BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR #MIRZANMAHATHIR DAN #SANMIQUEL DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Dec 2013 07:30 AM PST


Apa Kaitan Mirzan Mahathir dan San Miguel ??? dibawah adalah fakta sebenar yang rakyat tidak tahu.jom kita lihat satu persatu.

1. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah,negarawan yang kita sayangi. 

2. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers. Beliau juga telah dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan . 

3. Pada umurnya 37 tahun,beliau telah berjaya "menawan" dan "menyelamatkan" beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya. 

4. Pada tahun 2009,San Miguel,sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filipina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain. 

5. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp,Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan.Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.

Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR,UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina.Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA,malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi. 

6. Dalam masa setahun sahaja,atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas,infrastruktur,tenaga dan kuasa elektrik,perlombongan,telemunikasi dan perbankan dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010

7. Melalui syarikat San Miguel juga,sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya. 

8. "Jadi,adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?" itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini. 

9. Tetapi,pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai "ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK" yang terang-terangan tidak benar sama sekali. 

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme,tapi macam kata Tun Mahathir  "Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakan sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah" 

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu,"Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga,ya lah,saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat,tapi kalau dalam perniagaan tak pa lah,asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan".

anda fikirkan semua apa yang saya sebut diatas,pembangkang senantiasa mainkan benda yang tiada jadi ada,kepada pembangkang !!! jangan menfitnah tanpa mengetahui FAKTA sebalik kisah yang dilontar kerana kelak akan menambah dosa sendiri dan mempalit pada orang lain.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA #KERAJAANNEGERI #SELANGOR SAMUN #DUITRAKYAT DIDEDAHKAN !!!

Posted: 27 Dec 2013 04:00 AM PST


Setelah masuk penggal kedua mentadbir Selangor,pembangkang sudah sedar bahawa banyak daripada dasar serta program pembangunan yang mereka laksanakan sebenarkan merugikan kerajaan negeri.Dap yang merupakan sekutu PKR dan Pas sudah mula melihat sesetengah dasar yang diperkenalkan pada tahun 2008 ketika pembangkang mula menguasai Selangor sudah ketinggalan zaman atau 'outdated'.Lantas Naib Pengerusi DAP negeri,Teng Chang Khim membidas kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid Ibrahim supaya menilai semula program-program seperti pemberian air percuma.Air percuma sebanyak 20 meter padu merupakan program teras pembangkang yang diperkenalkan pada peringkat awal untuk menambat hati rakyat dan menarik sokongan kepada kerajaan negeri yang baru.Pembangkang heboh sekampung pertama kali mereka melancarkan program tersebut kerana pada mereka itulah satu-satunya ide paling hebat yang mereka fikir telah berjaya dijana oleh pemikiran pakar strategik mereka. Sejumlah RM382 juta telah dibelanjakan bagi program air percuma 20 meter padu dari tahun 2008 hingga 2011.Kalau diambil purata ini bermakna sepanjang tempoh tiga tahun kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan kira-kira RM127 setahun untuk program tersebut.Jika nilai purata itu dijumlahkan sehingga tahun 2013, ini bermakna kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR,Pas dan Dap telah meleburkan duit kerajaan yang dikutip dari pembayar cukai sebanyak RM635. 

Bayangkan pembangkang dengan mudah sekali membazir lebih daripada setengah bilion ringgit duit rakyat bagi tujuan politik yang akhirnya mengancam kedudukan kewangan negeri itu sendiri.Wang sebanyak RM635 boleh digunakan untuk membaik pulih aset-aset berkaitan kepunyaan negeri seperti loji pembersihan, ampangan dan sebagai yang banyak daripada amat memerlukan penyelenggaraan.Tapi sebaliknya Selangor memilih jalan mudah untuk jolikan wang RM635 itu untuk kepentingan politik mereka dan tidak memberi keuntungan kepada semua rakyat negeri itu.Isu penduduk pangsapuri yang berkongsi meter air induk masih belum diselelsaikan sehingga kini.Dikatakan hampir 300,000 penduduk negeri itu yang menghuni kediaman jenis pangpuri atau flet masih tidak menerima setitik pun air percuma yang digembar gemburkan itu.Jadi di mana keadilan sosial dan merakyatkan ekonomi yang begitu gah disebut-sebut dalam setiap ceramah politik mereka.Ini bukan merakyatkan ekonomi namanya tapi meranakan rakyat! Mungkin sebab itu Chang Kim mengingatkan menteri besar supaya mengkaji semula dasar populis tersebut. Ganjil bunyinya apabila pembangkang sendiri yang menggunakan istilah 'populis' terhadap pentadbiran mereka sendiri . 

Sebelum ini pembangkang menuduh kerajaan Barisan Nasional mengamalkan dasar populis tapi kini ludah yang mereka sembur ke langit jatuh bertempek ke muka mereka sendiri.Satu lagi dasar yang dikritik oleh bekas speaker itu ialah kegagalan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor menggunakan peruntukan yang diberi untuk tujuan pembangunan.Katanya setelah lima tahun memerintah,hanya antara empat dan 10 peratus sahaja bajet untuk kesemua 12 PBT tersebut telah berjaya digunakan.Adakah PBT juga turut mengikut pe'el menteri bersar yang dikatakan tangkai jering dan tidak mahu menggunakan peruntukan negeri untuk kebajikan rakyat. Mungkin PBT di Selangor juga berfikiran sedemikian bahawa wang yang diperuntukkan lebih baik disimpan di dalam bank untuk menjana faedah daripada dibelanjakan untuk pembangunan bagi kebaikan rakyat. 

Apa pun Selangor tidak lagi boleh mendabik dada segala program atau dasar yang diperkenalkan benar- benar mensejahterakan rakyatnya.Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri bergaji RM1 telah juga gagal untuk membawa Selangor ke tahap pembangunan ekonomi yang hebat dan cemerlang.Apa yang dinikmati di Selangor ketika ini adalah penat lelah dan jerih penat selama 50 tahun membangunakan negeri itu.Pembangkang hanya datang,tadbir dan nikmati segala apa yang ada sambil melaungkan kepada seluruh rakyat bahawa semua itu adalah hasil kerja mereka.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PAS #KELANTAN TOLAK HIMPUNAN GULINGKAN KERAJAAN !!!

Posted: 27 Dec 2013 01:00 AM PST


Keputusan Pas Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru ini pasti akan mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitu taksub dan fanatik dengan fahaman revolusi.Paling menarik apabila,keputusan tersebut dibuat dengan sebulat suara melalui mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ahmad Yaakob di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu.Menurut Menteri Besar Kelantan itu, Pas Kelantan memutuskan untuk tidak akan menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan,TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.

Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan laporan beberapa media dan portal pembangkang yang bertindak menyebarkan poster dan risalah mengenai perhimpunan pada malam 31 Disember ini.Walaupun mereka mendakwa himpunan yang diadakan itu bagi mendesak dan memberi amaran kepada kerajaan berhubung isu kenaikan kos sara hidup. Namun di dalam poster dan risalah yang disebarkan jelas tertera perkataan 'Himpunan Guling Kerajaan : 31 Disember 2013'.   


Pihak polis sebelum ini dilaporkan turut memburu beberapa individu yang dipercayai menjadi dalang dan penganjur program tersebut dan beberapa langkah proaktif turut diambil bagi menjaga kepentingan dan keselamatan pihak awam.Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124  C,Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.Manakala Pas Terengganu ketika diminta mengulas mengenai perkara yang sama menjelaskan pihaknya langsung tidak tahu menahu kerana tidak mendapat maklumat mengenainya.   

"Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (himpunan guling kerajaan) dan tidak tahu pula sama ada perkara itu disebarkan melalui laman sosial kerana maklumat itu pun tidak sampai," kata Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat   

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan,disebabkan keputusan yang dibuat itu Pas Kelantan telah dikecam oleh beberapa individu melalui laman sosial Facebook."Menteri Besar Kelantan jadi dayus suruhan Najib Altantunya setelah bersalam dengan Najib! Leher Amat Yaakob dah menjadi seperti kura-kura masuk dalam cengkerang!" kata salah seorang penguna Facebook di laman sosial itu.   

Kesimpulannya walaupun Pas secara dasarnya menyokong himpunan yang bakal diadakan itu,namun masih ada segelintir di kalangan mereka yang jelas tidak bersetuju dengan pendekatan radikal sesetengah pihak yang terlalu kemaruk inginkan kuasa.Ini kerana,mereka sedar percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan hanya akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekali gus merugikan rakyat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH BUKTI #MATSABU PENGANUT #SYIAH DIDEDAHKAN !!!

Posted: 26 Dec 2013 10:00 PM PST


ramai yang mengatakan mat sabu bukan penganut syiah.habis tu bukti dibawah apa cerita ??? lain kali jangan nak kencing rakyat.kan semua dah terdedah.mari kita lihat semua bukti yang didedahkan oleh ahli PAS sendiri





APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! HIMPUNAN GULING KERAJAAN !!! #RAFIZIRAMLI TERPIJAK #TAHI SENDIRI !!!

Posted: 26 Dec 2013 06:00 PM PST


Kalau tak kerana ada si bengong yang jadi penyokong Pakatan Rakyat teruja dan mula berkempen untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi dengan mengambil contoh Mesir dan Libya,pastilah sekarang ini Pakatan Rakyat,khususnya PKR akan mendabik dada yang mereka adalah juara memperjuangkan rakyat dan menentang sebarang kenaikan kos.Malangnya,pendedahan menunjukkan yang memulakan kempen berkenaan adalah golongan muda yang tegar menyokong Pakatan Rakyat.Antara mereka termasuklah seorang aktivis yang menuntut Royalti Petroleum Terengganu,Syed Husain Solahuddin bin Syed Hasan.Dia merupakan ahli PAS yang cukup aktif memberikan ceramah serta terlibat dalam pelbagai aktiviti parti berkenaan selain mengendalikan blognya sendiri.Kempen-kempen yang dijalankan menerusi Facebook,terutama sekali di laman-laman pro Pakatan seperti KERAJAAN RAKYAT,sememangnya tidak dapat dinafikan membabitkan Pakatan Rakyat secara tidak langsung,memandangkan kesemua mereka adalah penyokong tegar Pakatan. 

Namun sedar tentang implikasi yang timbul selain kes Lahad Datu yang belum selesai-selesai,para pemimpin Pakatan,khususnya PKR mula menafikan demonstrasi yang dirancang pada tengah malam 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka nanti,bukan kerja Pakatan Rakyat dan bukan kerja PKR.Sedangkan berdasarkan kepada aturcara,antara yang akan berucap adalah Anwar Ibrahim dan beberapa orang pemimpin penting PKR.Rafizi Ramli yang terkantoi dalam kes kerajaan jual aset negara,cuba mengalihkan perhatian kepada demonstrasi berkenaan.Dia cuba menimbulkan persepsi bahawa demonstrasi tersebut adalah gerakan kemarahan rakyat,bukannya yang dianjurkan oleh PKR dalam usaha menghasut rakyat agar melakukan rusuhan untuk menunjukkan kemarahan sekaligus menumbangkan kerajaan sedia ada menerusi gerakan berkenaan.Dalam keadaan ini,siapa sebenarnya yang akan mendapat manfaat daripada demonstrasi besar-besaran yang kemudian menggoyahkan keutuhan sesebuah kerajaan ??? Mana mungkin PKR tidak terlibat sekiranya,dalam ucapan berapi-api yang bertujuan menghasut rakyat agar turun ke jalanan, para pemimpinnya sentiasa memberikan bayangan bahawa 'KEZALIMAN INI HARUS DIHENTIKAN' dan 'KUASA HARUS DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT'.Siapa yang zalim dan siapa pula rakyat yang dimaksudkan ??? Apakah kerajaan yang ada sekarang ini bukan Kerajaan yang dinaikkan oleh rakyat menerusi proses demokrasi ??? Apakah kerana undi popular kerajaan sekarang pada 47% berbanding Pakatan Rakyat 53% menjadikan ini bukan kerajaan rakyat ??? 

Bagaimana pula dengan penguasaan 133 Kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Kerajaan sekarang berbanding pembangkang ??? Setiap demonstrasi yang melibatkan penentangan kepada kerajaan, pasti akan ada tangan-tangan Pakatan Rakyat.Walaupun yang menjadi pemimpin demonstrasi itu adalah pemimpin-pemimpin kecil Pakatan Rakyat yang berselindung di sebalik NGO seperti SAMM,hakikatnya kepala besar demonstrasi itu adalah orang yang sangat bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan merampas Putrajaya.Penafian yang dibuat oleh Rafizi Ramli sebenarnya hanyalah penafian kosong. PKR yang sedang kemaruk untuk mendapatkan isu,selagi boleh mahu melibatkan diri sepenuhnya dalam gerakan massa ini.Apatah lagi,masalah kenaikan harga di Selangor yang dikuasai oleh PKR,semakin disedari oleh rakyat Selangor dan bakal mencetuskan masalah yang lebih besar.Untuk lari daripada masalah tersebut,PKR perlu mencipta polemik terlebih dahulu dengan Kerajaan Persekutuan.Perhatian rakyat dan segala kemarahan perlu dihamburkan kepada Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh UMNO. 

Sebarang kenaikan harga,perlu dikaitkan dengan UMNO dengan sebarang cara walaupun di Selangor,yang melakukannya adalah PKR dan Pakatan Rakyat.Sehingga kini,kita tidak mendengar sebarang keluhan atau bantahan daripada PKR tentang kenaikan beratus peratus yang telah diputuskan oleh kepimpinan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.Yang mereka sibukkan hanyalah ura-ura kenaikan harga dan tarif yang belum lagi berlaku tetapi telah disuarakan oleh Kerajaan Persekutuan.Paling menarik,bagaimana Rafizi Ramli hendak menafikan pembabitan PKR dalam penganjuran demonstrasi tersebut apabila nama-nama penting yang terlibat menganjurkannya merupakan pemimpin PKR sendiri ??? - MYKMU

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SEMUA #PENYAMUN INI DIKEHENDAKI @PDRMSIA !!! TOLONG SEBAR GAMBAR #PENYAMUN INI !!!

Posted: 26 Dec 2013 04:00 PM PST


Berikut ialah penjenayah yang masih belum dapat dikesan oleh pihak polis sehingga sekarang.Sesiapa yang mengenali atau mempunyai pengetahuan mengenai mereka ini jangan ambil sebarang tindakan konfrontasi atau bertanya.Hubungi Pusat Kawalan Malaysia at 03-22663333 atau balai polis berhampiran.

TOLONG SEBAR KAN !!! 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...