BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #BERSIH !!! AKHIRNYA #DALANG HIMPUNAN JALANAN MENGAKUI #DEMO TAK MAMPU SELESAI MASALAH !!!

Posted: 15 Jan 2014 07:30 AM PST


Setelah menganjurkan pelbagai siri himpunan jalanan yang menyusahkan majoriti rakyat,menyukarkan penjaja kecil untuk berniaga,merosakkan harta benda awam dan sebagainya NGO Bersih akhirnya mengakui tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.Menurut Pengerusi Bersih,Maria Chin Abdullah menegaskan bahawa demonstrasi tidak akan menyelesaikan semua masalah dan kepincangan sistem pilihan raya negara.   

"Tetapi sekarang pilihan raya seterusnya hanya akan berlangsung dalam masa lima tahun.Kita perlu bina semula momentum itu dan demonstrasi juga tidak akan menyelesaikan semua (kepincangan pilihan raya).Kita mungkin akan dapat publisiti tetapi akhirnya yang paling penting adalah apakah kesan daripada perhimpunan itu?," katanya dalam satu wawancara dengan portal pembangkang.   

Maria turut mengatakan,dia juga bimbang dengan sambutan orang ramai yang "penat" apabila kerap turun ke jalan raya untuk berhimpun sebelum ini.Katanya,dia turut merancang agar Bersih "berundur selangkah ke belakang",untuk melihat usaha yang telah dilakukan sebelum ini.dalam erti kata mudah,setelah melakukan pelbagai kerosakan dan mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan,mereka mengakui himpunan jalanan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang ada.Persoalannya ialah,sekiranya ia tidak mampu menyelesaikan masalah mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh menganjurkan pelbagai siri himpunan ??? Apakah kerana sekadar untuk bersuka ria, atau sekadar memenuhi tuntutan penderma asing yang telah menyalurkan dana untuk menumbangkan kerajaan ???   

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim,Anuar Shaari sebelum ini berkata,golongan terbabit telah dibiayai oleh pertubuhan luar negara yang mempunyai agenda mahukan seorang pemimpin yang mengikut telunjuk mereka menerajui Malaysia."Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri secara langsung menerima tajaan dari Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) bagi membiayai program latihan pemimpin dan ahli mereka.Malah,(mantan) Pengerusi Bersih,Datuk S. Ambiga dan ramai pemimpin PKR telah hadir atau dihantar menyertai kursus dan program dua badan itu di serata dunia yang mempromosi kebebasan dan keadilan ala Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada pihak media sebelum ini.   

Paling menarik,ia turut diakui sendiri oleh NGO tersebut yang mengesahkan telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu bagi tujuan menganjurkan perhimpunan Bersih.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! UNGKU AZIZ NAFI CATATAN #KANKUNG ADALAH TULISAN BELIAU !!!

Posted: 15 Jan 2014 04:00 AM PST


Tokoh akademik,Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak,Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu. 

"Itu adalah satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu...saya tak ada (akaun) Twitter,tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim," katanya di sini.


Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lalu. Antara lain, petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu ialah : "Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit." 

Mengulas lanjut,Ungku Aziz berkata,dakwaan yang mengatakan petikan itu adalah hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana selepas sekian lama terbabit dalam dunia penulisan,beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi. Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata, beliau tidak berhasrat berbuat demikian. 

"Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini," katanya. - Antarapos

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENYANYI NASYID KECEWA #KANGKUNG LEBIH POPULAR DARI #MAULIDURRASUL !!!

Posted: 15 Jan 2014 12:30 AM PST


Penyanyi nasyid tersohor tanah air,Hafiz Hamidun menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook,Twitter dan Instagram mereka.Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC,itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu,berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW. 

"Nampaknya kita lebih gemar 'share' cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul.Salam Maulidur Rasul" luahnya di laman Twitter miliknya.Paling menarik,status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai 'favourite'.Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang 'like' dan dikongsi oleh 1,082 orang. 

Isu kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman.Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian,kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga Kangkung.Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang.Dalam erti kata mudah,perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat,bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras,gula,minyak dan sebagainya. 

Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan,ia ditetapkan oleh pengilang,pengedar,pemborong,penjual dan sebagainya.Oleh itu sebagai pengguna,rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban,sekali gus menyalahkan kerajaan.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan,walaupun pembangkang cuba menjadikan kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan.Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW,ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SAMBUTAN #MAULIDURRASUL !!! UMAT ISLAM TIRU KRISTIAN ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 14 Jan 2014 09:00 PM PST


Tolong tengok video di bawah dan nilaikan lah sendiri.Apabila Bekas Menteri Besar Kelantan Yang juga Mursyidul Am PAS mengatakan bahawa perayaan Maulidul Rasul yang dilakukan saban tahun adalah meniru Agama Kristian,yang ini saya tidak dapat terima.Adakah selama ini Umat Islam yang menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah SAW semata-mata mahu bertanding untuk meniru golongan Kristian,seperti apa yang diucapkan di dalam ucapan Nik Aziz ???

Salahkah Umat Islam bergembira dan bersyukur dengan mengadakan majlis-majlis keagaaman seperti berselawat,berzanji dan memuji Baginda SAW di hari kelahiran Baginda ????

 "umat Islam yang sambut maulidur Rasul beri'tiqad bahawa Nabi Muhammad SAW itu hamba Allah dan rasul-Nya,bukannya anggap Nabi Muhammad SAW sebagai tuhan seperti penganut kristian…" 

Habis tu Kenapa benarkan Kalimah ALLAH digunakan untuk kitab untuk Kristian ???


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BOB LOKMAN #BOBLOKMAN MASUK HOSPITAL KALI KEDUA AKIBAT LEMAH JANTUNG !!!

Posted: 14 Jan 2014 06:29 PM PST


Bob Lokman telah dimasukkan ke hospital buat kali kedua akibat lemah jantung.Berita ini dikhabarkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di dalam page Facebooknya.Menurut ustaz : 

"Kesempatan setelah ceramah malam maulidurrasul,saat jam menghampiri tengah malam,bergegas ke Hospital Uitm Sg Buloh,bersama sepupu Yb Ust Nik Mohammad Abduh dan Ust Dr Riduan Mohd Nor menziarahi Saudara Bob Lokman,namanya pernah di puncak persada seni suatu ketika dahulu,doakan kesihatannya,ini kali kedua beliau memasuki hospital ini di CCU,setelah jantungnya lemah kembali..saat ini doa kita sekali lagi ditagihkan.." 

walaupun perbezaan ideologi politik,saya doakan agar Bob Lokman segera sembuh dari kesulitan yang dialaminya.Kepada warga maya.doalah yang terbaik untuk Bob Lokman,mudah-mudahan dia cepat sembuh..

AMIN...

#KALIMAHALLAH !!! BILA NAK AMBIL TINDAKAN KE ATAS MEREKA YANG HINA #MAHKAMAH ???

Posted: 14 Jan 2014 04:00 PM PST


Oktober lalu,Mahkamah Rayuan membuat keputusan melarang penerbitan majalah mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah 'Allah' dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu selepas merumuskan penggunaan kalimah 'Allah' bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.Bagaimanapun,Pengarang majalah Herald-The Catholic Weekly,Paderi Lawrence Andrew kemudiannya secara biadab telah membuat kenyataan bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.Kenyataan Andrew bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Rayuan, malahan turut bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 14 Disember lalu.Sultan Sharafuddin antara lain menegaskan,semua rakyat,khasnya di Selangor,tanpa mengira kaum dan latar belakang,perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9,Bahagian 1,Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. 

Hari ini,kemelut kalimah 'Allah' menjadi semakin rumit apabila Bible Society Malaysia (BSM) pula bertindak membelakangkan mahkamah dan menderhaka titah Sultan dengan terus mengedar Bible Melayu dengan nama 'Allah' di dalamnya.Akibatnya,premis BSM telah diserbu oleh JAIS dan bible tersebut dirampas.Kejadian ini digunakan sepenuhnya oleh pihak Kristian untuk menimbulkan gambaran buruk terhadap JAIS,Islam dan juga kerajaan walaupun apa yang berlaku ialah pihak mereka yang sebenarnya melanggar undang-undang.Setiap negara ada undang-undang dan setiap rakyat wajib akur kepada undang- undang.  Undang-undang dibuat bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan terkawal, selain menegakkan keadilan.  

Apabila ada pihak yang dengan sengaja melanggar dan tidak menghormati undang-undang maka keadaan akan menjadi huru- hara dan negara mampu menjadi tidak stabil.Manusia yang bertamadun tidak punya masalah untuk patuh kepada undang-undang biarpun kadangkala mereka merasakan yang ia tidak menepati citarasanya.Dalam negara demokrasi,biarpun semua golongan punya hak masing-masing,namun kehendak majoriti wajib diutamakan.Ini adalah keadilan mengikut sistem demokrasi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...