Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Khalid Syiah Dengki Anak Nik Aziz Naik Heli?!!

Posted: 15 Sep 2013 08:37 AM PDT


Nampaknya dendam Khalid Syiah pada Nik Abduh tak pernah padam. Marah betui dia sampai sanggup keluarkan gambar Nik Abduh naik helikopter. Alaa.. bukan selalu dia nak naik heli. Hari tu naik jet, hari ni naik heli. Esok lusa naik kapal perang atau kapal selam pulak.

Nik Abduh mana reti berlakon macam bapak dia zuhud hirup kuah. Dia muda lagi, masa ni la nak merasa naik semua yang ada.

Bila tua nanti, buat la macam Nik Aziz, hirup kuah, makan nasi bungkus, sembahyang atas rumput. Puak Pas kan bodoh, mudah percaya. adehh laa.

PANASS!! Ketua Syiah Kedah Buat Laporan Polis Terhadap Mufti Kedah!

Posted: 15 Sep 2013 06:12 AM PDT


Satu laporan polis telah dibuat oleh enam orang pemimpin dan ahli Syiah Kedah di Balai Polis Alor Star sebentar tadi.

Keenam-enam mereka diketuai oleh Abdullah bin Hasan yang merupakan Ketua Syiah Rafidhah Kedah dan Wan Asyraf bin Wan Salahuddin yang merupakan Naib Ketua Syiah Kedah.

Ketua dan Naib Ketua Syiah Rafidhah Kedah itu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Dato' Syeikh Mohamad Badaruddin bin Ahmad, Mufti Kedah dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 13 September 2013. Kepala-kepala Syiah Rafidhah tersebut menuduh, Mufti Kedah sengaja mengacum kepada KDYMM Sultan Kedah untuk menggambarkan puak Syiah Rafidhah boleh menyebabkan ketidaktenteraman dalam masyarakat.

Menurut mereka, kenyataan tersebut berbaur fitnah memandangkan penganut agama Syiah tidak pernah membuat sebarang provokasi atau pun kekacauandi negeri Kedah. Kononnya juga, kerajaan dan pihak berkuasa terus-menerus menghentam Syiah seolah-olah Syiah amat merbahaya kepada masyarakat.

Kepala-kepala Syiah Rafidhah tersebut berharap, mereka yang terlibat dikenakan tindakan dan kaum Rafidhah pula akan terus mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan 'tidak bertanggungjawab'.

Walaupun tidak mengakui yang ajaran Syiah merbahaya kepada masyarakat, keenam-enam kepala Syiah Rafidhah tersebut menyatakan bahawa amalan Syiah tidak akan dihentikan dan semua buku tulisan keparat-keparat Syiah akan diterbitkan dan diedarkan pada masa akan datang dengan sebebas-bebasnya.

Kepala-kepala Syiah Rafidhah yang juga merupakan antara pengikut dan pemimpin PAS setempat itu juga memandang remeh serta memperlekehkan Akta Anti Syiah yang telah diwujudkan di Negeri Kedah setelah diluluskan oleh DUN Kedah baru-baru ini. - Kedahan

Syiah dalam kumpulan yang kecil memang tak bahaya, tapi kalau dah jadi macam Iraq, hingga ada satu wilayah sendiri. Itu yang terjadinya perang saudara, sebab syiah halalkan darah umat Islam yang lain.

Minta pihak berkuasa, tangkap si Abdullah ni. Guna akta anti syiah yang baru dibuat. Sampai bila nak biar dia bebas sebar ilmu yang tak patut disebarkan? Baik mencegah dari mengubati.

McTheory:
Kelakar bila dia pulak buat laporan keatas mufti Kedah. he he..

HOT! Anggota Polis Bunuh Isteri dan Keluarga Sendiri!

Posted: 15 Sep 2013 05:04 AM PDT


LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.

Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.

Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.

Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.

Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.

Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.

"Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.

"Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia," katanya. - HM

HOT! Video Guan Eng Kena Maki!! #Dapigs

Posted: 14 Sep 2013 10:17 PM PDT


Video Guan Eng kena maki dengan penduduk Pulau Tikus. Memang dasat gila, lagi UBAH lagi teruk!


Inilah yang terjadi bila buat projek pembangunan tanpa fikirkan rakyat. UBAH rakyat ke tempat teruk, hingga ada yang meninggal dunia.

Nak buat macam mana, PRU dah lepas. Nak ubah pun dah tak boleh, tahan saja la. he he..

McTheory:
UBAH tu main masak-masak ka? ha ha ha..

PANASS!! Apa yang Menarik Dalam #PemilihanUMNO Pada Kali Ini?

Posted: 14 Sep 2013 06:34 PM PDT


Ramai bercakap mengenai pemilihan, pemilihan UMNO, kalau di bahagian dan cawangan pun panas, apa tah lagi di UMNO pusat. Berebut-rebut orang yang rasakan dirinya layak mengambil borang untuk bertanding. Takpa, UMNO ni demokrasi, sesiapa rasa diri boleh jadi pemimpin, silakan bertanding jawatan yang anda suka.

Paling menarik bila jawatan Exco Pemuda UMNO Pusat dikatakan lebih 170 orang mengumumkan bertanding. Wow! Paling ramai dalam sejarah UMNO ni. Kertas undi nanti kena buat buku, kalau tak mana nak cukup nak letak nama dan muka nak mengundi ni.

Pelik kan bila terlalu ramai merasakan diri mereka tu layak untuk jadi Exco Pemuda UMNO. Setakat ni yang Mc kenal cuma Ustaz Fathul Bari (Perlis), Jeffrizal (Selangor), Azrinizam (Perlis), Zed Zaidi (Artis), Nazir (Pertahan Exco) dan Rocky KCD (Selangor),  yang lain tu entah Mc tak kenal pun. Malah dari Kedah pun ada yang nak bertanding Exco ni, tapi duduk bawah tempurung, dengan blogger dan geng media sosial Kedah pun tak berkawan, mana orang nak kenal, apatah lagi nak menang.

Kemudian kita tengok pulak calon Naib Ketua Pemuda UMNO. Buat masa sekarang cuma Jamawi, Azwan Bro dan Lokman Adam, yang lain cuma cakap saja nak bertanding tapi mungkin sekadar khabar angin.

Tapi diantara 3 orang ni, Lokman paling laju. Mungkin Lokman senang memberi maklumat dan mahu bekerjasama dengan jenteranya kot. Jamawi bagus, cuma macam takmau menang, pergerakan slow dan terlalu berhati-hati kalau nak dibandingkan dengan Lokman dan Azwan.

Ketua Pemuda UMNO pulak hanya Khairy yang berniat untuk pertahankan. Dengar ada orang nak cabar, tapi hanya cabar dari jauh, dekat-dekat tak berani. Paling lantang laung nak cabar ialah Razman Hakimi, kata nak lawan Khairy, namun mungkin hanya desas-desus saja, sebab hingga sekarang tuan punya badan masih tidak memberi jawapan.

Sayang sungguh bila tiada siapa pun berani nak lawan Khairy. Takdak orang berani nak lawan KJ ke? he he..

Mc pula kagum dengan 4 wakil Pemuda UMNO ke kerusi Majlis Tertinggi, tabik spring pada Tun Faisal, Dato Razali Ibrahim, Datuk Seri Reezal dan Dato Sohaimi. Masa untuk remajakan UMNO sudah tiba, 4 orang wakil pemuda ni patut dan wajib duduk di kerusi MT.

Sebab ada sesetengah pemimpin yang duduk di kerusi MT ni tak relevan pun. Kadang-kadang kita tak kenal, malah tak perasan bahawa dia wakil kita di MT. Kalau sampai macam tu sekali, rasanya lebih baik la undur diri dan balik tidur dalam rumah diam-diam, bagi orang muda pulak buat kerja.

Bila selesai dengan MT kita lompat ke kerusi Naib Presiden UMNO. Presiden UMNO kata, nak kekalkan ketiga-tiga Naib Presiden, iaitu Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Apdal. Bagi Mc dan kawan-kawan yang bersependapat dengan Mc pula mahu kerusi Naib Presiden UMNO diuji.

Menteri Besar Kedah yang baru Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dikatakan calon yang mahu mencabar kerusi Naib Presiden, disamping Isa Samad dan Ali Rustam.

Bab Isa Samad dan Ali Rustam tu.. mungkin mereka saja nak test power kot.

Kalau kita nak remajakan UMNO dan membuat perubahan, sudah tentu kerusi Naib Presiden perlu dibuka dan dipertandingkan. Seharusnya tidak ada sekatan dari pihak atasan.

Mc faham, ada pihak tidak mahu UMNO berpecah, kononnya bila bertanding Naib Presiden, akan ada pepecahan dalam UMNO. Betul ke? Rasanya cukuplah jawatan Timbalan dan Presiden tidak dipertandingkan. Tapi Naib Presiden kita perlukan perubahan.

3 Naib Presiden kita sekarang umurnya lebih dari 60an.Tak rasa macam dah tua ke? Tak akan jadi slogan 'Remajakan UMNO' jika diperingkat tertinggi tidak ada langsung wakil orang muda.

Oleh itu bagi pendapat Mc dan rakan-rakan yang bersependapat, tentunya mahu kerusi Naib Presiden dipertandingkan. Jangan ada sekatan atau arahan dari atasan. Belum pun ada orang umum nak bertanding, ketiga-tiga Naib Presiden dan mula rasa goyang.

Bertandinglah secara adil. Bertanding untuk uji kekuatan diri. Sebab ahli UMNO semua memerhati kerja yang anda buat. Tak guna berkempen 'bagai nak rak' kalau dulu semasa PRU tak buat kerja. Mc percaya ahli akar umbi hanya akan memilih jika individu tersebut benar-benar layak memegang jawatan tersebut.

Waktu ni la kita nak ganti yang 'patut direhatkan' dengan tenaga baru. Betul?

McTheory:
UMNO perlu kekuatan baru untuk terus kuat!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...