BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! OSTAZAH SEGERA ABBY KATA PM @NAJIBRAZAK TAK PERNAH SEBUT NAMA ALLAH ???

Posted: 02 Oct 2013 08:50 AM PDT


1 lagi fitnah ostazah segera terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib.dasyhatnya tuduhan ostazah segera ni.agak-agaklah sampai macam tu sekali.malas nak ulas panjang-panjang.


yang ni 1 lagi kenyataan bodoh.sukati mak bapak dia kata macam ni.anak siapa ni ??? ohhh pakcik abdul hamid.pakcik,jaga sikit anak pakcik yekkk.ini namanya kurang ajar.pakai je tudung,mulut longkang jugak macam ostazah segera

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PENJELASAN @KHAIRYKJ BERKENAAN KONSERT K-POP RM1.6 JUTA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 02 Oct 2013 07:27 AM PDT


Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara.Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah,laporan tersebut tidak boleh diketepikan.Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya.Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali,pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir. 

Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai,memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS.Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.Namun,tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012.Untuk makluman,acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit,saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut.Yang pasti,kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi.Dana karajaan adalah wang rakyat.Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan. Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SAH !!! PEMBANGKANG TAKUT DAN GENTAR KETELUSAN PCA !!!

Posted: 01 Oct 2013 10:24 PM PDT


Pembangkang mula gentar apabila kerajaan bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) pada persidangan semasa Parlimen.Hujah pembangkang PCA yang bakal dibahaskan dalam Dewan Rakyat tidak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada tahun 2011.ISA digantikan pula oleh Akta Perhimpunan Awam yang membolehkan perhimpunan diadakan tanpa banyak kekangan tapi masih perlu mematuhi beberapa syarat.Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan PCA bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan.PCA perlu diperkenalkan bukan bagi mengganti ISA tetapi sebagai menyesuaikan perundangan melindungi negara dan rakyat selari dengan suasana dan keadaan masyarakat.Apabila berlakunya banyak jenayah seperti kes bunuh,ragut,rompakan,samun dan sebagainya,pembangkang sibuk mensasarkan kerajaan khususnya pihak polis atas kononnya kegagalan mengatasi masalah peningkatan jenayah.Namun pada masa yang sama mereka turut mendesak agar kebebasan pasukan polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka diperketatkan. 

Keadaan ini dilihat menekan pihak polis sehingga timbul persepsi bahawa kedua-kedua belah tangan anggota polis diikat atas desakan pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.Pembangkang mahu supaya polis duduk diam memerhati sementara jenayah pula berleluasa.Mereka lebih mementingkan isu hak asasi penjenayah daripada tugasan pihak penguatkuasa undang-undang dan keselamatan awam.Ini adalah antara faktor penting yang menyebabkan kadar jenayah meningkat bukan kerana pihak polis tidak menjalankan tugas mereka tetapi disebabkan fungsi utama mereka telah dikekang.PCA adalah usaha pro-aktif kerajaan untuk memperbetulkan kembali keadaan supaya pihak pasukan mampu menjalankan tugas hakiki mereka mencegah jenayah dengan lebih keyakinan.

PCA akan lebih terbuka dan telus kerana tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi,rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.Di samping itu di dalam PCA tidak ada peruntukan bagi kuasa menteri.Ini akan membuktikan bahawa perlaksanaan PCA kelak tidak akan mempunyai sebarang elemen tekanan politik dan pihak menteri berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi mana-mana keputusan pihak polis dalam menguatkuasakan akta tersebut. Aspek penting ini menunjukkan kerajaan komited membawa perubahan kepada pentadbiran undang-undang bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.Jadi bantahan pembangkang dengan melemparkan berbagai tuduhan kepada kerajaan mengenai PCA adalah mengejutkan. 

Mereka mahu Malaysia menjadi aman dan makumur dengan keselamatan awam terjamin dengan baik tetapi pada masa yang sama mereka menentang apa sahaja usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat dan negara yang selamat.Ini adalah percanggahan jelas di dalam minda pemimpin pembangkang yang membuktikan mereka lebih mahu bermain politik daripada mengutamakan kebajikan rakyat.Pembangkang lebih rela supaya keselamatan negara tergugat asalkan mereka boleh meraih populariti politik dengan mengeskspolitasi isu-isu keselamatan.Tidak kedengaran pembangkang memuji tindakan pihak polis ang berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah serta menahan ribuan suspek.Tetapi apabila pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah pembangkang akan terpekik terlolong mempertahankan hak penjenayah.Ini berlaku semasa operasi melawan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah di mana pemimpin pembangkang seperti Tian Chua menghina keluarga anggota keselamatan yang digugur di medan pertempuran dengan mnengatakan kematian mereka adalah seperti mati katak. 

Pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu untuk menyerang kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dengan dakyah kotor mereka.Setelah melihat betapa jijiknya sikap pembangkang yang sanggup mengorbankan keselamatan negara demi meraih kuasa politik,kerajaan kini akan bertindak tegas tidak mengira sama ada pelaku kesalahan adalah penyokong mahu pun pembangkang.Masa untuk mengalah dan tunduk kepada tekanan pembangkang sudah berlalu.Masa untuk mengambil hati pembangkang sudah berakhir kerana rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan politik murahan mereka.Kini adalah masa untuk bertindak dengan tegas dan tidak memperdulikan salakan pembangkangan semana kuat sekali pun.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...