BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! PEMECATAN #AZMINALI !!! ADAKAH TIDAK LAYAK ATAU WUJUD KONSPIRASI ???

Posted: 14 Jan 2014 07:30 AM PST


Laporan penyingkiran Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara topik hangat yang diperkatakan ketika ini.Ada yang mengatakan keretakan hubungan antara Azmin dengan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim adalah merupakan punca kepada pemecatan itu.Malah tidak kurang juga yang mengatakan,ia adalah merupakan antara usaha Khalid untuk memastikan pengaruh politik Azmin dapat dikurangkan.Azmin ketika dihubungi bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu,mengesahkan telah pun menerima surat mengenainya.Walau bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu,sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid,20 Januari ini.Polemik perebutan kuasa antara Azmin dan Khalid bukanlah perkara yang asing khususnya di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak. 

Malah Azmin sebelum ini dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014,selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.Malah,sebelum itu,Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.Bagaimanapun,difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid. 

Di kalangan penyokong Azmin,mereka merasakan Menteri Besar Selangor itu dilihat sebagai lemah dan tidak layak untuk menerajui kerajaan negeri. Manakala di pihak Khalid pula,mereka melihat Azmin sebagai pengacau kerana cuba memonopoli kepimpinan PKR.Mungkin disebabkan faktor itu juga,Khalid baru-baru ini ada membayangkan akan turut bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan PKR Mei ini. Sekiranya tiada calon lain yang berminat untuk menawarkan diri,pertandingan itu bakal menjadi medan penentu bagi mengukur kekuatan antara mereka. Walaupun ada yang mengatakan Azmin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk kekal sebagai Timbalan Presiden, namun faktor sokongan Wan Azizah tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana Wan Azizah juga mempunyai ramai penyokong setia yang jelas tidak berkenan dengan watak dan peribadi Azmin. 

Malah ketika PKR berdepan dengan kemelut untuk melantik Menteri Besar Selangor, 'suara' Azizah ternyata berjaya untuk menyingkirkan Azmin.Walaupun menurut sumber,Anwar sebelum ini telah bersetuju dan berjanji untuk melantik 'anak emasnya' itu bagi menggantikan Khalid.Persoalannya apakah pemecatan ini disebabkan Azmin memang tidak layak atau sememangnya wujud campur tangan pihak tertentu untuk menyingkirkannya ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PEMBANGKANG SENGAJA PUTAR BELIT ISU #KANGKUNG UNTUK ALIH PERHATIAN RAKYAT !!!

Posted: 14 Jan 2014 04:00 AM PST


Penyanyi nasyid tersohor tanah air,Hafiz Hamidun menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook,Twitter dan Instagram mereka.Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC,itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu,berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.   

"Nampaknya kita lebih gemar 'share' cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul" luahnya di laman Twitter miliknya.Paling menarik,status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai 'favourite'.Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya,seramai 18,386 orang telah menekan butang 'like' dan  dikongsi oleh 1,082 orang.   


Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman.Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini,bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian,kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang.Dalam erti kata mudah,perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat,bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras,gula,minyak dan sebagainya.   

Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan,ia ditetapkan oleh pengilang,pengedar,pemborong,penjual dan sebagainya.Oleh itu sebagai pengguna,rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.Berbalik kepada isu yang dibincangkan,walaupun pembangkang cuba menjadikan #kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan.

Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW,ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.Contoh polemik penggunaan kalimah Allah,perebutan kuasa di Selangor antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim,penutupan pusat Giat Mara dan sebagainya.

Berikut adalah antara komen pengguna media sosial berhubung isu #kangkung :   

Mega Sutera isu kangkung lebih menarik perhatian dari isu penutupan giat mara...adakah ini kejayaan kacang merah?   

Saikopen Saiko Kaum cina rileks aje... yang bising...kenapa kita SPIN isu nie... cari maksudnya bukan ayatnya...   

Saikopen Saiko cuba lihat sekeliling... bising bab KANGKUNG ... Kita diam dalam bab TUTUPNYA PUSAT LATIHAN GIAT MARA...bila tutupnya pusat itu.. bermakna TUTUPNYA SALAH SATU PENDIDIKAN ISLAM.... lihat betapa cerdiknya Orang Kristian PERBODOHKAN ORANG ISLAM.... TUMBANGNYA INSTITUSI ISLAM... GELAK GELAK GELAK.. AKHIRNYA KITA JUGA BERSAMA DENGAN GOLONGAN TERSEBUT... WALLAHUALAM.. 

Polong Al TMx Bodoh ker khalid nak tutup giat mara yg dah jd darah daging kaum melayu selama nie hakhak melaikan isu untk tutup isu besar yg lain...fikir2 hakhak 

Samuel Hashim Sayur sayuran dan kangkong je jadi contoh permulaan projek utk 10,000 perserta he he he..apa pun saya nampak kerajaan mahu menggalakan bumiputera berusaha berniaga dlm semua perniagaan..dan bermaufakat dlm semua perniagaan dari ahli2 dari akaq umbi sampai keatas party umno BN.Pemimpin dan ahli2 akar umbi menghuluran perbagai bantuan hal2 isu yg tahu tentang keperluan hidup bumiputera.Harap2 semua ahli mainkan peranan menjayakan hasrat pasaran perniagaan hal2 keperluan hidup supaya tidak di monopoli satu kaum saja..amin.   

Firdaus Azil The level of intelligence around here is worrying. Feeling suffocated reading these unfunny jokes and trolls about kangkung.Are you considering yourself as funny? Its nowhere near funny. It is silly   

FarEast Roslan nk buat mcm mana,kt Malaysia ramai sgt taksub bpolitik...x kira la kalau najib sebut apa pun..tetap kena balik kt dia sbb bila hati dah benci kt org..kata la apa pun,tetap org pusing..   

Nur Arisyah bodonye......pm kate ttg kangkung sbb ape sblm ni?? npe lA bodo bangang sgt. pastu puak korg slps tu abs sindir gile kangkung, x ke bodo nmenye tu   

Aisyah Haziq Haiqal Apa ada pada kangkung...cuma sekadar sayur...nak jd isu sangat watpe...manusia2 yg suka mengaib dan mengajuk org lain...Selebihnya biar Allah yg tentukan.kita bkan sesiapa..nabi bkan..malaikat apalagi...kita cuma manusia biasa..xda sempurnanya.gunakan pendekatan menegur secara sopan..bkan menghina. .muhasabah diri lebih baik..yg baik dtg dari Allah,dan yg buruk sebenarnya dari kita sendiri.salam maulidur rasul.... 

Kesimpulannya walaupun,para penyokong pembangkang dan tidak ketinggalan para macai mengatakan isu #kangkung menjadi satu topik perbualan hangat kononnya rakyat marah adalah merupakan sebahagian dari strategik mereka.Sedangkan masih ramai lagi yang bijak dan faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.   

Salam Maulidur Rasul buat semua

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! TEORI #KANGKUNG #KANGKONG DALAM #PR #PAS #PKR #DAP DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 14 Jan 2014 12:51 AM PST


sehari dua ni kecoh dengan spin puak PR berkenaan isu kankung.korang faham kerr maksud PM,Datuk Seri Najib tu ??? maksud PM tu sebagai kenapa harga turun tak nak bising ??? itu adalah contoh.kan beliau beritahu,beliau melihat suratkhabar.puak PR ni kalau dapat isu confirm spin.jom lihat kembali video penuh di bawah



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! AKHIRNYA GERAKAN '#DINASTILIM' BERJAYA SINGKIRKAN VETERAN #DAP JOHOR !!!

Posted: 13 Jan 2014 09:27 PM PST


Seperti yang telah di duga,Ahli Parlimen Kluang,Liew Chin Tong tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk menyingkirkan mantan Pengerusi DAP Johor,Dr Boo Cheng Hau.Dia telah dipilih oleh jawatankuasa DAP negeri Johor yang baharu sejurus selepas konvensyen tahunan parti itu yang ke-17 yang diadakan kelmarin.Paling menarik,ramai pemerhati politik melihat kejayaan Chin Tong menewaskan Cheng Hau itu, sebagai 'kemenangan' Setiausaha Agung dan Penasihat DAP Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang yang memang telah lama berhasrat ingin menyingkirkan pengaruh dan kuasa bekas Pengerusi DAP Johor itu.Terdahulu,seramai 303 daripada 528 perwakilan yang hadir pada konvensyen parti itu, telah memilih 15 anggota jawatankuasa DAP Johor daripada 23 calon yang menawarkan diri.Pada pemilihan itu,Cheng Hau telah memperoleh 219 undi untuk berada di tempat ke-10 manakala Chin Tong hanya mampu berada di tempat ke-14 dengan 185 undi.   

Persoalannya ialah,bagaimanakah mereka yang hanya mampu menduduki tempat ke-14 (hampir tersingkir) boleh terpilih sebagai Pengerusi Negeri yang baharu ??? Sedangkan kalau dikira mengikut undi majoriti (popular votes),Chin Tong jelas tidak layak untuk menerajui kepimpinan peringkat negeri.Bukankah mereka sebelum ini begitu berbangga dengan teori undi popular yang dijadikan hujah kononnya secara majoriti rakyat telah memilih pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu ??? Jadi mengapa pendekatan yang sama tidak diguna-pakai dalam sistem 'pemerintahan' DAP ??? Apakah ia bermaksud pendekatan 'undi popular' bukanlah kayu pengukur kepada lambang demokrasi seperti yang diwar- warkan sebelum ini ??? Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Hamim Samuri ketika diminta mengulas perkembangan politik Johor ini menjelaskan pertandingan itu sebenarnya merupakan pertembungan antara dua kumpulan besar di dalam DAP Johor. Ini kerana ia melibatkan antara Cheng Hau sebagai veteran DAP dan kumpulan 'Dinasti Lim' yang diwakili oleh Chin Tong.

"Penyokong DAP ini buta, dah memang jelas parti itu tidak menampakkan sebarang ketelusan.Sebagai contoh yang mengundi di dalam pemilihan baru-baru ini pun hanya separuh dari perwakilan.Persoalannya mana pergi yang selebihnya. Malah sudah ada banyak rungutan kerana tidak dapat hadir untuk mengundi, kerana tidak mendapat sebarang surat jemputan dan sebagainya" katanya. 

Hamim turut menjelaskan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa parti itu sedang cuba mewujudkan satu pemerintahan ala Dinasti, di mana Kit Siang pada ketika ini sedang cuba untuk menguatkan pengaruh dan sokongan ahli parti itu terhadap anaknya.Sudah enam Perdana Menteri Malaysia bertukar namun Kit Siang yang sudah berada dalam arena politik sejak zaman Perdana Menteri pertama masih tidak lagi sanggup melepaskan kuasa.DAP selalu menyelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang gila kuasa namun sudah satu dekad beliau bersara dalam politik apabila tidak lagi bertanding dalam pilihan raya sejak 2003 selain melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.   Namun Kit Siang masih lagi beria-ria bertanding dalam pemilihan DAP selain bertanding dalam pilihan raya umum serta masih memegang jawatan sebagai penasihat DAP.Paling mengejutkan juga, mana-mana pemimpin yang dilihat tidak sehaluan atau mengkritik kepimpinan 'Dinasti Lim' akan segera disingkirkan atau dipecat. Sejak PRU13, DAP telah memecat seramai 38 ahli hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan pemimpin tertentu dalam DAP.   

Contohnya pemimpin DAP India dari Johor,Murugan A.Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam telah dipecat hanya kerana mereka mengamalkan demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP iaitu demokrasi demonstrasi.Sikap hipokrit DAP ini amat jelas apabila mereka yang paling lantang menjerit tentang soal demonstrasi dalam demokrasi dan apabila pihak Kementerian Dalam Negeri menahan penyokong yang menyertai demokrasi maka BN akan dituduh sebagai anti demokrasi.Namun apabila pemimpin mereka sendiri melancarkan demonstrasi, mereka pula dipecat.Kesimpulannya DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan nepotisme,kronisme,rasisme dan anti demokrasi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...