BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! TAHUKAH ANDA BAHAWA DAP ADALAH MAK BAPAK LIM GUAN ENG YANG PUNYA ???

Posted: 30 Oct 2013 08:30 AM PDT


Kemelut dalaman Parti DAP berterusan dan bertambah kusut dari sehari ke sehari.Parti yang sering mendabik dada sebagai lebih cekap,lebih telus,bijak dan amanah berbanding Barisan Nasional itu ternyata tidak mampu menyaingi BN walaupun sebesar hama.Bayangkanlah pemilihan parti yang hanya melibatkan lebih kurang 2,000 orang sahaja kelam kabut sehingga terpaksa dikira semula dan kemudiannya dibuat pemilihan semula.Itupun belum juga selesai lagi.Sana-sini terdengar rungutan dari pihak ahli biasa sehinggalah ke pemimpin-pemimpin peringkat negeri.Yang tidak merungut hanyalah pemimpin CEC.Rungutan mengenai tidak menerima notis mesyuarat,kehilangan misteri para perwakilan dan juga perjumpaan khas yang hanya melibatkan orang-orang terpilih adalah antara aduan yang dibuat. 

Bagaimanapun,aduan yang paling mengejutkan ialah berkenaan pemilihan semula yang dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti.Akibatnya,DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek,Sepang,Goh Swee Huat telah bertindak menghantar surat aduan kepada ROS supaya menyiasat pemilihan CEC pada 29 September lalu.Swee Huat berkata,aduan tersebut terpaksa dibuat selepas ramai ahli DAP tidak berpuas hati dengan CEC baru kerana pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti,bukan Kongres Khas sepertimana yang berlaku.Persoalannya,apakah Lim Guan Eng sebagai Setiuasaha Agong tidak tahu perlembagaan parti ??? 

 Sudahlah tidak tahu mengira,tidak tahu menggunakan komputer dan kini tidak tahu perlembagaan parti sendiri pula.Apa jenis pemimpin yang menerajui DAP ini ??? Hanya ada dua kemungkinan penjelasan mengenai apa yang berlaku iaitu sama ada Lim Guan Eng benar-benar bodoh atau beliau benar-benar jahat.Kemungkinan besar ia adalah sebenarnya gabungan kedua-duanya iaitu bodoh dan jahat yang lahir dari sikap bodoh-sombongnya.saya percaya,pemimpin DAP bukan tidak tahu mengira undi tetapi sengaja mengumumkan tersalahkira kerana ingin memanipulasi keputusan agar orang-orang tertentu sahaja yang menang.bukan mereka tidak tahu menggunakan komputer tetapi perlu menyalahkan komputer bagi mencapai tujuan mereka untuk memanipulasi keputusan undian. 

Bukan juga mereka tidak tahu perlembagaan parti,tetapi sengaja tidak peduli kerana bagi mereka,DAP adalah milik Dinasti Lim dan tidak perlu mengikut undang-undang jauh sekali tunduk kepada mana-mana pihak berkuasa.Pendek kata,mereka mengambil sikap DAP itu adalah milik mutlak Lim Guan Eng yang kemudiannya menyifatkannya sebagai 'mak-bapaknya yang punya !!!'.Justeru,ahli-ahli dan para pemimpin DAP di semua peringkat wajib memahami perkara ini.Ahli-ahli DAP boleh merungut atau mengadu,meletakkan jawatan,keluar parti ataupun membunuh diri sekali pun.Namun,untuk mengharapkan pemimpin DAP memberi perhatian dan memperbaiki diri serta cuba berlaku adil kepada mereka,sama lah dengan mengharapkan Israel berhenti menceroboh Palestin.Ini kerana perjuangan DAP bukanlah untuk mengsejahterakan rakyat.Perjuangan DAP hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Melayu Islam.Itu saja. Di celah-celah itu,DAP turut berusaha untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin melalui syarikat-syarikat besar yang diberi kontrak dan projek supermega.Bak kata orang,sambil membina terowong di dalam laut,sambil minum air laut.Untuk itu,Dinasti Lim perlu kekal berkuasa dengan apa jua cara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! MAHFUZ OMAR KANTOI LAGI !!!

Posted: 30 Oct 2013 07:19 AM PDT


Dalam PRK Sg. Limau ni banyak benar isu PAS terkantoi,malah terbaru isu susu tamat tempoh yang dimainkan Mahfoz Omar kali ni pun turut terkantoi .Juga sebelum ini tersebar SMS buat fitnah pada calon BN,sapa punya kerja tu ?? Dari petikan sahabat blogger Parpukari.jom kita baca !!!

Yang lagi pelik,bila Azeez bagi barang ni? Daripada siasatan yang dijalankan.Azeez kini berada di KL dan sedang menghadiri sesi Parlimen,dia bukan kat Baling pun,apatah lagi di Sg Limau? Juga aku diberitahu memang ada Rumah Baling di Sg Dedap.Setakat dari hasil siasatan Azeez takde bagi pun barang-barang kat orang kampung." 



Malaysiakini hari ni pula keluarkan cerita pasal kenyataan Azeez,tapi macam biasalah dia punya artikel ada spin sana sini,tak ada ada pula dia cerita bila Azeez edar barang-barang keperluan ni.Apa pun gua copy paste artikel tu untuk penilaian pembaca sendiri . Mahfoz dah terlalu banyak sangat kantoi ! 

"Ketua Umno Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa PAS sengaja menimbulkan isu pemberian susu tamat tempoh oleh jentera BN untuk meraih sokongan dan simpati pengundi di Sungai Limau.MP Baling itu dalam laporan Utusan Malaysia mendakwa,tindakan PAS yang menggunakan isu susu tamat tempoh itu juga perbuatan memalukan.saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang tamat tempoh.Aduan tersebut datangnya daripada mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily.Adalah amat memalukan apabila (Datuk) Mahfuz (Omar) selaku naib presiden PAS hanya mampu menggunakan susu tamat tempoh bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh PAS di Sungai Limau," katanya. 

Dalam laporan akhbar milik Umno itu,Abdul Azeez tidak menyebut sama ada beliau akan menyiasat dakwaan bahawa bahan yang dibekalkan tersebut benar-benar tamat tempoh. Mahfuz dalam kenyataannya yang disiarkan Harakahdaily semalam berkata,tindakan menghadiahakan susu tamat tempoh kepada pengundi itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna. "Tak kan la punya sengkek,kedekut piang BN ni.Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang,"kata Mahfuz seperti dipetik lidah parti PAS itu.Menurut laporan tersebut, seorang pengundi menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang hadir berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap, pada hari Isnin.Tarikh luput di tin susu tersebut tertera 26 Oktober 2013, menurut Harakahdaily.Ia turut menyatakan bahawa beg plastik bersama tin susu tersebut tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim."

ANDA NAMPAK TAK PERMAINAN MEREKA ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PAS SEKALI LAGI RAIH SOKONGAN PENGUNDI DENGAN ISU HUDUD !!!

Posted: 30 Oct 2013 05:00 AM PDT


saya sangkakan,lagu 'hudud' akan terus tenggelam dari dinyanyikan oleh PAS semenjak parti itu giat menyokong puak Kristian menyebar dakwah melalui muslihat Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah.Namun,PRK Sungai Limau telah memaksa PAS memainkan lagi lagu hudud melalui Harakah tujuannya senang,untuk raih sokongan pengundi.Pastinya,ia bertujuan bagi mengingatkan pengundi Sungai Limau bahawa PAS itu masih lagi 'berminat' dengan Islam dan bahawa tindakan parti itu memejamkan mata dalam isu murtad hanyalah strategi politik semata-mata.Kali ini,lagu hudud dinyanyikan oleh Menteri Besar Kelantan yang baru,Datuk Ahmad Yakob.Katanya,Kerajaan Negeri Kelantan serius ingin melaksanakan hudud serta tidak lemah semangat untuk terus berusaha agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan DUN Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya. 

Soalan saya,jika benar serius,kenapakah ia belum dilaksanakan lagi ??? Apakah halangannya ??? Alasan yang biasa PAS berikan ialah hudud tidak boleh dijalankan selagi tidak mendapat persetujuan kerajaan persekutuan.Ini kerana Kerajaan Persekutuan telah menolak enakmen itu atas alasan terdapat terlalu banyak kelemahan yang mana menjejaskan proses keadilan terutamanya terhadap wanita,dalam membuktikan kejadian rogol.Enakmen tersebut juga telah didapati meragukan kerana menghalalkan liwat dalam hubungan suami isteri.Selain itu,proses pemilihan hakim dan saksi juga tidak dapat digariskan dengan terperinci bagi mengelak sebarang ruang manipulasi atau berat sebelah berlaku.Justeru,menurut PAS,kerajaan persekutuan merupakan halangan terbesar bagi Kelantan untuk melaksanakan hudud.Namun,sekiranya PAS benar-benar serius dan perlu mendapatkan kelulusan kerajaan persekutuan,bukankah langkah yang terbaik ialah memperbaiki Enakmen itu bagi menangani segala kelemahan dan keraguan tersebut ???

Kenapa perlu didesak ke atas sebuah undang-undang yang ada kelemahannya ??? Kenapakah tidak diusulkan deraf undang-undang yang baru ??? Jika perlu dideraf beratus kali sekalipun PAS wajib melakukannya bagi memastikan ia sebuah enakmen yang sempurna.Bukankah undang-undang Allah SWT itu adalah sempurna ??? Bukankah undang-undang Allah SWT itu adil ??? Maka jika PAS ingin melaksanakan undang-undang Allah SWT,maka PAS wajib menterjemahkan undang-undang itu dengan sempurna juga.Mana mungkin hukum Allah itu ada kelemahan seperti Enakmen Jenayah Syariah 1993 Kelantan itu ??? Oleh itu,selagi ia tidak diperbaiki dan dipertingkatkan sehingga sempurna,selagi itu akan tetap ditolak oleh kerajaan pusat. 

Sekali gus,ini membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak serius untuk melaksanakan hudud tetapi sengaja ingin membiarkan ia tergantung untuk dijadikan modal politik dalam menyerang UMNO.Hakikatnya,hukum Allah SWT itu memerlukan perlaksanaan yang tepat dari semua segi dan tidak boleh ada sedikit pun kelemahan atau keraguan.Ketepatannya wajib diambilkira dari proses pemilihan hakim,pemilihan saksi,keadaan masyarakat serta siasatan yang sempurna dan hukuman pula perlu mengambilkira latarbelakang individu mengikut kes.Kesukaran itu memaksa manusia menilai keupayaan sendiri untuk menghukum atas hukum Allah SWT.Atas dasar itu, Al-Quran telah menjelaskan bahawa keadilan seharusnya mengatasi undang-undang.Dalam kata lain,biar apapun undang-undangnya,yang penting ialah keadilan itu terlaksana.Namun,PAS telah menjadikan hukum Allah SWT ini sebagai modal politik,sebagai mainan dan bahan promosi untuk meraih kuasa.Kesimpulannya,PAS bukan sahaja tidak serius mengenai hudud,tetapi mempermainkannya pula.Sebaiknya PAS tutup sahaja isu hudud dan tumpukan secara serius tentang cara-cara untuk memperbaiki ekonomi negeri dan rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KISAH SEBENAR ISU POTONG KAKI DAN SPIN PAS TERHADAP TPM DIDEDAHKAN !!!

Posted: 30 Oct 2013 01:30 AM PDT


Semasa hayatnya beliau dicerca,dimaki,dilemparkan dengan pelbagai tuduhan,malah ada di kalangan mereka yang ingin ludah mukanya kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang tidak 'mesra pakatan'.Itu belum lagi dikira sumpah seranah yang dilemparkan,ketika beliau mengambil keputusan untuk tidak mengiktiraf 'Buku Jingga' yang dijadikan sebagai kitab rujukan tertinggi oleh pemimpin dan penyokong pakatan.Namun apabila beliau,telah meninggal dunia,nama Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak secara tiba-tiba menjadi harum bak kasturi dan menjadi sebutan di sana-sini.Malah sebarang kenyataan yang buruk yang dirasakan menghina akan segera mendapat pembelaan.Pelik bukan ??? Tetapi itulah realitinya,sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.Paling menarik mereka yang kononnya ingin membela dan mempertahankan maruah Allahyarham Azizan ini,adalah merupakan orang sama yang pernah mewujudkan gerakan bawah tanah untuk menjatuhkannya suatu ketika dahulu.

Hipokrit !!!! 

Itulah ayat yang paling sesuai dilabelkan kepada mereka-mereka ini.Masa hayat dihina dengan pelbagai cara,namun apabila telah meninggal dipuji dan di bela.Tapi yang menyedihkan pembelaan tersebut langsung tidak mencerminkan keikhlasan kerana ingin digunakan bagi menagih simpati pengundi.Terbaru Naib Presiden Pas,Mahfuz Omar cuba menjadi hero dengan mengeluarkan kenyataan kononnya mempertahankan Allahyarham Azizan.Dengan mata yang terbeliak dan riak muka yang dibuat-buat bengis Mahfuz cuba menggambarkan kemarahan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kencing manis.Menariknya apabila perkara itu dibangkitkan kepada penduduk di Kampung Dulang Besar,ramai yang hanya mampu senyum sumbing. 

"Pandai sungguh depa (mereka) ni main politik.Dulu masa Ustaz hidup,dok balun sakan.La ni bila dah takdaq (tidak ada) bukan main bela" ulas Pak Man yang ditemui.Muhyiddin sebelum ini dikatakan telah memberikan kenyataan berhubung pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen yang dilakukan oleh kerajaan adalah bagi mengurangkan penggunaan gula yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan komplikasi potong kaki.Namun apabila diteliti ia adalah merupakan satu fakta yang tidak boleh disangkal.Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika mengulas berkata PAS mempolitikkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penyakit kencing manis bekas menteri besar Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.Sehubungan itu,kata Mukhriz,Timbalan Perdana Menteri tidak berniat langsung untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. "Saya berada di situ sewaktu beliau (Muhyiddin) berucap… Dia cuma sentuh mengenai Bajet 2014,kemudian membangkitkan isu pemansuhan subsidi gula dan antara lain mengenai masalah penyakit kencing manis.Penyakit kencing manis ini sangat berleluasa di negeri Kedah…itu sahaja niat beliau (Muhyiddin).Tidak ada langsung nak mengatakan apa pun selain daripada itu," kata Mukhriz.itulah sebenarnya yang terjadi

ANDA NAK LIHAT VIDEO TERSEBUT ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PAS KEDAH BENCI ULAMA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 29 Oct 2013 10:00 PM PDT



Ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila ada yang mengatakan tidak semua orang Pas itu dari kumpulan ulama atau mempunyai latar belakang agama.Pada mereka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.Sedangkan sekiranya diteliti,terdapat banyak kelompok di dalam Pas antaranya kumpulan Liberal,Syiah,Anwarinas @ Endorgan,Pak Turut,berlagak Alim,berpura-pura menyokong Islam (Kelab Penyokong Pas) dan sebagainya.Inilah realiti sebenarnya,di dalam Pas terhimpun pelbagai kumpulan yang mempunyai pelbagai ideologi atau dalam bahasa mudah 'rojak @ pasembor'.Malah sekiranya ada yang mengatakan Pas ingin memperjuangkan Islam,juga tidak kena dari bahasa.Kerana tidak sampai dari separuh pimpinan atasan parti itu yang mempunyai latar belakang agama.Contoh yang paling dekat ialah,pemilihan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah. 


Ia jelas membuktikan bahawa parti itu tidak lagi menitik beratkan Islam sebagai asas perjuangan.Malah sejurus selepas perlantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah,Phahrolrazi Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri telah mengambil satu tindakan drastik dengan meletakkan jawatan.Walaupun dia mendakwa ingin memberi peluang kepada Mahfuz untuk memilih kepimpinan baru, namun umum mengetahui Phahrolrazi sebenarnya kecewa kerana tidak terpilih untuk menggantikan Azizan bagi menerajui kepimpinan Pas negeri.Malah ketika diminta mengulas mengenainya,Phahrolrazi secara sinis mengatakan dia tidak berapa rapat dengan Mahfuz. 

 "Biarlah dia membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.Paling menarik perhatian ialah,sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Limau,Pas Kedah kembali bergolak apabila masing-masing ingin meletakkan calon pilihan mereka.Parti itu,sebelum ini dikatakan telah menyenarai pendek seramai 8 nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau,4 November ini kerana berdepan dengan masalah pepecahan dalaman.Malah menurut sumber dalaman,wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah,Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak,kem Phahrolrazi Zawawi dan kem Mahfuz Omar.Masing-masing dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing. Kumpulan Allahyarham Azizan sebelum ini turut dikatakan kecewa dengan keputusan Pas Pusat melantik Mahfuz seolah-olah Pas Kedah sudah ketandusan pemimpin yang mempunyai latar-belakang agama. 

Macam dah tak ada orang lain.Itulah antara komen yang dilemparkan oleh salah seorang penyokong Pas yang jelas tidak bersetuju dengan perlantikan itu. "Agaknya depa ni benci dengan ulama.Pas Kedah banyak melahirkan ulama.Lulus pondok ada,lulus Al-Azhar pun ada.Tapi kenapa Mahfuz yang dipilih.Kalau macam ni mamposlah Pas Kedah" marah salah seorang pengikut Pas yang ditemui.Kesimpulan,jelas itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai perjuangan parti.Apa yang penting pada mereka ialah mendapatkan kuasa,walaupun terpaksa mengunakan apa sahaja cara.Kepada Mahfuz,selamat mengemudikan jentera Pas negeri agar jangan mampos (sekadar mengulang kembali kenyataan tadi).

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! CERITA SEBENAR GAMBAR PALSU DIDEDAHKAN !!!

Posted: 29 Oct 2013 07:00 PM PDT


walaupun cerita sudah berlangsung 2 hari lepas,namun saya nak juga cerita pasal photoshop yang dibuat oleh PAS setiap PRK atau PRU.sebenarnya apa yang saya nak beritahu adalah,PAS bukan sekali ini membuat gambar palsu ini,tetapi dah berkali-kali buat pun.nampak gayanya kali ini PAS begitu terdesak untuk mengekalkan kemenangan di Sungai Limau sehingga sanggup menggunakan apa sahaja cara.Terbaru jentera parti di dedahkan menipu dalam risalah kempennya bagi menarik sokongan dan simpati pengundi.Media sebelum ini memaparkan risalah kempen yang menunjukkan gambar calon parti itu untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak,di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.Namun,apabila disiasat gambar itu sebenarnya merupakan gambar kunjungan mesra dua pemberita kanan akhbar Sinar Harian ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka. 

Bagi mengelakkan parti itu disalahkan,mereka dengan pantas menjadikan pereka grafiknya sebagai 'kambing hitam'.Mereka mendakwa kononnya perbuatan tersebut langsung tidak diketahui oleh kepimpinan parti dan berjanji akan melakukan siasatan.Sinar Harian sebelum ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK Dun Sungai Limau.Laporan itu juga menyatakan akhbar tersebut berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto tersebut,bagi mengelakkan salah faham.Sementara itu,Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian,Mohd Idros Mohd Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut berkata, adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini. Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja," katanya kepada Bernama.Namun apa yang pasti,Pas KANTOI MENIPU.Sudahlah sebelum ini mereka melakukan PEMBOHONGAN kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendoakan kemenangan Pas.Tidak cukup dengan itu mereka juga turut mendakwa kononnya calon parti itu mempunyai hubungan keluarga dengan Azizan sebagai satu usaha menarik simpati.Kini pembohongan mereka didedahkan lagi.Nampaknya tak serik-serik parti yang menggunakan Islam itu menipu orang kampung.Nampaknya selepas ini,satu gerakan perlu dilakukan agar Pas menggugurkan slogan Islam dari parti bagi mengelakkan orang ramai terus ditipu dan meletakkan kesalahan pada agama Islam.lepas ni apa pulak ??? semula cerita susu expired pulak dinaikkan sebagai munutup isu photoshop.habis tu yang korang bagi benda yang sama juga kenapa nak tutup ??? tunggu pendedahan selanjutnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! WAJARKAH KAKITANGAN AWAM DIBERI CUTI SEBULAN KERANA KEMATIAN SUAMI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 29 Oct 2013 05:00 PM PDT


Keputusan kerajaan Kelantan untuk memberi cuti selama sebulan dengan gaji penuh kepada kakitangan awam wanita yang kematian suami mendapat berbagai reaksi di kalangan rakyat.Sebelum ini,cuti bagi kes kematian suami hanyalah tiga hari.Selain gaji penuh,turut dibayar ialah insentif khas bagi membantu mereka menguruskan perkara berkaitan kewangan setelah hilang tempat bergantung.Jumlah cuti yang lama turut bertujuan memberikan mereka ruang untuk menyesuaikan diri dari segi emosi dalam menghadapi kehilangan dan perubahan yang perlu dilakukan dalam hidup.Menurut kerajaan Kelantan,keputusan ini adalah menepati kehendak syariah.Beberapa pihak melihat keputusan kerajaan Kelantan ini bersifat tidak realistik dari sudut produktiviti organisasi.Walaupun memahami kesukaran yang perlu dihadapi oleh wanita yang kematian suami tetapi jumlah cuti bergaji sehingga 30 hari adalah terlalu lama.

Jika hujah Mumtaz Md. Nawi iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga,Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan diambilkira iaitu,kes kematian suami amat jarang berlaku dan secara amnya hanya akan berlaku sekali bagi setiap penjawat wanita,maka ia wajar diambil sebagai kes terpencil yang lebih memerlukan budi-bicara mengikut kes masing-masing.Cuti tiga hari mungkin terlalu pendek dan sebulan pula adalah terlalu panjang.Jika di ikutkan hati manusia,pastinya cuti selama-lamanya juga tidak akan membantu menghapuskan dukanya.Jangka masa yang diperlukan untuk seseorang untuk bangun kembali adalah berbeza-beza mengikut tahap kekuatan diri,jumlah tanggungan yang terlibat serta urusan-urusan harian.Sikap seseorang itu juga adalah berbeza-beza di mana sebahagian dari manusia memerlukan aktiviti dan kesibukan bagi menangani kedukaannya.Dalam kes seperti ini, rakan-rakan pejabat boleh membantu meringankan kesedihan. 

Oleh itu,dengan kembali ke pejabat lebih awal,akan membantu beliau mengalihkan perhatian dari terus melayan emosi sekali gus,bangun kembali.Secara dasarnya,tempoh masa seminggu adalah sesuai untuk memberikan seseorang itu masa untuk menerima hakikat apa yang berlaku,manakala seminggu lagi digunakan untuk urusan yang perlu dalam menghadapi kelainan hidup.Cuti yang terlalu lama boleh juga membawa keburukan di mana yang terlibat akan menjadi murung melayan perasaan seorang diri tanpa aktiviti yang boleh membantunya melupakan apa yang terjadi.Ia juga mampu menjejaskan kualiti dan prestasi kerjanya akibat terlalu lama bercuti.Justeru,dua minggu dilihat sebagai tempoh yang paling sesuai bagi pihak yang terlibat dan juga organisasi.Sekiranya ada yang memerlukan masa yang lebih,maka beliau perlu memohon cuti tahunan seperti biasa ataupun cuti tanpa gaji.Pun begitu,selain prosedur bertulis,budi bicara Ketua juga amat penting dalam menentukan apa yang terbaik untuk pekerjanya.Ini kerana apabila berurusan mengenai emosi manusia,ia tidak harus tertakluk kepada satu garis panduan yang rigid kerana manusia adalah berbeza-beza.Tindakan yang terbaik ialah mengambil jalan tengah di antara pihak balu dan juga jabatan awam yang terlibat.Justeru,separuh dari 30 hari yang diputuskan oleh kerajaan Kelantan dilihat sebagai lebih realistik dan sesuai untuk digunapakai.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...