BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KEPUTUSAN RASMI DITERIMA !!! TAHINAH BN KURANGKAN MAJORITI !!!
- KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PENIPUAN MAHFUZ OMAR SEKALI LAGI DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KEPADA PENGUNDI,TOLONG HATI-HATI !!! JENTERA PAS DAN SYIAH MENGGANAS !!!
- HOT NEWS !!! 2 AHLI PAS DITAHAN KERANA GANTUNG PATUNG POTONG KAKI !!!
HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KEPUTUSAN RASMI DITERIMA !!! TAHINAH BN KURANGKAN MAJORITI !!! Posted: 04 Nov 2013 09:13 AM PST Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau (N20) telah diistiharkan oleh SPR malam tadi dari Pusat Penjumlahan Undi di Sekolah Menengah Agama Yan.Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat telah menang didalam PRK N20 Kedah mengalahkan calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dengan keputusan pengundian seperti berikut. BN : 10, 985 undi PAS : 12, 069 undi Jumlah pengundi : 23,249 Peratus keluar mengundi : 85.5% Undi ditolak : 145 undi Majoriti : 1, 084 undi Penyandang sebelum ini,Allahyarham Ustaz Azizan Razak memenangi kerusi DUN N20 dengan jumlah undi 13, 294, majoriti 2, 774 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.walaupun kalah,kalah bermaruah kerana mengurangkan undi. |
KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PENIPUAN MAHFUZ OMAR SEKALI LAGI DIDEDAHKAN !!! Posted: 03 Nov 2013 09:00 PM PST Naib Presiden Pas,Mahfuz Omar sekali lagi naik sawan apabila melihat peningkatan sokongan masyarakat di Sungai Limau terhadap Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Omar.Maklumlah,dia sebelum ini merasakan Umno sebagai parti 'underdog' pasti akan berdepan dengan laluan sukar di DUN yang telah lama menjadi kubu kuat Pas.Masakan tidak,sudah hampir 20 tahun DUN Sungai Limau berada di bawah penguasaan Pas,namun itu tidak bermakna sokongan itu akan kekal selamanya.Ini kerana sekiranya parti itu tidak berdepan dengan masalah perpecahan dan sabotaj dalaman,sudah pasti akan menyukarkan Umno untuk menembusi kawasan hitam itu.Malah masyarakat Sungai Limau dan majoriti rakyat Kedah tahu akan masalah yang sedang melanda parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu. Masing-masing cuba menonjol dan saling menjatuhkan antara satu sama lain.Namun apa yang menyedihkan,mereka saling menggunakan Islam sebagai perisai untuk membunuh 'musuh politik' walaupun berada di bawah payung yang sama.Mahfuz yang sebelum ini dilabelkan sebagai Naib Presiden kelas 3,kerana sering membawa isu remeh,dilihat sebagai kesilapan utama Pas pusat.Ini kerana pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri untuk mengemudi jentera perang telah meletakkan Pas Kedah semakin teruk berpecah kerana masalah dalaman.Berbalik kepada isu yang dibangkitkan,Mahfuz sebelum ini cuba mempertikaikan isu gambar poster calon BN yang dikatakan akan mengelirukan pengundi. Dia berkata,perkara itu berlaku kerana pengundi Dun Sungai Limau mungkin terpengaruh atau tertipu kononnya yang bertanding itu adalah Mukhriz,yang merupakan Menteri Besar Kedah dan bukannya calon BN. "Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding,adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim? Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular.Jadi,untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz," katanya. Namun apa yang menghairankan ialah,Mahfuz lansung tidak membangkitkan isu Pas yang mengunakan gambar Mantan Menteri Besar Kedah,Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sepanjang tempoh kempen dijalankan.Malah baru-baru ini media arus perdana turut mempertikaikan tindakan parti itu yang mengunakan teknik superimposed untuk menipu pengundi yang rata-rata mempunyai hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan.Mereka dilaporkan telah mereka cipta beberapa keping gambar,yang bertujuan untuk membayangkan kononnya calon Pas itu mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham Ustaz Azizan.Malah para petugas yang ditemui turut mendedahkan,bagaimana Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena turut mengunakan gambar mantan Presiden Pas,Allahyarham Dato Fadzil Mohd Noor ketika kempen pilihanraya umum yang lalu.Itu belum lagi di ambil kira,pendekatan Pas yang mengunakan gambar Hadi Awang dan Nik Aziz ketika berkempen. Malah gambar Nik Aziz berdoa adakalanya lebih banyak dari gambar calon Pas sendiri,seolah-olah bekan Menteri Besar itu yang bertanding di setiap kawasan.Kesimpulannya,ada baiknya Mahfuz ini mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gerak kerja orang lain.Kepada Mukhriz di harap meneruskan semua gerak kerja yang telah dan sedang dijalankan ketika ini.Pedulikan Mahfuz Omar itu,kerana kariernya bakal 'mampos' sebaik sahaja pihak SPR mengumumkan kemenangan calon BN hari ini. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 03 Nov 2013 06:00 PM PST Umum mengetahui,Pas mengunakan simbol bulan yang berlatarbelakang warna hijau sebagai logo rasmi parti itu yang mendakwa memperjuangankan Islam fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.Namun kehadiran logo yang sama,tetapi mengunakan latar belakang hitam,amat menarik perhatian ramai khususnya para petugas jentera pilihanraya di Sungai Limau.Antaranya di kawasan Sedaka,Dulang Besar,Dulang Kecil,Sungai Dedap,Bukit Choras dan kawasan sekitar.Namun yang paling banyak boleh dilihat adalah di sekitar kawasan pekan Sungai Limau Dalam.Menurut salah seorang petugas jentera Pas yang ditemui mengatakan,bendera tersebut adalah merupakan lambang Pas yang mewakili pengikut fahaman Syiah yang semakin berleluasa di dalam parti itu. Pas sebelum ini pernah di desak oleh pelbagai pihak yang meminta agar kepimpinan parti itu mengambil tindakan tegas terhadap ahli mereka yang menganut fahaman sesat itu.Sebagai contoh salah seorang aktivis Pas,Mohd. Riza Kamaruddin sebelum ini berkata,ancaman daripada kegiatan Syiah tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan tindakan serius daripada parti itu untuk memecat ahli yang terbabit dalam fahaman itu. "Ini adalah soal akidah,fahaman Syiah diperangi umat Islam dari zaman berzaman dan pemimpin Pas tidak boleh melihatnya mengikut kepentingan politik.Saya cabar mana-mana perwakilan Pas terutamanya Pas negeri Kedah untuk mengemukakan usul pembersihan Syiah dalam muktamar Pas tahun ini agar kita semua tahu perkara ini dibendung secara serius," katanya. Pas juga sebelum ini dilihat berbeza pendapat berhubung isu Syiah,kerana pada satu ketika mereka membenarkan fahaman sesat itu memasuki parti itu.Namun di ketika yang lain,mereka mendakwa tiada ahli Syiah di dalam Pas.Malah apa yang peliknya,mengikut undang-undang tubuh Pas sebenarnya telah mengharamkan ahli parti itu menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.Sekiranya sebelum ini,parti itu menerima siapa sahaja yang ingin menyokong mereka kerana ingin menang pilihanraya, namun di masa yang sama mereka sebenarnya telah menyebabkan parti itu 'musnah' secara diam-diam.Ini kerana,pengikut sesat Syiah sebelum diketahui mengamalkan 'takiyyah' (berpura-pura). Ibarat anai-anai,mereka akan mula memakan sedikit demi sedikit yang akhirnya akan meruntuhkan parti itu.Berbalik kepada isu di Sungai Limau,Pas sebenarnya terperangkap dengan sendiri.Contohnya sokongan Syiah sesat di Sungai Limau jelas membuktikan semua dakwaan terhadap parti itu sebelum ini.Malah beberapa kejadian seperti pergaduhan,merosakkan bendera BN dikatakan berpunca dari ahli Pas yang berfahaman Syiah.Hinggakan patung potong kaki yang digantung di sekitar kawasan kempen turut dikaitkan dengan mereka.Malah menurut sumber risikan yang diperolehi,parti itu akan membawa pasukan bermotor Pulau Pinang untuk menimbulkan huru hara.Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan jentera BN tidak dapat menembusi beberapa kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.tetapi apa yang terjadi adalah wanita UMNO berjaya tembusi kawasan mereka selepas perbincangan.kenapa takut sangat yeekkk ??? hari ini adalah hari penentuan,kepada pengundi yang masih berada di rumah,jangan pedulikan perayu undi PAS.dengar cerita PAS akan membuat kecoh beberapa tempat dan seterusnya akan menyalahkan UMNO.jangan pedulikan mereka,pangkah kepada calon yang boleh buat kerja untuk rakyat serta calon yang memberikan segalanya untuk rakyat APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! 2 AHLI PAS DITAHAN KERANA GANTUNG PATUNG POTONG KAKI !!! Posted: 03 Nov 2013 04:00 PM PST Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini,jentera kempen Pas yang dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan replika patung kaki sebagai usaha untuk menimbulkan kemarahan pengundi di Sungai Limau.Jentera Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikatakan berang dengan tindakan tidak bermaruah pihak yang tidak bertanggungjawab itu,yang jelas ingin menggunakan isu tersebut bagi menyalahkan BN/Umno.Seperti ada satu gerakan terancang,blog-blog pembangkang dengan segera memainkan isu tersebut bagi menyalahkan parti Umno yang dikatakan cuba menghina Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarganya.Sedangkan secara logiknya,mana mungkin Umno akan bertindak sejauh itu kerana umum mengetahui Azizan adalah merupakan tokoh yang dihormati. Tambahan pula,kebanyakan pengundi di Sungai Limau adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan bekas Menteri Besar Kedah.Bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk dan sangkaan jahat,jentera BN/Umno telah mengambil pendekatan segera,bagi menafikan penglibatan parti itu dalam menggantung patung yang dipotong kakinya di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar.Tidak cukup dengan itu,Pengerusi BN Bahagian Jerai,Datuk Seri Jamil Khir turut membuat laporan polis,untuk membolehkan satu siasatan diajalankan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.Jamil Khir ketika mengulas lanjut mengenai perkara itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan biadab tersebut. "Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini.Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini,kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu. Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN" ," katany. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyifatkan tindakan pihak yang menggantung patung kaki di tiga lokasi berasingan sebagai sikap tidak bertanggungjawab sekali gus melanggar peraturan kempen pilihan raya.Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata,tindakan tersebut tidak sesuai dijadikan bahan kempen dan tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.Beliau berkata,SPR telah mengarahkan Pegawai Pilihanraya Negeri untuk membersihkan replika tersebut awal pagi kelmarin."Itu sangat tidak bertanggungjawab,mereka yang pasang patung itu telah mengguris hati keluarga Allahyarham.Saya dari mula lagi sudah pesan buat kempen secara berhemah, jangan langgar peraturan" katanya Patung berwarna kelabu yang dipotong separuh kaki sehingga paras betis dan tertulis perkataan 'ini kaki Ustaz Azizan' digantung di atas wayar elektrik berhampiran bilik gerakan BN di kawasan tersebut.Seperti kata pepatah,doa orang yang teraniya akan segera dimakbulkan Allah swt.Hasil maklumat orang kampung,dilaporkan satu tangkapan telah dibuat terhadap 2 orang lelaki Melayu kerana disyaki sedang menggantungkan satu lagi patung kaki di kampung Batu 16.Paling menarik,apabila disiasat kedua-dua suspek tersebut adalah merupakan ahli Pas dari kawasan Pokok Sena.Bagi mengelakkan mereka terus dibelasah oleh penduduk kampung yang berang atas tindakan yang dilakukan itu,pihak polis terpaksa mententeramkan keadaan dengan menahan kedua-duanya. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment