House PK

House PK


TERKINI! KENYATAAN KU NAN TENTANG INSIDEN TUMBUK TIMBALAN MENTERI OLEH PEMUDA UMNO!

Posted: 15 Jan 2014 10:02 PM PST

Aku pun sokong dengan kenyataan Ku Nan ni, orng macam ni tak layak duduk dalam UMNO, perbuatan samseng seperti ini mesti dielak, Apa barang la nak gaduh sesama sendiri? Itu pun pasal tak dapat transfer? Gila ke apa dia ni? Kasi pecat je dia ni...abis cerita..


EMAIL BERCILI DARI PEMBACA TETANG MANGSA BANJIR - SANGAT LUARBIASA EMAIL INI!

Posted: 15 Jan 2014 08:50 PM PST

Dah lama aku tak share email dari pembaca dengan korang. So hari ini aku tertarik dengan satu email dari seorang pembaca blog ini, so aku kongsikan bersama korang dan korang fikirlah apa yang telah dia tulis ni luarbiasa atau memang itulah hakikatnya...

Salam saudara,

Setelah banyak berfikir hari ini ingin saya luahkan rasa kesal dengan sikap segelintir rakyat MALAYSIA yang tidak pernah merasa puas dan bersyukur dengan kehidupan yang sediada aman dan damai ini.

Persoalan pertama saya adalah SIAPAKAH MANGSA BANJIR YANG SEBENARNYA DI MALAYSIA INI?

Dari apa yang diperlihatkan oleh ALLAH S.W.T.A melalui bencana dan malapetaka di dunia ini apakah perbezaan yang ketara dapat tuan lihat dari segi layanan dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa baniir di Malaysiberbanding dengan Pemerintah di , Jakarta dan Thailand dan jangan lupa Filipina sedikit masa dahulu Taufan Hainyan.

Buka mata dan Minda kita Lihat betapa Kerajaan bertungkus lumus bersingsing lengan dan seluar membantu walaupun ada sesetengah yang hanya singgah untuk mengambil gambar namun begitu tetap menitipkan banuan berupa makanan dan sebagainya.

Apa pula yang dilakukan Oleh pihak Pembangkang bukan nak menghina tapi apa yang mereka bawa selain dari kamera untuk bergambar hanya air liur serta bekalan hadith dan surah yang mengingatkan Rakyat betapa semua ini adalah UJIAN dari ALLAH S.W.T.A tak pun setakan 1 tin susu dan biskut kering. Tapi apa yang di kokokkan di PARLIMEN bagaikan mereka memberikan bantuan Hayat sepanjang hidup kepada RAKYAT.

Kenapa saya katakana Kerajaan adalah MANGSA BANJIR YANG SEBENARNYA.

Lihat sahaja kejadian banjir di Kuantan dan Terengganu banyak suara sumbang tidak berpusa hati walhal kerajaan dah melakukan sebaik mungkin namun banyak kejian daripada pujian.

Bukan saya tidak bersimpati tapi simpati saya berubah menjadi benci apabila melihat dan membaca rungutan mangsa banjir yang sibuk menanyakan habuan daripada mengucapakn terima kasih atas kerja keras Kerajaan.

Apalagi yang tak cukup makan minum, penempatan malahan keselesaan mangsa diberikan keutamaan kalau tak silap saya yang berdaftar sebagai mangsa akan menerima sumbangan dari tetamu yang melawat tak kira dari kerajaan, Sultan, dan NGO apakah itu tidah boleh menampung kehidupan, Kini diberikan pula TV, Peti Ais, Dapur dan Tilam serta bantal yang mana barangan berjumlah RM5,000, belum dikirakan dengan bantuan kerajaan RM500 tak ketinggalan kepada petani yang mana tanaman rosak akan diberikan bantuan.

Apakah semua yang dinikmati oleh Rakyat Malaysia turut sama dinikmati oleh Warga Thailand dan Jakarta yang kini sama-sama menghadapi banjir?

Fikir dan renung betapa bertuah menjadi RAKYAT MALAYSIA jangan jadi Ayam Jantan yang berkokoh sedangkan matahari belum terbit.

Jangan jadi Rakyat tak sedar di UNTUNG memerima bantuan dengan senyuman tapi mengumpat dibelakang.

Jangan diharapkan benda yang tak PASTI adakah Kerajaan Selangor memberi bantuan yang serupa kepada semua yang terlibat banjir sedikit masa dahulu, apa yang dapat adalah MB kata semua ini membuang masa.... tu pun MB dipilih semula memimpin Rakyat Selangor.

Saudara saya tidak berniat menghina semua MANGSA BANJIR tapi saya harap mereka sedar dengan HAK mereka.

Adakah mereka berhak keatas semua bantuan yang diberikan, adakah ianya hak mereka?

Jangan sampai jadi darah daging kepada anak Isteri mereka.

APAKAH HAK mereka ?

Adakah mereka berhak dengan apa yang mereka terima?

Ingat hidup ini bukan setakat hidupuntuk hari ini sahaja tapi HALAL dan HARAM harus kita ingat untuk bekalan di akhirat kelak.

Saya harap semua mangsa banjir tidak tersinggung cuma sesiapa yang makan cili dia yang merasa pedasnya.

TAK TERLINTAS DIHATI INI UNTUK MENGHINA CUMA NAK RAKYAT SEDAR SELAGI KITA MENGHARAP IKHSAN KERAJAAN UNTUK HIDUP TAKKAN KEMANA KEHIDUPAN KITA.

SELAGI KITA MENGGAMBIL BARANGAN YANG BUKAN HAK KITA SELAGI ITU LAH KEHIDUPAN KITA TAKKAN BERUBAH, KESUSAHAN AKAN MELINGKARI HIDUP KITA SEPANJANG HAYAT.

BAIK PUNYA! KETUA PEMUDA UMNO TURUN SURVEY HARGA KANGKONG?

Posted: 15 Jan 2014 07:37 PM PST

Tu dia Menteri Belia dan Sukan turn sendiri untuk check harga kangkong dan sayur-sayuran lain. Mana menteri ayam? Tengah main telor ke?

PANAS BERAPI! SALAH KE KHAIRY JAMALUDDIN KATA PEMIMPIN BN SYOK SENDIRI?

Posted: 15 Jan 2014 04:00 PM PST


Lama dah aku tak cerita pasal Khairy Jamaluddin, aku tertarik dengan komen Khairy pasal pemimpim BN syok sendiri. Walau aku selama ini tidak suka pada Khairy dan tidak sebulu dengan dia, tapi sejak dia jadi Menteri Belia dan Sukan ni banyak tindakan dia aku sokong. Ini bukan bermakna aku ni dah jadi anjing KJ, no tidak sama sekali.

Tapi apa yang diperkatakan dia dalam temuramah BH Online ni, aku setuju sebab aku sendiri tengok dan perhatikan semua perkara ini terjadi. Artikel penuh temuramah Khairy, KLIK SINI

Jadi dalam isu ini, aku sokong apa yang diperkatakan oleh Khairy. Kenapa korang takleh terima kritikan ek? Terima la kepada yang berkenaan. Inilah hakikatnya, selama ini apa yang kamu perjuangkan hanya untuk kepentingan untuk diri sendiri dan bukan parti.

Sebab tu sampai hari ini, berapakah penyokong yang telah ditarik oleh pengamal media baru ni menyokong UMNO dan BN? Ce cite sikit...

Ada masanya kita kena terima hakikat yang kita dah buat salah dan perbaiki. Cukup-cukup la serang sesama sendiri ni. Masanya dah tiba untuk semuanya bersatu. Berjuanglah untuk parti dan bangsa Melayu bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Apa pun, aku ucapkan all the best kepada Ibdillah Ishak dan Khairy Jamaluddin untuk memperbaiki kelemahan media baru yang teah terbukti langsung tidak berkesan dibawah pimpinan dulu. Semoga Biro Media Sosial baru ini akan menempa kejayaan. Ini ikhlas dari aku sama macam apa yang ditulis oleh Datuk Kadir Jasin. KLIK SINI

Lagipun siapa la aku ni nak suruh bencikan Khariy Jamaluddin yang telah menang secara mutlak sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia buat kali kedua kan? Peace!

MESEJ KHAS UNTUK MENTERI AYAM BERTARAF KANGKONG!

Posted: 15 Jan 2014 03:55 AM PST

RM0 BH 15/01: Kabinet turut setuju penubuhan sebuah makmal khas dalam tempoh dua minggu lagi untuk kaji langkah mengurangkan beban rakyat: Muhyiddin

RM0 BH 15/01: Semua menteri diarah turun padang temui peniaga dan pengguna bagi kenal pasti punca kenaikan harga serta cari rumusan tangani isu itu: TPM

House PK: Gambar kat atas tu sekadar hiasan saja. Ok aku nak bersuara sikit tentang isu yg aku letakkan diatas ni. TPM kata nak tubuh MAKMAL? Adeh makmal lagi ke? Benda macam ni pun nak pakai makmal ke? 

Pastu menteri kena turun dan tengok harga barangan? Selama ini menteri buat apa? Bagi solution kalau ayam naik harga makan benda lain? Takde rasa bertanggungjawab ke nak turun dan fahami isu rakyat?

Apakah dengan buat makmal yang dah berlambak bawah pemandu ni dan menteri bebal nak mampos yang akan turun dan bagi solution tahap kangkong ni dah cukup? 

Pastu kita marah bila orang ramai panggil KANGKONG!? Kalai rasa menteri Ayam ni takleh handle, suruh dia balik kampong dan tanam Kangkong le!

Malu la ada menteri bengap macam ni. Kena buat makmal hanya untuk ajar dia buat kerja! Pigidah
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...