Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Pas Menipu Tapi Tak Mengaku!! #PrkSgLimau

Posted: 28 Oct 2013 07:16 AM PDT



calon Pas sendiri edar risalah, takkan tak perasan ?

Akhirnya Pas Kedah hari ini terpaksa mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu yang telah disuperimpose untuk dijadikan bahan sebaran di Sg Limau..

Tetapi, Pas masih tidak mengakui bahawa gambar yang super impose itu dibuat oleh mereka, sebaliknya menyalahkan pereka grafik yang dilantik oleh Pas untuk menyediakan design berkenaan..

Amiruddin selaku Pengarah Operasi Pas memberitahu dalam sidang media pagi tadi, pihak mereka tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli.. Yang menghairankannya semua sumber dan bahan yang diberikan kepada syarikat pereka design itu diberi oleh urusetia Pas sendiri..

Pihak designer memasukkan segala info dan gambar yang dihantarkan oleh pihak urusetia dan setelah harga dipersetujui, syarikat terus mencetak dan membekalkan kepada urusetia..

Ini bermakna, semua bahan atau gambar yang dibekalkan itu datangnya dari pihak Pas sendiri, bukannya dari pihak syarikat pereka..Sebelum sidang media ini dibuat, khabarnya Pas mengadakan satu mesyuarat tergempar kononnya untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti siapa yang memalsukan gambar berkenaan seolah olah mahu menjatuhkan imej Pas..

Sebelum ini Pas mendakwa mereka mempunyai banyak koleksi gambar calon bersama arwah bagi membuktikan bahawa calon Pas memang akrab dengan arwah.. Tetapi sampai sekarang tak ada satu pun gambar peribadi calon bersama arwah, sebaliknya hanya ada gambar program ketika calon Pas menjadi Pengarah Pasti Kedah, dan arwah Ust Azizan sebagai MB dalam majlis yang dianjurkan..

Seperti gambar dibawah



Kalau nak diikutkan, gambar peribadi arwah dengan pemimpin BN pun ada..YAB PM DS Najib, YAB Tun Dr Mahathir, YAB DP Mukhriz pun kerap berjumpa arwah..DS Zambery pun anak didik arwah jugak..

Kalau betul betul calon Pas memang anak didik Ust Azizan, mesti ada gambar calon melawat arwah ketika sakit.. Masa awal awal dicalonkan, calon Pas si Azam ni sendiri cakap takkan guna gambar arwah.. Tapi sekarang terpaksa guna pelbagai cara untuk tarik pengundi walaupun terpaksa menipu.

Medan Tempur Kedah

HOT! Calon Pas Sokong Syiah? #PrkSgLimau

Posted: 28 Oct 2013 06:22 AM PDT



Sebelum ini, calon PAS DUN Sungai Limau, Azam Samad dikaitkan dengan Syiah. Sebelum ini juga, PAS telah dikaitkan dengan Syiah dan PAS amat sukar untuk menafikan perkara berkenaan, sekalipun PAS cuba menyejukkan hati majoriti pengikutnya yang berpegang kepada fahaman Sunnah Wal Jamaah bahawa mana-mana ahli PAS yang menganuti fahaman Syiah, akan dipecat serta-merta.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, PAS tidak pernah memecat atau mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli PAS yang telah dikenalpasti menganuti fahaman Syiah seperti Abdullah Hasan, Kepala Syiah Rafidhah Kedah yang berpusat di Pendang. Sebaliknya para pemimpin utama PAS kelam-kabut cuba menyembunyikan perkara sebenar dengan pelbagai dalil dan dalih untuk membenarkan PAS terus digayuti dan dikuasai oleh Syiah.

Kedahan69ers.com berjaya mengesan sebuah banner di Jalan Kampung Sungai Kering, Sungai Limau yang jelas terpamer ciri-ciri PAS yang memberikan sokongan dan mendoakan kemenangan 'jemaah' mereka.

Ungkapan 'YA ALI,' 'YA HUSIN' dan 'LABAIK YA ZAHRAH' sememangnya merupakan seruan kaum Syiah. Kaum Syiah bertawassul kepada 'ALI, HUSIN dan FATIMAH AZ-ZAHRAH'. Malah menjadikan ALI sebagai Tuhan mereka dengan seruan 'YA ALI MADAD'…

Sebelum ini, dilaporkan bahawa puak Syiah akan mencalonkan salah seorang daripada mereka untuk bertanding di Sungai Limau. Barangkali kerana memikirkan bahawa Azam Samad yang merupakan calon rasmi PAS, jauh lebih berwibawa dan jauh lebih mudah untuk menjalankan pendoktrinan dan pendogmaan Syiah di Sungai Limau yang bersempadan dengan Pendang, mereka akhirnya membatalkan hasrat untuk mencalonkan calon Syiah, sebaliknya memberikan sokongan kepada calon PAS, Azam Samad.

Kedahan69

HOT! Abby Albody di TOLAK Orang Pas Sendiri! #PrkSgLimau

Posted: 28 Oct 2013 01:15 AM PDT



Nampaknya nasib Abby di Sungai Limau ni tak berapa bagus, satu-satu masalah yang datang, tulah Abby jangan cakap lebih sangat, macam kamu tu diterima semua orang, termasuk dari Pas sendiri.


Gambar atas ni , diambil sebentar tadi di UPU Sungai Daun Sungai Limau , sepatutnya Abby akan memberi ceramah kotornya disini tapi malangnya tidak ada orang dan hanya beberapa orang petugas Pas UPU ini sahaja yang ada.

Nampak sangat nama Abby bukan boleh menarik orang untuk datang mendengar ceramah beliau , salah satu faktornya adalah Abby menggunakan bahasa yang kesat, maki hamun pada orang lain.


Kemarin kereta Abby terpaksa di bawa ke bengkel apabila clucth keretanya rosak di Sungai Limau.

Harap Abby renung la balik apa yang dilakukannya , percakapannya dan kelakuannya sebelum mengata orang .

Penduduk Sungai Limau mahu Hijrah ke arah lebih baik bukannya dihasut membenci orang lain seperti mana Abby dan pemimpin PR lain buat.

Aktivis Pendang Jr

PANASS!! Blogger Pas KANTOI Menipuu!! #PrkSgLimau

Posted: 27 Oct 2013 10:23 PM PDT


Hari tu Mc ada cabar puak Pas suruh depa keluarkan gambar Azam Samat calon Pas bersama dengan Allahyarham Ustaz Azizan untuk buktikan dia tu anak didik Allahyarham. Nak baca klik  SINI.

Kemudian ada la blogger cacai Pas yang jawab pertanyaan Mc dengan gambar kononnya Azam berjumpa Allahyarham Ustaz di pejabat ketika menjadi Menteri Besar.

Selang beberapa hari akhirnya penipuan blogger Pas terbongkar, apabila Pas mengunakan modal gambar tersebut dijadikan risahlah untuk tatapan penduduk Sungai Limau.

Baca dibawah pendedahan dari blog Medan Tempur,
Pas memang Raja dalam bab bab mengedit gambar.. Tapi malangnya kantoi  dengan wartawan sinar sendiri.. Gambar sebenar diatas semasa kunjungan wartawan sinar ke Pejabat Ust Azizan.. Gambar ni aku memang dah lama tengok dalam FB member aku..

Tapi tak sangka pula, Pas sanggup buat macam ni.. Memang hina gila puak Pas ni.. Patutlah aku dapat maklumat 2 hari lepas, yang Pas tengah cari gambar si Mohd Azam ni duduk dengan arwah Ust Azizan.. Kononnya nak bagi nampak macam guru dengan anak muridnya..

Last sekali kantoi dengan wartawan Sinar.. Sebab gambar yang depa pi curi edit tu gambar wartawan tengah interview arwah....



Kan dah kantoi !!! Memang sah la calon Pas ni proksi Phahrolrazi di Sg Limau




FAKTA
Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.


AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan. 
 
McTheory:
Anak didik apa, kalau bergambar pun tak pernah? kann?

HOT! Sanggupkah Orang Sungai Limau Khianat Allahyarham Ustaz Azizan? #PrkSgLimau

Posted: 27 Oct 2013 06:14 PM PDT


Orang Sungai Limau jangan khianati amanat Allahyarham Ustaz dengan menyokong calon Pas yang sememangnya pro Phahrolrazi (Team khianat kepimpinan Allahyarham Ustaz). Takkanlah sanggup mengundi seorang yang sememangnya anak buah kepada manusia yang khianati kepimpinan Allahyarham Ustaz di Kedah.

Apa yang Phahrol tak pernah buat pada Allahyarham Ustaz, dari perli, kutuk, hingga sumpah supaya Allahyarham Ustaz mati cepat! Malah tindakan 'Team Phahrol' melawan senarai calon pilihan Pesuruhjaya Pas yang waktu itu dipegang oleh Allahyarham Ustaz, menyebabkan Allahyarham jatuh sakit akibat tekanan dari kumpulan dalam Pas sendiri.

Ada orang yang pertikaikan hubungan diantara Phahrolrazi dan calon Pas si Azam. Sedangkan hubungan mereka disahkan sendiri oleh Phahrolrazi. Datuk kepada si Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk kepada Phahrol, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Malah mereka merupakan ahli keluarga yang agak rapat.

Walaupun ada kenyataan daripada isteri Allahyarham Ustaz Azizan yang menyatakan Azam ada 'bau-bau bacang' dengan Allahyarham Ustaz Azizan, tetapi hubungan diantara Azam dan Phahrol sebenarnya lebih rapat malah Azam dikatakan berada di 'Team Phahrol' semasa Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Kalau nak ikutkan hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suhaimi bekas Ketua Bahagian UMNO Jerai juga sepupu Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suraya Yaacob, Exco Wanita Kedah, juga dua pupu dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Malah dulu Allahyarham Ustaz Azizan pernah menjadi ahli UMNO dan mempunyai saudara mara dalam UMNO yang cukup ramai.

Jadi apa sangat la nak dihairankan jika si Azam ada bau-bau bacang dengan Allahyarham Ustaz.

Cuma apa yang menjadi fokus kita sekarang, si Azam ni 'budak kepada Phahrolrazi'  ni, dihantar untuk menawan Sungai Limau dari sekutu Allahyarham Ustaz Azizan. Jika 'plan' Phahrol ni berjaya, bermakna, kawasan kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan sudah berjaya ditawan oleh 'Team Phahrol' dengan mengunakan proxy mereka iaitu Azam Samat.

Apakah sanggup orang Sungai Limau menyerahkan DUN KUBU kuat Allahyarham Ustaz kepada pengkhianat parti mereka? Tepuk dada, tanya iman!

McTheory:
Takkan sanggup khianat kot.. teruk tuu..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...