House PK

House PK


PANAS BERAPI! GAJI DAN ELAUN BULANAN ADUN DAN MB NAIK MENCANAK DI SELANGOR!

Posted: 27 Nov 2013 12:34 AM PST

NAIK SAKAN-Gaji bulanan ADUN Selangor naik RM6,000 ke RM11,250.Exco dari RM6,109 ke RM20,250.MB dari RM14,175 ke RM29,250.Ia dah dilulus DUN-Agendanews

Rakyat Selangor tak kisah ke dengan kenaikan ini? Aku nak tau pendapat rakyat Selangor ni. Tempat lain pun naik le tapi tak banyak macam ni. Tapi rakyat Selangor redha kan?

Apa ada hal, rakyat selangor masih menyokong yang dok tunjuk kemaluan. Yang berzina, hatta apa saja la yang pakatan buat semuanya disukai dan diizinkan rakyat Selangor!

Yang belah UMNO pulak asal buat apa sikit confirm kena balun dan rakyat Selangor yang kurang pasti percaya alan story puak Pakatan kan?

Jadi aku nak tanya la ni pada rakyat Selangor yang kurang cerdik ni, korang ok ke gaji wakil rakyat korang dinaikkan 100% ni!? 

Gaji exco pulak dinaikkan 330%? Takpe kan? Sebab itu pakatan maa...lagipunesti Khalid and the gang akan kata gaji dinaikkan supaya mereka tal ambik rasuah! Kih kih kih

CILI KASI TARUK! APAHAL RAMAI-RAMAI PKR KELUAR PARTI KAT SABAH NI?

Posted: 26 Nov 2013 04:32 AM PST

26 NOV: Akibat hilang kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan tertinggi parti, separuh Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengumumkan sekaligus bakal melumpuhkan PKR di negeri itu.

Sebelas ketua cabang itu bukan sahaja keluar PKR tetapi turut mengumumkan menyokong Barisan Nasioanal (BN).

Mereka adalah Ketua Cabang PKR Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Jumlah itu tidak termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sudah pun mengisytiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian Jeremy Malajad.

Kesemua mereka hadir ketika Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sokongan mereka kepada BN.

Menurut Najib, kumpulan Ketua Cabang PKR ini keluar parti PKR kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR.


SOKONG BN…ketua cabang PKR yang keluar parti hadir sama ketika Najib mengadakan sidang media umum mereka sokong BN

Malah katanya, akan ada gelombang kedua membabitkan baki Ketua Cabang PKR yang masih ada di negeri itu.

Sementara itu Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahalan melihat perkembangan ini sebagai manifestasi ketidakpuasan hati terhadap pucuk pimpinan PKR yang menganggap pemimpin dan ahli PKR Sabah hanya seperti pak turut yang boleh dicucuk hidung.

"Tamparan ini cukup besar. 11 bahagian atau Ketua Cabang keluar daripada parti. Saya melihat ini juga ada hubungkaitnya dengan cara dan kepimpinan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sendiri yang melihat Sabah ini sebagai satu negeri yang boleh dibonekakan begitu sahaja," kata Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud.

Beliau memberi contoh, tindakan Anwar melantik Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua PKR Sabah yang bukan sahaja dipandang "cukup tidak cerdik" dan tidak demokratik oleh warga PKR malahan juga mereka yang di luar PKR dan seluruh rakyat Sabah amnya.

Ini kerana Lajim baharu sahaja menyertai PKR dan pelantikan beliau jelas membelakangkan ramai lagi pemimpin PKR yang sudah bertahun-tahun berkorban dan berjuang dalam parti itu.

"Saya ingatkan Datuk Seri Anwar seorang yang sudah matang dengan politik negeri Sabah, pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menguasai politik UMNO Sabah pada waktu itu tetapi nampaknya beliau masih lagi belum mampu membuat perhitungan politik yang cerdik untuk negeri Sabah," kata Abdul Rahman.

Beliau turut berharap pemimpin dan pengikut PKR yang lain turut celik mata, sedar dari lamunan dan ikut keluar dari parti itu sama-sama menyertai perjuangan BN memajukan Sabah dan negara.

Manakala Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol memandang perkembangan ini sebagai amat positif dan mengurangkan politiking di Sabah.

Juslie mengalu-alukan tindakan 11 bekas Ketua Cabang PKR Sabah itu menyokong BN kerana ia membolehkan beliau dan semua pemimpin-pemimpin BN lebih fokus menumpukan perhatian kepada usaha membangun dan memajukan Sabah.

"Saya harap, begitu juga kepada mereka yangn masih tinggal mudah-mudahan mereka….bukan sedar…tetapi mudah-mudahan kerana keikhlasan kita mereka menyertai kita untuk sama-sama fokus melaksanakan tanggungjawap yang sama-sama diperlukan oleh masyarakat dan juga negara," kata Juslie.

Abdul Rahman dan Juslie bercakap kepada BNBBC.my di Parlimen pada Selasa apabila diminta mengulas perkembangan terbaru yang berkemungkinan menjadi tsunami politik dalam PKR yang kini sudahpun retak menanti belah.

Ini sekaligus memberi tekanan kepada PKR yang akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti itu tidak lama lagi-BNBBC.MY
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...