PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
Panas!! Mat Sabu Ditendang Nik Aziz!! dulu disayang kini Di Buang!! Posted: 11 Sep 2013 10:05 PM PDT Kih Kih Kih!! Mat Sabu Ditendang!! Dulunya Disayang!! Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan, beliau tidak pernah meminta ahli Pas untuk tidak memilih bukan ulama untuk menjawat jawatan timbalan presiden Pas. "Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam Pas dipanggil ulama. "Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja," kata Nik Aziz dalam reaksi terbarunya berhubung isu itu. Sebelum ini, Nik Aziz dalam satu kenyataan mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan jawatan itu sementara jawatan timbalan presiden boleh dipertandingkan. "Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi presiden, tetapi timbalan, atas undi, dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan," katanya sebelum ini. "Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu yang membezakan, mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya," katanya lagi. Kenyataan Nik Aziz berhubung jawatan timbalan presiden itu bagaimanapun menimbulkan pertikaian awam sama ada pemimpin Pas itu mahu memberikan isyarat untuk menyingkirkan Mohamad Sabu. Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan sebelum ini berkata, kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan itu memang ditujukan kepada orang nombor dua parti itu. "Setelah satu penggal beliau memegang jawatan itu, banyak perkara yang memudaratkan Pas berbanding perkara yang memberi manfaat. "Saya melihat ini serampang dua mata Tok Guru, pertama untuk menghindarkan Mat Sabu, kedua, untuk mempromosikan calon ulama," katanya kepada Sinar Harian. Pas dijadualkan akan mengadakan Muktamar Agung ke-59 bermula 22 November depan dan bakal membuat pemilihan pucuk pimpinan baharu parti itu. Pemilihan kali ini dijangka akan terus menyaksikan pertembungan kumpulan yang digelar 'Erdogan' -kumpulan pro Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim- dan kumpulan pro kepimpinan ulama. Pada pemilihan tahun 2010, Mohamad Sabu berjaya menduduki kerusi timbalan presiden dalam pertandingan tiga penjuru melibatkan bekas timbalan presiden sebelum ini, Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mat Sabu oh Mat Sabu............. |
You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment