BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! ISU COMANGO !!! KENAPA NURUL IZZAH NAK SANGAT SOKONG NGO PERJUANGKAN GOLONGAN LGBT ???
- BONGKAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! ADAKAH BENAR BAPA DATUK SERI JAMIL KHIR SOKONG CALON PAS ??? VIDEO INSIDE !!!
- KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! CALON PAS ADALAH SEPUPU PHAHROLRAZI ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! APA MAKSUD #BERANIBERHIJRAH DIBAWA OLEH @MUKHRIZMAHATHIR ???
- KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! WAYANG DAN PENIPUAN PAS DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! #BAJET2014 !!! APA HAL PULAK PEMBANGKANG NAK MEMEKAK ??? YANG DAPAT KORANG JUGAK KAN ???
| BONGKAR !!! ISU COMANGO !!! KENAPA NURUL IZZAH NAK SANGAT SOKONG NGO PERJUANGKAN GOLONGAN LGBT ??? Posted: 28 Oct 2013 08:30 AM PDT Cuba bayangkan,bagaimanakah perasaan ibu dan bapa,apabila anak yang di didik dengan penuh kasih dan sayang secara tiba-tiba datang memberitahu bahawa dirinya ingin memeluk agama Kristian ??? Atau memberitahu keluarga bahawa dia seorang Gay ataupun Lesbian ??? Apakah mereka akan dapat menerima dengan hati yang terbuka dan menerima keputusan anaknya itu demi menghormati hak asasi manusia ??? Atau menangis dengan penuh penyesalan kerana GAGAL memberikan pendidikan agama yang secukupnya sehinggakan mereka sanggup untuk murtad dan keluar dari Islam.Atau menyesal dan kembali meletakkan kesalahan kepada pemerintah kerana terlalu mengikut kehendak dan tuntutan dunia luar.Namun itulah kemungkinan yang BAKAL terjadi sekiranya negara ini diperintah oleh mereka yang meletakkan kepentingan kuasa berbanding tuntutan agama dan kepentingan rakyat.Semua ini tidak MUSTAHIL terjadi,apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR,Nurul Izzah yang merasakan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai TIDAK MEMBAHAYAKAN NEGARA.Hebat bukan ??? Anak kesayangan Anwar ini SANGGUP menerima tuntutan tersebut hanya kerana mahu melihat ayahnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri satu hari nanti.Hanya kerana kuasa,mereka tergamak membiarkan agama Islam dihina sedemikian rupa.Yang paling menghairankan,mengapa sebagai seorang Islam yang kononnya mempunyai ciri-ciri 'MUSLIMAH' Nurul Izzah sanggup menyokong Comango ??? Bukankah antara tuntutan NGO tersebut untuk mempromosikan LGBT ??? Atau,mungkinkah Nurul Izzah sememangnya sudah lama mengetahui mengenai 'selera' ayahanda tercinta ??? Pelik bukan ??? PKR sebelum ini bermati-matian mempertahankan 'kesucian' Anwar kononnya menjadi mangsa fitnah yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan meliwat.Tup.. tup.. mereka dengan rela cuba menyokong NGO yang memperjuangkan Gay.Rasionalnya sekiranya tuntutan NGO tersebut diterima,ia secara tidak langsung membenarkan golongan Gay untuk berkahwin dengan pasangan yang sama jenis,atau dalam bahasa mudah,meliwat dengan rela bukan lagi merupakan satu kesalahan.Comango sebelum ini telah membuat tuntutan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).NGO tersebut telah menghantar satu laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Genevayang menyentuh kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan menggesa agar pindaan dalam Perlembagaan negara ini diubah.Mereka juga mahu agar setiap warga negara ini diberikan hak kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur tangan kerajaan.Tidak cukup dengan itu,NGO tersebut turut menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau 'perkahwinan' golongan seks sejenis lesbian,gay,biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat. Di dalam tuntutan laporan yang dikemukakan itu,Comango turut menampilkan beberapa kes misalnya yang melibatkan seorang wanita Islam murtad,'Lina Joy' untuk menunjukkan kononnya sistem hukuman negara telah membelakangi hak asasi manusia.Mereka juga turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dan larangan terhadap penganut ajaran Syiah.Tambah memeranjatkan pembangunan masjid dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dijadikan sebagai bahan kritikan kononnya Malaysia keterlaluan dalam memajukan Islam sehingga menyebabkan kaum-kaum lain tidak sampai ke tahap progresif.Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat),Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mengenai perkara ini berkata, perancangan seumpama itu sebenarnya mirip dengan agenda Gene Sharp iaitu satu aliran pemikiran Barat yang menggunakan cara sedemikian semata-mata mahu meruntuhkan mana-mana kerajaan sedia ada terutama kerajaan Islam melalui 197 cara.Menurut beliau,ia merupakan satu agenda tersembunyi untuk menumbangkan kerajaan dengan mewujudkan persepsi masyarakat antarabangsa supaya Malaysia dilihat menindas hak golongan tertentu dan kebebasan beragama termasuk mendiskriminasikan masyarakat bukan Islam. Kesimpulannya,semua ini terjadi kerana ramai di kalangan pengundi yang terpedaya dengan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim telah mengundi pakatan mereka dalam pilihanraya yang lalu.Masakan tidak,mereka menggunakan topeng yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sehingga ramai yang tertipu.Natijahnya,tindakan memberikan undi kepada pembangkang telah berjaya membuatkan Barisan Nasional kehilangan sokongan 2 per 3 sehingga menyebabkan mereka ini berani untuk bertindak dengan sewenang-wenangnya.Tambah menyedihkan,Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam turut rela diperkudakan sehingga terpaksa menggadaikan hala tuju perjuangan yang dilaungkan selama ini.Walau apa pun diharapkan para pengundi khususnya di Sungai Limau dapat melihat perkara ini sebelum terlambat.Ini kerana dengan mengundi Pas di dalam pilihan raya kecil ini,mereka secara tidak langsung telah menggadaikan akidah yang terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang. Kepada para pengikut Pas,sedarlah sebelum terlambat. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 28 Oct 2013 05:00 AM PDT Menjelang PRK Sungai Limau,PAS dilihat cuba memanipulasi keadaan dengan mengheret bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Dalam tempoh berkempen,PAS yang membuat ziarah rumah ke rumah tidak melepaskan peluang untuk menziarahi bapa kepada menteri ini yang dikatakan penyokong kuat PAS.Melalui video yang disiarkan oleh TV PAS,Datuk Mahfuz Omar ada mengatakan bahawa bapa ahli politik itu mendoakan kemenangan calon PAS di PRK Sungai Limau.Namun,kata-kata Mahfuz itu tidak disokong dengan bukti yang kukuh,sekadar menyiarkan video leteran panjang Mahfuz memuji-muji kebaikan bapa Datuk Seri Jamil Khir.Malangnya,tidak pula dijelaskan butiran doa yang dibacakan En. Baharom itu,hanya sekadar video yang dilapikkan dengan suara Mahfuz. Video yang berdurasi 2:50 itu memaparkan aktiviti kempen PAS yang turut membawa calon mereka menziarahi penduduk di sekitar kawasan tersebut.Persoalannya,kalau benar En. Baharom berdoa untuk kemenangan PAS,kenapa tidak diperjelaskan suara beliau di dalam video tersebut ??? Kenapa perlu digantikan dengan suara Mahfuz yang membuat ulasan panjang berkenaan kempen ziarah itu ??? Ini lagi satu permainan PAS yang cuba menggunakan perang psikologi kepada pengundi di Sungai Limau.Dengan menggunakan modal bapa menteri,mereka cuba memancing undi.Ini jelas menunjukkan PAS kekeringan modal untuk berkempen sehingga mengheret mereka yang tidak mempunyai kepentingan bagi melancarkan kempen mereka.Namun,sejauh mana perkara ini boleh membantu mereka mempertahankan kerusi kawasan itu.Adalah lebih baik jika PAS lebih bersikap jujur dan telus.Jika benar bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa kepada kemenangan PAS,siarkan secara penuh,ada berani ??? Tidak salah,malah boleh juga seluruh rakyat mengaminkan doa tersebut,itu pun jika benar isi kandungan doa itu seperti yang dikatakan Mahfuz melalui video tersebut.Kepada jentera PAS,sudah-sudahlah menggunakan taktik kempen sebegini,sudahlah digunakan nama arwah ustaz Azizan walaupun sebelum ini kerap dikecam,sekarang pula menggunakan bapa orang untuk meraih undi. Nampak sangat terdesak…… APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! CALON PAS ADALAH SEPUPU PHAHROLRAZI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 28 Oct 2013 01:30 AM PDT Di sebalik keghairahan jentera Pas 'menjual nama' Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai modal utama kempen mereka.Para pengundi di Sungai Limau dikejutkan dengan pendedahan mengenai hubungan keluarga yang terjalin di antara calon parti itu Mohd Azam Abdul Samat dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah,Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.Ini kerana rata-rata masyarakat Kedah khususnya di Sungai Limau mengetahui akan 'perang' yang pernah berlaku antara Phahrolrazi dengan Azizan sebelum ini.Malah menurut sumber parti itu sendiri,Allahyarham Azizan pernah berulang kali melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Phahrolrazi yang sering menyerangnya dengan pelbagai tohmahan dan cacian.Tambah memeranjatkan Phahrolrazi yang juga merupakan bekas Exco kerajaan negeri,sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mempertahankan kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu. Keretakan antara Azizan dan Phahrolrazi bukanlah satu perkara baharu,ia dikatakan bermula sejak Pas mula menjadi kerajaan negeri selepas kemenangan dalam pilihan raya umum 2008.Rentetan daripada itu,Phahrolrazi pernah menolak lantikan semula jawatan Exco pada Mac dua tahun lalu.Sehinggakan memaksa Pas Pusat untuk campur tangan dengan mengemukakan beberapa langkah-langkah penyelesaian yang hakikatnya langsung tidak membawa apa-apa erti.Antara tuntutan Phahrolrazi ialah agar diberi tanggungjawab sebagai pengarah jentera pilihan raya Pas namun ditemplak oleh Allahyarham Azizan yang menegaskan,beliau akan bertindak sebagai pengarah pilihan raya parti itu.Malah ramai yang mengatakan antara punca kegagalan Pas mempertahankan negeri yang terkenal dengan gelaran 'jelapang padi' itu disebabkan isu 'tak sebulu' dan perpecahan dalaman yang melanda parti itu. Ini kerana,ekoran pergesaran antara mereka,telah menyebabkan ramai penyokong parti itu yang nekad untuk keluar daripada Pas, sehinggakan ada dikalangan mereka bertindak menutup bilik gerakan pada PRU-12. Atas alasan itu,ramai berpendapat,Azizan tidak pernah memaafkan 'dosa' Phahrolrazi yang sentiasa menjadi 'duri dalam daging' sehingga ke akhir hayatnya.Disebabkan itu juga,ramai di kalangan penduduk kampung di kawasan Sungai Limau,yang rata-rata mempunyai pertalian saudara dengan Azizan tidak pernah menerima Phahrolrazi sebagai pemimpin mereka walaupun setelah 'pemergian' tokoh itu baru-baru ini.Mereka bukan sahaja tidak dapat menerima Phahrolrazi,malah mendengar namanya sahaja boleh menimbulkan rasa benci.Malah tindakan jentera Pas yang menjual nama Ustaz Azizan sepanjang kempen PRK ini juga turut dikecam,kerana merasakan parti yang selama ini sering berbangga dengan pelbagai slogan Islam itu hanya pandaibersandiwara.Patutlah ketika dimaklumkan mengenai hubungan keluarga (sepupu) antara calon Pas dengan Phahrolrazi,ramai dikalangan mereka yang mula menjauhkan diri.Malah menurut salah seorang penduduk yang ditemui di Kampung Sedaka yang juga ahli PAS mengatakan,disebabkan hubungan tersebut bakal menyebabkan calon Pas itu kalah teruk. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! APA MAKSUD #BERANIBERHIJRAH DIBAWA OLEH @MUKHRIZMAHATHIR ??? Posted: 27 Oct 2013 10:00 PM PDT Kempen BN di Sungai Limau di bawah pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi BN Kedah memperkenalkan slogan 'Berani Hijrah' dalam strategi mendekati masyarakat kawasan tersebut.Slogan tersebut dilihat selaras dengan slogan 'Berani Berubah' yang dibawanya dalam kempen pemilihan UMNO sebelum ini.Hijrah dan berubah yang dimaksudkan pastilah merujuk kepada sesuatu yang lebih baik.Namun,tanpa sebarang kupasan,tentu sukar bagi masyarakat Sungai Limau untuk memahaminya secara mendalam.Mungkin ramai yang melihat perkataan 'ubah', 'perubahan','transformasi','reformasi' atau 'hijrah' adalah sekadar bermakna bertukar dari satu parti ke parti lain atau satu individu ke individu lain.Mungkin ada yang berfikir lebih sedikit dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menambahbaik atau menukar sistem atau cara pentadbiran.Namun, 'hijrah' yang dimaksudkan oleh Datuk Mukhriz adalah melangkaui apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Bagi memahaminya,anda perlu melihat dari keperibadian Datuk Mukhriz sendiri yang terkenal sebagai lelaki budiman.Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan walaupun oleh musuh-musuhnya sepertimana musuh-musuh bapanya tidak boleh menafikan kebijaksanaan Negarawan Ulung itu.Datuk Mukhriz tidak pernah 'terlepas laku' sepertimana beberapa pemimpin kita hari ini.Kita tidak dapat membayangkan beliau berkasar,apatah lagi memaki hamun atau menjerit melompat dalam apa jua keadaan atas alasan 'berjuang'.Beliau pernah diherdik secara berhadapan oleh ahli PAS,tetapi beliau hanya tersenyum.Beliau sering menjawab sindiran dengan lembut.Apabila beliau menyerang,beliau menyerang dengan fakta,itu pun dengan lembut juga iaitu kualiti yang pastinya diwarisi dari Tun Mahathir yang dikasihi.Namun,dalam kelembutan Tun Mahathir terdapat senjata yang tajam untuk membalas serangan manakala Mukhriz belum ada keperluan untuk berbuat demikian ataupun belum masanya lagi. Oleh itu,sifat itu belum dapat dilihat dalam dirinya atau kemungkinannya tidak ada.Tidak mungkin beliau mewarisi bapanya seratus peratus.Dalam masyarakat British,lelaki budiman seringkali dirujuk kepada golongan bangsawan iaitu yang lahir dari keturunan yang dihormati,selalunya berdarah diRaja.Golongan ini perlu menjaga tuturkata dan adab sopan serta tidak akan sekali-kali menggunakan kata-kata kesat kerana ia akan menjatuhkan maruah mereka.Mungkin kerana sifat Datuk Mukhriz yang budiman, maka beliau turut dirujuk sebagai golongan bangsawan.Masyarakat kita seringkali tersalah mentafsirkan perkataan 'bangsawan' atau ada juga yang merujuknya sebagai 'elit'.Ada yang menyangka ia merujuk kepada 'orang-orang kaya' tak kira apa latarbelakangnya dan bagaimanapun sikapnya. Hakikatnya, seorang bangsawan sebenar pastinya seorang yang budiman.Manakala,seorang kaya tidak semestinya seorang budiman dan seorang budiman tidak semestinya seorang bangsawan dan tidak semestinya kaya.Hari ini,sukar sekali untuk kita mencari lelaki budiman tidak kira dari golongan bawahan mahupun atasan. Hari ini kita melihat anak-anak pemimpin yang kaya raya juga terjerit-jerit, menyombong atau mengherdik orang sesuka hati. Di kalangan remaja biasa juga,adab sopan sudah semakin terhakis terus.Malah,pemandu teksi di Malaysia telah 'dinobatkan' oleh majalah antarabangsa sebagai paling biadab di dunia.Di dalam politik juga sama saja,yang samseng,yang 'taiko' dihormati manakala yang dedikasi,bijak dan kurang bercakap dipandang sepi.Maki hamun dan cakap-cakap lucah sudah menjadi perkara biasa di mana-mana saja.Mungkin ada yang menganggap ini sesuatu yang elok kerana tiada lagi 'kasta' antara bangsawan dengan tidak.Justeru,Malaysia semakin hari semakin hilang kehormatannya.Sedikit demi sedikit kita mengundur ke belakang dari segi ketamadunan dan kemanusiaan.Sedangkan di dalam Islam,manusia yang tinggi darjatnya adalah manusia yang beradab. Maka inilah 'Hijrah' yang perlu dilakukan iaitu ke arah menjadi manusia yang lebih baik.Tidak guna 'berebut' perkataan Islam atau mempertahankan Kalimah Allah jika diri sendiri bersikap bagai manusia di zaman jahiliah.Apa ada pada jubah,serban dan tudung kepala jika tutur kata bersalut najis ??? Kita percaya, masyarakat Sungai Limau mampu melakukan hijrah ini bersama Datuk Mukhriz.Tolaklah mereka-mereka yang gemar memaki-hamun.Ingatlah bagaimana mereka memaki Almarhum Tan Sri Azizan ketika sihat sehinggalah ketika beliau terlantar sakit dan seterusnya tenat,hanya kerana mereka tidak dapat merebut jawatannya.Walaupun beliau merupakan musuh politik,tetapi Datuk Mukhriz tidak sanggup membiarkan nama beliau diaibkan dan Datuk Mukhrizlah yang tampil membela beliau di dalam Dewan.Ini boleh dirujuk sendiri dalam hansard DUN Kedah.Inilah keperibadian pemimpin Islam sebenar iaitu menolak mengaibkan musuh,menolak kempen dengan cara memfitnah dan maki hamun serta enggan menjawab serangan peribadi kerana ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun jua.InsyaAllah,Allah SWT akan memberkati masyarakat yang beradab.Ingatlah bahawa adab adalah dakwah yang pertama dan paling terkesan kepada manusia berbanding ceramah.janganlah jadi macam ostazah segera abby,pakai je jubah tapi pemikiran sempit dan suka maki hamun.adakah kita berdosa kalau pilih BN ??? ANDA TAK PERCAYA APA YANG ABBY CAKAP ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! WAYANG DAN PENIPUAN PAS DIDEDAHKAN !!! Posted: 27 Oct 2013 07:00 PM PDT Ni Memang Lawak,Asal PRK kononnya buat kerja,sebelum PRK tidak mahu buat pula.. Ini ler tahap pemimpin PAS.Sudahlah agama pun dikelentong,bab segini pun nak dikelentong juga! Punyalah kemaruk nak memenangkan calon dari PAS,Zul Yahya yang sebelum ini bertugas di Wisma Darul Aman dan lebih dikenali sebagai PENULIS UPAHAN,terpaksa menggunakan kelebihannya yang tersendiri.Bayangkanlah... hanya dengan sepucuk surat bertarikh tiga hari sebelum ini,kononnya ditulis oleh calon PAS,Azam Samad yang dipanggil OSTAT,jentolak dan jentera penggelak JKR sudah datang untuk memperbaiki jalan-jalanraya di Sungai Limau.Punyalah hebatnya OSTAT punya aura,sampaikan Allahyarham Tan Sri Azizan yang pegang kawasan Sungai Limau selama lima penggal berturut-turut pun tidak mampu mengatasinya. Para pendokong dan penyokong PAS tentu sekali akan percaya dengan GELEMBONG dan penipuan SI PENIPU bernama Zul Yahya yang menyamarkan diri dengan menyerkup kepala dengan kopiah putih.Tentu sekali ia juga akan menjadi modal untuk berkempen oleh jentera PAS yang sekarang ini sedang ketandusan idea untuk berkempen.Hakikatnya,surat yang dihantar kepada JKR Negeri untuk menurap dan membaiki jalanraya di sekitar Sungai Limau sebenarnya dihantar oleh UPEN dan ICU Negeri dalam tempoh yang sudah tentu jauh lebih lama berbanding tiga hari. Dan penurapan tersebut tidak ada kena-mengena dengan kempen pilihanraya sebaliknya memberikan kemudahan memandangkan jumlah populasi sementara di Sungai Limau meningkat berkali-kali ganda.Kalau 25 tahun,jalan sukar diturap,bagaimana pula dengan hanya 3 hari,jentera-jentera JKR boleh datang menyerbu Sungai Limau? Melainkan,orang lain punya kerja,orang lain yang claim kredit.dalam kes ini,Zul Yahya cuba mendapatkan kredit untuk calon PAS !!!! - Siemens Maju APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 27 Oct 2013 05:00 PM PDT Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib merupakan belanjawan yang dekat di hati rakyat.kenapa puak PR nak memekak dan menyalahkan bajet kerajaan ??? Ini kerana kerajaan pimpinan beliau memahami sekali masalah yang menimpa rakyat terutamanya berhubung kenaikan kos kehidupan yang semakin mencabar.Keadaan ini lebih jelas khususnya di kawasan bandar di mana peningkatan kos kehidupan lebih dirasai.Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat bawahan,pelbagai rancangan dan program telah di laksanakan bagi meringankan beban.Terbaru keputusan kerajaan untuk memperluaskan lagi jaringan dan jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M kepada 99 buah di seluruh negara.Pelaksanaan KR1M di bawah program tranformasi kerajaan telah berjaya memperkenalkan skim jualan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah. Golongan inilah yang selalunya terkesan daripada sebarang kenaikan barangan atau bahanapi kerana mereka merupakan kelas pengguna atau pembeli yang terbesar dalam ekonomi negara.Oleh kerana itu dalam mana-mana program atau dasar yang digubal dan ingin dilaksanankan,kerajaan tidak pernah melupai golongan marhaen ini.Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan bermacam-macam program seperti memansuhkan yuran sekolah,skim buku teks percuma serta bantuan persiapan persekolahan seperti beg sekolah,kasut,baju kepada murid-murid daripada golongan miskin dan tidak mampu.Begitu juga Bantuan Rakyat 1Malaysia yang telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan diteruskan pada tahun ini dengan pemberian sebanyak RM500 seorang kepada mereka yang layak.Malah kerajaan telah berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M pada tahun depan dan tahun seterusnya dengan kemungkinan jumlah yang lebih besar dan kepada bilangan penerima yang lebih ramai. Jumlah dana yang terlibat bukannya sedikit kerana ia membabitkan berbilion ringgit. Pembangkang sentiasa ingin meracuni pemikiran rakyat dengan mengatakan pemberian BR1M adalah satu pembaziran dan bermotifkan politik.Pembangkang seperti pandai berkokok ke sana sini dengan menggunakan modal air liur sahaja tetapi gagal membuktikan kemampuan mereka untuk mewujudkan program atau rancangan yang membangunkan ekonomi rakyat dan juga negara.Jika BR1M adalah satu pembaziran nescaya kerajaan akan mengalami defisit yang mungkin menjejaskan ekonomi negara.Sebaliknya ekonomi negara tidak terjejas malah bertambah mantap dan kukuh dengan program-program baru ekonomi yang diperkenalkan.Hakikatnya BR1M atau mana-mana program transformasi yang diperkenalkan sudahpun melalui proses saringan dan penilaian yang teliti sebelum ia dilaksanakan.Ia bukannya satu program yang sembrono atau 'tangkap muat' yang hanya difikirkan secara melulu dan terburu-buru. Sebab itulah jumlah dana mencukupi dan berjaya disasarkan kepada golongan yang dikehendaki tanpa sebarang masalah atau risiko kepada ekonomi negara. Belanjawan kelima yang dibentangkan Datuk Seri Najib sejak menjadi Perdana Menteri akan memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dengan baik.Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya membangunkan negara terus menerus sejak 56 tahun lalu dan rakyat sentiasa menjadi teras kepada sebarang perancangan negara.Ini kerana negara tidak mengecapi pembangunan yang begitu pesat seperti yang dinikmati sekarang jika taraf sosioekonomi rakyat tidak ditingkatkan juga.Inilah resipi kejayaan kerajaan BN selama ini kerana ia mampu mengimbangi arus pembangunan negara selari dengan pembangunan modal insan yang menjadi tulang belakang kepada momentum perkembangan ekonomi. Bajet 2014 akan memberi fokus secara spesifik kepada program-program yang mampu meringankan keperitan kos kehidupan yang meningkat.Malaysia sebagai negara yang mengamalkan ekonomi pasaran terbuka tidak terlepas daripada menerima kesan daripada kemelut dan krisis kewangan global.Jika ekonomi Amerika Syarikat atau Eropah merosot atau merudum,negara ini juga menerima kesan langsungnya kerana aktiviti perdagangan dua hala akan terjejas.Pada 2009 Amerika mengalami krisis subprima sektor perumahan yang amat kritikal sekali namum ekonomi Malaysia tidak banyak terjejas disebabkan pelaburan modal luar negara tidak banyak terdedah kepada pasaran hartanah negara ini. Kemampuan negara melindungi ekonomi subprima Amerika adalah hasil daripada tindakan bijak pengurusan kewangan kerajaan yang berhati-hati dalam membuat pelaburan di luar negara. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment