Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Biadap! MB Kedah di Maki Hamun Puak Pas?! #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah

Posted: 26 Nov 2013 05:12 AM PST



Dalam sidang dun yang lepas, adun Sungai Limau yang baru, si Azam Samat berucap buat kali pertama sebagai seorang YB di dalam dewan. Dalam ucapannya tu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kononnya PRK Sungai Limau diantara PRK yang paling aman dan paling bersopan.

Ucapan Azam kemudian dipersoalkan oleh beberapa Adun BN yang mencelah mempertikaikan PRK Sungai Limau kononnya aman, tetapi penuh dengan kes tumbuk menumbuk, hinggakan ada wanita UMNO yang ditumbuk berdarah hidung.

Malah ada satu kes, MB Kedah Dato Mukhriz semasa mengunjung ke Peti Undi Sungai Dedap, pada hari pengundian, beliau dimaki hamun oleh perayu undi dan penyokong Pas disana. Malah ada diantara mereka yang tidak mahu bersalam, walaupun salam dihulur oleh MB Kedah.

Apakah itu cara PRK paling baik dan sopan yang dikatakan oleh Azam?

Selepas di soal, Azam menjawab, penyokong dan perayu undi Pas jadi macam tu, disebabkan mereka tidak ajar dengan betul dalam sistem pendidikan sekolah kita.

Jawapan dari Azam menyebabkan ramai adun BN yang tidak berpuas hati. Sistem pendidikan Malaysia yang salah, atau sistem pendidikan pondok Pas yang tidak mengajar pelajar mereka menghormati pemimpin?

Setahu Mc, sistem pendidikan Malaysia mengajar pelajar menjadi lebih bermoral dan pandai menghormati pemimpin. Lain pula yang sistem pendidikan pondok Pas yang sememangnya mengajar membenci pemimpin negara dan hanya menghormati para pemimpin Pas dan sekutunya sahaja.

Sememangnya sistem pendidikan Pas dari 'Pasti' hinggalah ke pondok Pas, mengajar pelajar mereka setia pada pemimpin dan membenci kerajaan Malaysia. Sebab tu mereka jadi taksub dan sentiasa mempercayai bahawa pemimpin mereka maksum.


McTheory:
Tindakan memaki hamun MB Kedah, adalah satu tindakan yang sangat kurang ajar.. mungkin itu cara Islam yang Pas amalkan. Buat busuk nama Islam saja..

HOT! Keluar Parti, PKR Sabah Terus Karam!!

Posted: 26 Nov 2013 01:54 AM PST


Lagi tamparan hebat buat PKR apabila 11 Ketua Cabang mereka di
Sabah termasuk 2 daripadanya adalah ADUN Sabah telah meletak jawatan serta keluar dari PKR kerana sudah tidak lagi mempercayai
perjuangan PKR.

Baru ini kita dapat saksikan 3 orang kuat PKR di Langkawi meletak
jawatan dalam PKR kerana masalah dalaman antara PKR Negeri
dan PKR Pusat akibat campur tangan melampu dari Ketua Umum si
Nuar Berahim.

Senarai Ketua Cabang PKR umum keluar parti ekoran Hilang Percaya kepada kepimpinan PKR dan Campurtangan pimpinan PKR

pusat ke atas PKR anak tempatan Sabah.

1) Angki Addek ( Adun Kota Marudu)
2) Anthony Mandiau (Kota Marudu)
3) Juhani Abd Halim
4) Mohd Jun ( Kelabakan)
5) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6) Lokuan Ureh ( Semporna)
7) Timoty Lim ( Sepangar)
8) Apandy Sipin ( Persiangan)
9) Soloh Yuna (Kota belud)
10) Jelani Hamdan (Adun Matunggong)
11) Jeremmy Malajad (Kedamaian)

Sebab tu PKR beriya iya mahu pinda perlembagaan dan mahu
pemimpin PKR dari Sabah diberi peluang menjadi Naib Presiden.

PKR Pusat juga mengumumkan PKR Sabah dan Sarawak sebagai
anak emas PKR.

Tapi boleh percayakah kata kata si nuar berahim ??

Sumber medantempurkedah.blogspot.com

INFO! Kami Sudah Tiada Tempat Dalam Pas - Dewan Ulamak

Posted: 26 Nov 2013 01:12 AM PST


APABILA kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.

Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd. Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.

Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.

Sama ada Mat Sabu menang 98 undi atau 21 undi seperti mana tahun 2011, beliau tetap pemenang dan berhak menjadi Timbalan Presiden Pas, tidak kira berapa pun jumlah undi yang diperolehi Mohd.Amar.

Bagi Mohd.Amar pula, ini merupakan kekalahan ketiga dalam usahanya untuk menduduki salah satu jawatan tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, beliau pernah mencuba sebanyak dua kali untuk kerusi Naib Presiden tetapi tewas.

Sebab itulah, ada yang melihat Mohd.Amar memasuki gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden dalam keadaan rekod yang tercalar berbanding Mat Sabu.

Harapan penyokong golongan ulama sebenarnya kepada Tuan Ibrahim tetapi beliau mengambil keputusan untuk bertanding Naib Presiden sahaja biar pun dikatakan memperolehi pencalonan lebih banyak berbanding Mohd.Amar bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara Tuan Ibrahim diramalkan tidak akan menghadapi masalah untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden yang akan diumumkan hari ini, ramai tertanya-tanya apa akan berlaku kepada perjuangan ulama dalam Pas.

Ia memandangkan perwakilan dan ahli Pas ternyata mempunyai pertimbangan tersendiri dalam soal perjuangan politik parti itu.

Sebab itulah, dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pas pusat yang terpilih, kumpulan ulama tidak sampai 10 orang. Antara yang terpilih termasuklah dua bekas pemimpin Dewan Pemuda Pas pusat iaitu Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Walaupun barisan kepimpinan yang terpilih tidak akan meminggirkan golongan ulama namun apa yang menjadi persoalan ke manakah haluan golongan itu selepas ini?

Ia memandangkan mereka tidak mempunyai kekuatan politik yang begitu jitu bagi menentukan hala tuju perjuangan Pas selepas ini. Sebaliknya, agenda politik parti tersebut ini dilihat akan ditentukan sepenuhnya oleh golongan profesional atau lebih popular digelar 'Anwarinas'.

Situasi ini juga akan memungkinkan peranan Dewan Ulama dan Majlis Syura Pas dilihat tidak lebih daripada pelengkap organisasi sahaja.

Kenyataan tegas golongan ulama sebelum ini yang mahu tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikaji semula dikatakan turut menjadi punca calon golongan ulama gagal mencapai kejayaan diharapkan.

Tindakan Dewan Ulama itu dikatakan mengecewakan banyak pihak dalam Pas yang berpendapat jika mahu menawan Putrajaya mereka perlu meneruskan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut.

Malah ada antara mereka begitu bangga menganggap melalui tahaluf siyasi, Pas mampu menawan Kedah dan Perak pada tahun 2008, mempertahankan Kelantan dan berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang sehingga ke hari ini.

Selain itu, mereka juga berhujah bahawa Pas semakin diterima oleh bukan Islam kerana kerjasama tersebut, justeru kenapa golongan ulama memadai-madai mahukan ia dikaji semula?

Ternyata, biar pun dilayan seperti pak turut dan melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang, namun sebahagian ahli-ahli Pas tidak peduli, apa yang penting mereka mahu meneruskan keterujaan untuk bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Mungkin atas sebab itu jugalah, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib telah dikecam dan dicerca dalam laman-laman sosial sehingga ada ahli Pas tergamak menuduh golongan ulama 'gila kuasa'.

Golongan ulama turut dikaitkan dengan usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun Dewan Ulama sudah menegaskan bahawa seruan supaya tahaluf siyasi disemak adalah bertujuan untuk menilai apakah keuntungan secara keseluruhan terutamanya kepada Islam.

Bagaimanapun niat murni golongan ulama ini tidak dipertimbangkan dengan telus dan ia terbukti apabila dalam sesi perbahasan majoriti perwakilan seolah-olah tidak berani untuk mengkritik layanan PKR dan DAP terhadap Pas.

Sebaliknya, semua lebih selesa mahu ia diperteguhkan dengan andaian sudah banyak keuntungan politik yang Pas perolehi.

Berikutan keputusan dalam pemilihan Pas kali ini, mana-mana pihak juga tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi kepada perjuangan golongan ulama dalam parti itu.

Tambahan pula, sebelum ini usul Dewan Ulama yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamarnya pada Khamis lalu iaitu memasukkan satu fasal yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri daripada ulama, tidak mendapat sambutan mana-mana pihak dalam Pas.

Ia secara langsung memberi isyarat kepada golongan ulama bahawa suara mereka semakin terpinggir dalam parti itu biarpun golongan itulah selama ini yang bertanggungjawab memperkasakan Pas. Apa pun, kita harus menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan mengakui keterujaan ahli-ahli Pas untuk menampilkan satu barisan kepimpinan yang akan mampu memenuhi impian mereka untuk bersama-sama PKR dan DAP menawan Putrajaya.

Kalau selepas ini Pas akan terus dilayan sebagai 'penumpang' dalam pakatan pembangkang terima sahajalah kerana itu kehendak ahli-ahli parti tersebut. Oleh itu tidak keterlaluan untuk kita menyatakan tidak payahlah Pas bermimpi melaksanakan hukum hudud termasuklah di Kelantan kerana ia akhirnya akan menjadi retorik politik semata-mata dan sekadar 'hiburan' untuk berbahas di muktamar parti tersebut.

Ini kerana kita percaya dan yakin DAP serta PKR tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas untuk berbuat demikian. Setakat ini apa yang kita saksikan, hanya Pas yang ibarat 'syok sendiri' dalam soal hukum hudud dan lebih selesa untuk menuding jari kepada UMNO dan kerajaan BN jika ia tidak dapat dilaksanakan.

Dengan semakin kurangnya suara golongan ulama dalam penentu agenda politik Pas berikutan keputusan pemilihan semalam, maka apa juga agenda parti tersebut selepas ini sudah pasti memerlukan restu daripada PKR dan DAP. Tetapi tidak mengapalah kerana pemimpin, ahli dan penyokong Pas tidak mahu menerima pandangan orang di luar parti tersebut termasuklah media.

Bagi mereka, orang luar hanya bertujuan untuk mengkucar-kacirkan parti itu dan cuba memecah belahkan perpaduan pakatan pembangkang. Oleh itu, berilah peluang dan ruang kepada barisan baru kepimpinan Pas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Apa yang pasti, keputusan pemilihan kali ini sudah jelas membuktikan bahawa suara golongan ulama semakin dan akan terus 'terhakis' di dalam Pas.

Bagaimanapun sebagai salah seorang yang bertanggungjawab mencetuskan idea kepimpinan ulama dalam Pas, Mat Sabu tentulah memahami sentimen yang wujud berikutan apa yang berlaku. Tambahan pula beliau sudah berjanji, pihaknya akan meneruskan usaha mengukuhkan pakatan pembangkang berdasarkan usul-usul yang diluluskan dalam muktamar tersebut.

Dan untuk rekod, antara usul yang diluluskan tanpa bahas ialah, ''Dewan Ulama Pas Pusat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas pusat mewujudkan khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syariah dengan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU-14.''

Adakah ini akan dilaksanakan? Terserahlah kepada barisan baru kepimpinan Pas menentukannya. Yang pasti orang Melayu di luar Pas sedang memerhati dan sebahagian besar mereka percaya keputusan pemilihan kali ini memungkinkan bak kata seorang teman dalam parti itu selepas keputusan diumumkan, ''Orang Pas memilih, ahli PKR dan DAP yang bertepuk gembira.' 'Apakah maksudnya, fikirlah sendiri. - Sallah Ad-din

HOT! Mahfuz Mengamuk di Parlimen Sebab Kalah Naib Presiden?

Posted: 25 Nov 2013 10:12 PM PST



Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar 'naik angin' di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

Sebelum itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin 'garang' berbahas.

Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz 'dok marah sangat pasal apa?".

"Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang," kata Noh.

Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.

Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.

Peliknya pada sesi pagi, Mahfuz berdiam apabila ada beberapa ahli parlimen Barisan Nasional mengusik beliauMahfuz pasal kekalahannya.-bnbbc.my

HOT! Mahasiswa Pro-M UM Bakal di Tembak? #PRKampus #UM

Posted: 25 Nov 2013 07:34 PM PST



Kebanyakan orang luar tak tahu, seni peperangan semasa di Pilihanraya Kampus menjadi semakin gerilla sekarang ni. Pada pengikut perkembangan semasa Pr Kampus, tentu pernah dengar pelbagai kejadian pelik yang berlaku semasa di PR Kampus UM, terutamanya bila melibatkan budak-budak Pro-M, atau lebih dikenali sebagai Pro-Menipu.

Mereka sanggup melakukan apa saja demi kuasa. Walaupun pada kita, mereka hanya mahasiswa biasa yang bertanding untuk jawatan wakil pelajar. Namun pada budak Pro-M ni, PR kampus adalah segala-galanya. Hingga mereka sanggup mencampakkan kepala babi dalam masjid.

Mana ada manusia yang waras, sanggup nak buat macam tu.

Mereka akan serang diri mereka sendiri supaya masyarakat luar dan bakal pengundi yang terdiri dalam kalangan mahasiswa UM akan bersimpati..bila blackops dilakukan..pastinya mereka akan meraih simpati dan yang buruknya Pro Aspirasi kononnya mereka kejam menyerang calon Pro M.

Dibawah ni Mc senaraikan Blackops terhina yang pernah Pro-Menipu ni lakukan.


Sejarah Blackops Pro M di UM :

1) 2009/2010 :
-Kepala Babi di surau API

Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, UM dikejutkan dengan penemuan 2 kepala Babi dalam surau Akademi Pengajian Islam, dalam kawasan UM. Blog Pro M mula menyiarkan foto-foto ini bagi menimbulkan keraguan bila anggota polis telah berkawal ditempat kejadian selepas laporan mengenainya dibuat.


2) 2010/2011 :
-Bantahan Sistem E-Undi

29 Januari 2010 - Pengenalan sistem E-Undi pada PRK kali ini mendapat bantahan dari kumpulan Pro M. Mereka mengadakan demonstrasi dengan aksi-aksi memalukan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang bergelar mahasiswa

3) 2011-2012 :
-Mastura Hilang

Seorang calon Pro M, Mastura Abu Bakar dilaporkan hilang pada 19 Februari 2011 semasa keluar berkempen.

Selepas 'ditemui' dua hari selepas itu Mastura gagal menjelaskan sebab kehilangan dan siapa yang menculiknya pun tak tahu

4) 2012- 2013 :
-Edikop dipukul hingga koma?

Pukul 4 pagi, 24 September 2012, Ketua Jentera Pro M UM, Edikoup Lakip Sediyanto telah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali beberapa jam sebelum pengundian PRK UM bermula..

Edikoup ditemui pada petangnya dengan cuma calar kecil dikepala, tidak seperti dirinya parah dipukul oleh sekumpulan lelaki seperti didakwa..

Lepas ni apa pulak? Pro M kena tembak?


Jeng Jeng Jeng...


5) 2013-2014
-Seorang anggota Pro M diugut dengan pistol?

Nantikan..pastinya Pro M akan lakukan apa cara sekalipun asalkan pengundi bersimpati..ini hanya ramalan.
 Mc pasti, tentu ada skrip untuk black ops pada tahun ini. tunggu saja lahh..




McTheory:
Apa pulak budak-budak Pro-M ni nak menipu pulak ya? Whats Next?

HOT! Lakonan Air Mata Pas, buat Ahlinya Sendiri Menyampah! #MuktamarPas

Posted: 25 Nov 2013 05:32 PM PST


Naib Presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man kena balun dengan bekas calon Ketua Pemuda PAS, Zul Hazmi.

Bila Mc tengok video pengumuman pemenang naib presiden Pas. Depa pakat dok menangis serupa takmau menang. Kalau rasa nak menangis sangat, baik bagi balik kat Mahfuz tu. Lagi pun dia kalah bukan sebab orang tak suka dia. Tapi pihak atasan nak dia kalah!


Jadi tak salahlah apa yang si Zul Hazmi tu kata.. kalau orang Pas pun dah menyampah tengok lakonan air mata, kami yang dok kat luaq ni lagi la.. meluat.. he he he..

McTheory:
Politik tu politik laa juga..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...