Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Tun Mahathir Boleh Selesaikan Konflik di Mesir!!
- HOT! Hina Bendera Malaysia, Kerajaan Perlu Gubal Akta Lebih 'Keras'!!
- HOT! Pas Paksa Dap Tengok Filem #TandaPutera!
- PANASS!! Ops Cantas! 311 Orang Kongsi Gelap di Tahan!!
- PANASS!! Pas Kedah Sokong Syiah Sebab BN anti Hudud? #KedahAmanMakmur
INFO! Tun Mahathir Boleh Selesaikan Konflik di Mesir!! Posted: 01 Sep 2013 08:37 AM PDT KUALA LUMPUR 1 Sept - Kredibiliti yang ditonjolkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada era kepimpinannya menjadikan beliau individu paling sesuai menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik di Mesir. Pengarah Institut Pemikiran Dr Tun Mahathir, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz berkata, dengan kerjasama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Tun Mahathir berkemampuan untuk mendamaikan konflik yang antara rejim tentera Al Sisi dan Dr Mohamed Mursi. "Rakyat seluruh dunia menghormati beliau kerana kejayaannya menjadikan Malaysia kekal sebuah negara Islam walaupun pelbagai agama dan kaum berada di negara ini. Negara Malaysia adalah sebuah negara Islam kecil dan mampu menyelesaikan konflik yang berlaku. "Orang luar juga melihat kejayaan Dr Mahathir menjadikan Malaysia maju sepanjang 22 tahun pemerintahannya dengan memelihara kebajikan ekonomi setiap kaum. Beliau melakukan anjakan hidup Melayu dan Islam sehingga ramai yang berjaya," katanya kepada pemberita baru-baru ini. Jelas beliau, Tun Mahathir yang selama ini meneraju Malaysia menerusi sistem demokrasi akan memberi impak positif kepada proses pendamaian di negara Timur Tengah itu. "Saya yakin beliau boleh melakukannya. Kepimpinan akan dihormati apabila mampu memberikan kebajikan ekonomi kerana ia akan memberikan kesan kepada kestabilan politik dan sosial sesebuah negara," katanya. Pendapat sama turut dikongsi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik yang mahukan Tun Mahathir menjadi perantara ekoran beliau dikenali di serata dunia. - Rakyat News |
HOT! Hina Bendera Malaysia, Kerajaan Perlu Gubal Akta Lebih 'Keras'!! Posted: 01 Sep 2013 06:12 AM PDT Ahli Parlimen Malaysia wajar mengusulkan agar perbuatan menghina lambang kebangsaan Malaysia ditingkatkan sehingga RM 150,000 dan hukuman penjara dipanjangkan juga seperti Indonesia. Undang-undang lapuk ini perlu diperbaharui dan diberi konteks baru memandangkan bahaya dan ancaman terhadap pembentukan negara bangsa dan semagat patriotisme. Cadangan : PDRM - mohon segera tahan atau panggil untuk siasatan semua individu yang terlibat. Jabatan Peguam Negara - mohon segera dakwa mereka di mahkamah dan segera drafkan cadangan untuk pinda Akta berkaitan. Menteri Dalam Negeri dan Menteri yang Undang-undang - mohon segerakan tindakan. Ahli Parlimen - mohon usulkan pindaan terhadap Akta ini, bukan sahaja dari sudut peningkatan hukuman tetapi juga dari aspek konteks menghina dan menggunakan lambang dan lagu kebangsaan ini secara tidak wajar. Cadangan yang Mc petik dari blog Tun Faisal Tengok sekor lagi bangsat yang menghina Jalur Gemilang, Kenapa mangkuk ni begitu berani? Nak takut apa kalau akta dan denda macam ni? Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 Denda RM 1000 sahaja untuk penggunaan dengan cara tidak wajar... Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 Denda RM 500 sahaja untuk pamer lambang pelik-pelik sebagai bendera kebangsaan... National Anthem Act 1968 Tidak hormat lagu Negaraku, hanya kena denda RM100... patutlah Namewee berani sangat! Kita patut contohi Indonesia yang mengenakan tindakan 'keras' terhadap individu yang menghina bendera negara. Contoh macam kes ni, Seorang cina warga Malaysia, Broderick Chin ditahan oleh polis Indonesia kerana menghina bendera Indonesia. Dia meminta seorang pekerjanya agar menggantikan bendera Indonesia dengan seluar dalam merah miliknya, ketika pekerjanya sibuk mencari bendera untuk dikibarkan sehari sebelum Hari Kebangsaan Republik Indonesia. Cina Malaysia tersebut telah ditahan oleh polis Indonesia dan bakal berdepan hukuman penjara 5 tahun atau denda RP500 juta (RM148,000). Hina bendera denda RM148,000!! Mc percaya sudah tentu takkan ada lagi rakyat Malaysia yang berani hina bendera, kecuali duit dia terlalu banyak atau sudi tidur dalam penjara. Update la akta tu, relevan dengan situasi sekarang.. adehh McTheory: Maruah negara perlu di letak pada darjat yang tinggi.. |
HOT! Pas Paksa Dap Tengok Filem #TandaPutera! Posted: 01 Sep 2013 02:12 AM PDT PAS menasihatkan pemimpin-pemimpin DAP dan semua pihak yang membuat bantahan supaya menonton filem Tanda Putera terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen negatif atau mengambil tindakan drastik menghalang tayangannya. Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu merupakan salah satu medium terbaik menyebarkan fakta sejarah kepada generasi pasca merdeka, sekali gus yakin semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya melakukan kajian terperinci. Menurutnya, pihak yang berasakan terdapat kesilapan dalam pembikinan Tanda Putera selepas menonton filem itu boleh membincangkannya secara membina untuk diperbetul bagi kepentingan generasi akan datang. Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyiarkan filem itu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara atau lokasi khusus bagi semua pemimpin menontonnya dan membuat penilaian. "Bagi saya filem itu berasaskan fakta sejarah, jadi semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya mesti membuat kajian, buat satu cerapan mengenai fakta-fakta yang mahu dipertontonkan sama ada di peringkat penulis skrip, pengarah atau penerbit. "Saya yakin kajian sudah dibuat sebab jika tidak dan fakta itu salah, maka akan dikritik, ditohmah dan macam-macam lagi kerana kita tahu sejarah tidak boleh diubah. Cuma untuk berlaku adil saya mencadangkan tontonlah dulu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Filem itu sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melarang tayangannya di negeri ini kerana mendakwa terdapat babak yang berbaur perkauman. Walau bagaimanapun, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kemudiannya menyatakan beliau tidak pernah menghalang tayangannya sebaliknya hanya menasihatkan pengusaha panggung wayang di negeri tersebut berbuat demikian. Mengulas mengenai arahan Guan Eng itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mengakui beliau turut keliru dengan kenyataan bercanggah Ketua Menteri berkenaan. Sementara itu, mengulas cadangannya supaya semua Ahli Parlimen dan Senator dipertontonkan filem tersebut, menurut Takiyuddin, usaha tersebut boleh dilakukan bagi memberi peluang kepada semua pihak menyatakan pandangan dan kritikan.- sumber |
PANASS!! Ops Cantas! 311 Orang Kongsi Gelap di Tahan!! Posted: 31 Aug 2013 11:12 PM PDT Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sebanyak 311 daripada 7,719 individu yang diperiksa dalam Op Cantas Khas di seluruh negara semalam dan hari ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam operasi selama 12 jam bermula pukul 6 petang semalam, polis turut merampas enam buah kenderaan curi iaitu empat buah kereta dan dua buah motosikal. "Selain itu, polis turut merampas beberapa jenis senjata yang ditemukan bersama suspek. "Antaranya adalah selaras senapang angin buatan sendiri dan 25 jenis senjata berjadual seperti pedang, pisau dan parang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu di Kuala Terengganu, polis menahan 89 individu termasuk 10 wanita di dua pusat hiburan di bandar raya ini dalam Ops Cantas Khas. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 dan 60-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi memeriksa rekod serta ujian saringan air kencing. "Kita akan memeriksa kesemua rekod dan identiti mereka sama ada terlibat dengan jenayah atau memang orang yang dikehendaki polis," katanya kepada pemberita di sini selepas operasi dua jam itu berakhir pukul 3 pagi. Jamshah berkata walaupun Terengganu bebas daripada gejala kongsi gelap polis akan terus melakukan pemeriksaan terutamanya di premis hiburan bagi membanteras kegiatan itu. "Walaupun kita dapati tiada kongsi gelap di sini, kita tetap lakukan pemeriksaan kerana tidak mustahil kumpulan dari negeri lain datang ke sini untuk bersembunyi mengelak daripada diberkas," katanya-sumber |
PANASS!! Pas Kedah Sokong Syiah Sebab BN anti Hudud? #KedahAmanMakmur Posted: 31 Aug 2013 07:49 PM PDT Penat Mc menerangkan apa yang Pas cuba buat semasa pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) baru tempohari. Pas kata ia tak sokong RUU baru tu sebab tidak dimasukan hukum hudud, maknanya zina, arak dan kesalahan syariah lain tidak dihukum mengikut hudud. Wahai pencacai Pas yang bangang, kat bawah ni adalah RUU baru yang dibentangkan, Klausa-klausa yang diperbaharui dalam Rang undang-undang kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013 yang berkait Hukum Syarak ialah Pemujaan Salah, Doktrin palsu, Pendapat yang bertentangan dengan fatwa, Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak, dan lain-lain. Dalam tafsiran, "Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Seperti yang dinyatakan dalam Sidang DUN, Syiah bukan mazhab, maka ianya bertentangan dgn Hukum Syarak. Bermakna, sebarang ajaran yang mengaku Islam, tapi menyongsang, akan dikenakan tindakan. Termasuklah syiah dan wahabi! Ada faham? RUU baru ni takdak kaitan langsung undang-undang berkaitan zina, minum arak dan lain-lain. Jadi apa kaitan alasan Pas kononnya menolak RUU baru ni sebab tak hukum zina dan arak mengikut hudud? Kita bercakap soal nak cegah ajaran sesat dan syiah, takdak kaitan dengan arak dan zina. Arak, zina dan murtad sudah ada RUU tersendiri dan dihukum mengikut hukuman takzir. Apa takzir bukan hukum Islam ka? Kalau kita nak ubah RUU yang berkaitan dengan jenayah arak, zina dan murtad, sudah tentu kita boleh di Sidang Dun yang akan datang. Tapi Mc nak tanya la, kenapa Pas tak ubah RUU arak, zina dan murtad mengikut hudud pada 5 tahun mereka memerintah? Pas kata undang-undang ciptaan Kerajaan BN ni tak Islamik dan sekular, tapi Pas tak pernah ubah pun, dan hanya memerintah mengikut undang-undang yang kononnya sekular ni. he he.. Cakap saja la, Pas tolak RUU cegah syiah ni sebab takut syiah berkuburkan?? Lagi cerita pasal RUU baru ni Mc terangkan di SINI McTheory: Nampak sangat pengikut Pas, dok kena kencing laa.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment