yang membantu? Cybertroopers BN lain, goyang telur tak buat apa-apa? Atau hanya kroni ni yang pandai bodek dan cium tangan sampai meleleh air liur?

Kalau macam ni laa.. jangan terkejut jika ada troopers BN yang belot kepada pihak lawan pada PRU ke 14 nanti. Sebab BN melayan troopersnya macam sampah.. soo menang atau kalah, sama saja, tetap kena buang lepas PRU. kann?

McTheory:
Hanya ingatan... bukan ugutann..

#HOT! Kisah disebalik Menteri Ayam Letak Jawatan!

Posted: 10 Jan 2014 07:12 PM PST


Dalam dunia ni, tak kisah la orang tu bodoh ke, pandai ke, biol ke atau seangkatan dengannya, jika diberi jawatan atau kuasa, sudah tentu kalau boleh nak dipegangnya sampai mati. Walaupun kadang-kadang amanah yang diberi kepadanya tu, memang langsung tak dilaksanakan.

Contoh terbaik ialah Menteri KPDNKK Hasan Malek yang lebih popular dengan panggilan 'Menteri Ayam' kenyataan demi kenyataan yang beliau keluarkan boleh membuatkan Pejabat PM di Putrajaya bergegar! Apakah beliau sedar, beliau sebenarnya mewakili Kerajaan Malaysia dalam setiap kenyataan BODOH yang pernah beliau keluarkan?

Walaupun rakyat ni bukan MENTERI, tak bermakna rakyat begitu bodoh boleh menelan segala dan apa jua kenyataan Menteri yang sepatutnya lebih cerdik dalam mengawal emosi rakyat (penguna) ketika barang naik!!

Mana boleh lawan API dengan API bro! Memang meletop la nanti!

Kenyataan yang mengarut dan menyakitkan hati tu sepatutnya dielakkan. Cari solution yang lebih baik. Takkanlah tak ada penasihat yang mampu memberi cadangan yang lebih bagus selain dari "Ayam naik harga, jangan makan ayam"

Kalau setakat fikiran macam tu, baik lantik budak sekolah rendah saja jadi penasihat!

Tentang cerita Hasan Malik nak letak jawatan tu, sebenarnya hanya satu ujian untuk menunjukan PEMIMPIN UMNO kebanyakkannya, LEBIH SAYANG PADA JAWATAN, DARI SAYANG PADA PARTI!

Untuk penjelasan yang lebih teliti boleh baca kat AZRI



McTheory:
Sebut resign saja mengelabah habis semua anak-anak ayam buat demo.. he he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...