BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! USTAZ KAZIM ELIAS BERJAYA PIKAT HATI ORANG PAS !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 02 Nov 2013 10:53 AM PDT


Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau,walaupun mereka menjemput beberapa artis seperti Abby Abadi,Leman Raja Lawak,Bob Lokman dan sebagainya.Ceramah di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya.Dengan membawakan penceramah bebas,Ustaz Kazim Elias ceramah tersebut berjaya dikategorikan 'pecah panggung' apabila berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi.Dengan gaya bersahaja,ceramah Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat dari mula hingga akhir.Namun apa yang dikesalkan ialah,Ustaz Kazim memaklumkan sebelum kehadiran beliau ke Sungai Limau beberapa penyokong Pas telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan dan ancaman bagi menghalangnya hadir.Menurut Ustaz Kazim,beliau telah diugut agar memakai plastik kerana bakal berdepan dengan serangan balingan telur sebagai tanda protes.apa pun kita lihat dulu video di bawah


Namun ia langsung tidak menggentarkan beliau walaupun sedikit,kerana ingin menyampaikan dakwah.Beliau turut menegaskan,dirinya bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik,namun hanya sekadar memenuhi jemputan dan itulah antara pendekatan dakwah yang dilakukannya dahulu lagi.Ustaz Kazim juga melahirkan rasa kecewanya apabila dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang.Menurut beliau lagi,beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai. "Saya berkawan dengan semua orang. (Contohnya) apabila berceramah dengan orang asli,takkan saya dikategorikan sebagai penyokong orang asli.Saya juga turut berceramah dengan kumpulan lelaki lembut,takkan saya terus di cop sebagai penyokong golongan lembut.Relaks lah bro" ujar beliau secara berseloroh dan disambut dengan gelak tawa dari mereka yang hadir. 

Inilah pendekatan pembangkang sejak dari dahulu,apabila mereka buat ia dianggap sebagai perkara biasa.Namun apabila mereka yang berlainan ideologi lakukan perkara yang sama,mereka akan diugut dan diancam dengan pelbagai cara.Sedangkan sebelum ini mereka begitu lantang meminta kerajaan agar memberikan layanan yang adil kepada semua atas nama demokrasi hak bersuara.Sebenarnya Pas telah mula gelisah apabila melihat jentera mereka gagal menarik sokongan pengundi walaupun Dun Sungai Limau dikatakan sebagai kubu kuat parti itu.Malah paling membimbangkan mereka,apabila isu perpecahan dalaman parti itu dilihat mula memberikan kesan sehinggakan ada di kalangan mereka yang mula saling boikot dan sabotaj antara satu lain.Berbanding jentera BN/Umno yang dilihat semakin hebat dengan pendekatan dan misi pembangunan yang ingin dibawa.Apa pun bersamalah kita tunggu keputusan undi yang bakal diketahui seawal jam 9.00 malam pada 4 November nanti.Apakah Pas mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ataupun tersungkur layu seperti yang berlaku ketika PRK Kuala Besut yang lalu ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! RITUAL PADI HADI AWANG ADA UNSUR 'SYIRIK' !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Nov 2013 05:00 AM PDT


Lidah rasmi PAS,Harakah sebelum ini telah melaporkan berkenaan program 'Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi' yang di hadiri oleh Presiden parti itu,Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang,seluar,kain sarung,topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah.Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut,namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik. 

Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan 'ritual' tersebut bukan merupakan amalan sunah.Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya."Apa yang dibuat oleh Tuan Guru,Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya.Berkaitan doa awal tanam pagi,di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan.Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap,sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.Amalan macam ni,(berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat..sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik,padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah.Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap" katanya. 

Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang 'double standard' sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program 'ancak' yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu. "Contohnya masa isu Ancak,pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh" tegas beliau lagi.Yang hairannya,tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini.Sedangkan ketika isu 'ancak' hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! RUPANYA ADA JAWATAN BARU UNTUK CALON PAS SEKIRANYA MENANG !!! APA CERITA NI ???

Posted: 02 Nov 2013 01:30 AM PDT


Rupanya ada udang di sebalik batu.Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada calon Pas di Sungai Limau yang dikatakan akan diberikan laluan mudah untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Pas pusat sekiranya berjaya mempertahankan kemenangan parti itu.Kepimpinan Pas Kedah yang berpecah kepada 3 kumpulan sebelum ini dikatakan saling berebut untuk meletakkan calon pilihan mereka bagi mewakili Pas di Sungai Limau.Malah Pas pusat juga sebelum ini turut memaklumkan,seramai 8 orang calon telah tersenarai pendek bagi mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil pada kali ini.Dengan menggunakan kuasa veto yang ada,Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri telah berjaya menyingkirkan semua calon-calon lain bagi memastikan 'orangnya' dipilih sekali gus mengukuhkan penguasaan dan pengaruhnya di negeri Kedah. 

Tindakannya itu akhirnya mula memakan diri,apabila jentera Pas Kedah dari kem Phahrolrazi dan kumpulan pro-Azizan yang mengambil tindakan sabotaj bagi menyatakan bantahan atas tindakan Mahfuz itu.Ini kerana menurut mereka masih banyak lagi calon yang lebih layak untuk diketengahkan oleh Pas."Mahfuz sepatutnya meletakkan mereka yang telah lama berjuang bersama parti. Tambahan pula, masih ramai lagi berkelayakan, dan telah terbukti membantu dan berjuang atas nama parti yang sepatutnya diberikan peluang" kata salah seorang jentera Pas dari kawasan Jerai.Malah menurutnya,tindakan ahli parlimen Pokok Sena itu boleh menyebabkan ramai aktivis dan pejuang Pas menjauhkan diri dan meninggalkan parti kerana merasakan sumbangan mereka tidak dihargai.Mahfuz juga dikatakan begitu beria-ia mahu meletakkan Azam sebagai calon Pas,sehingga ada yang mengatakan laluan mudah bakal diberikan sekiranya dia menang di Sungai Limau.

Tawaran itu dibuat,sebagai timbal balas untuk membantu mengukuhkan penguasaan Mahfuz di peringkat pusat dan Kedah.Penyandang jawatan ketua pemuda,Nasrudin Hassan sebelum mengatakan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan muktamar Pas yang akan diadakan pada hujung tahun ini.Dia yang juga merupakan ahli parlimen untuk kawasan Temerloh itu dikatakan lebih berminat untuk mencuba nasib untuk jawatan ahli jawatankuasa Pas pusat.Menurut sumber dalaman,parti itu dikatakan sedang dalam proses pembersihan untuk menyingkirkan pimpinan yang bukan dari kumpulan ulama.Ini kerana sejak akhir-akhir ini Pas dikatakan sering menerima tekanan dari kumpulan Endorgan dan Liberal yang mula menujukkan sikap untuk menguasai parti itu.Malah tindakan mereka juga sering kali dilihat bertentangan dengan perjuangan asal parti itu yang ingin menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.anda nampak tak permainan PAS ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH PM @NAJIBRAZAK TERTIDUR DIDEDAHKAN !!! SUKA PUAK PR SPIN YEKK ???

Posted: 01 Nov 2013 10:00 PM PDT


Forum Ekonomi Islam Dunia ke-9 menyaksikan Datuk Seri Najib menandatangani Memorandum Persefahaman dan juga Perjanjian bernilai USD720 juta (RM2.26 billion) dengan beberapa pihak yang merangkumi potensi kerjasama,pembelian dan pajakan serta perkhidmatan kesihatan.Antaranya,BAE Systems PLC iaitu satu dari empat syarikat yang dikenalpasti bagi program penggantian MIG-29N,akan bekerjasama dengan NanoMalaysia Bhd dan ISIS Innovation Ltd untuk meneroka peluang bagi teknologi prototaip dan pusat pembangunan di Malaysia.Selain itu,Clixster Mobile,Angkasa dan Hi-P International akan bekerjasama membangunkan,mengeluarkan dan juga memasarkan Android smartphone dengan perisian dan aplikasi Islamik untuk negara-negara Islam.KFM Holdings Sdn Bhd pula akan bekerjasama dengan YDA Insaat Sanayi Ve Ticaret AS untuk membina kemudahan kesihatan yang canggih di Turki.Felda Global Ventures Holdings Bhd akan bekerjasama dnegan Cambridge Nanosystems bagi mengeluarkan nanotiub karbon berkualiti tinggi daripada sisa kelapa sawit. ACMS Trent Park Sdn Bhd bersama dengan Exim Bank Malaysia akan membangunkan pelaburan ke atas 8.42 hektar tanah dan lebih 20 bangunan.

Ini adalah antara 'hasil' dari WIEF yang melibatkan Malaysia.Bagaimanapun,tiada satu pun di antaranya yang menarik minat pembangkang untuk diperkatakan.Pembangkang bagaimanapun,begitu seronok memainkan gambar Perdana Menteri yang terlelap sekejap di atas pentas WIEF tatkala program berlangsung.Perdana Menteri yang keletihan kerana telah bekerja tanpa henti sejak seminggu lalu.Beliau dikhabarkan tidak berehat langsung bagi menyediakan Bajet 2014 dan seterusnya membentangkannya pada hari Jumaat sebelum menghadiri Persidangan Parti Gerakan pada hari berikutnya dan kemudiannya terus ke London pula untuk WIEF.Setibanya di sana,beliau terus memenuhi jadual yang ketat termasuk perjumpaan dan acara rasmi dengan beberapa pemimpin luar tanpa mengira somptom gangguan ritma masa.Maka,tidak hairanlah beliau begitu keletihan dan terlelap,itu pun setelah memastikan semua tugas penting berjalan lancar.itupun puak pembangkang nak mainkan.tak nampak kerr itu isu 'bodoh' ??? minta maaflah saya terkasar bahasa.kenapa tak nampak di belakang tabir apa yang PM buat ??? yang tau asyik nak hentam.hentam-hentam pun,duit yang diberi kerajaan amik jugak kan ??? dan macam-macam lagi.

Terpulang kepada pengkritik A.K.A pembangkang untuk melihatnya sebagai satu tanda kelemahan.namun,apa yang pasti ialah 'hasil' RM2.26 billion tentunya bukanlah satu tanda kelemahan.Jumlah itu dengan sendirinya membuktikan keyakinan negara luar terhadap Malaysia sekali gus kebijaksanaan dan kecekapan Perdana Menteri.Jumlah itu juga menjadikan segala pengorbanan masa dan tenaga beliau kepada negara adalah berbaloi.Seharusnya,pembangkang turut merasa bangga dengan keyakinan negara luar terhadap Malaysia,bukannya gembira mempermainkan Perdana Menteri yang telah bertungkus lumus untuk kita.ada faham kaa puak pembangkang ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! ADAKAH PENGUNDI CINA BERSAMA BN ??? ATAU PAS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Nov 2013 07:00 PM PDT


Terdapat 1,827 pengundi Cina di DUN Sungai Limau.Daripada jumlah itu,hanya kira-kira 180 atau 10 peratus yang mengundi BN pada PRU yang lalu.Apa yang menarik ialah anggota MCA di situ adalah seramai 965 orang.Fakta ini menunjukkan bahawa walaupun DUN tersebut dilihat bagaikan jauh dari capaian 'hasutan' DAP namun masyarakat Cina tetap mempunyai cara mereka sendiri untuk bersatu dalam membuat keputusan.'Arahan' yang diterima pada PRU lalu ialah untuk menolak BN,maka hampir kesemua mereka mematuhi arahan tersebut sepertimana setianya mereka kepada Maharaja Cina dahulu kala.Lalu,masyarakat Cina di Sg. Limau telah bersama-sama dengan seluruh kaum mereka di Malaysia untuk memastikan kemenangan DAP dengan cara memberi undi pada PAS dalam pilihanraya yang lalu.Harapan mereka,pastinya agar PR berjaya memerintah dan DAP akan melaksanakan dasar 'Ketuanan Cina' sebagaimana Singapura. 

Ini kerana mereka cukup maklum bahawa walaupun yang menjadi Perdana Menteri adalah Melayu dari PAS dan PKR,tetapi mereka tetap boleh ditunggang oleh Cina DAP bila-bila masa.Bagaimanapun,sepanjang lima tahun Kedah di bawah PAS,ternyata tidak semudah itu untuk 'menunggang' arwah Tan Sri Azizan Razak.Tan Sri Azizan dilihat memegang prinsip yang berbeza dari pemimpin PAS pusat.Beliau dapat membaca agenda tersirat DAP serta tidak memberi ruang kepada parti itu untuk menunjuk-ajar dirinya.Ketegasan arwah yang menolak segala pemberian tauke-tauke besar meresahkan DAP.Cita-cita DAP untuk menguasai negeri Kedah melalui PAS menjadi sukar sekali.Malang lagi bagi masyarakat Cina apabila PAS kalah dan digantikan pula oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dari Barisan Nasional yang turut terkenal dengan prinsip dan integriti yang teguh.Malah,Mukhriz lebih tegas dan praktikal lagi dengan menyatakan secara terus terang bahawa beliau perlu mendahulukan mereka yang menyokong BN,bukannya yang menolak BN.

Sama ada masyarakat Cina di Kedah suka atau tidak,itulah hakikatnya iaitu kerajaan negeri tidak akan membodohkan diri mengambil hati mereka yang membenci.Apa yang pasti pentadbiran dijalankan seperti biasa tanpa menganiaya sesiapa.Ini bermakna,jika masyarakat Cina di Sungai Limau inginkan perhatian yang lebih dari kerajaan negeri,maka mereka perlu terlebih dahulu menyokong BN.Jika tidak,mereka boleh terus meminta bantuan DAP melalui PAS kawasan itu untuk memajukan diri.Tindakan Mukhriz ini bukan sesuatu yang kejam atau tidak adil kerana kerajaan negeri bukannya merampas tanah atau perniagaan mereka sepertimana yang dilakukan oleh DAP kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang.Kerajaan negeri juga tidak pernah menghalang orang-orang Cina berarak memukul gendang jika berlaku kematian di kalangan mereka sepertimana DAP menghalang perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.Pendek kata,kerajaan negeri Kedah langsung tidak menyentuh masyarakat Cina atau mengganggu kehidupan mereka. 

Inilah bezanya,kerajaan yang adil dengan yang zalim,yang Islam dengan yang rasis.Sesungguhnya,yang memajukan negara ini dan memberi peluang kaum Cina berada di mana mereka berada hari ini adalah kerajaan BN.Tanpa kepimpinan dan pentadbiran BN yang bijak,kaum apa pun tidak akan mampu berjaya di Malaysia.Hari ini,kaum Cina menjadi yang paling kaya,tetapi itu hanya boleh berlaku kerana kaum Melayu juga mempunyai daya beli yang cukup untuk mengkayakan peniaga.Justeru,apa salahnya,jika orang-orang Cina terus bekerjasama dengan orang-orang Melayu dan menyokong kerajaan yang membolehkan semua ini berlaku ??? Masyarakat Cina di Sg. Limau tidak seharusnya terpengaruh dengan hasutan kaum Cina dari luar untuk menolak BN.Mereka yang telah lama hidup di kalangan orang-orang Melayu seharusnya sudah mengenali hati budi orang-orang Melayu yang tidak pernah berniat untuk bersaing, jauh sekali menindas sesiapa.Sikap semulajadi orang-orang Melayu itu hanya inginkan keamanan sahaja. 

Justeru,kenapa harus dimusuhi kerajaan pimpinan Melayu ??? Apakah orang-orang Cina benar-benar percaya bahawa sekiranya terus menerus menolak BN sehingga akhirnya PR berjaya memerintah,maka PR di bawah teraju DAP akan dapat memastikan keamanan dan kemakmuran yang sama ??? Lihatlah bagaimana DAP membelakangkan Pengerusi DAP Kedah yang dilantik akar umbi secara demokrasi.Lihatlah bagaimana DAP menindas dan menipu ahli-ahli sendiri.Apakah masih ada yang percaya PR mampu memerintah sebaik BN dengan DAP menjadi kepala diktator di belakangnya ??? Hakikatnya,undi masyarakat Cina di Sungai Limau tidak dapat diterjemahkan kepada keputusan PRU yang akan datang.Namun,ia mampu menterjemahkan kematangan sikap mereka dalam menilai politik negara.Sudah sampai masa orang-orang Cina menggunakan akal sendiri dan bukannya patuh kepada arahan 'bayangan Maharaja' atas nama 'bangsa' dan 'untung' semata-mata.Ingatlah,orang tamak selalu rugi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PAS TAKUT SANGAT UNDI CINA MENURUN PADA 4 NOVEMBER !!! KENAPA YEKKK ???

Posted: 01 Nov 2013 05:00 PM PDT


Apabila Barisan Nasional (BN) sedang berusaha untuk memenangi undi Melayu yang telah mengundi PAS pada Pilihanraya Umum 5 May yang lepas,supaya mereka bertukar fikiran dan berhijrah kepada BN.PAS pula sedang bertungkus lumus kerana pengaruh mereka terhadap orang Cina semakin lama semakin terhakis.Walaupun hanya 1,842 pengundi berbangsa Cina,PAS tidak akan mempunyai jumlah undi yang singnifikan untuk mengekalkan penguasaan mereka di dalam kerusi Sungai Limau jika sebahagian daripada pengundi tersebut berhijrah kepada BN atau tidak hadir semasa hari pengundian.Peperangan kawasan antara BN dan PAS dari Sungai Limau telah meningkat untuk hari ke-sembilan kempen dari kedua-dua belah pihak.Di dalam satu poster di Kampung Sedaka,PAS telah mula menunjukkan kehadiran mereka dan mula menggantung bendera dan poster sebanyak mungkin.Ada insiden yang dilaporkan bahawa sesetengah penyokong PAS menurunkan bendera dan banner BN dan menggantikannya dengan bendera PAS. 

Di dalam peperangan untuk menawan hati 27,222 pengundi,PAS sedang berusaha untuk memegang kesetiaan para penyokong terdahulu kerana mereka kurang diterima oleh golongan muda.Ia terserlah apabila program seperti ceramah dan aktiviti yang dijalankan oleh mereka,tiada golongan muda yang hadir dalam jumlah yang signifikan.Yang ada hanyalah pengundi veteran dan juga golongan remaja yang belum boleh mengundi.Sedang PAS kehilangan jumlah pengundi muda,mereka masih lagi menagih undi dari kaum Cina di Kedah.Loh Choon Hong, 36,seorang peniaga kedai runcit di Sungai Limau Dalam mengatakan bahawa dia tidak pastu bahawa pengundi Cina akan memberikan sokongan 100% kepada parti Islam tersebut.Menurut katanya lagi pengundi Cina yang sudah berumur lebih cenderung untuk mengundi BN dan hanya undi golongan muda sahaja bersama PAS. 

Ini adalah kerana para pengundi muda telah terdedah dengan internet dimana minda mereka adalah lebih kepada isu nasional dan bukannya hal-hal tempatan.Loh juga menambah,bahawa orang seperti beliau hanya mahukan keamanan dan keharmonian dikekalkan supaya mereka boleh berniaga dan menjalankan kehidupan seperti biasa.Jumlah pengundi Cina di kawasan Sungai Limau dan Sungai Limau Dalam,dimana para pengundi muda Cina pula bekerja di kawasan Gurun,Sungai Petani dan Kulim. ADUN Dap untuk Kota Darul Aman Teoh Boon Kok,yang sedang bergiat menjalankan kempen untuk PAS di Pekan Sungai Limau menyatakan bahawa cabaran utama mereka adalah untuk memastikan pengundi muda Cina boleh mengambil cuti dan pulang untuk mengundi pada pilihanraya 4 November nanti.Katanya lagi,jumlah pengundi akan berubah secara mendadak dan sekiranya mereka tidak boleh datang mengundi ia akan menjadikan jumlah undi PAS berkurangan.Ia adalah satu cabaran bagi kami untuk memastikan mereka kembali dan segala macam masalah pengangkutan yang mereka akan alami semasa hari mengundi. 

Menurut Teoh lagi,kebanyakkan daripada pengundi Cina bekerja di kilang dan menaiki bas,ia menjadi cabaran besar kerana bas kilang tidak akan menghantar mereka ke pusat mengundi.DAP akan mencari jalan yang mudah untuk mereka balik dan mengundi.PAS sudahpun kehilangan pengundi Melayu dan sekiranya mereka tidak dapat memastikan kehadiran penyokong mereka dari kaum Cina,maka kerusi Sungai Limau akan terlepas dari gengaman mereka.Isunya adalah kerana kekurangan pengundi Cina di Sungai Limau yang menjadi cabaran besar untuk PAS mengumpul kekuatan di dalam pilihanraya kecil pada kali ini.Senario terkini,BN tampak lebih berkeyakinan untuk memenangi kerusi tersebut berbanding PAS yang bersusah payah untuk mengekalkan kerusi Sungai Limau di dalam gengaman mereka.InsyaAllah...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...