UMNO Online - “Akta Patriot Perlu Untuk Kekalkan Keamanan Negara – Mubarak” plus 9 more

UMNO Online - “Akta Patriot Perlu Untuk Kekalkan Keamanan Negara – Mubarak” plus 9 more

Link to UMNO Online

Akta Patriot Perlu Untuk Kekalkan Keamanan Negara – Mubarak

Posted: 02 Sep 2013 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sep – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mencadangkan agar kerajaan memperkenal Akta Patriot, yang diguna pakai di Amerika Syarikat, bagi menghalang pihak tertentu mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman negara.

abdul-aziz-rahman--mubarak-umno-bn

Pengerusi Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata langkah itu penting kerana ketika ini, terdapat golongan tertentu yang semakin berani mencemar simbol kedaulatan negara selain melunturkan nilai kesopanan yang menjadi kebanggaan.

“Kerajaan perlu mewujudkan kerangka perundangan yang tegas untuk memastikan perkara asas itu tidak diganggu-gugat oleh pihak tertentu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kumpulan tertentu mengibarkan bendera rekaan pihak tidak bertanggungjawab, dan bukannya Jalur Gemilang, pada malam sambutan kemerdekaan negara yang ke-56 di ibu negara Jumaat lepas.

Klip video insiden itu turut dimuat naik di laman sosial YouTube.

“Sekarang terdapat anak muda dan dewasa yang berpengetahuan dan berpengalaman telah merosakkan rasa cinta kepada negara dan ini menunjukkan mereka telah hilang semangat patriotik,” katanya.

Abdul Aziz meminta kerajaan menarik balik gelaran Sasterawan Negara yang dianugerah kepada Datuk A. Samad Said kerana dikatakan turut terlibat dalam insiden tidak bertanggungjawab itu.

Antara Filem, Seni, Budaya, Bangsa dan Politik DAP

Posted: 02 Sep 2013 04:56 AM PDT

Filem Tanda Putera menjadi kontroversi hebat dan telah tertangguh kelulusan penayangannya begitu lama hanya kerana DAP takut perangai buruk mereka terserlah.  Filem sejarah yang menyentuh tragedi 13 Mei itu akhirnya ke pawagam juga setelah orang-orang Melayu bangkit memperjuangkannya.

Perkembangan ini menjadikan DAP panas punggung sehinggakan sanggup menghalang penayangannya di negeri yang dikuasai mereka.

DAP juga cuba mewar-warkan kepada semua konon filem ini adalah fiksyen serta enggan mengakuinya sebagai sejarah.

the-new-village-agung-komunis-pengganas-pembunuh-cina

Pelik sekali kerana DAP tidak pulak menghentam filem The New Village oleh Namewee yang merupakan sebuah fiksyen, tetapi cuba dipaparkan sebagai sejarah.

Mungkin kerana itulah DAP begitu gusar kerana menjangkakan filem Tanda Putera juga mempunyai unsur manipulasi yang sama seperti The New Village.

Untuk pengetahuan DAP, Shuhaimi Baba bukanlah pembikin filem jalanan seperti Namewee.  Shuhaimi Baba merupakan seorang professional yang bertanggungjawab dalam membentangkan karyanya dan bukan sekadar ingin membikin filem untuk melepaskan geram atau kebencian pada mana-mana pihak.

Beliau pastinya telah mengkaji dan telah berfikir sedalam-dalamnya dari segenap aspek sebelum memilih untuk membawa kepada kita 'Tanda Putera'.

Ini kerana, seorang pembikin filem mempunyai tanggungjawab ke atas seni, moral, jatidiri dan juga pembentukan pemikiran masyarakat sekali gus perlu mampu menghayati aspirasi negara serta menyebarkannya.

Namewee, sebaliknya, berada terlalu jauh di belakang Shuhaimi dalam dunia perfileman.   Pembikin filem seperti Namewee yang membawa bersamanya dendam perkauman yang membara hanya akan mengkucar-kacirkan pemikiran masyarakat.

Namewee, sebaliknya, berada terlalu jauh di belakang Shuhaimi dalam dunia perfileman.   Pembikin filem seperti Namewee yang membawa bersamanya dendam perkauman yang membara hanya akan mengkucar-kacirkan pemikiran masyarakat.

Jika Shuhaimi Baba mendidik masyarakat agar menghayati sejarah dan belajar daripadanya demi keharmonian negara, Namewee pula membawa mesej yang jauh bertentangan iaitu supaya masyarakat bersangka buruk terhadap kerajaan serta menafikan sejarah, sekali gus mengundang risiko berulangnya sejarah hitam.

Andainya Namewee enggan belajar dari Shuhaimi Baba kerana terlalu memandang rendah terhadap orang-orang Melayu, maka beliau wajar belajar dari seorang sutradara Indonesia iaitu Teguh Karya.

Untuk pengetahuan Namewee, Teguh Karya, telah pergi meninggalkan kita pada 11 Disember 2001.  Beliau merupakan seorang Pengarah hebat yang amat dihormati di kalangan rumpun Melayu di rantau ini.   Teguh melahirkan bintang-bintang besar seperti Slamet Raharjo, Christine Hakim, Ayu Azahari dan Alex Komang.

Filem-filem arahan Teguh menyingkap patriotisme, seni dan budaya.  Antaranya, Wajah Seorang Lelaki, Doa Tanda Mata, Badai Pasti Berlalu, November 1828 dan lain-lain lagi yang kebanyakannya merangkul banyak trofi di Indonesia dan juga di peringkat antarabangsa.

Atas kebolehan beliau itu, beliau juga sering diundang berceramah di universiti luar negara.

Filem-filem Teguh di gambarkan sebagai khazanah berharga bangsa Indonesia untuk mengenal wajah, jati diri dan perjuangan.

namewee-tokok-video-biadap-kurang-ajar-hina-islam-melayu-komunis-the-new-village-tanda-putera-kara-king-kerajaan

Selain khazanah berharga untuk negaranya, Teguh turut meninggalkan pengajaran untuk renungan mereka yang sebangsa dengannya yang berada di tengah-tengah rumpun Melayu.

Ya, Teguh Karya adalah berbangsa Cina.  Nama sebenar beliau adalah Steve Liem Tjoan Hok.

Namun, Teguh memahami bahawa beliau perlu menjunjung langit di mana kakinya berpijak.  Bukan sekadar itu, beliau juga turut menyebatikan dirinya dengan alam di mana udaranya dihirup.

Beliau menjulang sejarah Indonesia purba sebagai sejarahnya serta menjunjung budaya Indonesia sebagai budayanya.  Sesungguhnya beliau adalah seorang warga Indonesia yang sebenar-benarnya biarpun darahnya adalah Cina.

Melihat dari sejarah Teguh, di manakah kedudukan Namewee dalam dunia seni Malaysia?  Namewee tidak menyumbang apa-apa selain merosakkan pemikiran masyarakat dengan mengajak kita memperlekeh dan memandang rendah pada satu pihak (kaum) di samping memanipulasi fakta sejarah.

Filem-filem Namewee langsung tidak punya roh Malaysia malah langsung tidak berpijak di bumi nyata.

Namewee hanya memaparkan filem dari otak seorang Cina yang sempit, dan hati seorang Cina yang busuk.  Ia langsung tidak membawa nilai budaya, bangsa Malaysia mahupun moral kepada masyarakat.

Mr Beruang Biru

UMNO P.Pinang Tidak Mahu Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Dipertandingkan

Posted: 02 Sep 2013 04:33 AM PDT

GEORGE TOWN, 2 Sept – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membuat ketetapan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Oktober ini.

Datuk Zainal Abidin Osman

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata keputusan mengekalkan  Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiidin Yassin adalah berdasarkan sokongan padu rakyat terhadap parti itu.

Selain itu, katanya kepimpinan gandingan mantap itu terbukti dalam parti sehingga membawa kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.

“Semua 13 Ketua Bahagian UMNO di negeri ini juga sebulat suara berpendapat Perdana Menteri dan timbalannya adalah pemimpin yang paling layak untuk terus memimpin parti menjadi lebih kuat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan UMNO negeri itu di sini hari ini.

Dalam usaha mengukuhkan parti adalah wajar untuk tidak berlaku pertandingan dua jawatan tertinggi parti, katanya.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan.

Zainal Abidin berkata mesyuarat itu juga telah bersetuju untuk melantik Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai setiausaha badan perhubungan UMNO negeri bagi menggantikan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang bersara.

Katanya ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin dilantik sebagai bendahari bagi menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang bersara dan Anggota Parlimen Gelugor Shahbudin Yahya dipilih sebagai Ketua Penerangan bagi menggantikan Dr Hilmi.

“Rombakan kecil itu akan menguatkan lagi jentera UMNO Pulau Pinang untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk negeri, walaupun Barisan Nasional (BN) tidak memerintah di sini,” katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata beberapa Ketua Bahagian akan melepaskan jawatan  mereka bagi memberi laluan kepada muka baharu dan golongan muda untuk menerajui Umno di peringkat bahagian.

“Saya difahamkan beberapa muka baharu akan menerajui UMNO bahagian selepas ketua masing-masing mahu melepaskan jawatan. Saya harap semua proses pertandingan ketua bahagian berjalan lancar tanpa berlaku perpecahan,” katanya.

Harga RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Bermula 3 Sept

Posted: 02 Sep 2013 04:19 AM PDT

PUTRAJAYA, 2 Sept  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

isu_minyak_petrol_kerajaan_malaysia

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih member subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

RON95 And Diesel Prices Up 20 Sen From Midnight Tonight

Posted: 02 Sep 2013 04:09 AM PDT

PUTRAJAYA, Sept 2 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today announced a 20 sen increase for RON95 petrol and diesel effective midnight tonight.

This is one of the measures to rationalise subsidies by the government, Najib, who is also Finance Minister, told a press conference here today.

Siapa Lacurkan Kedaulatan Negara Pada Pihak Asing? – Prof Dr Ismail

Posted: 02 Sep 2013 03:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sept  – Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr. Ismail Daut membidas dakwaan pembangkang yang mendakwa bahawa negara masih mengekalkan mentaliti penjajah sedangkan hakikat sebenarnya, pihak pembangkanglah  yang masih dibelenggu ideologi penjajah dengan meminta campur tangan kuasa asing dalam senario politik negara.

Menurut beliau, sekiranya negara bekerjasama atau mengambil beberapa contoh dari sudut pentadbiran dari negara-negara penjajah misalnya, itu tidak bermakna negara masih dibelenggu dengan ideologi dan fahaman penjajah.

"Tidak salah apabila kita mengambil pelajaran dan iktibar dari cara negara-negara penjajah contohnya Britain, bagaimana mereka mentadbir negara. Namun, belajar dengan mereka tidak bermakna kita mengikut telunjuk mereka.

anwar_wolfowitz _dana_luar_yahudi

"Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, mentadbir dan menguruskan negara dengan cara yang tersendiri dan tidak mengikut telunjuk mana-mana negara barat. Malah, terbukti kepimpinan negara hari ini tidak pernah tunduk atau meminta bantuan mana-mana kuasa luar seperti mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang hari ini," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu kata beliau lagi, sekiranya pihak pembangkang mendakwa bahawa negara masih mengekalkan ideologi penjajah, ianya tidak betul sama sekali kerana kepimpinan negara membuat keputusan untuk kebaikan rakyat dengan bebas dan tidak tunduk kepada mana-mana tekanan kuasa asing.

"Tidak seperti  PKR, Pas  dan DAP. Mereka cuba melacurkan kedaulatan negara dengan meminta bantuan asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalam politik tempatan.

"Perbuatan ini seolah-olah satu pengkhianatan kepada negara, kerana jika kita meminta bantuan asing untuk survival politik kepartian kita, maka sudah tentulah mereka akan meminta balasan dan akhirnya akan membuatkan negara terpaksa tunduk mengikut telunjuk kuasa asing sebagaimana yang terjadi di negara-negara luar, khususnya seperti di kebanyakan negara Islam hari ini," tegasnya.

Sepatutnya selepas negara mencapai kemerdekaan, pihak pembangkang perlu bekerjasama dengan  kerajaan untuk mengisi ruang kemerdekaan dari sudut pembangunan, pelajaran dan sebagainya untuk kebaikan bersama.

"Tetapi kita lihat hari ini, mereka (pembangkang) tidak menjurus ke arah itu sebaliknya lebih gemar berpolitik sepanjang masa dengan menghasut rakyat untuk menjejaskan keharmonian dan pembangunan negara.

"Manakala UMNO pula melalui kepimpinan terdahulu dan hari ini, terbukti sentiasa bekerja keras untuk memastikan kemerdekaan yang kita kecapi ini terus kekal dengan usaha untuk memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.

"Sebaliknya pembangkang pula hanya tahu menghasut rakyat untuk menimbulkan suasana tegang dan huru hara tanpa memberikan sebarang idea dan usaha untuk membangunkan negara ini. Malah, mereka sanggup pula meminta bantuan kuasa asing baik dari segi material dan sokongan umum. Jadi siapa yang masih terbelenggu dengan ideologi penjajah sebenarnya,?" soalnya. -MediaUMNO

Sentiasa Bersyukur, Sematkan Perasaan Cintakan Agama, Bangsa, Negara – Najib

Posted: 02 Sep 2013 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pelajar-pelajar yang baru mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) semalam, agar sentiasa menyematkan perasaan cintakan agama, bangsa dan Negara serta budaya bersyukur dan berterima kasih.

najib-razak-agama-bangsa-negara-malaysia

Perdana Menteri berkata kemajuan negara yang dikecapi sekarang sejak tahun 1957 bukan dibina dengan sekelip mata, tetapi ia dibina atas pengorbanan dan usaha yang berterusan oleh kepimpinan kerajaan yang sedia ada sejak merdeka lagi.

“Jadi, marilah kita bersama-sama teruskan masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,” katanya di dalam perutusannya kepada pelajar-pelajar baharu IPT 2013 di blognya www.1malaysia.com.my, hari ini.

Najib berkata sebagai anak muda yang berilmu, mereka menjadi harapan Negara untuk menjadi pewaris negara di masa hadapan.

Oleh itu, beliau dan seluruh kepimpinan negara berharap agar para pelajar baharu mengambil peluang dan kesempatan yang ada sekarang untuk mencipta kecemerlangan akademik, meningkatkan pengetahuan yang ada, memupuk budaya inovasi, kreativiti, kesukarelawan serta aspirasi universiti.

Sambil mengucapkan tahniah kerana berjaya menjadi warga ilmuan di menara gading, Najib turut mendoakan agar para pelajar baharu IPT ini terus mencipta kejayaan akademik di universiti, seterusnya menjadi generasi muda pewaris Negara yang boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di masa hadapan.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ibu bapa saudara dan saudari yang semestinya menjadi orang yang paling gembira ketika ini,” katanya.

Kebanyakan IPT awam dan swasta tempatan semalam dibanjiri pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak masing-masing sempena pendaftaran kemasukan pelajar baharu sesi 2013/2014.

Pencapaian UMNO/BN Teraju Negara Ditagih Untuk Pulihkan Keamanan Mesir

Posted: 02 Sep 2013 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sept. – Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Luar Negeri Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Mesir, Dr. Ahmed Fahmi Alwattidi yang meminta Malaysia turut memainkan peranan bagi membawa kesejahteraan kembali kepada bumi bergolak di Timur Tengah.

tengku-adnan-sua-umno-parti-kebebasan-keadilan-mesir-fjp-dr-ahmed-fahmi-alwattidi-pwtc

Katanya, UMNO dan BN telah membuktikan kepimpinannya dalam membawa perpaduan, membangunkan negara dan kemajuan sehinggakan Malaysia kini dikagumi sebagai model negara Islam di persada antarabangsa.

"Penglibatan Malaysia tentunya akan dapat memberi kesan kepada rakyat keseluruhannya termasuklah negara-negara Islam dan negara-negara maju lain untuk sama-sama mendesak agar keadilan dan demokrasi sebenar dapat dikembalikan kepada rakyat Mesir," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan selama sejam di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

Beliau turut memaklumkan berkaitan situasi sebenar yang berlaku di Mesir sehinggakan pergolakan berpanjangan lantaran pengambilalihan kuasa oleh tentera.

"Suara demokrasi rakyat dinafikan dengan masyarakat yang mengadakan himpunan secara aman dan mendesak agar dikembalikan kepimpinan yang dipilih melalui pilihan raya sudah tidak didengar malah rakyat pula yang dianggap sebagai pengganas.

"Saya percaya penglibatan Malaysia sama ada dalam perbincangan, sesi dialog, hubungan diplomatik atau himpunan secara aman juga akan dapat memberi kesan untuk menjadi pencetus kepada suara rakyat global agar keamanan di Mesir dapat dikembalikan," katanya.

Beliau turut menerangkan kesan daripada pergolakan yang berlaku memberi impak negatif kepada kehidupan masyarakat, kedudukan ekonomi yang meruncing selain pergolakan sosial yang berlarutan.

Turut serta dalam pertemuan terbabit ialah Presiden Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Abu Umar yang menjelaskan bahawa pergolakan di Mesir turut memberi kesan cukup besar kepada kehidupan masyarakat di Palestin.

"Sempadan Mesir adalah pintu utama keluar masuk masyarakat Palestin bagi mendapatkan pelbagai keperluan khususnya makanan, pakaian dan ubat-ubatan sehinggakan setiap hari dianggarkan sekitar 300 orang keluar masuk sempadan namun dengan pergolakan tersebut, pintu sempadan ditutup dan apa-apa bekalan gagal disalurkan.

"Kami juga amat yakin bahawa kestabilan dan perpaduan di negara ini akan dapat memberi kesan positif dalam membawa kembali keamanan di Timur Tengah dan terus memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin."

Ketika ini, kira-kira 2,000 dilaporkan ditahan pihak berkuasa Mesir atas alasan memerangi keganasan sebagai suatu usaha yang dilihat bagi memberi tekanan kepada kumpulan penyokong Presiden Mursi. – MediaUMNO

Perak Eyes 34 Entry-Point Projects Worth RM18 Billion

Posted: 02 Sep 2013 02:49 AM PDT

TAIPING, Sept 2  – Perak will implement 34 entry-point projects, worth RM18 billion, from 2013 until 2030, under phase two of the development of the Northern Corridor, called the ‘Greater Kamunting’.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, said the state government has  held discussions with the Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) on the types of industries for the area.

“We hope the development will be like the Hi-Tech Park in Kulim where the projects, among others, will help other industries involved in green technology,” he told reporters after officiating the new office of Northern Corridor.

The new office will offer an integrated service to local and foreign investors with Perak-based companies playing an ‘enable’ role.

He said the new industrial area would become a magnet to attract investors worldwide and help boost the Perak economy and income,” he said.

Zambry said Kamunting was picked to site the new industrial estate because it was a conductive place to attract the private sector.

“The area has skilled and loyal workers, matured supporting ecosystem to carry out the business and a good area to stay,” he said.

Meanwhile, he said NCIA has managed to attract RM166.5 million in investments to Taiping and Kamunting in the first six months of this year.

“Among the projects which are under development are a four-star Hotel Novotel and a shopping complext which is expected to be ready next year. The new projects are expected to generate over 3,500 jobs,” he said.

He said investments of about RM400 million were expected to flow into Taiping and Kamunting by year-end.

Dialog Kerajaan : Anwar Sekali Lagi Cuba Usik, Permainkan PAS

Posted: 02 Sep 2013 02:41 AM PDT

Anwar Ibrahim tahu apa yang sedang berlaku dan Anwar Ibrahim sangat marah dengan PAS kerana parti yang ditubuhkan dari sisi rusuk UMNO itu, disifatkan sebagai mengkhianati perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri. Malah lebih teruk lagi, di dalam PKR sendiri, Anwar Ibrahim dan anak beranak sedang terancam apabila sudah ada gerakan untuk menyisihkan Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah secara sistematik.

Beberapa arahan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim telah dibocorkan oleh kelompok dalaman PKR sendiri.

dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas

Kebelakangan ini, Anwar Ibrahim sentiasa dalam tekanan. Beberapa gerakan di dalam PAS terutama sekali dalam kes penyapuan elemen Anwarinas dalam parti, telah memberi kesan yang amat besar kepada Anwar Ibrahim. Cengkamannya ke atas PAS, nampaknya kian berakhir, terutama menjelang pemilihan utama parti berkenaan.

Lebih teruk lagi buat Ketua Umum PKR itu ialah apabila sudah beberapa kali, segelintir pemimpin PAS yang selama ini mendiamkan diri dan hanya membiarkan sahaja mereka dikuasai oleh penyokong serta penyembah Anwar Ibrahim, kini sudah bersuara, menyanggah beberapa keputusan dan dasar Pakatan Rakyat, sekaligus memberi malu kepada Anwar Ibrahim sendiri.

Dan yang paling ditakuti oleh Anwar Ibrahim ialah apabila sudah ramai penyokong dan pemimpin PAS yang memberikan persepsi negatif terhadap DAP, sambil mengungkit-ngungkit perbuatan serta tindakan dan keputusan Pakatan Rakyat sewaktu PRU13 lalu yang terlalu banyak merugikan PAS.

Disebabkan itulah, Anwar Ibrahim cuba mensensasikan isu kononnya Najib Abdul Razak, UMNO dan Barisan Nasional cuba mengadakan rundingan meja bulatdengannya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan, bukan PAS yang terlebih dahulu berada di meja rundingan dengan UMNO dan Barisan Nasional, sebaliknya dia sendiri.
Itulah sebabnya, para pecacainya sudah mulai bising. Kata mereka, Anwar akan lebih disanjung sekiranya dia meneruskan tentangannya terhadap UMNO, Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak.

Malangnya, di pihak lawan, Najib, UMNO dan Barisan Nasional tidak hingin langsung bertemu dan berbincang dengan Anwar Ibrahim sebagaimana yang diberitahu oleh Ketua Umum PKR itu kepada para penyokongnya. Yang beria-ia buat cerita adalah Anwar dengan harapan, cerita itu akan menjadi kuasa pendesak bukan sahaja kepada UMNO dan Barisan Nasional serta Najib Abdul Razak, tetapi khususnya kepada PAS yang semakin menyakitkan hati Anwar!!!

theflyingkick.blogspot.com

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...