BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! MANA PERGI SUMBANGAN TABUNG WIRA LAHAD DATU ??? KENAPA PAS SENYAP SAMPAI SEKARANG ???

Posted: 10 Nov 2013 04:00 AM PST


Bertempat di Sri Perdana,Putrajaya satu lagi majlis diadakan bagi meraikan waris kepada para perwira negara yang telah dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu,Sabah,awal tahun ini.Majlis yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib bertujuan untuk memberikan bantuan tambahan bagi meringankan beban waris keluarga tersebut.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib berkata,balu kepada wira negara akan menerima sumbangan sara hidup RM800 setiap bulan,RM500 (anak di bawah 18 tahun) dan RM400 (ibu bapa kepada wira yang bujang). "Anak mereka turut menerima sumbangan pendidikan secara bulanan iaitu RM200 kepada anak di peringkat prasekolah,RM300 (anak peringkat sekolah rendah) dan RM500 (anak peringkat sekolah menengah)."Selain sumbangan berjadual, ahli keluarga wira juga memperoleh sumbangan sekali gus iaitu RM22,000 bagi keluarga wira yang terkorban,wira alami kecederaan parah (RM10,000),kecederaan ringan (RM5,000), ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (RM10,000)," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sumbangan Tabung Wira Negara kepada ahli keluarga wira yang terkorban dan pegawai yang cedera dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah.Sejak dilancarkan pada 11 Mac lalu di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13,Tabung Wira Negara berjaya mengumpul lebih RM3.2 juta hasil sumbangan daripada penjawat awam Persekutuan,negeri,badan-badan berkanun serta melalui tajaan lain.Namun yang menjadi persoalannya sekarang ialah,kenapa sehingga hari ini masyarakat langsung tidak mendengar cerita mengenai Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dilancarkan pada 7 Mac oleh Pas.Senyap dan sunyi.Seolah-olah tabung tersebut langsung tidak wujud sama sekali.Sedangkan sebelum ini lidah rasmi Pas, Harakah begitu hebat mempromosikan tabung tersebut yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia. Itu belum lagi diambil kira melalui kutipan derma yang dianjurkan sepanjang kempen 'road tour' mereka.Malah menurut maklumat yang diterima,di akhir ceramah anjuran pakatan pembangkang, hampir setiap malam mereka mengedarkan 'karung duit' bagi mengutip derma daripada para hadirin yang hadir kononnya untuk membantu keluarga mangsa tragedi. Masakan tiada sambutan langsung dari pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan Pas. 

Apakah isyarat senyap dan sunyi itu bermaksud kutipan tabung tersebut GAGAL mengutip walaupun RM10.00 ??? Apakah ia bermaksud semua pengikut, ahli,penyokong dan para dermawan Pas sebenarnya terdiri daripada mereka yang bakhil ??? Sudah tentu tidak.Ini kerana Pas yang selama ini mendakwa sebagai pejuang Islam sudah tentu berjaya mendidik pengikut,ahli,penyokong dan para dermawan mereka agar sentiasa bersifat pemurah.Sekiranya Tabung Wira Negara anjuran kerajaan BN berjaya mengumpulkan RM3.2 juta,Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu anjuran Pas paling kurang tentu berjaya mengutip RM 4-5 juta.Ini kerana Pas yang sering mendakwa lebih Islam dari orang lain sudah pasti akan menyumbang melebihi mereka yang tidak berapa nak Islam.Namun,persoalannya ialah ke mana GHAIBNYA semua sumbangan tersebut ??? Masakan kutipan yang sebegitu 'banyak' tidak dijalankan sebarang 'audit' ??? Apakah tiada satu pun jawatankuasa pemantau yang menguruskan tabung tersebut ??? Masyarakat perlu mendesak agar parti menjawab semua persoalan dan kekeliruan yang dibangkitkan ini.Atau setidak-tidaknya pengikut,ahli,penyokong dan para dermawan yang telah menyumbang melalui akaun seperti yang pernah dipromosikan oleh Harakah. 

Kesimpulannya sekiranya sumbangan derma tersebut 'masih ada' Pas WAJIB menyerahkan kepada mereka yang berkenaan. Ini kerana sebagai sebuah PARTI POLITIK yang kononnya berpegang kepada DASAR ISLAM,sudah tentu mempunyai golongan ulama yang tahu akan hukum memakan harta anak-anak yatim.Bukanlah niat untuk menuduh Pas telah 'memakan' jumlah kutipan tabung tersebut,hanya ingin meminta penjelasan bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ANALISIS #PRKSUNGAILIMAU !!! PENGAJARAN KEPADA MASYARAKAT CINA ATAU BN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 09 Nov 2013 09:00 PM PST


Menurut analisis oleh MCA,BN dikatakan mampu meraih sehingga 49% dari 1,185 pengundi Cina dalam PRK Sungai Limau.Dari situ,disimpulkan bahawa masyarakat Cina telah kembali menyokong BN sejak tsunami Cina dalam PRU-13 yang lalu.Namun,mengikut analisis yang lain pula,dikatakan bahawa undi Cina yang sebenarnya membenamkan BN di Sungai Limau.Analisis ini adalah berdasarkan peti undi PDM Bukit besar yang dikatakan sebagai kawasan cina di mana PAS telah menang besar dengan majoriti 1114 undi iaitu 1557 undi berbanding BN 443.Sudah menjadi kelaziman bagi orang kita untuk memilih mana-mana analisis untuk dipercayai berdasarkan kecenderungan politik ataupun kepentingan dirinya.Selalunya,tidak kira apa fakta yang dibentangkan, ramai yang memilih untuk mempercayai apa yang ingin dipercayainya saja. 

Justeru,jika kita ingin mencari apakah makna undi Cina di Sungai Limau kita perlu melihatnya dari kedua-dua sudut analisis yang berbeza tadi dan juga jauh di sebaliknya.Jika kita lihat secara terperinci,kita akan dapati bahawa kebanyakan rakyat dan juga petugas UMNO meragui analisis yang dibentangkan MCA.Bagaimanapun,DAP dan juga PAS,melalui Harakah pula,beria-ia 'membela' analisis MCA.Lim Kit Siang juga nampaknya dengan sengaja 'menaikkan' nama MCA dengan menyebut bahawa 'MCA menang besar dan UMNO kalah teruk' di Sungai Limau. Bersungguh-sungguh sekali nampaknya DAP dan MCA mendesak agar analisis itu diterima sementara PAS menyambutnya bagai burung kakak tua yang setia.Penting sekali nampaknya bagi masyarakat Cina, untuk memastikan yang kepimpinan mendapat mesej mereka iaitu masyarakat Cina kembali mengundi BN. Dari temubual dengan masyarakat Cina di Sungai Limau yang disiarkan oleh portal pro-pembangkang beberapa hari sebelum PRK,beberapa orang dari mereka telah mengakui bahawa masyarakat Cina di situ mengundi sebagai satu entiti, iaitu mereka berbincang dan memutuskan parti mana untuk diundi secara bersepadu. 

Jika ini benar,maka trend pengundian kaum ini di Sungai Limau wajib dilihat dengan lebih mendalam.Masyarakat Cina di Kedah sebelum ini diketahui sebagai 'kurang senang' dengan arwah Tan Sri Azizan Razak.Mereka menyifatkan Tan Sri Azizan sebagai terlalu konservatif kerana meletakkan syarat 'yang bukan-bukan' bagi sebarang aktiviti di negeri Kedah.Antaranya,papan iklan yang memaparkan gambar wanita haruslah menutup aurat dan artis yang mengadakan persembahan di tempat terbuka perlu memastikan pakaian yang sopan.Selain itu,Kedah juga suatu ketika menyaratkan agar semua pusat hiburan ditutup di bulan Ramadan.Seringkali,DAP terpaksa memberi tekanan kepada Tan Sri Azizan melalui PAS pusat agar negeri Kedah 'melonggarkan' atau membatalkan sahaja syarat-syarat tersebut. Seringkali juga, DAP menang.Masyarakat Cina di Kedah mula merasakan yang PAS tidak sesuai untuk mereka dan mungkin kerana itu mereka kembali mengundi BN dalam PRK Sg. Limau.Namun,senario ini juga diragui kerana apabila Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mengambil-alih Kedah,beliau dari awal lagi menyatakan bahawa beliau perlu mendahulukan mereka yang menyokongnya,iaitu masyarakat Melayu.Kenyataan beliau telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina di Kedah tidak kira dari DAP ataupun MCA.Masyarakat Cina secara keseluruhannya menganggap Mukhriz ingin membalas dendam dan bersikap tidak adil terhadap mereka.Nampaknya,'keadilan' juga boleh ditafsir secara berbeza-beza bagi masyarakat Cina.Apakah adil jika Mukhriz memberi kelebihan atau melayan mereka yang menolaknya secara sama rata dengan pihak yang menyokongnya ??? 

Apakah bijak bagi Mukhriz untuk memberi bantuan kepada mereka yang ingin menjatuhkannya, malah sering mengutuk bapanya ??? Dengan kesungguhan DAP dan MCA yang bergerak secara bersepadu dan bersatu untuk meyakinkan kepimpinan bahawa masyarakat Cina di Sungai Limau telah kembali kepada BN.maka jelaslah bahawa kaum itu cukup terkesan dengan perbuatan mereka sendiri yang menolak BN mentah-mentah dalam PRU lalu.Jelaslah bahawa kaum Cina masih memerlukan BN untuk hidup senang.Apa yang dikhuatiri ialah, keterdesakan mereka untuk 'mengambil hati' BN telah menyebabkan mereka memaparkan analisis yang tidak tepat kepada kepimpinan. Malangnya tiada cara yang tepat untuk memastikan apakah yang memberi undi kepada BN di kawasan Cina di Sungai Limau adalah orang Cina atau orang Melayu.Namun,memandangkan trend sekarang menyaksikan bahawa orang Melayu menolak PAS, maka tidak mustahil bahawa yang meningkatkan undi BN di Sg. Limau adalah sebenarnya orang Melayu, bukan Cina.Jika ini benar,maka ia bermakna bahawa UMNO telah sekali lagi ditikam belakang oleh MCA.Jika ini benar juga bermakna bahawa peruntukan yang tidak masuk akal yang diberi kepada sekolah Cina di Sungai Limau adalah tindakan bodoh dan sia-sia. Apa yang pasti, dari sikap DAP dan MCA dalam memperkatakan mengenai undi masyarakat Cina di Sungai Limau menunjukkan yang mereka telah belajar sesuatu dari PRU-13, tetapi UMNO masih lagi tidak belajar apa-apa….

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PARTI AGAMA !!! JELAS SUDAH KARPAL SINGH DAN LIM KIT SIANG BUAT DRAMA !!!

Posted: 09 Nov 2013 06:00 PM PST


saya melihat Karpal Singh mempunyai satu tugas khas di dalam DAP iaitu 'mencari gaduh' dengan PAS.Tugas ini mudah iaitu beliau hanya perlu membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti umat Islam bagi memberi peluang PAS untuk menempelaknya sekadar untuk menunjukkan yang parti itu memperjuangkan Islam.'Pergaduhan' ini pula akan diperbesar-besarkan dan berlarutan bagi mengambil ruang di dada akhbar sehingga isu-isu lain yang lebih besar dilupakan.Kali ini,Karpal Singh memilih untuk mengacah PAS mengenai nama parti itu dan hakikat bahawa parti itu adalah parti Melayu-Islam.Menurut Karpal,parti berasaskan agama dan kaum adalah merbahaya dan tidak patut wujud di negara ini yang bermasyarakat majmuk.'Bahaya' di sini adalah merujuk kepada ekstremisme dan potensi untuk mencetuskan ketegangan agama dan kaum. 

Karpal mungkin lupa bahawa parti DAP lah yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi berdarah iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 walaupun parti itu mendabik dada sebagai parti berbagai kaum.Karpal nampaknya hanya ingin menguji air sungai PAS yang tenang.Hasilnya,air itu hanya berkocak sedikit sahaja kerana tiada pun buaya di dalamnya.Sebagai respon,PAS hanya merungut dan mengecam kenyataan Karpal dan kemudian duduk kembali mengira-ngira langkah ke 'syurga'.Sebaliknya,UMNO yang turut terasa apabila parti 'kaum' dibangkitkan,telah menyerang balas Karpal dengan persoalan mengenai kewujudan 'sekolah perkauman' yang diperjuangkan DAP.Seperti yang pembaca Badut Rakyat tahu, adalah pantang sekali bagi DAP apabila sekolah vernakular disentuh.Jelas,serangan balas dari UMNO itu telah gagal dijangka oleh Karpa dan beliau kini membisu seribu bahasa.Bagi menyelamatkan Sekolah Vernakular dari menjadi sasaran,Lim Kit Siang pantas tampil menafikan kenyataan Karpal.Katanya,media tersalah lapor,media sengaja memutarbelit dan media menipu kerana Karpal tidak pernah berkata demikian.Penafian ini turut disiarkan oleh Kit Siang di dalam blognya sebagai kenyataan rasmi.Hairan sekali,ke mana kah Karpal pergi ??? Kenapa beliau tidak boleh menafi sendiri ?? Kenapa orang lain yang perlul menafi bagi pihaknya ??? Benarkah kenyataan beliau diputarbelitkan ??? 

Atau hanya Kit Siang yang memberikan alasan demikian ??? DAP nampaknya telah tersilap strategi apabila cuba memprovokasi PAS dan UMNO sekali gus.PAS mungkin berjaya diacah,tetapi UMNO tidak sebodoh itu untuk membiarkan DAP bercakap semahu-mahunya sesuka hati.Negara ini ada undang-undang dan perlembagaan dan undang-undang dan perlembagaan itu telah terbukti baik dan tepat dalam menjamin kesejahteraan kita semua.Keberkesanan undang-undang dan perlembagaan itu terletak di atas sikap toleransi yang tinggi di kalangan rakyat negara ini terutama kaum bumiputera.Kaum bumiputera telah memberi kaum minoriti hak untuk membuka sekolah perkauman, maka sebagai balasan kaum minoriti wajib menerima kewujudan parti perkauman. Kita juga memberi kaum minoriti hak untuk mengamalkan agama masing-masing dengan kemudahan dan pembangunan yang perlu, maka kaum minoriti wajib menerima kewujudan parti keagamaan.Negara ini berdiri atas sikap memberi dan menerima bukannya dengan sikap ingin membolot segala-galanya.Justeru,Karpal perlu faham akan hal ini sebelum membuka mulut. Tidak hairanlah, Kit Siang cepat-cepat menutup mulut Karpal kerana bimbang sekiranya DAP ditekan sehingga terpaksa menjawab isu Sekolah Vernakular yang mana mereka tidak mempunyai alasan yang kuat untuk terus memperjuangkannya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...