BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KISAH BENAR !!! PAS BERTANDING DEMI POLITIK !!! BN BERTARUNG DEMI RAKYAT !!!
- KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! BAPA DATUK SERI JAMIL KHIR TAK YAKIN PAS AKAN MENANG !!!
- KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! GAMBAR PAS SOKONG SYIAH DIDEDAHKAN !!!
- BONGKAR !!! #BAJET2014 DAN #GST !!! PEMBANGKANG MULA HASUT RAKYAT BENCI KERAJAAN !!!
- HOT NEWS !!! #PRKSUNGALIMAU !!! TPM HINA USTAZ AZIZAN ??? BUKTI PAS KENCING RAKYAT SUNGAI LIMAU DIDEDAHKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! ADAKAH SUARAM PEMERHATI HAK ASASI ATAU PEJUANG PEMBANGKANG ??? WAJIB BACA !!!
| Posted: 29 Oct 2013 08:30 AM PDT sememangnya dari segi demokrasi,tidak ada apa salahnya untuk Pas bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil pada 4 November ini,tambahan pula kerusi itu kononnya adalah kubu kuat mereka.Tetapi biarlah hasrat untuk bertanding tersebut dibuat atas niat untuk membela nasib rakyat dan membawa kesejahteraan kepada mereka.Bagaimanapun masuk hari kelima kempen pilihan raya kecil itu ternyata Pas hanya bertanding semata-mata untuk tujuan politik.Pas memahami mereka bukan lagi sebuah parti yang menerajui kerajaan negeri Kedah dan mereka juga mengerti bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan bagi membela nasib penduduk Sungai Limau.Malah mereka juga mengetahui tidak lagi mempunyai pemimpin sehebat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mempunyai kekuatan tersendiri menarik orang ramai menyokong Pas dan sudah pasti pemimpin-pemimpin Pas Kedah juga mengetahui siapa yang menyebabkan Allahyarham hanya mampu bertahan sepenggal sahaja sebagai Menteri Besar.Namun Pas tetap mahu menguasai kerusi DUN Sungai Limau.Mereka akan melaksanakan 'politik air liur' dengan membuat janji yang mereka sendiri amat memahami tidak mampu ditunaikan dan mengamalkan 'politik tin kosong' dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah merekalah yang terbaik di muka bumi Allah ini. BN pula masuk ke gelanggang di DUN Sungai Limau bukan semata-mata untuk memperkukuhkan kuasa,BN tidak berada dalam kedudukan amat memerlukan kerusi tersebut untuk terus memerintah tetapi niat BN di bawah kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir hanya satu iaitu merangkul penduduk Sungai Limau untuk sama-sama menikmati kesejahteraan melalui arus pembangunan yang akan dilaksanakan.Bagi BN,sudah sampai masanya nasib penduduk Sungai Limau dibela secara ikhlas tanpa mengira fahaman politik yang mereka pegang.BN boleh sahaja membiarkan DUN Sungai Limau di bawah Pas dan BN juga sudah boleh merelakan sahaja penduduk kawasan itu terus terpedaya dengan mainan politik Pas.Tetapi BN adalah parti yang bertanggungjawab dan mahu melaksanakan amanah bagi membela nasib rakyat sebab itulah BN bersedia bertarung di DUN Sungai Limau. BN tidak boleh membiarkan penduduk Sungai Limau hanya sekadar pemerhati arus pembangunan yang melanda kawasan lain.Apatah lagi majoriti penduduk kawasan itu adalah orang Melayu dan beragama Islam. BN mahu memastikan kelompok itu dibela dan mendapat manfaat sama ada demi pembangunan fizikal mahupun spiritual.Sebab itulah BN tidak boleh membenarkan penduduk Sungai Limau terus terpedaya dengan mainan politik Pas.Pas berhujah,pertama, menyatakan penambahan kerusi BN di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran parti itu,sebaliknya kemenangan BN akan menyebabkan parti tersebut menjadi angkuh,kedua,mereka mahu mengekalkan kerusi tersebut kerana ingin menjadi pemantau kepada kerajaan demi kebaikan rakyat. Motif Ketiga,jika Sungai Limau berada di tangan pembangkang,BN sebagai kerajaan akan berusaha merampasnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14,maka rakyat akan mendapat pelbagai nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat.Keempat,kemenangan Pas akan menghantar mesej kepada kerajaan BN di pusat supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang kononnya bagi mereka merugikan rakyat dan kelima, UMNO sudah diberi sebuah negeri,maka wajar sangatlah Sungai Limau (cuma sebuah DUN) diberi kepada Pas.Kesemua alasan ini membuktikan,Pas tidak mempunyai apa-apa agenda yang bertujuan mensejahterakan rakyat sebaliknya ia bermotif politik semata-mata.Memang benar,keputusan di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran kerajaan negeri tetapi apakah ini bermaksud Pas mahu membiarkan sahaja penduduk Sungai Limau berada dalam kedudukan sekarang yang dilihat ketinggalan dari segi arus pembangunan? Apakah Islam mengajar umatnya berada dalam keadaan sebegitu ??? Benarkah Pas boleh menjadi pemantau kepada kerajaan negeri sedangkan apa yang kita saksikan selama ini bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara,Pas dan pembangkang sentiasa sahaja mencari alasan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Biarpun apa yang dilakukan oleh BN demi kebaikan rakyat,Pas dan pakatan pembangkang akan memutarbelitkan usaha itu demi meraih sokongan politik.Sekarang ini pun dalam kempen pilihan raya di Sungai Limau, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri tanpa mengkaji apakah dakwaan mereka benar atau tidak,adakah ini pemantau yang dikehendaki dalam Islam ??? Alasan jika Sungai Limau terus berada dalam Pas ia akan membolehkan rakyat menikmati pembangunan kerana BN akan berusaha merampasnya dalam pilihan raya umum akan datang adalah hujah paling dangkal.Ini membuktikan Pas tidak berupaya melakukan apa-apa sebaliknya mengiktiraf keupayaan BN untuk melaksanakan pembangunan tetapi akhirnya Pas akan mengamalkan sikap 'lembu punya susu sapi dapat nama' dengan mendabik dada apa yang BN lakukan adalah hasil tekanan dan desakan mereka.Apabila Pas menyatakan mahu menjadikan kemenangan di Sungai Limau sebagai mesej rakyat kepada kerajaan BN di pusat,ia sekali gus menunjukkan parti itu terus dengan pendekatan politik ketinggalan zaman dan hakikatnya tidak mempunyai apa-apa agenda untuk membela nasib penduduk Sungai Limau.Sebaliknya mereka mahu 'memperalatkan' pengundi Sungai Limau demi kepentingan politik pakatan pembangkang.Hujah biarlah Pas terus menguasai kerusi DUN Sungai Limau memandangkan UMNO sudah menjadi kerajaan negeri menunjukkan Pas hanya mahukan kerusi itu semata-mata kerana politik tidak lebih daripada itu. Demikianlah sikap Pas,mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau atas tujuan politik dan bukan untuk membela nasib rakyat di situ.Atas sebab itulah pengundi-pengundi Sungai Limau harus memahami mainan politik Pas ini.Tidak salah untuk mereka terus memberi sokongan kepada gerakan politik Pas tetapi dalam soal pilihan raya bagi menentukan pemilihan seorang wakil rakyat bukan soal politik semata-mata yang harus diberi pertimbangan.Sebaliknya banyak sudut lain harus dipertimbangkan khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan dalam hidup.BN yang dipimpin oleh Mukhriz dengan ikhlas hadir menawarkan khidmat demi mengubah nasib rakyat Sungai Limau, oleh itu BN mengharapkan keikhlasan itu akan diterima dan disambut oleh penduduk kawasan berkenaan melalui tagline 'Berani Berhijrah'.Dalam Islam Allah sudah mengingatkan dalam surah Ar-Ra'd bahawa,Dia tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka Oleh itu penduduk Sungai Limau khususnya mereka yang masih berhasrat untuk mengekalkan Pas di kawasan itu ketepikanlah ketaksuban,hapuskanlah kebencian sebaliknya berfikiran terbukalah untuk menerima tawaran BN bagi mengubah nasib mereka. - UM APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! BAPA DATUK SERI JAMIL KHIR TAK YAKIN PAS AKAN MENANG !!! Posted: 29 Oct 2013 05:00 AM PDT Rata-rata pengundi di Sungai Limau baru-baru ini dikejutkan dengan laporan harakahdaily yang mengatakan kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini.Tidak cukup dengan laporan tersebut,jentera Pas juga seakan terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi.Namun bak kata pepatah,'bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru'.Pembohongan mereka akhirnya terbongkar,apabila Baharom Ramli yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut.Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara yang kotor."Anak saya lebih utama.Kita mesti utamakan anak kita dahulu (merujuk kepada cara kempen yang cuba menggunakan beliau untuk memburukkan Jamil Khir)" katanya ketika ditemui oleh pihak media.Pak Ngah juga mengatakan,beliau amat tidak bersetuju nama beliau digunakan untuk kempen pilihan raya ini.Ketika diminta mengulas mengenai peluang Pas dalam PRK ini,beliau mengatakan ia agak sukar. Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan tindakan PAS yang cuba meraih simpati apabila mempolitikkan kunjungan mereka ke rumah bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu.Menteri Besar Kedah itu berkata,tindakan calon PAS,Mohd Azam Abdul Samat bersama Naib Presidennya,Datuk Mahfuz Omar menziarahi Baharom Ramli,77,di kediamannya di Kampung Ulu Sedaka menimbulkan tanda tanya khususnya mengenai keikhlasan dan motif disebalik tindakan tersebut."Ini soal keikhlasan,saya tertanya-tanya mengenai niat calon PAS apabila beliau menziarahi bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ambil gambar dan terus muat naik (di internet)," katanya Umum mengetahui jentera Pas sedang berdepan dengan masalah perpecahan dalaman dan berkemungkinan akan kalah di kubu kuat mereka ini.Malah melalui ceramah-ceramah yang diadakan sepanjang masa berkempen ini juga jelas menyaksikan parti itu gagal menarik sokongan masyarakat setempat.Walaupun mereka mengadakan ceramah hampir setiap malam,namun hanya sekitar 5 – 20 orang sahaja yang hadir untuk mendengar bebelan pimpinan parti itu menabur fitnah memburukkan calon Umno dan kerajaan.Hinggakan ada di kalangan penduduk setempat yang mempersoalkan,keikhlasan Pas dalam membela masyarakat di Sungai Limau."Kami langsung tidak mengetahui,apakah misi dan visi calon Pas sekiranya diberi mandat untuk mewakili masyarakat di sini.Setiap kali ceramah,mereka hanya memburukkan calon dan kerajaan BN.Patutnya,mereka menjelaskan isu-isu yang akan dijadikan keutamaan sekiranya menang" jelas salah seorang pengundi yang ditemui di Kampung Titi batu. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! GAMBAR PAS SOKONG SYIAH DIDEDAHKAN !!! Posted: 29 Oct 2013 01:30 AM PDT cuba anda lihat betul-betul gambar di atas.inilah bukti bahawa PAS memang sebati dengan syiah.sebab itu di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),bila Menteri Besar Kedah,Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mencadangkan agar syiah di perangi,tapi ada pemimpin PAS menolak.akhirnya ditolak. Petang semalam,banner yang memaparkan sokongan Syiah kepada calon PAS,Azam Samad masih ada lagi di simpang masuk ke Kampung Sungai Kering. Banner tersebut jelas memaparkan ciri-ciri Syiah yang amat ketara terutama pada seruan kepada Ali yang dianggap oleh Syiah sebagai TAJALLI ALLAH TAALA yang kemudian dilunakkan agar dapat diterima oleh umat Islam sebagai WALI ALLAHmalas nak komen panjang-panjang.apa pun penjelasan yang kita buat,mesti ada yang tak kena.silap-silap nanti semuanya salah UMNO NAK LAGI ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| BONGKAR !!! #BAJET2014 DAN #GST !!! PEMBANGKANG MULA HASUT RAKYAT BENCI KERAJAAN !!! Posted: 28 Oct 2013 10:00 PM PDT Sejurus selepas pengumuman bajet 2014 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lalu,pembangkang mula menjadi isu Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Good And Service Tax (GST) sebagai isu yang cuba digunakan untuk terus menanamkan sentimen kebencian rakyat.Mereka mengatakan kononnya kerajaan BN/Umno sengaja mahu menindas membebankan rakyat dengan mewujudkan pelbagai cukai baru.Mereka cuba memainkan isu secara berterusan untuk memastikan rakyat dapat menghadam sekali gus menerima semua tohmahan ini tersebut dan menganggap ia sebagai perkara yang betul.Itulah resam pembangkang,mereka akan cuba menjadikan semua isu untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan. Sedangkan secara realiti ia adalah sebaliknya.Pada yang masih kabur dan samar,GST adalah merupakan cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan,termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.Malah kadar GST yang dicadangkan pada 4% itu juga sebenarnya lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.Dengan pelaksanaan GST,Kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.Sebagai contoh,pada waktu ini,sekiranya kita membeli minuman berkarbonat di restoran,tanpa kita sedari,kita telah membayar dua kali cukai,yakni cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Dalam sistem GST ini,pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.Realitinya juga,perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum.Malahan,ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak atau dalam bahasa mudah,bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan miskin,sebanyak RM2.38 adalah untuk cukai.Tetapi apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pada 4%, beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM2.17 sahaja.Ini merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka. Sebagai contoh pada masa sekarang,rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam invois atau resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.Malah sekiranya dibuat kadar GST yang ditetapkan ini merupakan yang terendah dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia,Vietnam,Cambodia,Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar 7 peratus dan buat kali yang kedua,Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang juga turut membentangkan bajet alternatif, sehari sebelum pembentangan bajet kerajaan. Ia antara lainnya bertujuan untuk menunjukkan kononnya pakatan pembangkang lebih hebat mengurus tadbir ekonomi negara berbanding kerajaan.Namun apa yang jelas,bajet tersebut memperlihatkan kelemahan mereka di sana sini.Paling ketara apabila Anwar gagal menjelaskan sumber kewangan yang akan digunakan dalam semua perancangan tersebut.Malah negeri yang ditadbir oleh mereka juga jelas tidak menguna pakai semua perancangan yang pernah dibentangkan di dalam bajet alternatif 2013 mereka.Tidak cukup dengan itu,Anwar selaku penasihat negeri Selangor juga turut mengakui,pentadbiran Khalid Ibrahim di Selangor lemah kerana gagal mengurus tadbir sumber kewangan negeri.Itu belum diambil kira Guan Eng di Penang yang langsung tidak mengunapakai semua perancangan yang dibentangkan oleh Anwar atau dalam bahasa mudah,bajet alternatif Anwar telah 'dibakul sampahkan' oleh Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim.Ini realiti sebenar pembangkang,mereka hanya tahu merancangkan dan menjanjikan 'bulan dan bintang' buat rakyat. Namun apabila tiba untuk perlaksanaan,ia pasti gagal sekali gus meletakkan ekonomi rakyat terjejas.Mungkin ada baiknya,pembangkang mengimport penasihat-penasihat mereka sebelum membentangkan bajet alternatif seperti Dr Pornthip Rojanasunand dan SenatorNick Xenophon.Kesimpulannya pengunaan GST ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan satu sistem percukaian secara menyeluruh dan saksama agar dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia.Dengan cara ini,selain memperkasakan ekonomi negara agar dapat ia juga dapat meringankan beban rakyat APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 28 Oct 2013 08:29 PM PDT sebelum ini PAS mengatakan kononnya Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin menghina Allahyarham Ustaz Tan Sri Azizan Razak.apa yang anda akan lihat bukti PAS menipu rakyat didedahkan.lihat video di bawah.adakah benar TPM menghina Allahyarham Tan Sri Azizan ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! ADAKAH SUARAM PEMERHATI HAK ASASI ATAU PEJUANG PEMBANGKANG ??? WAJIB BACA !!! Posted: 28 Oct 2013 05:00 PM PDT SUARAM telah sekali lagi menghantar satu surat kepada Presiden Amerika Syarikat untuk menyangkal pendapat beliau tentang Malaysia sebagai sebuah Negara model untuk diteladani yang penuh dengan kepelbagaian,toleransi dan kemajuan.SUARAM telah menekankan di dalam surat tersebut bahawa terdapat banyak masalah dan kekurangan di dalam pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib yang akan membuat Presiden Amerika itu menukar fikiran tentang pandangannya.SUARAM telah menyenaraikan perkara seperti sejarah perkauman,ektrimist di dalam agama,korupsi,penipuan pilihan raya dan pelbagai lagi aktiviti jenayah yang menjadikan Malaysia tidak layak untuk mendapat pengiktirafan dunia.SUARAM juga telah menyatakan bahawa pihak kerajaan Malaysia telah melakukan kesalahan hak asasi yang serius dengan mewujudkan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948,Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan untuk menekan pelbagai pihak yang membuat protes berkenaan keputusan pilihanraya. Kebanyakkan protes adalah dikalangan pejuang "hak asasi",pemimpin pembangkang dan pemimpin keagamaan dari pelbagai ajaran.Tambahan lagi,SUARAM telah menunjukkan bahawa kerajaan telah memomokkan orang bukan Melayu (terutamanya Cina) dalam mengundi pihak pembangkang. Ini juga termasuk dengan kenyataan Zahid Hamidi berkenaan "tembak penjenayah" turut ditulis di dalam surat tersebut.Senarai ini tidak ubah seperti poin-poin yang selalu digunakan pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan atas nama hak asasi.Ini tidak mengejutkan kerana kebanyakkan pemimpin SUARAM mempunyai jawatan di dalam mana-mana parti komponen pembangkang.Rakyat Malaysia percaya Presiden Obama akan melihat surat yang dihantar oleh SUARAM kepadanya adalah tidak lebih daripada surat orang-orang yang tidak bersyukur dan kecewa.Ambiga juga pernah menghantar surat kepada Perdana Menteri Australia dan terhegeh-hegeh mencari simpati Mat Salleh untuk dating dan mengambil tindakan kepada Perdana Menteri kerana tidak membenarkan pembangkang menang di dalam pilihanraya yang lepas.Sejujurnya,golongan Mat Salleh Australia ini lebih pandai dan tahu menilai daripada puak-puak pembangkang di Malaysia. Pihak kerajaan yang menang tipis pada pilihanraya yang lalu menunjukkan bahawa negara ini telah mengamalkan demokrasi setulus mungkin.Tetapi mengapakah SUARAM menulis kepada kerajaan Amerika bagi pihak rakyat Malaysia yang telah senang lenang di negara ini tetapi mereka menipu dengan berkata mereka hidup susah dan terseksa.Sejak dari kemerdekaan,seluruh rakyat Malaysia faham dan tahu bahawa orang Cina memegang ekonomi negara.Orang Cina telah mendiskriminasikan kaum dan bangsa lain dalam semua aspek ekonomi dan aktiviti yang telah menjadi darah daging mereka ini adalah satu perkara yang telah membarah di dalam negara kita.Kaum Cina makin lama telah menjadi makin sombong dan menindas,sedangkan kaum lain pula makin lama makin marah kepada mereka. Emosi ini telah sampai ke kemuncaknya pada 13 May 1969 dimana pada ketika itulah Hak Bumiputera telah dimetrai. Sepanjang perlaksanaannya policy bumiputera ini begitu efektif untuk menangani jurang ekonomi yang semakin jauh antara kaum.Kaum bumiputera tidak lagi marah kepada orang Cina dan mereka (orang Cina) boleh terus mengumpul kekayaan.Menarik juga jika difikirkan bahawa jurucakap SUARAM dan ketua BERSIH adalah orang India dan bukannya Cina.Sudah jelas bahawa mereka tidak mengambil peduli tentang kaum mereka sendiri yang telah ditekan dan didiskriminasi oleh orang Cina di dalam sektor swasta sepertimana orang Cina mendominasi DAP.Bukannya Presiden Obama tidak tahu bahawa DAP sedang ditekan oleh ahli-ahlinya kerana mereka menipu dan memanipulasi keputusan pemilihan parti mereka sendiri.Tiada jumlah signifikan untuk orang India mengundi di dalam parti tersebut.Ini tidak lagi dengan jahatnya telah melantik seorang Cina untuk mewakili orang Melayu di dalam parti tersebut. Ya,memang benar,isu perkauman adalah sesuatu yang amat kontroversi di Malaysia dan ini boleh dilihat dimana 97% orang Cina telah menolak parti kerajaan.Malaysia selalunya begitu bertimbang rasa didalam pengagihan kuasa kepada semua kaum di dalam cabinet agar suara kaum itu boleh didengari.Kerajaan pemerintah terdiri daripada parti-parti komponen yang diwakili oleh setiap kaum dan ini telah terbukti kerana formula ini telah berjaya mewujudkan suasana aman dan stabil di negara ini.Tetapi,orang Cina tetap mahukan kuasa. Tidak cukup dengan mengawal ekonomi.Sekarang mereka mahu mengawal segala-galanya. Mereka tidak boleh melakukannya sekira pihak kerajaan masih lagi melindungi golongan yang kurang bernasib baik, kaum bumiputera dan orang asli Ini adalah satu perjuangan yang amat panjang,perjuangan untuk merapatkan jurang ekonomi.Hakikatnya orang Cina telah menolak kerajaan dan akhirnya mereka tidak mempunyai suara untuk mewakili mereka di dalam kerajaan Malaysia.Nampaknya pihak kerajaan telah bosan dengan kerenah mereka. Samada kerajaan perlu tunduk kepada orang Cina ataupun menjaga kepentingan semua kaum secara adil dan saksama. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, di dalam semangat muhibbah,jawatan di dalam cabinet telah diberikan kepada kaum-kaum lain walaupun mereka menolak pihak kerajaan.Sekarang,orang Cina sedang menggunakan SUARAM/pihak pembangkang,untuk mengadu kepada Amerika kononya mereka sedang ditekan dan diseksa.Untuk pengetahuan semua,kerajaan Amerika telah bersusah payah dalam menangani tindakan seperti menghina,provokasi dan mencerca orang Melayu dan agama Islam oleh remaja Cina melalui media social mereka.Ia tidak sesah untuk dilihat dan akhirnya ini akan membawa kepada peristiwa seperti 13 May 1969 semula.Pihak pembangkang sedang berusaha sedaya upaya untuk memaparkan wajah Malaysia yang hodoh dengan bantuan SUARAM.Untuk itu,mereka akan terus mengajak media asing dalam pelbagai bentuk cerita dan gambar berkenaan demonstrasi "aman" yang mereka akan adakan. Ya,memang benar suara mereka telah didengari di serata dunia,tetapi mengapa tiada seorang pun antara mereka yang ditangkap.Apakah kekejaman yang kononya dilakukan oleh pihak kerajaan yang telah mereka ceritakan ??? Fakta bahawa SUARAM telah menipu dan memfitnah pihak kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai cerita bohong,masih lagi bebas untuk melakukan apa sahaja.Ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang toleran.Cuma,apa yang perlu kita tanyakan kepada SUARAM,adakah benar mereka memperjuangkan hak asasi manusia,ataupun mereka memperjuangkan matlamat pembangkang di Malaysia ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment