Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Pas Kutip derma Kemalangan Ke, Kutip Masuk Poket Sendiri?

Posted: 10 Sep 2013 07:42 AM PDT



Niat untuk membantu mangsa kemalangan tu bagus. Mungkin akan meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga mangsa. Tapi janganlah kutipan derma tu disalahguna untuk kegunaan yang lain.


Kenapa tak guna akaun keluarga berkenaan? Kenapa perlu guna akaun Dewan Muslimat Pas Kawasan Serdang? Mungkin Pas tidak berniat, tapi caranya boleh dipertikaikan. Macam mana kita nak tahu berapa banyak duit yang telah didermakan?

Bukan tak percaya, namun itulah hakikatnya. Sejak Pas seleweng derma tabung Memali. Keikhlasan Pas nak kutip derma tu terus diragui!

hmm.. sekali lagi nak tanya, apa perlunya kutip derma guna nombor akaun parti? hmm..

McTheory:
Pelik dan sangsi kann?


Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

INFO! Kisah Sedih Yang Tak Sanggup Kita Baca, Di Cucuk dan Maut!

Posted: 10 Sep 2013 02:24 AM PDT


Jenayah berada dimana-mana, itulah yang berlaku pada seorang pemuda yang cuba untuk membantu seorang tua,


Namun semalam beliau sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham.

Ini kisah benar dan bukan rekaan, ambil sebagai pengajaran dan sebarkan..

HOT! Tangan Ghaib Jahat Cuba Atur Blogger Kedah?

Posted: 09 Sep 2013 11:33 PM PDT



Kita seringkali diperingatkan tentang campurtangan asing dalam hal ehwal politik Malaysia.

Banyak negera luar hancur apabila negara asing mula mencatur politik dalaman sesebuah negara. Mesir, Libya, Tunisia dan kini sedang berlaku di Syria. Ini menyebabkan pihak tertentu saja dalam negara yang beroleh kesejahteraan hidup.

Malah ramai rakyat yang terpinggir gara-gara pemerintah yang dipilih terhutang budi dan ingin membalas budi pihak luar yang membantu. Pihak luar ketawa berdekah-dekah melihat kejayaan mereka. Pihak dalam negara menangis kerana sentiasa bertelagah antara satu sama lain.

Di Kedah, blogger-blogger Pro BN membantu BN tanpa banyak pertolongan dari pihak luar. Kalau adapaun dari luar, ianya 'a paid blogger'. You pay me, i will write for you. Mereka tidak tahu isu sebenar yang berlaku di Kedah, sebaliknya bergantung kepada sumber-sumber mereka yang tertentu sahaja.

Tetapi blogger yang berada dikalangan rakyat Kedah tahu isu sebenar di Kedah. Jadi mereka boleh dikatakan amat mengetahui hal-hal isi hati rakyat di Kedah. Dan mereka bergerak secara sukarela dan tanpa tuan.

Ini membuatkan ada beberapa pihak yang teringin sangat untuk mengawal mereka, malah ingin membentuk satu kumpulan yang berketua. Maka kedengaranlah pelbagai Jabatan atau Kumpulan yang bakal ditubuhkan.

Hasilnya lahirlah mereka-mereka yang merasakan mereka amat layak untuk mengetuai persatuan/jabatan/kumpulan ini. Berseronok dan mengaku diri hebat demi mendapat jawatan.

Tapi bagi kami, bukan jawatan sangat yang mereka hendak pegang tetapi imbuhan yang bakal mereka perolehi. Yang mereka nampak ialah curahan peruntukan yang bakal diurus kelak terutama ketika dekat dengan PRU.

Nak baca cerita kontroversi ni,  boleh sambung baca kat SINI dan SINI.

Nak kenal dengan blogger Kedah, nak lantik ketua di sini. Utamakan sokongan majoriti, bukan main atur dan syok sendiri. Kalau tak, jangan harap orang Kedah nak terima.

Masa untuk bersatu, bukan masa bergaduh!

McTheory:
Bukan nak bergaduh, cuma nak pesan saja..

TERKINI! Keadaan di Mahkamah Rayuan Kes Kalimah Allah Kecoh? #KalimahAllah

Posted: 09 Sep 2013 07:45 PM PDT



Hari ni mintak sama-sama lah kita berdoa agar mahkamah yang bersidang menolak secara total permohonan kristian laknatullah untuk guna kalimah ALLAH dalam kitab sesat mereka itu.

Datuk Zulkifli Noordin selaku peguam pemerhati yang berada di dalam bilik mahkamah melaporkan melalui twitter beliau bahawa Sekarang wakil Peguam Negara iaitu Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan telah memulakan hujah.

Hakim yang bersidang hari ini diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.

Mahkamah bersidang!

Dibawah gambar apa yang berlaku diluar mahkamah sekarang ni!









Sumber gambar dari Utusan Online

Mc akan update terkini.. dari masa ke semasa..

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

HOT! Mukhriz Mahathir Bertanding Naib Presiden UMNO?

Posted: 09 Sep 2013 06:27 PM PDT


 Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan menimbang pandangan rakan-rakannya sebelum membuat keputusan bertanding jawatan naib presiden pada perhimpunan parti itu Oktober ini.

"Saya didatangi ramai kawan-kawan yang memberi bermacam pandangan (mengenai pertandingan naib presiden) dan menilainya daripada pelbagai sudut.

"Buat masa ini sukar hendak membuat keputusan," katanya apabila diminta mengulas kajian sebuah blog bahawa beliau mendahului calon lain dengan 85 peratus.

Mukhriz ditemui selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan bantuan zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan berlepas ke Jordan Rabu ini untuk melanjutkan pengajian di tiga universiti di negara itu.

Katanya beliau sedar mengenai kajian blog berkenaan namun tidak akan terpengaruh dengan laporannya. Mukhriz berkata beliau masih memberi keutamaan untuk membangunkan Kedah daripada memikirkan untuk bertanding jawatan naib presiden dengan tanggungjawab berat menanti beliau.


Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...