BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PENYELEWENGAN TABUNG MEMALI SEKALI LAGI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 27 Oct 2013 08:30 AM PDT


walaupun pada dasarnya Pas mengatakan mereka yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.Namun apabia dilihat kepada jentera dan gerakan yang dilakukan parti itu selama ini,ramai merasakan Pas bakal berdepan dengan laluan yang 'sedikit' sukar Ini kerana walaupun kerusi DUN Sungai Limau boleh dikatakan sebagai kubu kuat buat parti itu dan Umno hanya turun sebagai calon ' underdog' namun pelbagai isu dan faktor tambahan dirasakan mampu menyebabkan Pas tidak senang duduk bagi berdepan dengan calon BN/umno.Antaranya isu Tabung Memali,yang dboleh diibaratkan sebagai 'mimpi ngeri' buat parti itu. 

Ini kerana,umum melihat bagaimana parti yang mendakwa berjuang atas nama Islam,begitu rakus membahamkan jumlah kutipan derma yang selama ini dikutip atas nama jihad,balu dan anak-anak yatim di kampung Memali,Baling.Tabung yang ditubuhkan oleh pihak pengurusan Pas hasil dari sumbangan ahli,penyokong dan orang perseorangan itu dikatakan telah mencecah ke angka jutaan ringgit.Namun didakwa telah diselewengkan oleh pimpinan parti itu seperti yang telah didedahkan oleh CN Al Afghani atau Zainon Ismail melalui buku Air Mata di Bumi Memali.Malah Zainon yang juga merupakan bekas ahli Pas seumur hidup,mendakwa wang tersebut telah diratah pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam kepimpinan Pas negeri.Namun sehingga kini,mereka yang didakwa masih enggan memberikan sebarang respon berhubung perkara ini. 

Tambah memeranjatkan,kepimpinan Pas peringkat pusat juga mengambil pendekatan mendiamkan diri seolah-olah 'membutakan mata dan hati' terhadap penyelewengan tersebut.Menurut Zainon,wang yang dikumpulkan ekoran tragedi Memali pada 1985 itu seolah-olah telah hilang tanpa dapat dikesan.Tambah mengelirukan akaun penyata tabung tersebut juga seolah-olah tidak wujud,walaupun kutipan derma dilakukan hamper setiap tahun,yang mengunakan nama balu dan anak-anak yatim di Memali.Hasil pendedahan Zainon itu juga,Pas pusat dikatakan telah mengambil tindakan menutup tabung ini,walaupun pada ketika itu,akaun tabung masih berbaki sebanyak RM65,000.Mengikut rekod,masih ada sembilan balu Memali yang masih hidup dalam keadaan daif dan masih ramai anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan,membiayai pendidikan anak-anak yatim serta membantu kos sara hidup mangsa Memali. 

Sejak ditubuhkan,empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu lidah rasmi parti tersebut Harakah,Pejabat Pas Pusat;,Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah,Kampung Memali.Semua wang serta sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk barang kemas kemudian diuruskan oleh tiga individu,yang mana Zainon adalah salah seorang sebelum dimasukkan ke dalam tabung bagi membantu 14 balu,80 anak- anak yatim dan hampir 150 mangsa Memali dan kini, Pas berdepan dengan isu yang tidak pernah dijelaskan dan memandangkan PRK Sg Limau akan berlangsung beberapa hari lagi,parti itu perlu menjawab semua tuduhan yang dibangkitkan sebelum ini.Ini kerana rakyat khususnya pengundi Sungai Limau perlu diberikan penjelasan mengenainya.Ini kerana, menurut sumber ada dikalangan pengundi Sungai Limau yang mempunyai hubungan keluarga dengan balu dan waris di Memali.Kesimpulannya,Pas bukan sahaja bertanggungjawab terhadap penyelewengan tabung tersebut,namun yang paling penting perlu membersihkan diri dari semua tuduhan yang dibangkitkan itu.Sebagai sebuah parti yang mengunakan Islam sebagai alat untuk memancing undi,Pas tertu sedar,antara dosa besar di dalam Islam ialah memakan harta anak yatim.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! GAMBAR DAN AKAUN FACEBOOK SUSPEK YANG MEMBUNUH PEGAWAI AMBANK DIDEDAHKAN !!!

Posted: 27 Oct 2013 06:28 AM PDT


Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari,pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini,ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya,Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.

ANDA INGIN MELIHAT KESEMUA GAMBAR ITU ???


UNTUK SELANJUTNYA 

Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini Ayuh,sebarkan !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! AYAH DATO' SERI JAMIL KHIR MEMBELASAH MAHFUZ OMAR KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 27 Oct 2013 06:02 AM PDT


Baharom Ramli,ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato' Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah,Mahfuz Omar dan Calon PAS,Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan 'bahan kempen' untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today dirumahnya di Ulu Sedaka hari ini,melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS,soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.


Sambil menyifatkan anaknya,Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat,Pak Ngah dengan tegas berkata,tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik."Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus," ujarnya yang mengidap penyakit stroksejak tiga tahun lalu.Sementara itu,Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu,calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama,tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.Berkait soal itu,MB Kedah,Dato' Paduka Mukhriz Mahathir sebelum itu turut membidas serta mempersoalkan keikhlasan Mahfuz dan Azam yang mengunjungi Baharom. 


Lidah rasmi PAS,Harakah melaporkan Mahfuz memberitahu,Baharom telah mendoakan agar PAS terus menang di DUN Sungai Limau.Kejujuran PAS dalam perkara ini terus dipertikaikan,apatah lagi adat menziarahi orang sakit di mana doa yang sepatutnya dibacakan adalah demi kesihatan dan kesejahteraan pesakit.Pak Ngah apabila ditanya mengenai calon PAS memberitahu,calon yang diletakkan masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari.Katanya lagi,calon berkenaan adalah pilihan 'orang atasan' dan bukan pilihan masyarakat setempat.Apabila ditanya adakah kemenangan bakal berpihak kepada PAS,beliau sekadar menjawab bahawa beliau kurang yakin dan sebenarnya tidak ambil kisah.Ini kerana bagi Pak Ngah,mana-mana pemimpin baik dari PAS atau BN di daerah berkenaan telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik tanpa mengambil kira fahaman politik yang berbeza. "Pak Ngah memang orang PAS… Tapi undi kita tu rahsia, Pak Ngah jadi orang PAS pun bukan makna Pak Ngah tak boleh nak undi BN", ujarnya berseloroh kepada Terengganu Today.Adat melawat orang sakit,penulis,jurukamera serta dua rakan wartawan sempat mendoakan bersama-sama untuk kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah semoga beliau pulih dari penyakit angin ahmar yang dihidapinya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! CALON PAS ADALAH SEPUPU PHAHROLRAZI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Oct 2013 06:00 AM PDT


Di sebalik keghairahan jentera Pas 'menjual nama' Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai modal utama kempen mereka.Para pengundi di Sungai Limau dikejutkan dengan pendedahan mengenai hubungan keluarga yang terjalin di antara calon parti itu Mohd Azam Abdul Samat dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah,Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.Ini kerana rata-rata masyarakat Kedah khususnya di Sungai Limau mengetahui akan 'perang' yang pernah berlaku antara Phahrolrazi dengan Azizan sebelum ini.Malah menurut sumber parti itu sendiri,Allahyarham Azizan pernah berulang kali melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Phahrolrazi yang sering menyerangnya dengan pelbagai tohmahan dan cacian.Tambah memeranjatkan Phahrolrazi yang juga merupakan bekas Exco kerajaan negeri,sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mempertahankan kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu. 

Keretakan antara Azizan dan Phahrolrazi bukanlah satu perkara baharu,ia dikatakan bermula sejak Pas mula menjadi kerajaan negeri selepas kemenangan dalam pilihan raya umum 2008.Rentetan daripada itu,Phahrolrazi pernah menolak lantikan semula jawatan Exco pada Mac dua tahun lalu.Sehinggakan memaksa Pas Pusat untuk campur tangan dengan mengemukakan beberapa langkah-langkah penyelesaian yang hakikatnya langsung tidak membawa apa-apa erti.Antara tuntutan Phahrolrazi ialah agar diberi tanggungjawab sebagai pengarah jentera pilihan raya Pas namun ditemplak oleh Allahyarham Azizan yang menegaskan,beliau akan bertindak sebagai pengarah pilihan raya parti itu.Malah ramai yang mengatakan antara punca kegagalan Pas mempertahankan negeri yang terkenal dengan gelaran 'jelapang padi' itu disebabkan isu 'tak sebulu' dan perpecahan dalaman yang melanda parti itu.

Ini kerana,ekoran pergesaran antara mereka,telah menyebabkan ramai penyokong parti itu yang nekad untuk keluar daripada Pas, sehinggakan ada dikalangan mereka bertindak menutup bilik gerakan pada PRU-12. Atas alasan itu,ramai berpendapat,Azizan tidak pernah memaafkan 'dosa' Phahrolrazi yang sentiasa menjadi 'duri dalam daging' sehingga ke akhir hayatnya.Disebabkan itu juga,ramai di kalangan penduduk kampung di kawasan Sungai Limau,yang rata-rata mempunyai pertalian saudara dengan Azizan tidak pernah menerima Phahrolrazi sebagai pemimpin mereka walaupun setelah 'pemergian' tokoh itu baru-baru ini.Mereka bukan sahaja tidak dapat menerima Phahrolrazi,malah mendengar namanya sahaja boleh menimbulkan rasa benci.Malah tindakan jentera Pas yang menjual nama Ustaz Azizan sepanjang kempen PRK ini juga turut dikecam,kerana merasakan parti yang selama ini sering berbangga dengan pelbagai slogan Islam itu hanya pandaibersandiwara. Patutlah ketika dimaklumkan mengenai hubungan keluarga (sepupu) antara calon Pas dengan Phahrolrazi,ramai dikalangan mereka yang mula menjauhkan diri.Malah menurut salah seorang penduduk yang ditemui di Kampung Sedaka yang juga ahli PAS mengatakan,disebabkan hubungan tersebut bakal menyebabkan calon Pas itu kalah teruk.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR KENAPA HARGA GULA DINAIKKAN TERBONGKAR !!!

Posted: 26 Oct 2013 10:00 PM PDT


Pengurangan subsidi gula yang diumumkan oleh PM dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini bagi penulis bukanlah satu masalah yang besar pada rakyat.Berapa banyak sangat lah yang rakyat beli gula dalam tempoh sebulan ? Penulis sendiri guna 1kg gula untuk tempoh 2 bulan.Kalau melepak di kedai mamak pun minum air kosong atau pun kopi-o kurang manis,tu pun sebab nak sedapkan hati mamak,takkan lah nak melepak minum air kosong je.. hehe.Apa pun bagi penulis rakyat tak perlu 'melompat' dengan pengurangan subsidi gula .Tapi kita tahu peniaga-peniaga makanan akan ambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan mereka, terutama kuih muih yang manis ni,apa susah boikot je atau memang tabiat rakyat Malaysia ni suka 'consume' bahan-bahan makan yang manis ni ? Sebenarnya penulis pernah buat artikel pasal gula ni satu ketika dulu bagi menjawab statement 'bodoh' Mahfuz Omar yang mempersoalkan mengapa 'subsidi' gula perlu ditambah walaupun harga pasaran dunia turun.Rasanya elok lah di 'copy-paste' artikel lama ini untuk tujuan pemahaman rakyat Malaysia mengenai bekalan gula dalam negara

MANA ARTIKEL ITU ???


UNTUK SELANJUTNYA 

untuk pengetahuan Pembaca Badut Rakyat,di luar negara seperti australia,mereka mementingkan kesihatan,harga gula pun naik juga.kenapa tak nak kecoh ??? di tempat yg saya tinggal di washington dc pun harga gula tinggi juga.ini semua kerana ramai yang menghidap penyakit diabetis.kenapa nak kecoh bila harga gula naik di malaysia ??? lain kali tengok isu wahai puak PR

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...