BADUT RAKYAT |
- PENGGUGURAN #AZMINALI !!! SANDIWARA #PKR UNTUK UMPAN #UMNO DIDEDAHKAN !!!
- #FAKTA !!! #KALIMAHALLAH !!! #KHALIDIBRAHIM TUNDUK KEPADA #DAP DAN TEKAN #JAIS !!!
- KANTOI !!! KISAH RAZAK MOHD NOOR SERTA NUMIX ENGINERING YANG KUAT RASUAH DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!
- FAKTA !!! #ANWARIBRAHIM MAHU MURTADKAN UMAT ISLAM DI SELANGOR ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK JAWAB ISU #KANGKUNG !!!
- HOT NEWS !!! SPRM DI MINTA SIASAT PENJUALAN SINDIKET HARAM ANUGERAH GELARAN KEBESARAN '#NANING' !!! VIDEO INSIDE !!!
- EKSKLUSIF !!! SAMBUTAN #MAULIDURRASUL TIRU #KRISTIAN ??? INI JAWAPAN USTAZ KAZIM ELIAS #UKE !!!
PENGGUGURAN #AZMINALI !!! SANDIWARA #PKR UNTUK UMPAN #UMNO DIDEDAHKAN !!! Posted: 17 Jan 2014 07:30 AM PST Tolak sana,tolak sini.Menteri Besar tolak ke Pengurus Besar PKNS,Pengurus Besar PKNS tolak ke Exco,Exco kemudian tolak balik ke Pengurus Besar PKNS,kemudian Anwar masuk campur,Zuraidah Kamaruddin desak Khalid Ibrahim jawab isu.Akhir sekali jawapan yang diberikan tidak ubah seperti jawapan PROFESOR SERBA TAU yang cukup terkenal dalam Majalah GILA-GILA keluaran Creative Enterprise Sdn. Bhd,Bangsar Utama.Yang pasti,ia merupakan satu lagi taktik dan sandiwara PKR untuk mengalihkan pelbagai isu besar yang sedang melanda Selangor sekarang,terutama sekali yang membabitkan kenaikan harga kesan daripada keputusan Kerajaan Negeri untuk menaikkan segala jenis cukai dan yuran pembayaran beratus kali ganda tingginya berbanding tahun lepas.Pada masa yang sama,PKR turut cuba untuk mengalihkan isu Bible berbahasa Melayu dan KALIMAH ALLAH yang telah mengantoikan mereka,walaupun pada mulanya UMNO kelihatan terikut-ikut dengan polemik berkenaan. Isu terbaru yang timbul di Selangor ialah membabitkan Pusat GiatMARA yang diarah tutup oleh DAP menggunakan Kerajaan Negeri Selangor kononnya untuk mewujudkan pusat latihan aeroangkasa di kawasan sekangkang kera itu.Isu berkenaan terlalu dekat di hati orang Melayu memandangkan MARA sememangnya ditubuhkan sebagai pencetus ekonomi Melayu-Bumiputera dan yang menariknya Pusat Giat MARA tidak sahaja memberikan tempat kepada anak-anak Melayu lepasan sekolah untuk menimba kemahiran vokasional tetapi turut menyediakan tempat untuk anak-anak India dan Cina bagi tujuan yang sama. Malangnya, dengan berselindung di sebalik undang-undang,DAP telah menggesa Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh PKR untuk mengambil tindakan ke atas Pusat Giat MARA tersebut dan seperti yang diketahui,status tanah yang diduduki oleh semua Pusat Giat MARA adalah TOL dan status tersebut telah dimansuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk kerajaan negeri pada 2008. Sekaligus menjadikan kesemua Pusat Giat MARA itu sebagai berstatus HARAM.Tertekan dengan kemarahan orang Melayu dan turut dipercayai menggugat sokongan PAS kepada Pakatan Rakyat Selangor,akhirnya Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa tempoh 12 bulan diberikan kepada Pusat Giat MARA Selayang untuk melengkapkan dan mempertingkatkan prasarana premis tersebut sekiranya enggan ditutup.Hanya golongan yang memeluk agama Pakatan Rakyat sahaja yang akan percaya dan menari-nari dengan kenyataan Khalid Ibrahim kerana Menteri Besar Selangor itu sebenarnya hanya bermain dengan masa,memandangkan tempoh TOL tamat bagi tanah tersebut adalah pada Disember 2014, bukannya Januari 2014.Dengan kata lain,menjelang Januari 2015,premis berkenaan sudah sepatutnya ditutup kerana telah melebihi kebenaran TOL yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor terdahulu.Disebabkan itulah,Khalid Ibrahim dan PKR sedang bertungkus lumus menyediakan isu-isu baru yang dibesar-besarkan agar dapat menenggelamkan isu ini selain melindungi pembohongan serta penipuan yang terang-terang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Selangor. Ia samalah seperti mereka membiayai tunjuk perasaan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Persekutuan dengan alasan untuk menurunkan harga barangan,sedangkan di Selangor,Kerajaan Negerinya terus meningkatkan kadar cukai dan yuran perniagaan sekaligus menggalakkan kenaikan harga tidak terkawal di negeri ini.Anehnya,kaum yang menyokong Pakatan Rakyat, tidak dapat melihat langsung kaitan ini.Sebaliknya mereka lebih seronok bercakap,bersembang,bergurau dan berjenaka tentang sesuatu yang tidak ada kaitan dengan apa yang mereka perkatakan sebelum ini iaitu KANGKUNG !!! Pertelingkahan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim bukannya baru.Azmin Ali gagal menjadi Menteri Besar Selangor bukan kerana Pakatan Rakyat enggan memilihnya tetapi kerana kuasa eksekutif menerima perlantikan seseorang Menteri Besar adalah pada DYMM Sultan Selangor.Pusinglah kut mana sekalipun, Azmin Ali tetap tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor selagi tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor.Burukkanlah Khalid Ibrahim bagaimana sekalipun, selagi DYMM Sultan Selangor tidak memperkenankan usul menukar Menteri Besar,Azmin Ali hanya boleh berangan-angan dan merengek di ketiak Anwar Ibrahim.Gelagat tolak sana tolak sini seperti yang ditunjukkan dalam isu PKNS ini sebenarnya hanyalah sebahagian daripada jalan cerita kartun yang dipersembahkan oleh PKR.Walau apa pun alasan yang diberikan,malah walau sebesar mana pun polemik yang dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin PKR Selangor termasuklah oleh Ketua Umumnya, ia tidak lain selain daripada cubaan untuk melarikan isu dan terus melekakan para pengikut dan pengundi Melayu di Selangor. Yang untung tetap pada DAP !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#FAKTA !!! #KALIMAHALLAH !!! #KHALIDIBRAHIM TUNDUK KEPADA #DAP DAN TEKAN #JAIS !!! Posted: 17 Jan 2014 04:00 AM PST Kemelut isu kalimah Allah membuktikan kepada rakyat,pembangkang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kedaulatan dan martabat Islam di negara ini.Bukan sahaja parti seperti Pas yang sepatutnya memperjuangkan Islam secara jujur dan ikhlas malah pemimpin mereka bersekongkol dengam parti anti Islam,anti Melayu dan rasis seperti Dap untuk menekan dan menentang Islam.Ketika majlis angkat sumpah jawatan menteri besar di hadapan Sultan Selangor,Khalid Ibrahim berpakaian lengkap sambil memegang tombak diraja.Antara lain dalam sumpah terima jawatan,Khalid membuat akujanji di hadapan baginda dengan disaksikan semua pembesar negeri,pegawai tinggi kerajaan dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bahawa beliau akan mempertahankan kedudukan Islam dan tidak melakukan apa-apa perbuatan yang boleh mencemarkan agama. Ini kerana, sultan adalah ketua agama negeri dan jika imej Islam dibiarkan tercalar, maruah sultan dan umat Islam di negeri itu juga terjejas.Apa yang berlaku di dalam isu perampasan 300 naskah Alkitab milik Bible Society of Malaysia ialah menteri besar sendiri yang menentang dan mempersalahkan Jabatan Agama Islam Selangor atas tindakan itu. Beliau sepatutnya mempertahankan agensi kerajaan tersebut kerana ia menjalankan tugas selaras dengan fungsi yang termaktub di dalam piagam penubuhannya.Bukan sahaja tanggungjawab JAIS menjalankann operasi membanteras penyebaran ajaran sesat yang bertentangan Islam mazhab Sunnah wal Jamaah,tetapi juga memastikan juga tidak ada campur tangan agama lain dalam urusan Islam.Di dalam hal ini, pihak mahkamah sehingga ke peringkat mahkamah rayuan telah memutuskan majalah Herald tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam mana-mana penerbitannya.Malangnya pengarang Herald,Father Lawrence Andrew menunjukkan sikap angkuh dan sombong dengan mencabar ketetapan undang-undang dan mahu terus menggunakan kalimah Allah di dalam Alkitab.Perbuatan biadapnya itu sudah tentu tidak akan diterima pihak Jais mahupun umat Islam dengan berdiam diri.Atas prinsip itu maka pihak Jais menguatkuasakan kuasa merampas yang dibekalkan kepadanya.Tiba-tiba Jais pula yang dipersalahkan oleh menteri besar dan mengarahkan agensi itu merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tatacara penguatkuasaan.Peliknya pihak gereja yang keras kepala dan tidak menunjukkan hormat kepada sultan selaku ketua agama,Jais pula yang terpaksa menerima bahana.Pujian patut diberi kepada pihak yang kini menyiasat pengarang bongkak tersebut di bawah Akta Hasutan.Tindakan tegas hars diambil kepada mana-mana pihak yang berfikir mereka boleh melakukan apa sahaja sehingga menghina Islam dengan menyorok di belakang prinsip kebebasan. Sebenarnya sikap tidak mempertahankan Islam yang ditunjukkan oleh Khalid adalah beliau ditekan hebat oleh Dap yang memainkan peranan sebagai dalang di dalam isu ini. Khalid hanyalah boneka bernyawa yang tidak boleh mengambil apa-apa sebagai menteri besar tanpa arahan atau kebenaran Dap. Dap lah yang sebenarnya berkuasa di Selangor, bukan PKR atau Pas.Dap lah menteri besar de facto kerana semua dasar dan program mesti mendapat restu parti perkauman itu. Menteri Besar berbangsa Melayu hanya digunakan sebagai rubber stamp untuk menghalalkan segala perancangan licik Dap yang merugikan orang Islam dan Melayu.Pas juga berkerjasama dengan Dap untuk menekan Islam kerana tamakkan kuasa dan pangkat. Pas juga dianggap sebagai tunggul oleh Dap kerana itu ia amnat takut sekali bersuara lebih daripada yang dibenarkan oleh bosnya.Sekadar melepaskan batuk di tangga Pas dilihat tidak langsung mempertahankan kesucian Islam apabila diserang bertubi-tubi oleh Dap, gereja dan orang kafir.Ia lebih sibuk menganjurkan demonstrasi anti Israel dan menyertai himpunan gulingkan kerajaan daripada benar-benar mempertahankan isu kalimah.Melihat keadaan ini tidak sukar untuk difahami jika pembangkang berkuasa,Islam dan Melayu adakan menjadi sasaran pertama dan utama mereka. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 17 Jan 2014 12:04 AM PST siapa sebenar nya Razak Mohd Nor ni ??? beliau adalah cornman dan kuat rasuah.tapi kenapa beliau tidak mengaku perbuatan ini ??? lihat dulu artikel yang dipetik dari utusan di bawah SHAH ALAM 23 Dis. - Seorang pengurus jualan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM259,250,daripada pengarah sebuah syarikat telekomunikasi,tiga tahun lalu.Mohamed Puhad Mohamed Liza,32,pengurus jualan GITN Sdn. Bhd. mohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Husin. Bagi tuduhan pertama,lelaki itu yang telah berkhidmat selama 18 tahun,didakwa memperoleh suapan sekeping cek Public Bank Bhd. berjumlah RM44,590 daripada Abdul Razak Mohd. Noor iaitu pengarah urusan Numix Engineering Sdn. Bhd. Suapan itu diperoleh melalui Mohd. Nazrul Mohd.Amin yang merupakan pengarah Strata Baru Sdn. Bhd. sebagai upah kononnya membantu Numix Engineering mendapatkan jualan pemasangan rangkaian internet tanpa wayar VSAT Ku Band bagi April, Mei dan Jun 2010.Perbuatan itu didakwa dilakukan di kedai makan di No. 2,Tingkat Bawah, Jalan Rugbi 13/30,Seksyen 13 di sini antara pukul 2 dan 7 petang, 2 Ogos 2010.Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, tertuduh didakwa memperoleh wang tunai keseluruhan berjumlah RM214,660 daripada individu sama bagi tujuan yang sama bagi bulan September,Oktober,November,Disember 2010 dan Januari 2011. Perbuatan itu didakwa dilakukan menerusi pemindahan telegraf ke akaun Bank Islam (M) Bhd.,milik tertuduh antara pukul 8 pagi dan 5 petang pada 22 Disember 2010 dan pukul 8 pagi hingga 5 petang,23 Mei 2011 di Bank Islam Malaysia Bhd. di No. 32A,Tingkat 1,Jalan Kristal K7/K,Seksyen 7 di sini.Bagi kesemua tuduhan,dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. Asmadi menetapkan jaminan RM35,000 bagi kesemua tuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tertuduh melaporkan diri ke SPRM Putrajaya sebulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.Beliau turut menetapkan 28 Februari bagi pengurusan kes manakala 12 Mac untuk perbicaraan. ANDA DAH BACA ??? Untuk mengingatkan anda kisah atau penganiayaan melampau yang pernah dibuat Razak Mohd Noor ni sila baca artikel-artikel yang linkkan dibawah.1. SIAPAKAH RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING NI SEBENARNYA ??? 2. PENDEDAHAN BERAPI! RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING YANG ZALIM 3. RAZAK NUMIX PARASIT PEKUNG YANG MENPERGUNAKAN UMNO 4. PEJABAT RAZAK MOHD NOOR NUMIX ENGINEERING DICEKUP SPRM !!! 5. RAZAK MOHD NOOR MEMPERGUNAKAN PEMBANGKANG UNTUK LEPAS TENGKUK SENDIRI anda dah baca link di atas ??? anda akan tahu siapa sebenarnya razak mohd ini.Bukan setakat dia saja malah isteri dia Aishah Harun pun terlibat sama.saya dapat tahu bahawa Aishah ini juga seorang kaki bomoh,ramai yang telah menjadi mangsa mereka.adakah benar cerita ni ??? apa pun saya pelik jugak sebab TM atau Telekom Malaysia serta syarikat-syarikat lain masih mahu berurusniaga dengan dia.Ini bukan fitnah tau. Ini adalah fakta KEPADA SPRM !!! saya nak tanya ni,macam mana boleh si pemberi rasuah lepas bebas ??? SPRM tak boleh diam diri.SPRM kena dedahkan lebih terperinci tentang apa yang telah berlaku di anatara Razak Mohd Noor dari Numix Engineering dan staf Telekom Malaysia.saya harap SPRM tolong buat sesuatu kepada nama diatas.kita kena bersihkan negara kita dari rasuah.Ini jenis melayu yang suka bunuh melayu yang lain.Laki bini ni pandai berlakon dan dalam masa yang sama mereka suka menganiaya orang lain.saya hanya penyampai berita,bakinya terserah lah pada pihak berkuasa serta orang-orang yang berurusan dengan manusia tidak bertanggungjawab ini.jangan marahkan saya.ini adalah fakta !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
FAKTA !!! #ANWARIBRAHIM MAHU MURTADKAN UMAT ISLAM DI SELANGOR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 Jan 2014 10:00 PM PST Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja u tuk mendapat sokongan golongan kafir sehingga rela mengorbankan kepentingan Islam.Dalam isu rampasan 300 naskah Alkitab versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah,pakatan pembangkang yang memerintah Selangor sanggug menghukum pihak Jabatan Islam Agama Islam Selangot (Jais).Lebih malang menteri besar Khalid Ibrahim yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mengarahkan pula pihak Jais kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tindakan rampasan kitab Kristian tersebut.Sepatutnya beliau sebagai menteri besar wajib mempertahankan tindakan Jais sebagai sebuah agendi di bawah kerajaan negeri.Sebaliknya Khalid lebih senang melihat Jais di kritik hebat oleh parti cauvinis Cina,Dap.Malah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap tiga Adun Dap yang ingin membawa cadangan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Tiga Adun DAP Selangor tersebut – Lau Weng San (Kampung Tunku),Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) kini sudah sampai ke tahap kurang ajar dan berani untuk mencabar kesucian dan martabat Islam di negeri itu kononnya atas hak kebebasan beragama. Strategi hak kebebasan beragama inilah yang menjadi modal kepadapembangkang pimpinan Anwar Ibrahim untuk menekan kerajaan supaya golongan bukan Islam juga mempunyai hak sama seperti umat Islam di negara ini.atas alasan untuk keselarasan dengan Perlembagaan Persekutuan tujuan pindaan tersebut adalah bagi memudahkan pendakwah-pendakwah Kristian yang didokong oleh pembangkang untuk memurtadkan orang Islam terutamanya anak-anak muda.Dalam hal ini Pas sebagai sekutu PKR dan Dap tidak dapat membuat apa-apa respons keras terhadap sikap tiga Adun Dap itu kerana parti itu sendiri pun seudah menjadi balaci parti rasis itu.Bagaimana boleh diharapkan Pas menentang Dap apabila ia juga menyokong penggunaan kalimah Allah di dalam Alkitab yang menjadi pendirian rasmi pakatan pembangkang.Sesungguhnya Pas telah terperangkap dalam permainan kotor Dap dan PKR untuk merosakkan Islam. Ia sukar untuk berkata tidak kepada segla kehendak Dap dan PKR kerana pemimpin-pemimpinnya sudah mendapat keuntungan besar dari segi kewangan, kedudukan dan dan projek daripada Dap di Pulau Pinang dan PKR di Selangor. Pemimpin Pas telah berjaya dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan supaya mereka tutup mulut dan tidak berkata apa-apa terhadap tindakan Dap dan PKR yang menjejaskan kedudukan Islam di negara ini. Ini membuatkan Pas sebagai pembelit kepada bangsa Melayu dan juga Islam.PKR pula langsung tidak boleh diharapkan memperjuangkan agenda Islam walaupun pimpinan atasan kebanyakan adalah orang Islam. Masakan Islam menjadi penting bagi PKR bilamana Liberalisme dan Pluralisme adalah agama anutan mereka.Sudah tentu dalam isu kalimah Allah,pendirian PKR adalah lebih teruk daripada Pas yang sudah menjadi alat Dap. PKR pula berperanan menyebarkan fahaman yang anti Islam merosakkan akidah umat Islam di negara ini.Anwar sendiri tidak berani untuk mempertahankan tindakan Jais malah menyalahkan agensi itu atas tindakannya.Sepatutnya pihak gereja yang harus dipersalahkan kerana bersikap anti Islam apabila terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalah Herald.ini kerana mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan telah menolak usaha gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah tetapi mereka tidak mempedulikan keputusan badan kehakiman.Kalau tidak kerana agenda licik kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah yang sinonim dengan Islam itu ??? Bahayanya amat besar kepada kestabilan politik negara dan teras kekuasaan orang Melayu jika perkara ini berterusan. Kerajaan harus mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan Islam dan meletakkannya setaraf dengan agama lain.Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan hendaklah dipertahankan habis-habisan kerana agenda pembangkang bukan sekadar untuk berkuasa tetapi menggunakan kuasa di tangan mereka untuk merubah sistem pemerintahan kepada satu pentadbiran yang anti Islam,anti Melayu dan anti Raja. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK JAWAB ISU #KANGKUNG !!! Posted: 16 Jan 2014 08:00 PM PST Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan 'kangkung' sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang. "Saya suka makan kangkung,anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh,orang tertentu sahaja makan.Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.Dalam pada itu,Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.Perdana Menteri berkata,ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat. "Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini Jumaat malam. Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan. - BERNAMA APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 16 Jan 2014 05:51 PM PST 1 laporan di buat oleh YM Dato' Seri Panglima Irwan bin Mohd Nor,Panglima Tertinggi kepada Kebawah Kaus YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Undang Wilayah Naning Ke-19 mengenai Sindiket Haram penjualan Anugerah Kebesaran Naning yang palsu pada 15 januari yang lalu.ikuti kenyataan media di bawah Kenyataan media ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar perihal berkaitan dengan Laporan Rasmi Istana Nan Panjang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM pada hari ini 15 Januari 2014.Kebawah Kaus Yang Amat Mulia Orang Kaya Sri Raja Merah Dato' Undang Wilayah Naning Ke-19 yang begitu prihatin terhadap kesinambungan amalan Struktur Sosial Suku Naning merasa amat gembira dengan perkembangan ini. Bersama Majlis Dato' - Dato' Wilayah Naning,Yang Amat Mulia akan mengambil beberapa langkah strategik bagi mengembalikan kegemilangan Istana Nan Panjang pada tahun 2014 ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana telah,dengan secara rasminya, menerima laporan beserta bukti-bukti mengenai Sindikit Haram penjualan Anugerah Kebesaran Naning yang palsu. Saya meminta agar semua pihak membantu dan bersatu memerangi Pengkhianat Institusi Melayu Naning ini.Ini adalah selari dengan permintaan Yang Amat Mulia yang mahukan Majlis Dato'-Dato' Wilayah Naning mengambil beberapa langkah pro-aktif 'Membersihkan Arang Di Muka',antaranya membuat Laporan Rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Akhir sekali,bagi pihak Yang Amat Mulia,saya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat hingga tertangkapnya Ketua Sindiket Haram tersebut,agar tampil segera beserta dengan bukti-bukti, dengan Tawaran Ganjaran sebanyak RM19,19,19. Sekian, terima kasih. YM Dato' Seri Panglima Irwan bin Mohd Nor, Panglima Tertinggi kepada Kebawah Kaus YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Undang Wilayah Naning Ke-19. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! SAMBUTAN #MAULIDURRASUL TIRU #KRISTIAN ??? INI JAWAPAN USTAZ KAZIM ELIAS #UKE !!! Posted: 16 Jan 2014 04:00 PM PST Penceramah bebas,Mohammad Kazim Elias menyelar tindakan pihak tertentu yang menyifatkan sambutan Maulidur Rasul yang diraikan setiap tahun bagi menghayati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah bidaah serta meniru agama Kristian.Beliau berkata,berdasarkan pandangan ulama,sambutan Maulidur Rasul bukan amalan bidaah iaitu menokok tambah dalam bidang agama atau ibadat,sebaliknya memberi manfaat dalam banyak aspek,terutama memupuk perpaduan dalam kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasulullah.Tegas Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim,perbuatan meraikan sambutan itu juga membuktikan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar tersebut yang wajib dilakukan semua umat Islam. "Harus hukumnya kita meraikan sambutan Maulidur Rasul,namun ada pula tok guru mana entah kata kita sambut Maulidur Rasul macam orang Kristian sambut Nabi Isa dan amalan bidaah.Maka,apabila kita pergi negeri dia tak ada sambutan Maulidur Rasul sedangkan semua negeri lain dari Sabah sampai ke Perlis menyambutnya.Macam mana dia kata tiru orang Kristian sedangkan 25 Disember itu mereka sambut bagi meraikan kematian Nabi Isa yang kemudiannya diangkat ke langit sedangkan dalam Islam kita tak kata begitu, kita kata Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah sebab mereka (Kristian) nak bunuh Nabi Isa. "Adakah sama kita dengan Kristian, tidak sama sekali," katanya ketika menyampaikan ceramah dalam sambutan Maulidur Rasul Peringkat RISDA Negeri Perak kelmarin. turut hadir Timbalan Pengarah RISDA Perak,Mohd. Hussin Yusoff. Jelas Mohammad Kazim,orang Kristian juga menganggap Nabi Isa adalah anak tuhan manakala dalam sambutan Maulidur Rasul tidak langsung membawa maksud Nabi Muhammad SAW dianggap sedemikian.Tambahnya,begitu juga dalam hal kematian Nabi Isa apabila golongan itu menganggap perbuatan tersebut bagi menghapuskan dosa Nabi Adam serta anak-anaknya yang telah berbuat salah. ''Adakah Islam pula mempercayai kewafatan Nabi Muhammad SAW atau kelahiran baginda dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan.Tidak sama sekali,setiap dosa yang kita lakukan akan mendapat balasan begitu juga pahala hasil kebaikan yang dilakukan semuanya atas diri masing-masing.Jadi mana yang kata kita meniru agama Kristian.Orang Kristian menyambut Krismas menjadikan mereka itu syirik kepada Allah,sedangkan kita pula menyambut Maulidur Rasul mendatangkan kasih sayang pada Rasullullah dan perbuatan itu wajib kita lakukan dan berdosa jika kita ingkar,'' katanya APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment