BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ISU KAMPUNG HAKKA !!! PUAK PR KATA POLIS KEJAM ??? RUMAH SEBIJIK JERR KOTT !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 01 Nov 2013 11:20 AM PDT


tu diaa,rumah dah kena roboh.lepas tu kata polis kejam.itulah puak pembangkang.dah perintah mahkamah suruh roboh tak boleh ikut kerr ??? kan pampasan diberi ??? Kalau anda boleh akur dengan keputusan mahkamah yang melepaskan Anwar daripada kes Liwat,kenapa tidak boleh akur dengan kes yang ini ??? malas nak komen panjang-panjang.inilah perangai pembangkang.semuanya salah.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KUBUR ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN TERBIAR SEPI !!!

Posted: 01 Nov 2013 08:30 AM PDT


Umum mengetahui pilihanraya kecil Dun Sungai Limau diadakan ekoran kematian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ekoran derita penyakit kencing manis yang ditanggungnya sejak sekian lama.Malah sepanjang tempoh kempen yang diadakan juga,menyaksikan bagaimana Pas cuba mengeksploitasikan pengaruh Ustaz Azizan bagi memastikan kerusi Sungai Limau kekal di tangan parti itu.Di sekitar kawasan kempen juga,gambar Ustaz Pas dilihat lebih banyak digantung berbanding calon parti itu sekali gus membuktikan Ustaz Azizan begitu berpengaruh.Tambahan pula,rata-rata pengundi juga dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan Ustaz Azizan,sehinggakan jentera parti itu terpaksa menipu pengundi dengan membuat gambar superimpose antara calon Pas dengan mantan Menteri Besar itu.Namun disebabkan jarak Sungai Limau tidak begitu jauh dari dengan kawasan jenazah Ustaz Azizan dikebumikan,beberapa petugas Umno telah mengambil kesempatan untuk menziarahi kubur pemimpin Pas itu.Bukan kerana ingin menyokong parti itu,tetapi kerana merasa hormat dengan pendekatan Ustaz Azizan yang begitu mesra dan tidak berdendam dengan orang dan penyokong lawan.

Apa yang memeranjatkan,ketika menjejaki di kawasan pusara tersebut keadaan yang dilihat amat menyedihkan.Dengan keadaan sekitar pusara yang tidak terurus,kawasan perkuburan juga amat menyedihkan.Tambah memeranjatkan,tiada sebarang pagar yang dipasang bagi mengelakkan haiwan ternakan penduduk seperti lembu dan kerbau dari memasuki kawasan tersebut.Benar,Islam mengharamkan sebarang hiasan atau binaan didirikan di atas pusara, namun menjaga dan mengurus kawasan perkuburan seperti kebersihan,pagar di sekeliling kawasan perkuburan bagi mengelakkan haiwan buas masuk dan sebagainya adalah merupakan tuntutan syarak.Tambah menyedihkan,apabila salah seorang pelajar di Muassasah Darul Ulum mengatakan sejak dikebumikan kawasan tersebut kembali sepi.Selain daripada ahli keluarga terdekat dan penduduk sekitar,tiada orang luar baik di kalangan pengikut Pas sendiri yang datang untuk menziarah pusara Ustaz Azizan. 

Sedangkan semasa hayatnya,beliau merupakan seorang pemimpin hebat dan banyak menaburkan bakti dan jasa kepada parti dan perjuangan Islam.Mungkin inilah resam kehidupan,semasa hidup dan berjawatan mereka disanjung,dipuji dengan pelbagai gelaran dan kata-kata manis,namun apabila sudah meninggal dunia,terbiar dan terus dilupakan.Kesimpulannya,penggunaan gambar-gambar Ustaz Azizan hanyalah untuk meraih undi dan simpati kononnya mereka begitu sayang kepada Allahyarham.Namun secara realiti,Pas Kedah hanya menganggap bekas Menteri Besar sebagai kain buruk yang tidak berguna lagi.Apa pun marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allahyarham Ustaz Azizan diampunkan segala dosa,di tempatkan bersama orang-orang yang dikasihi dan mendapat keredaan Allah SWT.Amin...

Al-Fatihah...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! BUKTI MEDIA PEMBANGKANG KENCING RAKYAT DIDEDAHKAN !!!

Posted: 01 Nov 2013 05:00 AM PDT


Nampaknya,media pro-pembangkang terus cuba menghangatkan isu Kalimah Allah walaupun ia telah dibawa ke mahkamah.Keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada The Herald telah membuka ruang kepada pembangkang untuk terus mempolitikkan isu tersebut.Mungkin bimbang yang isu ini bakal tenggelam,maka pembangkang menggunakan strategi yang lebih kasar,iaitu melaga-lagakan pemimpin BN sesama sendiri.Untuk itu,laman Free Malaysia Today,Malaysian Insider dan beberapa portal, blog termasuklah laman-laman sosial peribadi pihak pro-pembangkang telah memainkan berita kononnya Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud,telah menempelak Perdana Menteri,Datuk Seri Najib mengenai isu Kalimah Allah.Menurut laporan mereka,Taib Mahmud telah 'mengajar' Datuk Seri Najib mengenai politik secara matang di dalam Kongres PBB.Kononnya,Taib Mahmud juga merujuk kepada rakyat di Semenanjung sebagai 'bodoh' sambil menunjuk ajar Datuk Seri Najib mengenai hidup bertoleransi.Kata Taib, "Kita di Sarawak,tidak ada isu.Kita hidup di kalangan berbagai bangsa dan agama selama berdekad-dekad,sebelum tertubuhnya Malaysia lagi." 

Nampaknya,pembangkang cuba membunuh dua ekor burung dengan sebiji batu.Pembangkang yang tidak pernah menyebelahi Taib Mahmud,dilihat cuba mengenakan Datuk Seri Najib dan Taib Mahmud sekali gus melalui laporan yang tidak bertanggungjawab tersebut.Mereka yang 'bodoh' yang dimaksudkan oleh Taib Mahmud ialah mereka yang tidak faham akan fakta kes Kalimah Allah di mahkamah.Hakikatnya,kes tersebut adalah bersifat terhad atau terpencil iaitu mengenai pengedaran The Herald di Semenanjung.Kes itu langsung tidak melibatkan Sabah dan Sarawak di mana segala amalan pihak Kristian di kedua negeri ini sejak berdekad-dekad lalu, boleh diteruskan seperti biasa.Malah,semua risalah dan kitab Kristian di kedua negeri itu juga tidak terlibat dalam keputusan tersebut.Justeru,tidak ada sebab bagi mana-mana pihak di Sabah atau Sarawak untuk melompat atau meroyan mengenainya.Taib Mahmud cukup memahami perkara ini sepertimana yang ditekankannya mengenai toleransi yang telah wujud sekian lama.Namun,media pro-pembangkang telah dengan sengaja tidak mengambilkira fakta kes,membesarkan isu,memanipulasi dan mengalih makna kata-kata Taib Mahmud sebagai berbentuk 'serangan' atau 'sindiran' terhadap Datuk Seri Najib.Tindakan ini membuktikan betapa media pro-pembangkang sangat tidak bertanggungjawab serta tidak professional dalam menjalankan tugas.

Ia juga membuktikan bahawa pembangkang sememangnya berniat jahat dan tidak jemu-jemu mencuba untuk mencetuskan ketegangan dan huru-hara di dalam negara.Atas dasar ini,rakyat Sabah dan Sarawak wajar menolak pembangkang mentah-mentah kerana apa yang dilakukan mereka bukanlah perkara kecil.Dengan bermain dengan isu agama,pembangkang sebenarnya bermain dengan kehidupan dan nyawa kita semua.Jangan kita sekali-kali lupa bahawa pembangkang telah pun membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan demi kuasa, antaranya ialah insiden Lahad Datu.Kita boleh menolak terjadinya ketegangan kaum dan agama di dalam negara hanya dengan mengambil sikap tidak menghiraukan pembangkang.Jangan pedulikan hasutan mereka dan jangan terpengaruh dengan laporan media mereka yang penuh dengan agenda tersirat yang jahat.Seperti kata Taib Mahmud,kita telah hidup dalam harmoni selama berdekad-dekad.Hanya orang-orang bodoh sahaja yang akan terpedaya dan bangkit melakukan kemusnahan seperti yang diinginkan pembangkang dan saya percaya,rakyat Sabah dan Sarawak tidak sebodoh penyokong pembangkang di Semenanjung yang sanggup berdemo,merusuh,mengganas serta berguling di jalanraya semata-mata untuk memusnahkan negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KALAU PAS KALAH,MEREKA TAKUT MAHFUZ DIPECAT !!! SPIN PULA MERATA !!!

Posted: 01 Nov 2013 02:00 AM PDT


Selain dari calon yang bertanding,rupanya ada lagi orang yang risau sekiranya Pas GAGAL mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.Melalui maklumat yang diterima semalam,antara yang paling pening kepala sekiranya Pas kalah ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah,Datuk Mahfuz Omar.Ini kerana,kegagalan Pas mempertahankan kubu kuat mereka akan menjadi satu tamparan hebat buat Mahfuz yang sebelum ini bersungguh-sungguh melobi untuk jawatan Pesuruhjaya.Malah mengikut sumber dalaman,antara yang mahu memastikan parti itu kalah ialah bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas,Negeri Kedah,Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.Ini kerana Phahrolrazi yang sebelum ini bersekongkol dengan Mahfuz untuk menjatuhkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak kecewa apabila dengan tindakan ahli Parlimen Pokok Sena itu yang dikatakan mengkhianati dirinya.Phahrolrazi sebelum ini,dikatakan turut mengidamkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Negeri merasakan tertipu dengan gerakan licik yang dimainkan oleh Mahfuz. 

Atas sebab itu,Phahrolrazi merasakan PRK Sungai Limau adalah merupakan kesempatan terbaik untuk meminta Pas pusat merombak kembali kepimpinan negeri.Di saat jentera Pas sedang berhempas pulas memperhebatkan jentera kempen,kumpulan Phahrolrazi dikatakan sedang sibuk mengerakkan jentera mensabotaj parti dari dalam.Malah atas sebab itu juga,Mahfuz sanggup menggunakan pendekatan untuk menipu pengundi bagi menarik sokongan.Sebagai contoh,pada permulaan kempen jentera Mahfuz telah menggunakan gambar 'superimposed' untuk berbohong kononnya calon Pas rapat dan sering mengadakan perjumpaan dengan Ustaz Azizan.Seterusnya dia kantoi menipu lagi apabila cuba menggunakan bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Sri Jamil Khir Baharom kononnya mendoakan agar BN/Umno kalah di Sungai Limau.Namun apabila diperiksa semula,nyata ia hanyalah propaganda kempen untuk menarik simpati pengundi. 

Dan yang terbaru,Mahfuz jelas terdesak apabila cuba menipu dengan menggunakan isu susu tamat tempoh untuk menipu rakyat yang kononnya diberikan oleh jentera BN/Umno di Pusat Daerah Mengundi Sungai Dedap.Namun setelah diteliti,aduan tersebut rupanya dicipta oleh kakitangan Harakahdaily.Dengan pelbagai siri pendedahan pembohongan Mahfuz ini,sudah cukup membuktikan betapa jentera parti itu yang semakin terdesak.Kesimpulannya,Mahfuz akhirnya sedar tindakannya untuk melobi jawatan Pesuruhjaya tanpa mendapat sokongan para pemimpin negeri bakal merosakkan imejnya sekali gus merosakkan peluangnya untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden Pas.Inilah yang dinamakan,kehidupan ini ibarat roda yang berpusing.Nampaknya semua gerakan jahat yang pernah dilakukannya untuk menyingkirkan Ustaz Azizan suatu ketika dahulu mula memakan diri.Bak kata pepatah bangkai gajah masakan boleh ditutup.Ini kerana lambat atau cepat,semua kejahatan yang pernah dilakukan pasti akan diketahui juga. Pesanan kepada Mahfuz,bersedialah untuk dipecat sekiranya GAGAL mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PENDEDAHAN SURAT 'AMANAT USTAZ AZIZAN' DIDEDAHKAN !!!

Posted: 31 Oct 2013 11:00 PM PDT


Pendedahan surat yang dikatakan 'Amanat Ustaz Azizan' benar-benar merisaukan jentera Pas di Sungai Limau apabila dilihat semakin mendapat perhatian pengundi yang rata-rata merupakan sanak saudara kepada mantan Menteri besar Kedah itu.Surat yang ditulis oleh saudara ustaz Azizan,Haji Syukri Haji Ismail agar para penyokongnya untuk tidak mengundi Pas,PKR dan DAP kerana boleh di ibarat sebagai mengkhianati Islam.Ini kerana menurut Haji Syukri amanat tersebut diberikan kepadanya 3 minggu sebelum ini Ustaz Azizan menghembuskan nafasnya yang terakhir.Walaupun ada di kalangan pengikut Pas tegar yang mengatakan ia adalah merupakan propaganda kempen Bn/Umno,namun rata-rata mereka yang rapat dengan Ustaz Azizan pasti mengetahui sama ada surat tersebut benar atau palsu.

Ini kerana sebelum ini,Ustaz Azizan pernah berulang kali menyuarakan hasrat hatinya yang dikatakan terkilan dengan perjuangan Pas.Ini kerana sejak bergabung dengan PKR dan DAP,Pas dilihat mula menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.Contohnya isu kalimah Allah yang jelas membuktikan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak DAP dan PKR demi kerana sokongan masyarakat bukan Islam.Malah hanya kerana itu juga Pas sebelum ini terpaksa menggadaikan asas dan dasar perjuangan yang selama ini menjadi tonggak perjuangan semenjak parti itu ditubuhkan.Kesimpulannya, perjuangan Pas tidak lagi seperti awal penubuhannya yang mahu mengangkat Islam ke tahap yang tertinggi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! TIBA MASANYA SUNGAI LIMAU HARUS BERUBAH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 31 Oct 2013 07:00 PM PDT


Pekan Sungai Limau di dalam daerah Yan,Kedah sudah begitu sinonim dengan PAS.Sejak Almarhum Tan Sri Azizan Razak memenangi kerusi DUN tersebut pada 1995,kawasan itu bagai tidak boleh 'ditembus' lagi oleh Barisan Nasional.Selama itu juga,kawasan itu tidak pernah berubah walaupun secara keseluruhannya,negeri Kedah mengalami pembangunan yang agak rancak.Sungai Limau berada di sisir perairan Selat Melaka dan mempunyai potensi besar untuk membangun dari segi pelancongan.Namun,ini tidak berlaku dan penduduk Sungai Limau juga seolah-olah sudah 'mangli' dengan kehidupan santai begitu.Mungkin juga,itulah cara hidup yang dipromosikan PAS sejak dahulu lagi iaitu,hanya mengejar akhirat dan mengtidak-apakan soal dunia.

Sekali imbas,Sungai Limau dilihat menepati mana-mana kampung di Kelantan dari segi mentaliti penduduknya dan juga landskapnya.Terdapat beberapa sekolah agama dan sekolah pondok di sini tetapi ianya tidak terjaga.Wujudnya hanya sebagai syarat bagi mengesahkan niat untuk mencari akhirat.Walhal,hanya beberapa puluh kilometer ke Utara atau Selatan Sungai Limau,iaitu di Bandaraya Alor Setar dan juga bandar Sungai Petani,serta kawasan sekeliling yang di bawah Barisan Nasional,anda akan mendapati pembangunan yang menggalakkan.Hubungan jalanraya antara Sungai Limau dengan kedua bandar ini juga lengkap dan mudah melalui lebuhraya.Bagaimanapun,segala kemodenan itu terputus sebaik tiba di Sungai Limau.Apabila terlantik sebagai Menteri Besar Kedah,Almarhum Tan Sri Azizan difahamkan mempunyai visi yang tinggi untuk kawasannya. 

Projek seperti Hub Hidrokarbon yang dirancang dibina di kawasan itu dijangka mampu menjana pendapatan negeri serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,sekali gus meningkatkan ekonomi dan pembangunan di Sungai Limau.Bagaimanapun,niat murni ini tidak terlaksana akibat terdapat berbagai halangan,termasuklah kekurangan pengalaman di pihak kerajaan negeri sendiri.Justeru,Sungai Limau kekal di takuk lama,ketinggalan dari kemajuan dunia.Penduduk Sungai Limau mungkin merasa selesa dengan kehidupan dan rutin harian yang sama ini. Malangnya,dunia telah berubah dan manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan itu.Penduduk Sungai Limau tidak boleh ketinggalan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan kemajuan kerana itulah tujuan utama Allah SWT menjadikan manusia.Jika benar penduduk Sungai Limau ingin mencari akhirat,maka mereka perlu terlebih dahulu menurut perintah Allah SWT untuk mencari ilmu,meneroka dunia serta meningkatkan diri ke tahap tertinggi. 

Sudah menjadi hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan di Malaysia ini hanya boleh dicapai melalui parti Barisan Nasional,bukan PAS.PAS mempunyai masa yang begitu lama untuk memajukan Sungai Limau,tetapi mereka tidak melakukannya.Mungkin alasan pada mulanya ialah PAS tidak punya kuasa,tetapi alasan ini tidak boleh dipakai lagi apabila PAS berjaya menjadi kerajaan negeri.Benar,Almarhum Tan Sri Azizan telah mencuba,namun,tanpa pengalaman dan kelayakan,segala-galanya tidak semudah yang disangka.Jangankan kemajuan dunia,kemajuan akhirat juga dilakukan PAS secara sambil lewa di Sungai Limau memandangkan sekolah-sekolah agama dan pondok juga tidak terjaga.Seolah-olahnya,PAS benar-benar menyerahkan nasib rakyat Sungai Limau kepada takdir semata-mata.Bagaimanapun,saya sanjung Tan Sri Azizan yang sanggup merendah diri meminta nasihat musuh politiknya di dalam UMNO untuk memajukan negeri.Malangnya,Allah SWT lebih menyayangi dirinya dan beliau tidak sempat melaksanakan impiannya untuk Kedah amnya dan Sungai Limau,khasnya. 

Kini,penduduk Sungai Limau diberikan peluang oleh Allah SWT untuk mengubah nasib diri sendiri melalui undi.Sampai bila Sungai Limau perlu menjadi sebuah kawasan mundur di negeri Kedah ??? Bayangkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang mampu tercipta sekiranya UMNO diberi kepercayaan untuk melakukannya.Bayangkan juga bantuan yang boleh disalurkan kepada sekolah-sekolah agama dan sekolah pondok bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pembangunan sekiranya UMNO diberi mandat menerajui kawasan ini.Apa yang pasti,UMNO mampu membawa kehidupan yang jauh lebih berkualiti dan seimbang antara dunia dan akhirat bagi penduduk Sungai Limau.Maka,inilah diseru agar pengundi Sungai Limau mengundilah dengan bijak pada 4 November ini kerana tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda selain diri anda sendiri.Sudah sampai masa untuk anda berhijrah kepada yang lebih baik.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! SKUAD SAYANG SELANGOR DIGANGGU OLEH PETUGAS PAS !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 31 Oct 2013 05:00 PM PDT


apa cerita ni ??? macam ni kerrr cara berkempen PAS sampai nak halang skuad sayang UMNO masuk ke kawasan ??? kata nak politik aman tapi awal-awal dah halang masuk.bukan pengundi nak halang pun.malas nak komen panjang-panjang.lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...