BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #KALIMAHALLAH !!! JAIS DIKECAM !!! MANA SUARA PAS YANG INGIN MEMBELA ISLAM ???

Posted: 05 Jan 2014 07:30 AM PST


Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 300 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang benar-benar memeranjatkan banyak pihak khususnya masyarakat Islam.Ini kerana,hasil dari tindakan itu,ia secara tidak langsung membuktikan bahawa pihak gereja masih berdegil dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan mana- mana pihak mengunakan kalimah Allah selain masyarakat Islam di negara ini.Dalam serbuan tersebut,pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia,Lee Min Choon dan pengurus premis itu,Sinclair Wong.Menurut sumber,kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9,Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam. 

Ekoran tindakan tersebut juga,Jais dan pihak kerajaan menerima pelbagai kecaman khususnya dari penganut agama Kristian yang jelas tidak berpuas hati.Pelbagai kata- kata kesat dilemparkan melalui media-media sosial seperti Facebook dan Twitter antaranya melabelkan Jais sebagai anjing dan sebagainya.Malah pengarang mingguan The Herald,Paderi Lawrence Andrew,dalam kenyataannya sebelum ini yang disiarkan di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu,pernah menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.Sedangkan Ia jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988. 

Namun apa yang menghairankan ialah,langsung tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin PAS berhubung insiden ini.Ada yang mengatakan pasti yang mendakwa ingin memperjuangkan Islam itu masih belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan tersebut.Malah ada juga yang mendakwa mereka ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat,bagi mengelakkan tindakan yang bakal merugikan parti.Pada 14 Oktober lalu,Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan,The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.Keputusan itu merupakan isyarat jelas kepada semua pihak bahawa kalimah Allah adalah milik agama Islam kerana penggunaannya dalam agama lain dilihat boleh mengeruhkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#KISAHBENAR !!! SIAPA YANG UNTUNG JIKA PENGANUT AGAMA #ISLAM DAN #KRISTIAN BERGADUH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Jan 2014 04:00 AM PST


Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama.Hakikat ini tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang mempunyai agenda jahat serta hipokrit.Biarpun agama rasmi negara adalah Islam,namun tempat ibadat agama lain tidak pernah dihalang untuk didirikan asalkan tidak menyalahi undang- undang dan tidak mengganggu ketenteraman penganut agama lain.Satu-satunya had yang dikenakan kepada agama lain ialah aktiviti dakwah mereka tidak boleh diperluaskan di kalangan umat Islam.Di Malaysia,negeri dengan penganut terbesar agama Kristian ialah Sabah dan Sarawak yang terdiri dari suku kaum bumiputera.Oleh kerana mereka lebih selesa dengan bahasa suku masing-masing serta lebih dekat dengan budaya kaum pribumi Melayu,maka bahasa yang digunakan dalam amalan Kristian mereka juga cenderung 'meniru' atau merujuk sebutan dalam agama Islam yang diamalkan oleh orang Melayu. 

Justeru,penganut Kristian di sana merujuk kepada Tuhan sebagai 'Allah' iaitu 'Father' atau 'Lord' dalam kitab injil di seluruh dunia.Selama ini,rujukan kepada Tuhan Kristian sebagai 'Allah' tidak pernah menjadi isu kerana ia tidak pernah dilakukan di tempat lain melainkan Sabah dan Sarawak.Rata-rata masyarakat Kristian di Semenanjung yang menggunakan injil berbahasa Inggeris selesa dengan merujuk kepada Tuhan mereka sebagai 'Father' atau 'Lord' iaitu bapa kepada 'Jesus'.Malah,pada hari ini,suku kaum di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian juga cukup maklum bahawa secara rasminya,seluruh dunia Kristian mengiktiraf panggilan Tuhan Kristian sebagai 'Father' atau 'Lord' dan 'Allah' adalah Tuhan yang Esa bagi umat Islam.Kebebasan agama dengan had-had tertentu,serta sifat saling menghormati dan memahami antara agama ternyata mampu memastikan negara terus aman, stabil dan makmur.   

Namun,ini bukan bermakna negara ini tidak pernah diuji langsung.Kita pernah melalui beberapa tragedi berdarah seperti 13 Mei tetapi tragedi itu bukan berpunca dari agama.Ia berpunca dari perbalahan kaum.Tragedi Memali dan Sauk pula adalah masalah ekstremisme umat Islam yang melibatkan sesama Islam,bukan antara umat Islam dengan agama lain.Pendek kata,'pertelingkahan antara agama' tidak pernah timbul di Malaysia.Malangnya,akhir-akhir ini pihak Kristian nampaknya begitu 'seronok' atau teruja sekali cuba menimbulkan pertelingkahan antara agama.Entah kenapa,tiba-tiba penganut Kristian di Semenanjung,khasnya di Selangor ingin sangat menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka.Seolah-olah panggilan 'Father' atau 'Lord' sudah tamat tempoh atau tidak lagi relevan, pemimpin agama Kristian termasuk para politikus pembangkang bermati-matian memperjuangkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam aktiviti agama Kristian di Semenanjung.    

Tindak tanduk pemimpin agama itu dalam memperkatakan isu ini memperlihatkan seolah-olah ia  ia satu jihad utama dalam Kristian.Mereka sanggup naik turun mahkamah,menunjuk degil mencabar kerajaan dan mengundang pertelingkahan dengan umat Islam semata-mata untuk menggantikan perkataan 'Father' atau 'Lord' kepada 'Allah'.Alasan mereka untuk berbuat demikian tidaklah diketahui.Malah pemimpin Kristian dan juga politikus yang menjuarai isu ini di pihak mereka juga, tidak dapat menjelaskan kenapa nama Tuhan mereka perlu diganti.saya tidak faham kenapa penganut Kristian perlu menimbulkan ketegangan dan mencabar undang-undang ??? Kenapa tidak kekalkan saja amalan dan nama yang digunakan sebelum ini sedangkan ia ternyata tidak membawa apa-apa masalah kepada sesiapa ??? Mungkinkah penganut Kristian hari ini sudah tidak lagi mampu mengenali Tuhan sendiri kerana ia tidak bernama ??? Mungkinkah agama Kristian yang mereka anuti tidak pernah menekankan soal hormat- menghormati dan toleransi ??? Mungkinkah agama Kristian membolehkan mereka berdakwah dengan cara licik dan menipu ??? Mungkinkah agama Kristian tidak mengutamakan keamanan dan menggalakkan penganutnya mencetuskan ketegangan ??? saya tidak perlukan jawapan yang panjang dari pemimpin agama Kristian tetapi saya hanya ingin tahu 

"apakah kesannya kepada penganut Kristian jika tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka ???"   

Hanya satu jawapan dan saya akan berpuas hati.Jika penganut dan pemimpin agama Kristian tidak mampu menjawab maka tidak salah jika saya menganggap mereka sebagai membawa agenda jahat untuk menyebar dakwah Kristian secara licik di kalangan umat Melayu atau,jika ini tidak benar,maka pastinya para pemimpin agama Kristian di Malaysia sengaja ingin mencetuskan ketegangan agama. 

Benarkah ini yang penganut Kristian inginkan ???  Jika benar,siapakah akan untung dari perbalahan ini ??? Para peniaga Cina ??? Padri-padri Kristian ??? Siapakah yang akan terjejas jika ketegangan ini akhirnya membawa kepada keganasan ??? Para peniaga Cina ??? Padri-padri Kristian ??? Sesungguhnya,Islam adalah agama keamanan.Namun,Islam juga menyeru umatnya mempertahankan diri sekiranya diserang.Islam mengajar umatnya bertolak ansur dan hormat-menghormati kerana itu umat Islam tidak pernah mengganggu atau mencabar penganut Kristian.Tetapi,penganut Kristian yang sengaja memprovokasi dan mencabar umat Islam dan kerajaan Islam dengan berdegil untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam aktiviti dan risalah agama mereka,tanpa sebab-sebab yang konkrit yang membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa.Tidak semena-mena,pada hari ini penganut Kristian di Malaysia telah memperlihatkan kepada dunia bahawa Kristian itu adalah sebenarnya agama yang sangat jahat

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PESAWATKHAS !!! JAWAPAN SEBENAR @PMOMALAYSIA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 05 Jan 2014 12:30 AM PST


Berikutan tersebar cerita kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib beli kapal terbang baru seperti yang disebarkan di blog-blog sejak Khamis yang lalu,Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar menceritakan letak duduk sebenar perkara tersebut.Senang cerita,tak ada pesawat yang dibeli oleh kerajaan,sebaliknya, kerajaan ada sewa satu pesawat jenis ACJ A320 untuk tampung kekurangan pesawat.Tapi sewa pesawat khas itu pun sudah tamat pada 31/12/2013,dalam kata lain,bukan benda baru dan tidak lagi digunakan.saya siarkan kenyataan penuh dari Pejabat Perdana Menteri di bawah. 

Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319,BBJ,Fokker F28,Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong,YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan,pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri,YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri,tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.Pada Ogos 2012,pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.Pada tahun lepas,pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober. 

Sejajar dengan itu,Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan. Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin.Selain itu,Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.

Pejabat Perdana Menteri Putrajaya 

3 Januari 2014

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! MERCEDEZ BENZ #LGE !!! #ORENJIRENOREN MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 04 Jan 2014 09:00 PM PST


anda nampak tak permainan orenji ren oren diatas.kononnya dia kata mercedes tu sama dengan MB kedah di bawah pentadbiran UMNO.bro,jangan nak kencing rakyat malaysia boleh ??? meh saya bukti kan anda penipu besar.


kereta diatas adalah Allahyarham Ustaz Azizan yang punya.masa tu beliau jadi MB Kedah.tak ada kena mengena pun dengan dengan MB kedah yang baru

TAK PERCAYA ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! LANGKAH JIMAT CERMAT #KERAJAAN TEPAT PADA WAKTUNYA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jan 2014 06:00 PM PST


Langkah kerajaan mengumumkan garis panduan berjimat cermat menjelang tahun baru 2014 merupakan satu usaha pro-aktif bagi mengurangkan perbelanjaan operasi pentadbiran.11 langkah tersebut termasuk pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus selain elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C).Perdana Menteri Datuk Seri Najib menegaskan langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun 2014.Perkara ini sudahpun diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 bahawa kerajaan akan sentiasa memantau perbelanjaan serta pengurusan kewangan negara supaya tidak berlaku pembaziran atau ketirisan.Langkah lain juga merangkumi pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian,jabatan,agensi dan premis kerajaan; kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus dan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding atau konsultan untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian feasibiliti.Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.Kerajaan juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam. Langkah penjimatan lain termasuk juga meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya,penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.Juga penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan,seminar,mesyuarat,kursus,bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan akan dikurangkan.Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah pengurangan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan,seminar,mesyuarat,kursus,bengkel atau acara rasmi kerajaan,mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat dan mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel. 

Kesemua 11 langkah yang diumumkan perdana menteri sudah tentu akan menjimatkan sejumlah wang yang besar yang boleh disalurkan kepada projek-projek yang berorientasikan rakyat.Pengumuman Datuk Seri Najib bukanlah disebabkan tekanan pihak pembangkang yang menganjurkan perhimpunan 'turun harga' bagi menggulingkan kerajaan.Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah sebut yang mungkin perit pada pandangan kakitangan kerajaan yang selama ini menikmati pelbagai kemudahan.Tetapi dalam keadaan ketidaktentuan iklim ekonomi yang semakin mencabar serta sistem kewangan dunia Barat yang dilihat goyah dan lemah,kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dengan baik.Jaringan keselamatan sosial negara perlu dipastikan tidak terkesan dengan teruk akibat suasana muram ekonomi global.Pengorbanan harus dilakukan oleh semua pihak termasuk sektor awam, pihak swasta dan juga semua lapisan rakyat.Pada ketika inilah rakyat perlu ada semangat patriotik dan cintakan negara serta sanggup menanggung sedikit kesusahan untuk tempoh yang singkat sementara ekonomi dunia pulih kembali.Jika rakyat tidak sabar dan mudah sangat termakan dengan fitnah dan tohmahan pembangkang keadaan mungkin akan menjadi bertambah sulit bagi mereka terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.Tanggapan kerajaan bankrap atau kehabisan wang yang sengaja direka-reka oleh pihak pembangkang sebenarnya menunjukkan mereka sudah terdesak dan kehabisan modal. 

Umpamanya usaha mereka unuk mengumpulkan tandatangan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur untuk mendesak kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan langsung tidak mendapat sambutan. Realitinya rakyat secara keseluruhan faham dan akur rasional disebalik beberapa tindakan mengukuhkan lagi fondasi ekonomi negara.Ini termasuklah mengurangkan subsidi minyak petrol sebanyak 20 sen,menghapuskan subsidi gula sebanyak 34 sen,menaikkan kadar cukai pintu di Kuala Lumpur, serta cadangan kenaikan kadar tol lebuhraya dan taril elektrik.Rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang hanya menunjukkan kesan negatif daripada langkah-langkah tersebut tetapi tidak menjelaskan kedudukan sebenar isu-isu tersebut. Pembangkang melihat isu kenaikan harga barangan serta perkhidmatan sebagai peluang terbaik untuk terus menyerang dan menggulingkan kerajaan.Tidak masuk akal untuk menggulingkan sebuah kerajaan yang pertamanya dipilih melalui proses demokrasi yang adil dan telus. Jika tidak mengapa akhirnya pemimpin-pemimpin pembangkang terakur dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 dan beria-iya mengangkat sumpah jawatan di Parlimen ??? 

Jika benar mereka menolak kemenangan Barisan Nasional mengapa tidak boikot sahaja majlis angkat sumpah tersebut dan biarkan kerusi mereka kosong dan biarkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan masing-masing ??? Pembangkang hanya pandai bermain kata-kata untuk menghasut rakyat tetapi apabila keadaan menjadi kucar kacir dan huru hara mereka akan membasuh tangan dan menuding kesalahan kepada pihak lain.Itulah sikap dan wajah sebenar pembangkang yang perlu difahami oleh rakyat agar negara yang aman,tentera dan stabil ini terus dinikmati untuk selamanya.Mengambil tindakan melampau yang tidak rasional dan tidak berasaskan fakta dan kenyataan sebenar adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab makah boleh ditakrifkan sebagai pengkianatan terhadap negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #KALIMAHALLAH !!! DATUK @NOHOMAR SOKONG TINDAKAN JAIS !!!

Posted: 04 Jan 2014 04:00 PM PST



1. UMNO Selangor merujuk kepada isu penggunaan Kalimah Allah dan rampasan Bible yang dilakukan oleh JAIS baru-baru ini yang menjadi pertikaian beberapa pihak. 

2. Semua rakyat yang tinggal di Selangor mesti faham bahawa Selangor mempunyai undang-undang yang wajib dipatuhi dan menghormati Sultan sebagai Ketua Agama Islam.UMNO Selangor ingin tegaskan disini bahawa isu yang berlaku di Selangor sekarang berdasarkan kepada Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam ) yang telah diwartakan pada tahun 1988 yang melarang orang bukan Islam di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya'Allah".Undang-undang ini telah dikuatkuasakan sejak 26 tahun yang lalu dan hanya terpakai di negeri Selangor dan tiada kaitan dengan negeri-negeri yang lain. 

3. UMNO Selangor bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan percaya mereka telah menjalankan tugas berlandaskan undang-undang yang sedia ada.Pada November lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta di negeri Selangor. 

4. Enakmen 1988 ini telah dikuatkuasakan semenjak 26 tahun yang lalu dan kita sedia maklum tiada masalah yang berlaku dan inilah bukti bagaimana kehormanian antara agama diperlihara dan membolehkan kita hidup dengan aman dan tenteram. 

 5. Kenyataan Paderi Andrew jelas mencabar undang-undang yang sedia ada dan menderhaka kepada Sultan.Beliau tidak perlu bersikap biadap kerana undang-undang ini telah diguna pakai semenjak sekian lama. Kalimah Allah telah lama dilarang digunakan dalam apa juga bahasa apatah lagi di dalam Bahasa Malaysia. Kenyataan beliau boleh menimbulkan kemarahan orang Islam di Selangor dan tidak mustahil perkara diluar jangkaan boleh berlaku.. 

6. UMNO Selangor meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan kerana mereka telah diberi kuasa dibawah Seksyen 10 Enekman 1988 untuk mengambil sebarang tindakan. Penyiasatan harus disegerakan supaya mereka yang melanggar undang-undang dibawa ke muka pengadilan. 

7. UMNO Selangor mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan pihak polis yang cekap bertindak dan kerajaan negeri perlu tegas menyokong tindakan yang dilakukan JAIS kerana Enakmen 1988 ini masih lagi merupakan undang-undang yang sah di negeri Selangor. 

8. UMNO Selangor tidak bersetuju mana-mana pihak mengadakan sebarang himpunan di gereja kerana boleh menimbulkan salah tafsir di kalangan rakyat dan boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di negeri Selangor.

9. UMNO Selangor akan terus memantau perkembangan isu ini dan mahu kerajaan Selangor bertindak tegas berdasarkan undang-undang dan jika keadaan memerlukan UMNO akan mengadakan himpunan Melayu Selangor supaya Enakmen 1988 ini dipertahankan dan perintah Sultan di hormati. 

Datuk Seri Noh Omar 
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...