BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! ALEX TAN MENGHINA KALIMAH ALLAH !!!

Posted: 05 Nov 2013 08:59 AM PST


kurang ajarnya cina ni.alex tan menghina Kalimah Allah.sebelum ini Alvavvi.kali ini alex tan.kepada DS Shabery Cheek saya minta tolong siasat cinabeng ni.kalau tak siasat,ntah apa lagi dia nak kata nanti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SERVICE HANCUR,NAK NAIK HARGA LAGI ??? APA CERITA NI ???

Posted: 05 Nov 2013 04:00 AM PST


dengar cerita astro nak naikkan harga lagi.betul ker ??? tapi takper,ada insan akan membantu anda.sila baca apa yang saya ingin sampaikan 

Info dari kkmm.sapa2 ingin buat bantahan atas kenaikkan harga astro...Boleh emel bantahan astro to En. Rahim Bain rahimbain@kkmm.gov.my Tlg war-warkan So lebih ramai bantah officially lagi...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! APA MAKSUD YANG TERTERA INI ??? CUBA RENUNGKAN !!!

Posted: 05 Nov 2013 12:30 AM PST


lihat gambar di atas.cuba anda renungkan dan selami gambar tersebut.1 gambar menceritakan segalanya

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! ANALISIS KHAS DIDEDAHKAN !!! BN TEMPANGKAN PAS !!!

Posted: 04 Nov 2013 09:00 PM PST


Keputusan Pilihanraya N20 Sg Limau sudah pun diketahui umum.Jangkaan PAS mempertahankan kerusi DUN tersebut telah pun dijangka.PAS memperoleh 12,069 undi manakala BN memperoleh 10,985 undi.Keputusan ini memperlihatkan majoriti PAS merosot kepada 1,084 berbanding 2,774 majoriti pada PRU 13 yang lalu.Walau bagaimanapun,usaha keras BN menembusi kubu kuat PAS telah menempangkan PAS di Sg Limau.PAS dan PR telah menggunakan seluruh kekuatan jenteranya untuk mempertahankan DUN Sg Limau.PAS dilihat sangat terdesak sehingga memaksa mereka mengerahkan jentera pemudanya untuk membuat flash mob motosikal dan kereta sepanjang hari pengundian. 

Ini telah menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lebih 15 km di semua peti undi.Kemerosotan undi terhadap PAS juga adalah disebabkan penolakan pengundi terhadap kepimpinan Mahfuz Omar selaku Pengarah Pilihanraya PRK N20 Sg Limau.Mahfuz Omar sangat dikenali sebagai orang di belakang Dr Phahrolrazi untuk menentang Allahyarham Tan Sri Azizan suatu ketika dahulu.Ini terbukti apabila beberapa Daerah Mengundi yang menjadi tradisi PAS telah membuat kejutan dengan memilih Dr Sohaimi Lazim.Antara Daerah Mengundi yang merupakan kubu kuat PAS tetapi telah tumbang kepada BN adalah Daerah Mengundi Kabu 10,Daerah Mengundi Sungai Limau,Daerah Mengundi Sedaka dan daerah Mengundi Padang Lumat.Faktor ini didorong oleh perpecahan dalaman PAS selain kemarahan akibat banyak campur tangan petugas luar negeri Kedah.Antara faktor berubah undi juga pastilah sebagai tanda protes dan kemarahan penyokong PAS terhadap kem Mahfuz Omar dan Phahrolrazi. 

Antara faktor lain yang menyebabkan kemerosotan undi kepada PAS adalah pengundi luar.Pengundi luar yang pulang mengundi amat rendah.Ini dipengaruhi oleh tarikh hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja.Selain itu,tahap keyakinan yang tinggi terhadap PAS untuk mengekalkan kemenangan juga mendorong pengundi luar untuk tidak pulang mengundi.Menurut penganalisis politik,faktor kecil pengundi Cina juga telah menjejaskan undi terhadap PAS.Pada PRU 13 yang lalu,hampir 90% pengundi Cina telah keluar mengundi dan 87% daripadanya telah memilih PAS.Beliau menambah,pada kali ini hanya 51% pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi.Hampir 49% daripadanya telah memilih calon Barisan Nasional manakala selebihnya memilih calon PAS.Isu ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan telah mendorong pengundi Cina kekal mengundi PAS.Kemerosotan jumlah keluar pengundi Cina adalah disebabkan mereka mula berasa tertipu oleh janji – janji manis PR terutama Anwar Ibrahim sekaligus mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi. 

Inilah adalah tanda protes diam masyarakat Cina terhadap PR dan sekiranya trend ini berterusan maka peluang untuk pengundi Cina pulang kepada Barisan Nasional sangat tinggi.Secara moralnya Barisan Nasional telah berjaya mengubah paradigma pemikiran pengundi di Sg Limau.PAS hanya memenangi 9 Pusat Daerah Mengundi berbanding 13 Pusat Daerah Mengundi pada PRU lalu.Manakala BN telah meningkat dengan baik apabila memenangi 10 Pusat Daerah Mengundi daripada 19 Pusat Daerah Mengundi keseluruhan.Kesimpulannya,laungan Berani Hijrah oleh Barisan Nasional telah menempangkan sokongan PAS di kubu kuatnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PUNCA PENGUNDI CINA BERALIH ARAH DIDEDAHKAN !!!

Posted: 04 Nov 2013 06:00 PM PST


Keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau benar-benar mengejutkan semua pihak,lantaran perubahan mendadak sikap pengundi Cina yang mula bertukar angin.Menurut perangkaan yang diperoleh dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),DUN Sungai Limau mempunyai seramai 1,850 pengundi Cina atau 6.7 peratus daripada 27,222 orang pengundi keseluruhan.Malah melalui pemerhatian awal,majoriti pengundi Cina memperlihatkan reaksi tidak menyokong mana-mana pihak yang bertanding.Rata-rata mereka memberi reaksi neutral tidak seperti pengundi dan penyokong Melayu.Selain daripada itu juga,rata- rata pengundi Cina yang datang mengundi dilihat hadir dengan tidak membawa bendera parti atau memakai pakaian parti.Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata PRK pada kali adalah merupakan platform terbaik untuk mengukur tahap perubahan sikap masyarakat Cina terhadap BN. 

Beliau turut mengatakan keputusan pada kali ini boleh menjadi penanda aras mengenai kesediaan masyarakat itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan.Kerusi DUN Sungai Limau,disahkan kosong berikutan kematian Azizan pada 26 September yang lalu.bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris,Dr Ahmad Sohaimi dipilih untuk mewakili BN dalam pertandingan satu lawan satu menentang calon Pas,Mohd Azam Abdul Samat, 37,pengarah rangkaian pusat pendidikan awal kelolaan parti itu,Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kedah.Menurut penganalisis politik,pengundi Cina jelas menunjukkan perubahan sikap yang ketara apabila rata-rata di kalangan mula menunjukkan sikap yang positif dengan peratusan kehadiran di program-program BN sepanjang tujuh hari berkempen.Tidak cukup dengan itu,kehadiran jentera Wanita Umno yang berkunjung di premis perniagaan dan kediaman mereka juga menunjukkan sambutan yang menggalakkan. 

Paling mengejutkan ialah,hanya sekitar 100 - 300 orang sahaja masyarakat Cina yang hadir ketika program Anwar Ibrahim di kawasan penempatan masyarakat itu di pekan Sungai Limau.Sedangkan umum mengetahui betapa mereka sebelum ini begitu taksub dengan Anwar yang dirasakan mampu menumbangkan kerajaan BN/Umno dalam pilihan raya umum yang lalu.Malah sekiranya dilihat daripada keputusan undi yang diterima jelas membuktikan penolakan kaum Cina yang mula sedar akan penipuan yang dilakukan oleh Anwar.Sebagai contoh ketika PRU yang lalu dianggarkan hampir 90 peratus pengundi Cina telah keluar mengundi dan memberikan sokongan kepada calon pakatan pembangkang. Berbanding 51.05 peratus sahaja yang keluar untuk mengundi dari jumlah keseluruhan 1,850 pemilih.Dari jumlah tersebut seramai 771 pemilih dari masyarakat Cina tidak hadir menunaikan tanggungjawab mereka.Menurut bacaan sikap yang dijalankan hampir 300 responden yang ditemui memilih untuk tidak mengundi pembangkang,manakala yang selebihnya adalah merupakan pengundi luar yang tidak mahu pulang untuk mengundi. 

Kesimpulannya,pendedahan demi pendedahan yang dilakukan berhubung pembohongan Anwar sebelum ini telah menyebabkan masyarakat Cina mengambil keputusan untuk menolak calon dari pakatan pembangkang.Apa yang di harapkan semoga momentum sokongan akan berjaya dikekalkan sehingga PRU-14 kelak.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KISAH SEBENAR KENAPA PAS MENANG TIPIS DIDEDAHKAN !!!

Posted: 04 Nov 2013 04:00 PM PST


Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini,Pas akhirnya berjaya mengekalkan penguasaannya mereka di Sungai Limau apabila menyaksikan calon parti itu berjaya mengalahkan Barisan  Nasional / Umno dalam pilihanraya kecil pada kali ini.BN meletakkan bekas pensyarah kanan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI),Dr. Ahmad Sohaimi Lazim,52 sebagai calonnya menentang satu lawan satu dengan calon Pas, Mohd. Azam Abdul Samat,37.Mengikut data rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada malam tadi,calon Pas telah berjaya memperolehi 12, 069 undi berbanding calon BN sebanyak 10,985 dengan jumlah majoriti 1,084 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 85.5 peratus.Pada pilihanraya umum ke-13 (PRK-13) yang lalu,Pas berjaya memperolehi sebanyak 13,294 undi berbanding calon BN 10,520 undi dengan majoriti 2,774 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 89.44 peratus.Sebanyak 23,249 pengundi yang keluar untuk mengundi bermula pada pagi tadi,27,222 pengundi akan menentukan calon daripada parti manakah yang bakal 'ditabalkan' sebagai wakil rakyat baru kawasan itu berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah,Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.Daripada jumlah pengundi tersebut, 25,323 pengundi atau 93.02 peratus terdiri daripada kaum Melayu manakala Cina (1,842 atau 6.77 peratus) dan India (15 atau 0.06 peratus). 

Pada PRK-13 lalu,Allahyarham Azizan menewaskan calon BN,Mohd.Fazillah Mohd.Ali dan dua lagi calon Bebasn dengan majoriti 2,774 undi.Walaupun pada awalnya,Pas dijangka mendapat laluan mudah untuk mengekalkan kerusi tersebut memandangkan DUN Sungai Limau dikatakan kubu kuat parti itu,namun BN dikatakan berjaya menembusi kubu itu khususnya melalui jentera dan gerak kerja yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO.Malah melalui keputusan tersebut juga menyaksikan bagaimana beberapa kubu kuat parti itu seperti Bukit Choras,Bukit Besar,Sungai Dedap,Kabu Sepuloh,Sungai Limau dan Sedaka berjaya ditembusi oleh BN.Ia secara tidak langsung membuktikan wujud penolakan di kalangan ahli dan penyokong parti itu yang pernah mengundi Allahyarham Azizan.Malah menurut laporan yang diterima,rata-rata masyarakat di Kedah menyedari akan wujudnya perancangan jahat untuk menyingkirkan Allahyarham Azizan yang dikatakan begitu mesra dengan pemimpin dan orang Umno.Ia sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penyokong Phahrolrazi dan Mahfuz Omar.Kesimpulannya penyusutan undi Pas adalah berpunca dari masalah dalaman parti itu yang saling ingin menjatuhkan antara satu sama lain.Umno seharusnya menjadikan ia satu pengajaran sekali gus memperbaiki segala kelemahan yang telah dilakukan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...