BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! #COMANGO ADALAH PERTUBUHAN HARAM,TAK LAYAK PERTIKAI ISLAM !!!
- KANTOI !!! UGUT BUNUH #HANNAHYEOH !!! PENIPUAN #DAP DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! #BAHASAJAWI !!! APA MASALAH MUBALIGH #KRISTIAN NI ???
- #VIDEOSEKS !!! #NALLAKARUPPAN CABAR #ANWARIBRAHIM TERUSKAN SAMAN FITNAH !!! ADA BERANI ???
- #KALIMAHALLAH !!! #KHALIDIBRAHIM BAGI TEKANAN KAT #JAIS !!! APA CERITA NI ???
BONGKAR !!! #COMANGO ADALAH PERTUBUHAN HARAM,TAK LAYAK PERTIKAI ISLAM !!! Posted: 11 Jan 2014 07:30 AM PST Akhir-akhir ini,Malaysia diasak dengan begitu hebat oleh berbagai pertubuhan (NGO) yang mewakili fahaman liberal.Selain memakai nama NGO,mereka juga turut berjuang melalui politik secara tidak langsung.saya dapat melihat sendiri bagaimana parti seperti PKR dan DAP turut memberi sokongan kepada perjuangan liberal NGO- NGO ini.Bagi memberi 'impak' kepada perjuangan mereka,golongan berfahaman liberal ini telah memilih untuk menubuhkan kerjasama yang diberi nama COMANGO.Kononnya,dengan menunjukkan yang begitu banyak NGO yang turut membawa suara yang sama maka ia bermakna mereka mewakili jumlah rakyat Malaysia yang ramai.Hakikatnya,hampir kesemua NGO yang disenaraikan diwakili oleh muka-muka yang sama.Malah,muka-muka yang sama juga turut berada dalam parti politik pembangkang tadi.Ini menunjukkan yang mereka sebenarnya tidak mewakili seramai mana rakyat Malaysia,tetapi hanya segelintir sahaja yang sama ada benar-benar berpegang kepada fahaman liberal ataupun sekadar membenci Islam dengan sepenuh hati. Oleh kerana COMANGO turut menjulang demokrasi,maka COMANGO seharusnya faham bahawa kerajaan tidak boleh mengutamakan tuntutan mereka yang hanya mewakili segelintir rakyat sedangkan ianya bertentangan dengan pegangan majoriti.Namun,jelas COMANGO gagal memahami konsep demokrasi yang dilaung-laungkan mereka sendiri.Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh COMANGO adalah haram menurut Islam.Contohnya,hak LGBT dan hak umat Islam untuk murtad.Mungkin kerana COMANGO gemar memperjuangkan perkara haram, maka pertubuhan itu juga lebih selesa untuk wujud secara haram.COMANGO tidak berdaftar dengan ROS atas alasan ia sebuah kerjasama dan tidak perlu berdaftar.Bukan sahaja COMANGO itu haram tetapi rakan sekutu mereka seperti SUARAM juga haram.Malah,PR yang 'mesra' COMANGO juga terbentuk secara haram iaitu tidak pernah berdaftar.Tidak cukup dengan itu,salah satu parti sekutu pakatan itu,iaitu DAP juga ditadbir oleh jawatankuasa haram !!! Sebuah perjuangan haram,yang diterajui oleh kerjasama haram di kalangan kumpulan yang juga haram atau separa haram tentulah tidak layak untuk mempertikaikan undang- undang yang sah,apatah lagi agama.COMANGO kononnya memperjuangkan hak asasi manusia tetapi di masa yang sama ia mempertikai hak Islam dan umat Islam ke atas agamanya dan negaranya. COMANGO seolah-olah ingin semua manusia mengikut 'kepala-otak' mereka dalam menentukan peraturan hidup di dunia. Sedangkan dunia ini telah pun dijadikan dengan peraturan.Kitaran planet di atas paksi masing-masing,kejadian malam dan siang malah aliran darah di dalam tubuh manusia juga mengikut peraturan yang tepat dan sempurna.Sekiranya ditukar atau berubah,maka bencanalah jawabnya.Ini adalah logik akal yang turut ditekankan dalam agama Islam.Oleh itu,Islam menetapkan hukum yang tepat dan sempurna juga untuk kehidupan manusia di mana lelaki pasangannya perempuan bukan lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Sekiranya hukum ini diabaikan maka ia bakal membawa bencana dalam masyarakat iaitu keruntuhan moral dan penyakit yang mampu berjangkit dan berterusan dalam susur galur keturunan.Dalam COMANGO mendabik dada sebagai berfikiran terbuka,fikiran mereka sebenarnya tertutup kerana enggan menerima pendapat dan pandangan orang lain.Otak mereka langsung tidak mampu menerima sebarang maklumat berbeza dari pendapat mereka kerana merasakan mereka telah tahu segala-galanya.Akhirnya,tinggallah mereka di alam yang sempit kononnya mencapai puncak tamadun walhal, apa yang diperjuangkan mereka adalah bertentangan dengan tamadun.COMANGO terus berdiri megah konon diperakui oleh pertubuhan hak asasi antarabangsa dan atas sebab itu mereka tidak perlu berdaftar. Bagaimanapun,kenyataan COMANGO ini hanya menguatkan lagi bukti bahawa mereka membawa agenda asing yang bertentangan dengan aspirasi negara.Tindakan memaksa ajaran dan fahaman asing ke atas Malaysia membuktikan hipokrasi COMANGO.Ini kerana jika benar berpegang kepada hak asasi dan kebebasan,kenapakah Malaysia tidak boleh dibiarkan bebas membentuk negara mengikut acuan Islam ??? Apakah Malaysia dan umat Islam tidak mempunyai hak asasi ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! UGUT BUNUH #HANNAHYEOH !!! PENIPUAN #DAP DIDEDAHKAN !!! Posted: 11 Jan 2014 04:00 AM PST Hanya kerana kenyataan tidak prihatin terhadap wanita hamil,Hannah Yeoh membuat aduan kepada rakyat bahawa beliau telah diugut bunuh.Begitulah terdesak dan murahnya politik Speaker DAP yang bergaji lebih tinggi dari Perdana Menteri ini.Taktik mewar-warkan berita menerima ugutan bunuh apabila kehabisan modal membela diri merupakan strategi yang telah terlalu sering digunakan oleh DAP.Contohnya,Karpal Singh melaporkan menerima peluru hidup pada Mei 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Februari 2009.Lim Guan Eng juga pernah membuat laporan menerima ugutan bunuh pada September 2013.Skrip ugut bunuh yang paling dramatik pula tentunya dimenangi oleh Anwar Ibrahim di mana beliau terpaksa mengangkut berbelas pengawal peribadi untuk ke beberapa majlis pada ketika tertentu.Bagaimanapun,di ketika lain,Anwar begitu bebas 'meninjau' LRT dan juga ke seluruh pelusuk negeri dan negara tanpa perlu bimbang terhadap keselamatan dirinya. Mungkin ugutan bunuh terhadap Anwar hanya sah pada dan ketika tertentu sahaja.Kononnya lagi,ugutan bunuh itu pernah diperpanjangkan kepada anak dan isteri Anwar juga.Namun,sehingga hari ini tiada siapapun di antara mereka ini yang dibunuh.Dalam kes Hannah,kurang jelas bagaimana ugutan bunuh dilakukan kerana Hannah tidak membuat laporan polis dan sekadar membuat laporan akhbar.Dalam laporan itu pula,Hannah lebih banyak merengek menceritakan bagaimana beliau dimarahi rakyat kerana tidak prihatin terhadap wanita hamil berbanding menceritakan secara terperinci tentang ugutan tersebut.Nampaknya Hannah juga telah ketandusan idea dan terpaksa meraih simpati dengan mencari publisiti murah, sama seperti tindakan 'bos-bosnya'.Jelas,Hannah tidak cukup bijak untuk memahami bahawa taktik ini sudah basi.Rakyat sudah mual mendengarnya.Apa ke jadahnya Hannah diugut bunuh hanya kerana satu kenyataan bodoh ??? Bukankah lebih baik membiarkan Hannah hidup untuk dijadikan bahan ketawa ??? Dan tindakan Hannah mengadu konon diugut bunuh membuatkan kita ketawa lebih besar lagi.Apa yang kita tahu, kerja-kerja mengugut ala samseng ini adalah kerja DAP.DAP yang paling galak membela samseng dan penjenayah. DAP yang paling giat menjana perniagaan gelap yang berkaitan samseng dan penjenayah.Jika benar ada ugutan,maka ia pastinya kerja dari dalam DAP sendiri.saya tidak pernah lupa bagaimana Teoh Beng Hock 'terpaksa' mati bagi menyelamatkan pemimpin DAP.kita semua faham bahawa Hannah sebenarnya buntu apabila semakin ramai yang memandang serong terhadap Ratu Kristian Evangelis ini.Bermula dari kenaikan gajinya yang begitu drastik dan sikapnya mempertahankan kenaikan itu,rakyat mula meraguinya.Justeru,ramai yang tidak terkejut apabila Hannah langsung tidak prihatin terhadap wanita hamil apatah lagi apabila yang terlibat itu adalah Melayu. Selama ini, seperti juga pemimpin pembangkang yang lain,Hannah begitu lantang mengkritik kerajaan persekutuan terutama isteri Perdana Menteri atas tuduhan 'boros'. Laman sosial Hannah juga tidak pernah kering dengan sindirian dan kecaman terhadap kerajaan terutama mengenai ekonomi.Kononnya kerajaan perlu berjimat cermat dan lebih prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat.Namun,dalam keprihatinan Hannah terhadap rakyat, dengan tidak semena-mena, gajinya pula yang meningkat.Peningkatan itu pula bukan sebanyak 10%-20% tetapi 268%! iaitu dari RM6109.29 kepada RM22,500.Justeru,tidak hairanlah Hannah terpaksa menggunakan taktik paling bodoh untuk meraih simpati dan publisiti tahap lelong dengan mewar-warkan bahawa beliau telah menerima ugutan bunuh.Logiknya,tiada siapa yang perlu mengugut Hannah kerana beliau langsung tidak signifikan dalam hidup rakyat Malaysia.Nasihat saya pada Hannah carilah cara lain untuk mencari publisiti kerana cara ini sudah basi. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #BAHASAJAWI !!! APA MASALAH MUBALIGH #KRISTIAN NI ??? Posted: 11 Jan 2014 12:30 AM PST Belum pun isu mengenai kalimah Allah reda,masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan dengan tindakan biadab segelintir pihak yang sengaja ingin mencetuskan api perkauman.Ia ekoran dari pendedahan mengenai sekeping surat rasmi,yang meminta agar tulisan jawi di papan tanda di sebuah Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam dipadamkan.Ini kerana,menurut kandungan surat tersebut ia bukan merupakan 'amalan' yang biasa dipraktikkan di setiap sekolah mubaligh Kristian.Surat tersebut di katakan telah dihantar oleh sebuah pertubuhan Kristian,yang dikenali sebagai 'Sisters of The Infant Jesus'.Paling menarik perhatian,apabila surat tersebut turut menegaskan, perkara tersebut (pendekatan menggunakan tulisan jawi di papan tanda sekolah) TIDAK AKAN DIBENARKAN. Menurut sejarah,sekolah mubaligh Kristian atau dikenali juga sebagai 'sekolah Mission' adalah merupakan sekolah yang diwarisi sejak sebelum merdeka.Secara dasarnya sekolah convent adalah merupakan sebuah sekolah aliran Kristian yang diasaskan oleh pertubuhan itu melalui usaha yang digerakkan oleh para mubaligh dan biarawati mereka.Namun selari dengan peredaran masa,semua sekolah mubaligh Kristian telah bersetuju dan menerima untuk melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan.Dalam erti kata mudah,sekolah ini terdiri daripada dua kategori iaitu sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh Jabatan pendidikan negeri.Malah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara,semua sekolah mubaligh ini telah diberikan status Sekolah Kebangsaan kerana melaksanakan kurikulum kebangsaan. Maka persoalan yang timbul ialah,mengapakah sebaris tulisan jawi di papan tanda sekolah itu perlu dijadikan isu ??? Apakah dengan adanya tulisan tersebut akan menghilangkan,menggugat atau melemahkan peranan sekolah tersebut ??? Kesimpulannya hanya dengan sebaris ayat jawi (yang menggunakan huruf arab) telah menyebabkan pertubuhan Kristian 'Sisters of The Infant Jesus' merasa tidak selesa dan kurang senang.Cuba bayangkan perasaan yang dirasai oleh masyarakat Islam apabila pihak gereja cuba untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#VIDEOSEKS !!! #NALLAKARUPPAN CABAR #ANWARIBRAHIM TERUSKAN SAMAN FITNAH !!! ADA BERANI ??? Posted: 10 Jan 2014 09:00 PM PST Bekas rakan karib Anwar,Datuk S. Nallakaruppan menggesa agar kes saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera.Menurut ahli dewan negara itu,kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang perlu disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.Nala di dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata,sepanjang persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi. "Mahkamah adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia Anwar.Sebab itu dalam perkara ini,saya tidak mahu bertindak terburu-buru".Nalla berkata beliau hairan mengapa PR melantik Anwar untuk menjadi pemimpin pembangkang.Beliau juga menggesa pemimpin PAS,Datuk Nik Aziz, untuk mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi pemimpin islam "Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual,Orang menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi saya tidak.Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman),jika dia adalah orang yang di pihak benar.Dia boleh menipu orang ramai,tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Saya akan mendedahkan di mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai perkara ini," katanya. Ekoran kenyataan itu,pada 26 Mac 2012,Anwar selaku plaintif telah mengemukakan saman fitnah terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Mac 2012. Menurut Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga,beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti."Saya tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari.Saya akan bawa bukti,sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar.Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu. Paling menarik apabila banyak pihak sebelum ini mengatakan saman fitnah Anwar ini hanyalah merupakan gimik dan sandiwara murah untuk menarik simpati rakyat.Mereka juga turut melahirkan keyakinan bahawa ia akan ditarik balik di saat-saat akhir.Malah apabila diteliti semua tindakan yang dilakukan sebelum ini,ternyata ia menepati seperti yang diramalkan ituContohnya kes saman fitnah Anwar terhadap tokoh akademik,Dr. Chandra Muzaffar yang berjumlah RM10 juta sebelum ini telah ditarik balik dan direkodkan untuk penyelesaian di luar mahkamah.Begitu juga dengan dua saman fitnah yang difailkan olehnya sebelum ini terhadap Timbalan Menteri Luar,Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin turut diselesaikan di luar mahkamah. Persoalannya apakah Anwar berani untuk meneruskan saman terhadap Nalla ini atau ia juga akan ditarik kembali pada saat-saat akhir.Bak kata pepatah 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#KALIMAHALLAH !!! #KHALIDIBRAHIM BAGI TEKANAN KAT #JAIS !!! APA CERITA NI ??? Posted: 10 Jan 2014 06:00 PM PST Pertama sekali,ada baiknya kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri Selangor yang begitu prihatin dan peka dengan sensitiviti para pemimpin DAP yang marah dengan tindakan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Ia ekoran dari tindakan JAIS pada 2 Januari lalu,yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.Atas sebab itu,kerajaan PKR Selangor,pimpinan Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan JAIS agarmemulangkan kembali 300 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas sebelum ini sekiranya kitab tersebut telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Dalam negeri (KDN).Ini bermaksud,Khalid cuba mengelak dari membuatkan keputusan yang bakal merugikan kerajaan pimpinan pakatan rakyat itu. Ini kerana sekiranya beliau memilih untuk menyokong tindakan JAIS,maka beliau bakal berdepan dengan 'amukan' dari pimpinan DAP. Manakala sekiranya beliau memilih untuk tidak menyokong tindakan JAIS, kerajaan pimpinannya sudah pasti akan menerima kecaman dari masyarakat Islam yang telah menyokong PR selama ini.Oleh yang demikian,beliau cuba mengambil jalan selamat dengan meletakkan tekanan tersebut kepada kerajaan persekutuan walaupun pada hakikatnya,JAIS adalah merupakan jabatan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.Tidak cukup dengan arahan tersebut itu, kerajaan negeri juga memutuskan,JAIS diWAJIBkan untukmengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.Dalam erti kata mudah,kerajaan negeri Selangor telah mengetatkan syarat-syarat operasi yang digunakan sebelum ini.Arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu itu adalah merupakan hasil dari keputusan yang dicapai di dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam. Persoalannya apa perlunya SOP ini diperketatkan,sedangkan menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam,Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri,Sallehen Mukhyi sebelum ini,JAIS telah mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum melakukan operasi tersebut.Malah Khalid sendiri sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan, untuk mengambil tindakan terhadap para pegawai JAIS. "Semakan bagi memastikan pegawai penguatkuasa Jais mematuhi (prosedur) operasi standard yang telah ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat pelanggaran peraturan atau kecuaian semasa melakukan rampasan dan serbuan tersebut," katanya. Kesimpulannya mudah,kedua-dua keputusan yang dibuat itu,apabila diteliti semula adalah merupakan tindakan bagi menjaga hati pimpinan DAP yang hampir 80 peratus adalah merupakan penganut agama Kristian. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment