Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Mahfuz Bean Kata Mukhriz Lembab? #HanyaDiKedah
- EKSKLUSIF! Ustaz Pas Kata Mat Sabu Tak Solat Jumaat? #HOT #SyiahSesat @UMonline @SinarOnline
- INFO! Ayahanda Tun Dr Mahathir Nasihatkan Kerajaan Tentang 'Barang Naik'! #HOT
PANASS!! Mahfuz Bean Kata Mukhriz Lembab? #HanyaDiKedah Posted: 27 Dec 2013 05:16 AM PST
Mahfuz Bean Omar, Bekas Naib Presiden Pas yang telah kalah baru-baru ni akibat ditolak oleh ahli parti sendiri mengkritik Mukhriz Mahathir sebagai MB yang lambat rancangan pembangunan. Tak percaya baca kat bawah n.. ALOR SETAR – Pas Kedah menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai seorang menteri yang lambat bertindak untuk merancang pembangunan di negeri ini selepas mengambil alih pentadbiran daripada PR pada PRU13 lalu. Betui ka Mukhriz lembab rancang pembangunan? Atau Mahfuz sendiri tak tahu apa yang kerajaan negeri Kedah lakukan sekarang. Mahfuz tahu atau tidak bahawa Kedah dibawah Dato' Paduka Mukhriz, bukan setakat merancang malah, usaha pembangunan Kedah berjalan serentak, dan jajaran perancangan dan pelaksanaan sentiasa dibuat bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar. Makmal Transformasi Kedah telah selesai beberapa bulan lepas, melibatkan semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklumat dan membina landasan secara menyeluruh untuk pembangunan negeri. Dalam tahun ni saja berapa banyak pelabur luar masuk ke Kedah, lebih 10 billion pelabur luar datang melabur. Masa zaman Pas dulu, 5 tahun merintah, rasanya tak sampai 1 billion pun pelabur luar yang masuk. Tu pun Mahfuz kata Mukriz lambat. Kalau Mukhriz lambat, Pas dulu nak panggil apa 'mekgot' ka? Semua yang Mukhriz buat, tu belum masuk Bajet Kerajaan negeri untuk tahun 2014 lagi.. Belanjawan Kedah 2014 1. 10 juta untuk pinjaman mudah bagi Usahawan Muda. 2. Rm16.8 juta untuk projek kecil khas bagi kawasan luar bandar. 3. 20 ribu unit rumah mampu milik akan dibina. 4. Bayaran lesen penjaja DIHAPUSKAN. 5. 24.5 juta untuk Bantuan Kebajikan. 6. Kursus Perkahwinan PERCUMA. 7. Rm 7 juta untuk pertanian dan ternakan. 8. Unit Pembangunan Usahawan akan ditubuhkan. 9. BONUS setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan negeri. 10. Majlis Sukan Daerah akan ditubuhkan di setiap daerah dan mendapat peruntukan sebanyak rm200k. 11. 190 juta untuk baiki JALAN,titi dan lain-lain. 12. Rm 3.3 juta untuk membaiki rumah awam. 13. Elaun Tok Siak dinaikkan rm200 14. Bantuan rm100 pada setiap bayi yang baru lahir bermula 1 January. 15. Maktab Mahmud mendapat bantuan kerajaan pusat. 16. rm10 juta peruntukan kepada pasukan bola sepak Kedah. Malah kini kerajaan negeri Kedah mengasingkan pendapatan hasil patuh syariah dari yang tidak. Pendapatan hasil patuh syariah akan digunakan pada pembangunan Islam di Kedah, seperti elaun, imam, tok siak, sekolah agama, masjid, surau dan lain-lain. Masa zaman Pas dulu ada buat macam ni? 5 tahun Pas merintah Kedah, Pas hanya kurangkan balak saja.. yang lain takdak! Malah hutang makin bertambah, tengok KUIN sudah laa.. 700juta hutang bank. Sapa nak bayar? Bengap sungguh si Mahfuz ni.. McTheory: Bila orang kata bodoh marah.. tapi memang betui pun.. | ||
EKSKLUSIF! Ustaz Pas Kata Mat Sabu Tak Solat Jumaat? #HOT #SyiahSesat @UMonline @SinarOnline Posted: 26 Dec 2013 10:36 PM PST Kini pendedahan terhadap syiah dalam Pas dah masuk peringkat yang agak menarik! Sebelum ini Mc dah dedahkan kenapa Pas tak nafikan 8 dakwaan KDN terhadap mereka jika betul mereka tidak menyokong syiah. Nak tengok boleh klik SINI. Kemudian, Ustaz Ashiq Elahi mendedahkan bahawa, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas sememangnya syiah sejati, malah ketika bersolat pun, beliau tidak mahu dihampar dengan sejadah. Pelik tapi benar.. namun itulah yang berlaku.. video tu boleh tengok kat SINI. Dalam video kali ini.. Ustaz Ashiq mempertikaikan Mat Sabu, dia tidak bersolat Jumaat semasa berkempen PRU 13 di Pendang tempohari. Tengok video kat bawah.. Apakah benar Mat Sabu tak solat Jumaat? Adakah ini jawapan Mat Sabu? he he he.. Mc harap dapat sebarkan video ini.. kita tengok apa jawapan Mat Sabu tentang dakwaan ini. Kalau dia tak jawab, maknanya betul la tu.. McTheory: Jawab bang Mat jawabb.. | ||
INFO! Ayahanda Tun Dr Mahathir Nasihatkan Kerajaan Tentang 'Barang Naik'! #HOT Posted: 26 Dec 2013 05:21 PM PST Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep 'cost down' untuk mengurangkan pembaziran. "Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan. "Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan," katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini. Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan. "Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya," tulis beliau. Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED. "Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan," katanya. Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan. "Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak," katanya. Dr Mahathir turut menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu. "Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan," katanya. Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri. Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar. "Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar. "Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang," katanya. Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut. Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru. "Ia tidak terlalu memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat. Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang. "Baru-baru ini, Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain," katanya. Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas. Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment