BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! DAP KEDAH MENOLAK CHRISTOPHER 'ZAIRIL' LIM !!!

Posted: 31 Oct 2013 08:30 AM PDT


Kemelut parti DAP nampaknya menemui jalan buntu kerana kepimpinan parti enggan mengakui kesalahan sendiri.Langkah yang diambil untuk menangani masalah yang berlaku pula langsung tidak menyelesaikan apa-apa tetapi hanya menambahkan lagi kekusutan.Masalah yang dihadapi DAP sebenarnya bukanlah sukar untuk difahami.Ia bermula apabila ahli-ahli dan pemimpin bawahan tidak puas hati kerana pemilihan CEC tidak telus.Apabila masalah awal ini tidak diatasi,tetapi meneruskannya dengan melantik pula mereka-mereka yang menang dengan cara kontroversi itu memegang atau mengambil-alih jawatan orang lain yang dilantik secara demokrasi,maka api yang membara mula merebak dan menyala.Inilah yang berlaku di Kedah,di mana Christopher Zairil Lim telah dilantik menjadi Pengerusi DAP Kedah bagi menggantikan Lee Guan Aik tanpa sebab musabab yang konkrit. 

Tiada siapa di dalam DAP Kedah yang rapat dengan Christopher dan jasanya di dalam parti juga masih belum terbukti.Perlantikan Christopher adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.Akibatnya,DAP Kedah kini bergolak dengan perasaan tidak puas hati dan berang terhadap kepimpinan.Namun,seperti sebuah parti diktator tulen,kepimpinan DAP bukan sahaja enggan melayan perasaan mereka ini tetapi menyifatkan mereka sebagai tidak rasional kerana mempersoalkan keputusan kepimpinan.Malah,Guan Aik juga dipersalahkan atas alasan tidak menghalang perlantikan Christopher Zairil sejak dari awal.Enggan melayan aduan dan rungutan ahli-ahlinya,kepimpinan DAP bertindak menubuhkan dua jawatankuasa bagi menangani masalah negeri-negeri secara berasingan.Negeri Kedah,telah diletakkan di bawah seliaan Tony Pua yang turut bertanggungjawab ke atas Perlis,Pulau Pinang dan Perak.Tindakan ini,bagaimanapun dilihat oleh DAP Kedah sebagai bukti sikap 'tidak berhemah' Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agong parti.Guan dituduh sebagai sengaja mengelak dari berhadapan dengan masalah yang diciptanya sendiri. Lebih teruk ia juga dilihat sebagai cubaan Guan Eng untuk menguasai terus pentadbiran peringkat negeri. 

Tidak tahan dengan apa yang berlaku,Guan Aik nekad untuk membawa permasalahan parti ke ROS Kedah.Guan Eng nampaknya telah tersilap perhitungan.Sangkanya ahli-ahli dan pemimpin bawahan DAP adalah hamba sahayanya yang akan akur terhadap apa jua keputusannya tanpa banyak soal.Sangkanya mereka semua boleh dikerah sesuka hati sebagaimana Maharaja Cina mengarahkan pembinaan tembok besar.Inilah masalahnya apabila merasakan diri sendiri To'kong.Strategi Guan Eng untuk menipu orang-orang Melayu di Kedah dengan melantik Christopher Zairil sebagai Pengerusi nampaknya memakan diri.Orang-orang Melayu tidak tertipu tetapi orang-orang Cina DAP pula yang makan hati. Christopher Zairil bukan seorang Melayu dan semua orang-orang Melayu Kedah sudah cukup maklum akan perkara ini.Siapa yang akan lupa bagaimana ibu Christopher Zairil merebut harta peninggalan isteri pertama bapa tiri Christopher iaitu Tan Sri Khir Johari,di mahkamah.Christopher hanyalah anak tiri Tan Sri Khir Johari dan tidak punya setitik pun darah Melayu dan semua orang Kedah sudah tahu perkara ini.

Kini,strategi licik ini membawa kepada masalah yang lebih besar.Sekali lagi DAP berkemungkinan berhadapan dengan ROS di peringkat negeri.Sedangkan,di peringkat pusat juga keadaan nampaknya bakal membawa ke arah yang sama.Jelas di sini bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang bijak dan jauh sekali seorang pemimpin yang baik.Beliau yang terlalu angkuh dan bongkak sering membuat keputusan yang salah akibat gemar menganggap orang lain bodoh Sedangkan yang bodoh adalah dirinya sendiri kerana tidak memahami bahawa orang tamak itu selalunya rugi dan orang sombong itu selalunya dibenci.Entah bila Guan Eng akan menyedari bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan semua masalah partinya ialah dengan mengaku kesalahan sendiri dan meminta maaf ataupun lebih baik lagi - berhenti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! SYIAH MULA BANTU JENTERA PAS !!! RAMALAN PAS DALAM SYIAH BENAR !!!

Posted: 31 Oct 2013 05:00 AM PDT


Kemeriahan kempen di Sungai Limau sedikit tercemar apabila penduduk kampung dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar yang berketurunan arab di sekitar kawasan kempen.Setelah diselidiki,rupa-rupanya mereka adalah pelajar dari Iran yang belajar di beberapa universiti negara.Dikatakan mereka di bawakan secara khas bagi mengikuti program 'anak angkat' anjuran sebuah NGO yang pro pembangkang.Mereka menggunakan alasan kononnya untuk membuat kaji selidik,namun apabila disiasat,kehadiran mereka rupanya untuk membantu jentera kempen calon Pas.Mungkin ada yang merasakan itu adalah merupakan perkara biasa dalam kempen pilihanraya.Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa pembangkang menggunakan pelajar Iran bagi membantu jentera kempen ??? Ini kerana umum mengetahui,rata-rata di kalangan mereka berpegang kepada fahaman sesat Syiah yang jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah.

Apakah pembangkang sedang berusaha untuk menghalalkan Syiah di Malaysia ??? Tambah memeranjatkan,mereka juga turut menaikkan beberapa poster Syiah di sekitar kawasan kempen bagi menyokong calon Pas.Salah seorang petugas Pas yang ditemui,diminta mengulas mengenai perkara ini menjelaskan dia langsung tidak mengetahui mengenainya.Sambil mendakwa ia mungkin kerja jentera Umno / BN yang sengaja ingin mencemarkan imej Pas.Mungkin ada logiknya,tapi apabila difikirkan balik mungkin,mana mungkin NGO yang pro pembangkang mahu bersekongkol dengan BN.Tambahan pula,selama ini Umno adalah merupakan satu-satunya parti yang menghalang dang menentang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia dan lagi melalui data dan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jakim,antara kubu kuat ajaran Syiah ialah di Kedah.Malah Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Mahathir adalah antara pemimpin negeri yang pertama mahu mengazetkan dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pengikut Syiah.Melalui kajian ilmu,Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. 

Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu : Syiah mughaliyah (pelampau),Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah).Antara strategi yang digunakan ialah,memasuki ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah,tanzim haraki seperti Pas,ABIM,JIM,Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah,pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkannya dari dalam.Kesimpulannya,para pelajar asing dari Iran yang diturunkan itu selain digunakan untuk membantu kempen,mereka mungkin digunakan untuk menarik lebih ramai orang-orang Kedah agar terpengaruh dengan ajaran sesat ini dan tidak mustahil mereka juga turut akan menawarkan mutaah kepada para pengundi di Sungai Limau.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PERANGAI HADI AWANG DAN MAHFUZ BUAT MALU ORANG PAS DAN RAKYAT !!! MUAHAHAHAHA !!!

Posted: 31 Oct 2013 01:30 AM PDT


lihat gambar di atas.gambar ini menceritakan berkenaan hadi awang bersama calon PAS menabur benih padi.jap..jangan nak kencing rakyat sungai limau boleh tak ??? apa ni ??? musim ni ada kerr musim tabur benih sampai ke lutut ??? air pun dah banyak tu,nak tabur apa lagi ??? nak lagi gambar ???


bergaya nooohhh nampak sangat kencingnya.mana saya tahu mereka kencing rakyat ??? saksikan gambar di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KEZALIMAN PR SELANGOR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 30 Oct 2013 10:33 PM PDT


akibat mengundi PR pada PRU 13 ini yang rakyat selangor dapat terutama peniaga melayu.dah start dah macam pulau pinang.peniaga melayu di tindas.apa yang saya boleh kata,PR Selangor zalim.Melayu tindas melayu dek kerana mahu menjaga hati malaon DAP.Gerai orang melayu dirobohkan lagi.Semenjak berkawan dengan DAP pemimpin Melayu perangai pun dah macam komunis.semua ini terjadi di kajang.inilah hasilnya untuk orang melayu di selangor.dah kata dah,jangan pangkah PR,degil.lepas ni apa lagi yang mereka akan lakukan ???

JOM LIHAT GAMBAR SETERUSNYA !!!



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MAHFUZ NAK JADI JUARA KAUM CINA ??? TAK MALU KERRR ???

Posted: 30 Oct 2013 07:00 PM PDT


Barisan Nasional menerima penolakan masyarakat Cina dalam PRU-13 yang lalu sebagai pengajaran bahawa memberi segala-galanya bukanlah jaminan kepada sokongan.Selain itu,publisiti dan promosi yang berlebih-lebihan juga mampu memakan diri.Dengan menolak BN bermakna masyarakat Cina menyokong PR.Namun,apa yang ingin dibincangkan di sini ialah,menyokong PR,tidak bermakna masyarakat Cina turut menyokong PAS.Hakikatnya,PAS juga ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina.Ini terbukti apabila PAS hanya mendapat undi dari kaum Cina di kawasan di mana DAP dan PKR tidak bertanding sahaja. Akibatnya,PAS mendapat jumlah kerusi tercorot berbanding sekutu-sekutunya. Jelas, undi yang diberi oleh masyarakat Cina kepada PAS bukanlah ikhlas,tetapi sekadar memenuhi keperluan bagi menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Melayu UMNO. 

Yang memberi kerusi kepada PAS hanyalah orang-orang Melayu.Justeru,dari konteks sokongan masyarakat Cina,PAS dan UMNO adalah senasib dalam PRU yang lalu.Tetapi,dari konteks sokongan Melayu,UMNO telah menandingi PAS kerana berjaya menambahkan bilangan kerusi sementara PAS pula kehilangan beberapa kerusi lagi.Ini bermakna sekiranya PR menang,PAS tidak akan mempunyai suara yang lantang dalam kerajaan.Bagaimanapun,PAS masih tidak belajar apa yang UMNO telah pelajari iaitu berpada-pada dalam menarik sokongan pengundi dan jangan sampai digadai segalanya semata-mata demi kerusi.Oleh itu,PAS masih lagi tersorong-sorong pipi cuba memancing hati masyarakat Cina sehingga sanggup menggadai agama.Terbaru,PAS cuba membela masyarakat Cina dengan menghentam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri.Untuk itu,Mahfuz Omar menuduh PM dan BN berdendam dengan masyarakat Cina sehingga membelakangkan kaum itu dalam agihan peruntukan.BN dikatakan memberi peruntukan yang lebih kepada kaum India atas dasar 'terima kasih' iaitu satu tindakan yang sengaja menyindir masyarakat Cina. 

Mahfuz merujuk kepada peruntukan sejumlah RM100 juta bagi tujuan pendidikan kaum India di dalam Bajet 2014.Selain itu terdapat juga dana sejumlah RM50 juta bagi program pembangunan usahawan India.Keputusan kerajaan ini dilihat sebagai langkah yang wajar dan tepat dalam usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.Seperti yang pembaca Badut Rakyat sedia maklum,selain bumiputera,kaum India juga masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.Perlu diingatkan bahawa kewujudan kumpulan samseng India yang ramai sebenarnya berkait rapat dengan kedudukan ekonomi mereka.Oleh itu keputusan kerajaan untuk membantu masyarakat India adalah keputusan yang bijak dan bakal membawa kebaikan untuk semua kaum juga.Masyarakat Cina sebaliknya tidak memerlukan bantuan dari segi ekonomi kerana mereka telah pun mendominasi aktiviti ekonomi dalam negara.Sikap mereka yang angkuh dan sering mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi,dengan sendirinya menafikan segala bantuan kepada mereka. 

Hakikatnya,tindakan kerajaan tidak menggariskan bantuan ekonomi kepada masyarakat Cina dalam Bajet 2014 adalah tindakan yang tepat,logik serta praktikal.Sekiranya masyarakat Cina atau Mahfuz ingin melihatnya sebagai sindiran,maka terpulanglah kepada mereka.Apa yang menarik ialah Mahfuz cuba menjadi juara kaum Cina di kala DAP giat menindas Melayu yang menjadi ahli parti itu.Mungkin Mahfuz menyangka dengan cara ini maka masyarakat Cina akan mengundi PAS dalam PRU-14.Bukankah lebih baik Mahfuz bangun membela Melayu di dalam DAP dan juga di Pulau Pinang daripada bertindak membela masyarakat Cina dalam soal Bajet negara ??? Tidakkah Mahfuz mendengar luahan hati Melayu di dalam DAP seperti Zulkifli Mohd Noor ??? Atau bekas Melayu DAP seperti Tunku Aziz ??? Atau Melayu-melayu rakyat marhaen yang dirampas gerai dan tanah mereka oleh DAP ??? Atau yang rumah mereka dilanda banjir tetapi langsung tiada bantuan dari DAP ??? Siapakah di dalam kepimpinan PR yang akan membela mereka ini ??? Jika Mahfuz dan PAS turut memperjuangkan Cina,siapa yang akan memperjuangkan Melayu ???? Nampaknya,tidak lain tidak bukan,hanya UMNO sahajalah harapan Melayu – dahulu,kini dan selamanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! SERIUSKAH PAS MENENTANG COMANGO ATAU SEKADAR CAKAP JERR ???

Posted: 30 Oct 2013 05:00 PM PDT


Harakahdaily melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad yang menyeru NGO Islam agar membantah tuntutan COMANGO.Katanya, "Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul." Di akhir kenyataannya,beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi COMANGO.Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu terlibat dalam menentang COMANGO.Antara kandungan kenyataannya,Kamaruzaman sendiri telah menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian.

Justeru,saya hairan,apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar manjadikan Islam itu sebagai milik-persendirian parti mereka ??? Apa sudah jadi dengan tuduhan PAS bahawa kerajaan UMNO tidak Islam ??? Apa sudah jadi dengan tuduhan bahawa perlembagaan negara adalah perlembagaan kafir ??? Kenapakah PAS mengharapkan kerajaan UMNO ke hadapan dan juga NGO ??? Kenapakah PAS malu-malu untuk mengambil kredit secara 'borong' dalam kes ini dengan berdemo besar-besaran ??? Jika PAS boleh berdemo untuk kes liwat Anwar,berdemo untuk menentang Lynas,berdemo untuk BERSIH,Himpunan Kebangkitan Rakyat,Blackout,Royalti Minyak dan entah apa-apa demo lagi,sehingga sanggup mengganas dan berguling-guling bergadai nyawa anak isteri dan ibu bapa,maka seharusnya isu tuntutan COMANGO ini mendapat reaksi yang jauh lebih hebat lagi dari semua demo itu.Bukannya saya menyokong demonstrasi,cuma reaksi sebegitu tentu lebih menepati laungan riak dan takbur PAS sebagai 'pejuang Islam' yang tulin. 

Sikap yang diambil oleh PAS mengenai tuntutan COMANGO menyamai sikap yang diambil mereka ketika menghadapi isu murtad di Selangor. Iaitu 'segan' untuk ke hadapan bagi menentang secara lantang.Mungkin Kamaruzaman terlepas pandang bahawa PAS juga tidak begitu konsisten dalam mempertahankan Kalimah Allah dan PAS pada satu ketika cukup nekad menyokong perjuangan DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu atas alasan 'perkauman' atau mungkin juga Kamaruzaman sebenarnya tidak terlepas pandang tetapi cukup sedar bahawa PAS tidak boleh ke hadapan dalam membela Islam dalam isu ini kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan DAP dan juga para gay,lesbian dan pondan di dalam PKR.justeru,tidak hairanlah Kamaruzaman menolak para NGO dan UMNO ke hadapan,sementara PAS hanya menonton di belakang.Apa yang berlaku membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak pernah menolak Islam seperti yang dituduh oleh PAS.Malah,perlembagaan yang digubal UMNO itulah yang memelihara dan menjulang kedudukan agama Islam sekali gus mempertahankan hak umat Islam di negara ini.Oleh itu,ada baiknya sebelum Kamaruzaman membuat apa-apa kenyataan mengenai COMANGO,beliau terlebih dahulu mengaku akan hakikat ini dan meminta maaf atas keterlanjuran PAS memusuhi UMNO.Islam itu bermula dari diri sendiri iaitu dengan berjihad menentang iblis di dalam hati.Hanya dengan cara itu,kita akan dapat bersatu dan mempunyai kekuatan untuk menentang COMANGO dengan lebih yakin.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...